“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Sunday, June 26, 2011

MeNaNgisLaH KerAnA ALLaH..


Bismillahirrahmanirrahim.

Asslamualaikum wbt.

Menangis..??

Setiap manusia akan menangis bila jiwanya disentuh kan?.  Menangis juga sinonim dengan kaum hawa.  Pantang ada babak sedih, mudah sangat air mata keluar.
Itulah fitrah dan senjata bagi kaum hawa. Bohonglah sekiranya kita mengatakan semenjak hidup kita tidak pernah menangis.

menangis adalah salah satu terapi. meluahkan apa yang terbuku dalam dada adalah suatu kelegaan bila diiringi bersama dengan tangisan. jangan di tegah air mata itu disekiranyanya ada sahabat mahupun kita sendiri mahu menangis. Biarkan ia terus mengalir bersama beban yang bersarang dalam jiwa. walaupun suatu masalah itu tidak akan selesai dengan menangis,tetapi jiwa kita akan sedikit berasa lega.

setiap dari kita punya sebab kenapa menagis. 
Ada yang menangis kerana gembira.
Menangis kerana sakit diuji dengan pelbagai ujian Allah.
Menangis kerana rindukan seseorang.
Menangis menagih simpati.
Menangis kerana menginsafi khilaf yang lalu, 
dan banyak lagi air mata itu boleh ditafsirkan.





sedikit perkongsian dari ana tentang tangisan..


Menangis membawa erti keluarnya air mata sebagai ungkapan hati . Menangis
 adalah sutu aktiviti yang menyehatkan, bahkan semua bayi yang baru lahir selalu
 ‘dinantikan’ tangisan pertamanya sebagai tanda organ pernafasannya telah berfungsi dengan baik. 


 Dari Anas bin Malik radhiallaahu’anhu, ia berkata, “Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam pernah membawa putra beliau bernama Ibrahim, kemudian mengecup dan menciumnya.” (HR. Al-Bukhari)

Kasih sayang tersebut tidak hanya khusus bagi kerabat baginda sahaja, bahkan beliau curahkan juga bagi segenap anak-anak kaum muslimin. Asma’ binti ‘Umeis radhiallaahu ‘anha —istri Ja’far bin Abi Thalib— menyatakan, 

“Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam datang menjengukku, beliau memanggil putra-putri Ja’far. Aku melihat beliau mencium mereka hingga menitis air mata baginda. Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah telah sampai kepadamu berita tentang Ja’far?” Beliau SAW menjawab, “Sudah, dia telah gugur pada hari ini!” Mendengar berita itu kami pun menangis. Kemudian beliau pergi sambil berkata, “Buatkanlah makanan bagi keluarga Ja’far, kerana telah datang berita musibah yang memberatkan mereka.”(HR. Ibnu Sa’ad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Rasulullah SAW telah memberikan contoh kepada kita bahawa tangisan adalah suatu hal lumrah dalam mengungkapan kasih sayang. Ketika air mata Rasulullah Shalallaahu ‘alaihi wasalam menitis menangisi gugurnya para syuhada tersebut, Sa’ad bin ‘Ubadah bertanya,

“Wahai Rasulullah, Anda menangis?” Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam menjawab,“Ini adalah rasa kasih sayang yang Allah Ta’ala letakkan di hati hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya hamba-hamba yang dikasihi Allah Ta’ala hanyalah hamba yang memiliki rasa kasih sayang.” (HR. Al-Bukhari)

Ketika air mata Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam menitis disebabkan kematian putra baginda bernama Ibrahim, Abdurrahman bin ‘Auf bertanya kepada baginda,

 “Apakah Anda juga menangis, wahai Rasulullah?” Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam menjawab,“Wahai Ibnu ‘Auf, ini adalah ungkapan kasih sayang yang diiringi dengan titisan air mata. Sesungguhnya air mata ini menitis, hati ini bersedih, namun kami tidak mengucapkan kecuali yang diridhai Allah Ta’ala. Sungguh, kami sangat berduka cita berpisah denganmu wahai Ibrahim.” (HR. Al-Bukhari)

Pesan Rasulullah SAW , 

"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka…"

di hadits yang lain beliau SAW juga bersabda tentang sepasang mata yang tidak akan tersentuh api neraka, iaitu mata yang sentiasa menangis di waktu malam kerana takut kepada Allah, dan sepasang mata yang menjaga pasukan fi sabilillah di waktu malam.

