“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Thursday, January 20, 2011

SI MUJAHEEDAH ITU

WANITA ACUAN AL-QURAN...


Wanita Acuan Al-Quran Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang
Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami Mendalami Agama Islam
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat
Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya
Wanita Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan
Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian bersama lelaki
Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT...
INSYAALLAH...
P/S: Lihat..fikir..koreksi diri.. Tanya sama iman....bagaimana pula acuan kita..???

Wednesday, January 19, 2011

BUATMU SAHABAT...


Ku mengimbau kenangan dulu
Memori yang tercipta persis ombak
Aku menangis sendirian tatkala pilu menusuk jiwa
Tangisan rindu,sedih,gembira
Semuanya bercampur baur
Dalam esakan itu,aku sempat mengarang serangkap doa
Khas buatmu teman,sahabat,kawan...
Apa sahaja panggilan,dikaulah insan yg pernah memberi aku
Seribu satu rasa yang sukar diungkap
Namun sentiasa tersimpan di kotak ingatan
Ketawa,menangis,tersinggung atau apa sahaja
Terima kasih semua
Aku membayangkan wajah-wajah ini
Takkan pernah aku lupa
Andai satu saat aku lupa namamu teman
Janganlah engkau terasa
Ingatlah cebisan wajahmu pernah terselit di mindaku
Takkan bisa aku hilangkan
Aku yakin pertemuan ini bukan sia-sia
Andai kita mengatur langkah yang benar
Jangan gusar kerna kita akan bertemu di lain masa..syukran sahabat

LAKARAN PERJUANGAN..SMART 11




14 JANUARI 2011..satu lagi catatan sejarah dunia si pengemis ini dalam satu lagi sesi pengembaraan..pengembaraan yang telah terlakar dalam ikatan ukhuwah bersama sahabat perjuangan..sama-sama turun ke medan pertempuran memerangi kejahilan yang masih menjajah di pelupuk rona jiwa insan bergelar pelajar..

Adik-adik darjah 5 & 6 Sekolah Rendah Agama Tarbiyyah Islamiyyah Ipoh yang dirindui..sama-sama melakar saat manis tika bersama men’to-up 4’ ilmu dalam Kem Spiritual Menjana Akhlak  Terbilang (SMART 11)…
Pada Awal jam 9.30…Pengembaraan yang bermula dengan menaiki pesawat Shamisha…menuju ke planet Perak…nun jauh seberang planet Kelantan…berbintang kepala tika merempuh cabaran dalam perjalanan..
Dalam Kul 4 lebih..
Alhamdulillah..sampai..menginap di rumah Nurul Athirah Ismail..erk..macam sardine…
NI LA UMAH TIERA...






15 januari 2011 & 16 JANUARI 2011.
Bersiap..bertolak ke SRATI..
JENG..JENG..JENG..
Program bermula..bertemakan baju hitam putih..
Ya Allah..punya la bisinggggg….
 Generasi Rabbani yang aktif…sampai susah untuk dikawal…naik pening kepala fasi..berbintang2 ..bleh naik darah tinggi pun ada..subhanallah..kami betul2 ditarbiyyah oleh gelagat mereka…
Slot2 yang menarik…sesuai..dan diterima baik oleh mereka..kesan??? Alhamdulillah…mereka suka..kami lagi suka..
KHUSYUK DENGAR PENERANGAN DARI KAK SYUHADA..

Panggilan ustaz ustazah tak lekang dari bibir comel mereka walaupun diajar untuk hanya memanggil panggilan abg dan kakak..sejuk telinga bila mendengar apabila kalimah ‘ustazah’ terpancul dibibir mereka,khas buat kami…satu doa dari mereka..insyaAllah untuk mereka juga..
BEST.....KUMPULAN PENANG
Malamnya pembahagian kumpulan..klu nama negeri..ana?? kumpulan Penang..bersama ukhtie Intan…dapat adik-adik comel…aktif..bleh bawak gi perang kat palestin..Anuar,Ammar,Rahman,Idris,fatihah,nana,umaira..erk..lupa plak yang sorang lagi..asif yer dik..




