“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Tuesday, October 29, 2013

~ 4 Cara Menghidupkan HATI dengan Al-Quran ~

Bismillah..

Entry yang amat menarik untuk dikongsikan bersama para pembaca sekalian.. walau sekadar kopi pasta dari seorang kenalan. Ia amat bermakna untuk dijadikan sebagai panduan dalam menjaga hati. :)

HATI yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri.
Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.
Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyu...k, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.
Hati yang dihidupkan dengan al quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.
Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud:
“Sesungguhnya Al Qur'an ini membimbing ke jalan yang lurus (benar).” (Surah al-Isra’, ayat 9)
Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud:
“Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan Al Qur'an kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?” (Surah Taha, ayat 1-4)
  
SYARAT UNTUK MENGHIDUPKAN HATI
Maka untuk menghidupkan hati dengan Al Qur'an, kita memerlukan beberapa syarat:
PERTAMA, Al Qur'an hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh). Allah berfirman bermaksud:
“Sesungguhnya membaca Al Qur'an pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat.” (Surah al-Isra’, ayat 78).
KEDUA, membaca Al Qr'an dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:
“Tidakkah mereka merenungi (tadabur) Al Qur'an itu?” (Surah Muhammad, ayat 24)
Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam Al Qur'an.
Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh Al Qur'an itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembacanya kemudian ia menghidupkannya.
Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.
KETIGA, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran Al Qur'an sebelum membaca atau mendengarnya.

Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui Al Qur'an.
KEEMPAT, merealisasikan kehambaan (‘ubudiyyah) diri sewaktu membaca Al Qur'an.
Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran Al Qur'an yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.
Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.
Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam Al Qur'an adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.
Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).
Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Perkara ini dijelaskan dalam hadis bermaksud:

“Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.
“Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.

sekadar peringatan.
“Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan.” (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)

wallahua'lam.