Namun, meskipun ada jaminan indah seperti itu, tidak banyak manusia yang ingin menempuh jalan keselamatan tersebut. Kebanyakan manusia lebih memilih tenggelam dalam hingar-bingar dunia yang fana dan melalaikan. Alangkah beruntung umat muslimin yang telah diberitakan tentang keselamatan diri kerana Rahmat Allah atas air mata taubat ketika penyesalan diri sepanjang waktu.

“…Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (QS. An-Nuur [24] : 31)

Di negara-negara maju  sudah ada pakar ‘air mata’, Bahkan, para pakar ini percaya kalau menangis dapat menyembuhkan sakit dan meningkatkan kadar hormon adrenalin. "Menangis adalah pelepasan emosi yang paling tepat waktu kita tak dapat mengungkapkannya melalui kata-kata," kata Dr Simon Moore, ahli psikologi dari London Metropolitan University. Menurut Profesor William Frey, ahli airmata dari Amerika, air mata yang dikeluarkan waktu kita sedang emosional mengandung hormon penyebab stress sehingga boleh membuat perasaan lebih tenteram.

Menangis juga diketahui dapat menurunkan tekanan darah dan denyut nadi. Selama dan setelah menangis kita akan menarik nafas dalam-dalam sehingga kadar oksigen dalam darah meningkat. Hal ini demikian akan membuat mental dan fisikal terasa lebih kuat. Selain itu, air mata bermanfaat untuk mencegah dehidrasi pada membran mata, membunuh kuman atau bakteria yang masuk ke mata, mengeluarkan racun-racun, serta menghindari depresi. Subhanallah…

Air mata juga sering mengalir ‘tiba-tiba’ akibat sentuhan jiwa nan lembut. Apatah lagi bilamana  jiwa kita disentuh hidayah Allah kita akan menangis panjat kesyukuran. Airmata keinsafan seringkali  merembes keluar bila rasa diluah tika dinihari. 

Satu cerita dari seorang sahabat , seniornya semasa kuliah,  bahwa suatu malam, mendadak ia terbangun dan merasa ingin menangis. Setelah berwudhu dan qiyamullail, maka tangisannya makin menjadi. Ia merasakan kerinduan yang luar biasa kepada Ilahi, juga kepada keluarganya yang jauh. Entah datang dari mana, perasaan membaur dan dada terus bergemuruh, hingga tangisannya terus-menerus membasahi sajadah, hasilnya meskipun matanya sembab, ada kelegaan hati yang amat menenangkannya. Subhanallah! Paginya ketika ia menyampaikan rasa rindu dengan menelefon keluarganya di kampung, ternyata gayung bersambut, keluarganya di kampung menyatakan bahawa semalaman mereka memikirkan anak kesayangannya itu pula, dan  berdo’a serta merasakan kerinduan yang sama. Begitulah kekuatan do’a dalam ukhuwah nan indah, seolah-olah antara jiwa saling bicara.

Terdapat riwayat yang sahih bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, yang ertinya

 “Sesunguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan (penuh cobaan), Tawwab (senang bertaubat), dan Nassaa' (suka lupa), (tetapi) apabila diingatkan ia segera ingat.

Maka kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memetik pengajaran, janganlah kita malu meluahkan emosi dengan air mata di hadapan-Nya. Rencah peristiwa sehari-hari ada kalanya senang, susah, tawa dan sedih. Kesulitan menangis ternyata membuahkan penyakit. Dan jangan pula kita ikuti tangisan palsu para tokoh drama atau filem, sebab tangisan yang pura-pura tentu tidak akan melegakan hati malah menjatuhkan harga diri.

Seorang mukmin dengan taubatnya, bererti telah mewujudkan makna salah satu sifat Allah Subhanahu wa ta'ala, iaitu sifat yang terkandung dalam nama-Nya: Al-Ghaffar (Dzat yang Maha Pengampun). 

Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman, yang ertinya,

 “Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat, beriman dan beramal shalih, kemudian tetap di jalan (petunjuk) yang benar.” (QS. Thaha [20] : 82).


Subhanallah, Allahuakbar. 
Amein, semoga bermanfaat.

pesanan buat diri dan juga sahabat.
Menangislah kerana Allah

Thursday, June 23, 2011

KENANGAN BOLA TIN


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat sekalian..diharapkan sentiasa sihat hendaknya dalam pelukan maghfirah Tuhan..

Suka ingin ana kongsikan bersama antum secangkir pengalaman cilik ana dahulu..