Tapi adik yang 1st ana kenal Najwa…comel…die kecik jer..diantara yang paling kecik..macam kanak-kanak 5 tahun..tapi usianya melebihi tahap tumbesarannya..11 tahun..
USTAZ MUNAWWIR..
Macam-macam ragam…slot ceramah paling menarik ngan ustaz Munawwir…tak kering gusi adik2..ceramahnya diakhiri dengan suasana syahdu..adik2 mula sayu..disuruh untuk menulis warkah buat bonda masing2   ...warkah untuk ibu yang tersayang..warkah luahan rasa adik2 untuk si ibu yang setia mendengar...
Warkah yang paling syahdu dapat habuan dari ustaz..luahan mereka tak sia-sia..surat di kumpul dan dikembalikan selepas habis program..
“Balik nanti bagi kat mak ayah ye!!!….

Kem solat tak lupa…adik2 diajar cara solat yang betul…
Banyak yang mereka tak faham…ramai juga yang tak tahu..kami ajar..

BERSAMA CIKGU FATIN..

17 januari 2011


Letih…sampai lupa jadual hirasah…tawakkal..
Bersiap untuk penutup program..adik2 menerima saguhati masing2..
Semua dapat…
Setiap pertemuan ada perpisahan..
Berat...apakan daya..
ASSALAMUALAIKUMM..JUMPA LAGI..
InsyaAllah bertemu kembali..
Pesanan buat adik2…
FATIHAH..GENERASI ACUAN ISLAM.. BIJAK..
“Ingat pesan akak taw…Jangan tinggal solat...hormat mak ayah..hormat guru..blajar rajin2..nanti bleh blajar tinggi2…Jangan lupa hafal doa qunut sampai lancar..”
Fatihah..tak sampai 3 jam berpisah..dah bagi mesej..rindu…tautan kami semakin erat..
Pengembaraan diteruskan di rumah anak Yatim Nurul Huda…
Insan yang kurang bernasib baik…
Lubuk pahala buat insan seperti kita…sayangilah mereka..
NAJWA..YANG PALING KECIK..
HAIKAL..AKTIF..KISAH DUKA DISEBALIK RAUT WAJAH COMELNYA..
AZRI..(ARI)
NABILA..;)
Kanak-kanak comel Najwa,Nabila,Ari n Haikal…lincah..masih kurang mngerti tentang kehidupan..raut wajah yang bersih dari noda..
Semua berdisiplin…
Hrmmm :)..
Malamnya Program ditangguhkan dengan tasbih kafarah dan surah wal Asr..perpisahan terjadi lagi..

seronok…hebat adik2…bagi kami impak yang besar…nikmat tika bersama..sampai demam2..
RINDU MEREKA…








 "KEARAH MEMBINA GENERASI BERAKHLAK MULIA"




Thursday, January 6, 2011

BaGaiMaNa bIdAdAriMu???


khas buat insan bergelar wanita...katakanlah..ini bukan peribadimu..
khas juga buat lelaki...tegaskanlah..ini bukan pilihanmu..
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." - Imam Al-Ghazali
Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.
Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"
Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah:
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.

 untuk renungan bersama..tepuk dada..tanya iman..

Tuesday, December 21, 2010

TAKLIFAN &KAMI 10

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..wa syukurillah..

setelah seminggu menghadapi minggu `busy` segala taklifan-taklifan sebelum ini dah tertunai..tapi,masih banyak taklifan lain yang sedang menunggu...masyaallah

minggu ni banyak perkara yang menyeronokkan...hasil daripada taklifan dan kesibukan tersebut...

hari selasa lepas bersamaan 15/12/2010 tercetuslah `perang` kutip derma besar-besaran pada hari tersebut... Alhamdulillah,Allah betol2 tolong kami..melebihi target yang di sasarkan...asalnya target hanya rm 1000,tapi ingat Allah Maha Pemurah,kami dapat 2x ganda daripada itu...subhanallah..terima kasih ya Allah..semua ni rezeki daripada Mu...terima kasih juga buat sahabat2 seperjuangan yang sudi bersama-sama turun ke medan `perang` ini...

memang mencabar..bleh rasa jugak mecammana keadaan situasi orang yang bergantung hidup dengan mengemis ehsan orang lain..masyaAllah tebal betol muka ana ni..dah macam pakai make-up setebal 4 inci...
(make-up ala-ala artis la kot)..

majmuah ana di bahagikan 5 team..team ana Alhamdulillah dapatlah RM244...campur dengan semua team,dapatlah RM2000 lebih...

tapi tak cukup lagi untuk menampung dana kami..sikit je lagi..(eh banyak jugaklah) dalam RM..tut..tut
( rahsia majmuah ni..mana bleh g taw...=) )

                         `KAMI 10`
K.A.M.I 2010

setelah ana hadapi pelbagai mehnah dalam minggu ni..jiwa ana terisi dengan satu program ukhuwah,KESATUAN AMAL MAHASISWA ISLAM 2010 (KAMI 10)..bertempat di SWEET BEACH RESORT PASIR PUTEH KELANTAN..tempat disertai semua pelajar semester 4..tapi ana agak kecewa jugak,pada asalnya program ini diwajibkan kepada semua semester 4 tapi ramai jugak yang tak hadir..hampir 50%..masyaAllah..bagi ana sesiapa yang lari dari program tu,maka larilah dari fitrah berukhuwah..erm,susah jugak nak ajak orang buat kebaikan kan???.

tanggal 16-18/12/2010..telah terlakarlah sejarah diantara kami semua peserta semester 4..lakaran indah ukhuwah kami di setiap kanvas hati-hati yang rindukan berukhuwah..dengan keadaan tempat yang selesa,bilik berhawa dingin ,makan ala-ala hotel memberi kami kepuasan yang amat buat kami..ruginya sesiapa yang terlepas saat ni..ketika program yang berlangsung selama 3 hari sudah cukup untuk kami mengukir secebis kenangan yang terindah bersama sahabat2, yang mana kenangan itu akan sentiasa terpahat di hati ini dan juga akan sentisa menjadi tatapan dikala jiwa ini kekosongan  ...insyaAllah memberi ana semangat untuk terus mencari siapa diri ini di sisi Allah..


 slot2 menarik dalam program tersebut  telah berjaya memberi impak yang positif buat insan yang dahagakan tarbiyah dalam kalangan peserta KAMI, roh tarbiyah yang selama ini hampir hilang dan lesu di kalangan pelajar sedikit demi sedikit kembali segar..Alhamdulillah..

pada hari pertama program agak lesu .tetapi, pada malamnya jiwa kami digegarkan dengan 1 pengisian rohani yang mana menjadi kudiantara slot2 yang menarik minat ana(tapi semua slot menarik) adalah ceramah yang bertajuk "kutub utara kutub selatan" yang mana telah di sampaikan oleh ust.Zul Hairul Najah..(pada malam pertama)..Alhamdulillah sudi berkongsi pengalaman hidup yang penuh mehnah dan tribulasi.juga menceritakan kembali sejarah Islam yang dahulunya gemilang dan di panggil GOLD EDGE (ntah betol entah tidak ejaannya)..tetapi hancur di tangan orang islam sendiri..subhanallah..contohnya yang dapat kita lihat dengan jelas ialah keruntuhan moral di kalangan anak melayu kita..pengalamannya semasa mengajar di sebuah skolah di Johor Darul Takzim,masyaAllah gagal dalam subjek pendidikan Islam telah menjadi kebiasaan  bagi pelajar di situ..inikah yang kita panggil generasi ulul Al-Albab!!!!!

hrmmm..lepas tu,kami dikejutkan lagi dengan kehadiran senior-senior kami dari UMKL..ex-APIUM NP..rindu mereka..lebih-lebih lagi kak Asiah..teringat akan ukhuwah kami yang terlakar bersama persatuan anak negeri dahulu (skarang telah di haramkan)..kami berusrah kembali,berhaqah cinta bersama..berkongsi pengalaman hidup sebagai seorang pejuang di UMKL..pejuang menegakkan kebenaran disana..subhanallah..betul2 kejutan..