Entah kenapa,tiba-tiba fikiran ana kembali mengunjungi kembali zaman silam..seperti pita rakaman yang di ulang siar,bermain-main difikiran..membuatkan ana tersenyum keseorangan..setiap orang ada zaman indah tersendiri,lebih-lebih lagi zaman kanak-kanak yang banyak bagi impak..bila berkumpul denagn keluarga sambil bercerita..hilai dan deraian gelak ketawa tak lekang..zaman ‘suci’,tanpa rakaman dosa..waktu indah jadi kanak-kanak,sememangnya manis..waktu nilah banyak ana terokai pelbagai pengalaman indah bersama geng kampung..

(Uji tahap imaginasi dan juga ingatan..^^)

Alangkah indah sekiranya zaman itu kembali untuk kali ke 2, ke 3 dan seterusnya mengikut kehendak..tapi mana mungkin masa lalu bisa diputar kembali..
manakan tidak rasa rindu mencengkam,kerana zaman itu adalah zaman ‘kain putih’,manakan sama dengan zaman remaja dan dewasa yang penuh pelbagai coretan dan contengan pelbagai warna dan lakaran..bercampur warna..yang indah ada yang kelam pun ada..tapi masa tidak boleh diputar kembali..hanya kenangan yang menggamit memori..terlakar bibit-bibit manis ukhwah..tak kira lelaki perempuan..umur pun tak semua sebaya.. apa yang penting masa tu enjoy puas2..
Masa tu macam-macam kenangan kami coretkan,.main bola tin,main sorok-sorok,main getah,main masak-masak,ten ten,kejar-kejar,teman abang mancing ikan,panjat pokok..macam-macam lagi lah,banyak sangat kalau nak senarai habis..
Tapi yang paling jadi kenangan ialah bila main bola tin..

BANG!!!..LARI…!!!!!!!!
LAGI BANYAK LAGI BEST..

Berterabur  tin susu krimmer manis pelbagai jenama yang disusun berbentuk pyramid dihentam pukulan bola..riuh suara budak –budak bertempiaran lari..
Ada sebahgian mereka menjerit,tanda arahan supaya ,melarikan diri..
Sebahagian lagi,menjerit arahan untuk kejar sebahagian yang budak-budak tadi..bola dipas untuk mengejar dan me’matikan’ pihak lawan..
Yang dikejar berusaha untuk membina kembali pyramid yang hancur..
Tercirit-cirit dihambat musuh yang emebawa bola..
Yang kena bola dah kira mati..

“lari..lari..hahaha”

“susun..susun”

“pas bola kokni..”

“jago-jago..jange we demo ni susun..hahaha”

macam-macam arahan dikeluarkan..

Itulah perkatan yang lazim didengari semasa ‘berperang’ diantara dua pihak..yang mengejar berusaha untuk menyekat kemaraan ‘musuh’ kembali ketapak binaan yang hancur.. Helai tawa memecah tak kira suasana ..pagi,tengah hari,petang..(malam off)

TEMBAK..JANGAN TAK TEMBAK..
Untuk pengetahuan antum inilah permainan lazim kami geng kampung yang selalu dimainkan pada waktu lapang…Bola tin @ di kenali bola kopi oleh masyarakat kampung adalah permainan paling popular pada zaman ana,dan juga dikampung ana di kawasan pedalaman jeli..bantai main ni paling best..Pengalaman yang paling ana tak boleh lupa semasa zaman dulu-dulu..tak kira hujan ke,panas ker..tetap berjuang dimedan permainan. Kami ada 2 medan permainan. Kawasan jiran ana yang jadi ‘mangsa’,Alhamdulillah pemilik rumah  tak kisah budak-budak main dikawasan diorang,lagipun tempat tu selalu jadi tumpuan budak-budak macam kami untuk bermain..green light dah menyala kami apa lagi..medan ke 2 ialah halaman rumah ana sendiri,..rumput jadi mangsa..dah tak berani nak tumbuh. Asyik kena lenyek je dengan kaki –kaki ‘askar’ yang sedang bertempur.