esoknya iaitu hari kedua (jumaat) slot-slot lain ialah motivasi yang disampaikan oleh ust. khairul anwar dan ustaz nik Mohammad Kamal..berkaitan dengan MAHASISWA..MAHASISWA hebat memerlukan jati diri muslim katanya..mereka memberi analogi sekeping duit kertas RM 10..di perlakukan bermacam keadaan..digumpal,dibuang,dipijak,diludah..tapi ia tetap sekeping kertas yang berharga..seperti kami sebagai mahasiswa Islam..menarik pengisiannya..tak tertulis ana...terlalu banyak pengisian tapi santai...=)

selain itu daripada usrah bersama senior..kami juga sama-sama berusrah sesama sendiri..Naqib kumpulan ana ialah akh Fakhrul Islam..satu batch..sama-sama kongsi mehnah hidup..seronok..bincang-bincang masalah batch kami yang makin teruk..kepimpinan (mpp/jtk)..tegur menegur..seronok sangat..macam terluah satu perasaan yang selama ni terbuku keras jauh di sudut pelupuk hati..perasaan nak berhalaqah bersama sahabat bukan 1 majmuah akhirnya menjadi nyata..bukan lagi mimpi..berdialog bersama badan kepimpinan..tanpa jurang ape2..nak luah ape kat mereka luahkan aje...Alhamdulillah dorang tak ambik hati pun..berlapang dada..subhanallah,indahnya..
senyummmmmmm!!!!!

time paaaaaaaalllllllllllliiiiiiiiiinnnnnnnnnggggggg seronok,masa kami sama-sama main air..first,riadhah kat pantai..sepanjang 3 hari tu..ada yang mandi kat kolam renang (muslimin solat jumaat)..conquer abislah..tapi ana just camera women je..kongsi kegembiraan..lau semua mandi sapa plak nak ambik gambar..=)
pagi tu kami riadhah di persisiran pantai..macam-macam ragamlah muslimat ni..ada yang berlari2,ambik gambar smbil posing maut..lompat air sampai jatuh..terserlah ke'excited`kan mereka..macam tak pernah jumpa pantai pun ada..isy3..kemuncak kegembiraan bersama air ialah petang jumaat tu..paling seronok..main macam budak-budak..ana juga sempat buat istana pasir..'bina tamadun' (tamadun yang berani perangi Islam)..lepas siap..sama-sama hancurkan tamadun tu..puas..kami hancurkan tanpa rasa belas kasihan..tiada satu pun yang masih tegak berdiri..(lupa plak nk ambik gambar tamadun tu)..


indah suasana berukhuwah...makan sama-sama...tidor sama-sama..pergi dewan sama-sama..main sama-sama..senang criter semua sama-sama..



Alhamdulillah..dikurniakan rezeki halal lagi lazat



sweet beach resort..


semoga ukhuwah kita terbina kerana Allah...bertemu kita keran-NYA..berpisah kita juga kerana kehendak-NYA


SAHABAT kita sebenarnya Saling mencintai,.


Rasulullah s.a.w. bersabda- "Perumpamaan orang mukmin dalam hal saling mencintai.. saling mengasihi dan saling menyayang bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh terasa sakit.. makaseluruh tubuh akan merasa sakit.. tidak dapat tidur dan terasa demam". 



SWEET BEACH RESORT...DISITU UKHUWAH TERBINA...UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA...

wallahua'lam..

Monday, December 13, 2010

DI maLAm yAng Kelam...HaTi KU bErBIsIk..

Disaat tirai siang berlabuh..sudah tentunya kelam malam akan datang menjengah..hukum alam..sehingga dinyatakan dalam Al-Quran tentang kejadian siang dan malam..ada hikmahnya...alhamdulillah..begitu sayang Allah pada hambanya..di saat siang hari bagaikan singa di rimba,Allah kurniakan malam untuk hamba yang menagih cintaNya

subhanallah..sedar tidak sedar..kita sudah berada di tahun 1432 hijrah rupanya yer...SALAM MAAL HIJRAH YER SAHABAT-SAHABAT ANA SEKALIAN

masyaALLAH begitu cepat masa berlalu...terasa bagaikan insan yang rugi..rugi dengan umur yang lalu dibiarkan terus lena dibuai mimpi indah dunia..hati terus dikarat mazmumah..ayuh sucikan hati kita dengan azam yang baru..azam yang terus ingin meningkatkan saham diri ke akhirat kelak..tapi kenalah istiqamah..

teringat akan sms yang dikirim oleh sahabat seperjuang ana yang tidak jemu-jemu menasihati ana..mutiara kata daripada ibnu masu'd:
umurku semakin bertambah tetapi amalanku tetap tidak bertambah (lebih kurang macam ni lah)
Allahuakbar..dah kena batang hidung sendiri..nak bandingkan kesolehan ibnu masu'd dengan ana..macam langit dan bumi..jauh panggang dari api..ana masih jahil lagi..sedihnya ingatkan kejahilan diri..
BUSY NYER MINGGU NI..

jadual full...sejak melangkah masuk sem 4 ni..bebanan semakin bertambah...program tu,program ni..asyik-asyik liqa' sana..liqa' sini..subhanallah fikir balik ada hikmah disebalik kesibukan tu..tapi alhamdulillah hak kepada Allah tetap tak dilupakan..tetap ditunaikan..

itulah tanda sayang Allah pada kita..ketika terasa lemah dalam memikul bebanan..kita pohon kekuatan..tapi Allah beri kita kesulitan untuk jadikan kita kuat..apabila kita pohon keteguhan hati,Allah beri masalah untuk atasi..kita pohon keyakinan,Allah beri kita ujian untuk memantapkan iman dan jiwa..disaat kita pohon sahabat,Allah berikan insan yang tulus untuk didampingi..kadang kala kita tak dapat apa yang  kita inginkan,namun kita sentiasa dapat apa yang kita perlukan..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku dan akan berlaku..

begitu juga apa yang terbaik untuk kita..Allah tak akan uji hambanya dengan hanya kadar yang termampu..
subhanallah sayangnya Allah kepada kita..

kadang kala busy-busy kita ni banyak kita tak sedar dan terlalai dengan busy yang kita cipta sendiri..sampai lupa dengan tanggungjawab kita yang sebenar..khalifah..daie..penuntut..

Allahuakbar...berilah daku kekuatan..

esok kelas hari selasa,kelas start kul 8.00...alhamdulillah esok tak full..asalnya kelas habis sampai kul 1.30,tapi ustazah Rohani plak takder..so,skali lagi kelas nahu soraf terpaksa diganti..ingat bleh la rehat2..masyaAllah kena pergi kutip sumbangan!!!..koko (kokurikulum)..ada misi penting bakal menanti...bersiap siagalah..

pasir mas dan kubang kerian...lokasi kutip sumbangan...ermmm..orang pasir mas ngan kubang kerian i'm coming!!!!!!!!!

sediakan duit bebanyak yer...

koko plak wat tempat jauh sikit..perak..asalnyer nak wat kat ketereh jer..tapi ada masalah sikit ngan sekolah tu..nak wat macammana takde rezeki...jadi kena lah kutip sumbangan banyak sikit (errr bukan banyak sikit,memang kena kutip banyaklah)..

sebelum tu..kelas ust. nawi..praktikal ibadat..kena wat praktikal tuk solat jenazah..(insyaAllah bleh)

malamnya...subhanallah...ada forum...di jemput jadi ahli panel kat surau AMK..satu lagi ujian..hrmm,nak uji skill komunikasi sikit..(sikit lagi,,..banyaklah!!!)..

rabu..kena cari bahan tuk izaa'h (radio..jadi DJ plak)..tazkirah..my turn..satu lagi..munazhoroh...Allahuakbar (debat bahasa Arab),isi dah ada tapi tak bincang lagi dengan ahli kumpulan..err semua tu tuk hari khamis..

hadis banyak lagi tak hafal..masa berlalu..Astahgfirullahala'zim3x..macammana lah bleh terlupa..
HAFAL3X!!!!!!!!

macamanalah nak hadapi mehnah yang mendatang kalau ujian sekecil ini kita dah tak mampu nak tanggung..Allahuakbar..muhasabah balik2x..lemahnya insan bergelar manusia..manusia yang terlupa akan kedudukannya yang sebenar layak seorang pengemis...untunglah orang yang sedar..

kita sebenarnya pengemis
 ya kita sebenarnya pengemis...mengemis kasih,cinta dan belas kasihan daripada pencipta kita..malunyer rasa..walaupun kita tak meminta daripadanya..tapi Dia tetap memberi kerana Dia tahu,kita amat memerlukan pemberian itu...(semoga mendapat hidayah bagi orang-orang yang sombong)...kalau nak dibandingkan dengan pengemis jalanan..rasanya kita lebih teruk daripada mereka..kenapa??
kerana mereka akan menghargai setiap pemberian itu..sekurang-kurangnya sekuntum senyuman tanda terima kasih..dan mereka akan tetap berkata:Alhamdulillah..rezeki..

bagaimana kita dengan Allah??

kadang-kadang lepas makan nasi sebungkus..air satu gelas pun..perut yang mulanya kempis macam tauar pancit skarang dah 4 inci kedepan masih ada yang  lupa nak ucap Alhamdulillah..subhanallah,mudah betul manusia lupa darimana rezeki itu datang yer..

tapi orang lain juga mengemis..orang lain??maksudnya??..

maksudnya macam mat rempit,bohsia,pelacur dan sama waktu dengannya..mereka juga mengemis..ya mereka juga mengemis..tapi tak sama macam..mereka masih leka dengan mengemis  sisa manis dunia yang bakal hancur...mereka tahu..tapi tak faham..

mereka tahu yang manisnya dunia hanya sementara..manis dunia adalah membinasa..mereka juga tahu dengan manisnya akhirat..manis yang abadi sekiranya mereka berada di kalangan orang yang beruntung..tapi mereka tak faham..manis dunia dah rasa..tapi manis akhirat..blom rasa lagi..

tak faham dengan fitrah diri yang sentiasa inginkan perkara kebaikan..nak perkara yang menyeronokkan..tapi salah pilih jalan..tak faham apa yang kita sebenarnya perlukan..apa tugas kita kat dunia ni..takkan kita nak jadi macam robot..makan,tidur,belajar,pergi kerja,balik kerja,tidor..dan begitulah hari-hari seterusnya..oohh tidak..kita punya misi sahabat.. 

nak tahu..HAYYA FASTABIQUL KHAIRAT...

rasalah kemanisan dalam ibadah...busy mana pun kita dalam apa-apa musyaqqah,jadikan setiap ibadat itu manis...sanggggggggaaaaaaaaat manis..manisnya insyaAllah kekal dan dijadikan perasa di akhirat kelak..

 Surah Adz-Dzariyat ayat 56 dalam kitabul a'ziz. ."tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan kepada ku"

itulah tujuan kita hidup di bumi Allah ni...so apa lagi joooooooooommmmmmmmmm kita wat ibadah banyak-banyak..dan rasalah kelazatan sendiri...tunjukkan rasa hina kita kepada Allah dengan penuh rasa kehambaan..Allah tak memerlukan kita..tetapi kita yang memerlukan Allah..


Selamat Mengemis Cinta Allah yer Sahabat.......=)








Saturday, December 11, 2010

maaF SaHaBaT..

Ini semua salah ana.!!!..salah ana..!!!

maaf sahabat...diriku juga insan yang lemah...lemah segala-galanya..
perlukan pendokong disaat rapuh...

ukhuwah kita yang dahulunya tertaut kemas
kini kian longgar...
longgar kerana keegoan sendiri
yang tak bisa meluahkan perasaan..
perasaan yang ingin ana selalu ungkapkan pada antunna semua
kalau boleh setiap saat..
sayang...rindu..
peritnya tak tertanggung..

rindu ana pada ukhuwah kita dahulu sahabat..
kenapa kita kian berubah...hanya selepas beberapa bulan berpisah..
perpisahan kita hanya atas bezanya 'majmuah' sahabat..
bukan perjuangan..
perjuangan kita tetap satu..

antunna semua tetap sahabat ana...
pulanglah..pulanglah pada mahligai cinta kita dahulu
mahligai cinta majmuah 5..

rindu antunna!!!!!!
indah bukan...
kenangan lalu menjadi memori kita..
saat jiwa kosong..ia kembali mmenghantui..
sentiasa bermain difikiran..
seksa bila mengenangkannya..
ia tak boleh diluputkan..
ana tak bisa...
tak bisa sahabat..
jangan seksa jiwa ana...jiwa antunna juga...

bahagiakah antunna dengan bertemankan keegoaan..
luahkanlah rasa cintamu..
cinta  kita..cinta fi sabilillah..

dulu..
sebelum kita berpisah...
hati kita semua memberontak bukan??
tanda tak setuju...!!!
tak setuju ikatan kita dileraikan..
walaupun berbeza majmuah..
hati kita menjerit ketakutan..ana juga takut..
takut kita sama-sama lupa..
lupa dengan kemanisan ukhuwah kita ..


Allahukhbar..
hanya diriMu Maha Mengetahui segalanya..
Maha Perancang setiap perkara..

betul jangkaan ana..
sekarang kita sama-sama buat kerja sendiri..
khabar mu baik atau tidak..
kita busy dengan majmuah baru..
kita butakan mata hati dengan kesibukan yang dicipta sendiri...
sayangnya..
cinta kita berlalu begitu sahaja..
tanpa ada yang berani meluahkan..


dimana antunna semua campakkan kenangan kita dahulu..???
kenangan yang menjadi saksi di saat ukhuwah kita bertaut
dimana letaknya 1001 ukiran kenangan yang kita dahulu...
jangan dipadam sahabat ukiran itu...
jangan!!!


saat berjumpa..
bertentangan mata..
kita hanya sekadar senyum..
senyuman yang tak semanis dahulu..
ana tercari-cari..dimana senyuman mu dahulu..
ana rindukan senyuman dahulu..
senyuman yang penuh kasih sayang..
kita saling mencintai sahabat..

lupakah kita dengan sabda Rasullullah s.a.w..

 "Perumpamaan orang mukmin dalam hal saling mencintai.. saling mengasihi dan saling menyayang bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh terasa sakit.. maka seluruh tubuh akan merasa sakit.. tidak dapat tidur dan terasa demam". 


sudah lupakah kita!!!!

semua ini salah ana...
salah ana kerana membiarkan kenangan kita dahulu berlalu...
lenyap..

tidak sahabat...tidak...
kita masih memerlukan diantara satu sama lain...
masa lalu tak akan kembali..
hanya sejarah mengukir janji.
janji dahulu ku pahat dihati..
salam sayang wat sahabat yang sentiasa ku ingati..
buat sahabat yang ku sayangi..
untuk bangkitkan Haq Allah di muka bumi ini..
kita khalifah sahabatku..
tanpa ukhuwah,kita rapuh...




kembalikan halawah ukhuwah kita dahulu....


kembalikan halawah ukhuwah kita dahulu....sahabatku


p/s:
sampaikan salam cintaku buat sahabat majmuah 5 yang tercinta..:


>NURUL FATIN
>FATIN SYUHADA
>NURUL HUSNA
>FAIZAH
>FAIZZATI 
>ANISAH 
>IZZATI
>AISYAH
>AUNI DAMIA
>ROZANA
>RABIATUL
>FAKHRIAH
>FATIN AIMI


ASIF A'LA KULLI HAL..