Nak main permainan ni kena kuat stamina untuk lari masa dikejar dan mengejar,daya focus yang kuat untuk shoot sasaran,daya lontaran yang pelbagai gaya untuk ‘mati’kan musuh mahupun strike pyramid tadi,..tapi yang paling penting semangat kerjasama. Sebab kita akan bergerak kerja dalam 2 team.Team A dan team B..sekiranya tean A yang jaga pyramid team B yang ‘jalan’ atau yang akan hancurkan pyramid tu. Kira 2 pihak yang dalam keadaan kondisi berperang ..selagi semua binaan tu tak runtuh 100% selagi tu lah diorang kena baling sehingga habis giliran. Bila dah complete runtuh apa lagi..lariii!!!!!..
Team A yang jaga tadi akan mengepung musuh mereka team B untuk menyekat kemaraan ke tapak binaan tadi. Team B dihalang daripada mereka membina pyramid mereka. Jadi team A bertungkus lumus menembakkan musuh dengan bola..bola tu satu ja, tapi ibarat ‘peluru’.. nak tembak kena pandai pas-pas ‘peluru’ tu dengan sahabat lain untuk menembak musuh yang dikepung.
“pekong!!!”
Bub!!
Adoila!!,pedih bila kena ‘peluru’ tajam..kena se’bam’ kat muka..bukan main perit..(siap mung pahni)..
Dah ibarat mejahidah berperang dimedan jihad..^^ macam2 ragam ada..berguling-gulung,terlompat-lompat,menyorok disebalik busut..tak ubah macam jundatullah sedang bertempur..
Bila tiba giliran team A plak jadi musuh,(saat balas dendam kena se’bam ‘ kat muka).Team B plak yang akan jaga bola dan begitulah seterusnya dan brehenti seketika bila masuk waktu solat,pastu sambung balik sehinggalah permainan tamat bila nak maghrib. Kadang-kadang tak sedar azan maghrib berkumandang..
Adik-beradik ana semua tak lepaskan peluang main bersama, dari abang long sampailah adik bongsu (masa tu adik-bradik masih 5 orang)..masa nilah nak kukuh ukhuwah adik -bradik..tapi Adat main..masa main pun bukan semua seronok,ada jugak masa kami gaduh. Tak puas hati ngan pihak lawan,macam-macamlah..main ngelat pun banyak,mana tak gaduh.. masakan lidah lagi tergigit,inikan pulak adik bradik dan satu geng..^^

Ala gaduh kami kejap je..gaduh lama-lama tak boleh,gian nak main.

 Selain itu,Golongan dewasa ambil kesempatan menjadi penonton..mereka juga terhibur bila melihat telatah kami seronok bermain. Tontonan mereka kami abaikan,bukannya bertiket pun..malah ada sesetengah mereka yang semgat lebih menyokong kami..(kebanyakan ibu bapa yang jadi penonton,jadi sokong team anak sendiri lah)

Kami main tak kenal masa. Pantang cuti sekolah. Lepas sekolah pun kami main. Campak beg,makan,solat, ajak geng main..selalunya tak perlu ajak pergi rumah,kebanyakan mereka sukarela datang membawa diri . Macam tahu-tahu time tu time kami main..jadual main diatur tanpa dirancang.
 PENGALAMAN MANIS
SEMANIS SUSU PEKAT F&N
Selalunya Yang joint bukan  budak kecik macam ana je (masa tu dalam umur 9-10 tahun),malah yang peringkat remaja taraf abang ana yang masa tu dah tingkatan pun turut main. Tak kira kecik besar,semua bantai main skali. Geng kami tak kenal jantina mahupun umur. Dulu kami semua tak kenal apa tu malu..apatah lagi ikhtilat dan batas pergaulan lelaki dan perempuan,semua campur aduk..tapi dulu tak macam sekarang.

Paling ana tak boleh lupa adalah masa main bulan puasa (ramadhan),memang cari penat..tapi yang ajaib,adalah kami langsung tak penat..mahupun dahaga sekalipun..kami main sampai nak bukak puasa,.Allahu akbar ..memang dasyat masa tu..tenaga si kecil sememangnya datang dari Allah.seronok punya pasal letih pun dah tak ingat.

Bila difikir kembali,permainan ini ibarat 2 negara yang berperang merebut kawasan . satu team pertahankan Negara diorang satau team lagi nak rampas negara tersebut,sebagai matlamat meluaskan jajahan dan pyramid yang dibina kembali setelah diruntuhkan pyramid tadi oleh pihak lawan,dan musuh membina kembali tugu,sebagai lambang kekuasaan. Permainan ni mengajar kami erti bersatu dalam mempertahankan dan membina Negara dan  serta mengembalikan keamanan..semua team main peranan dalam mempertahankan kawasan sendiri,tiada siapa yang boleh berpeluk tubuh dan mementingkan diri sendiri melepas tangan..
Tapi dulu kami hanya pandai main..tak fikir pun kerahsiaan hikmah disebalik semua ibrah tu..
Benarlah pengalaman mematangkan usia dan pemikiran..bila dah besar ni baru terfikir rahsia disebalik pahatan memori masa silam.

SEGALANYA BERUBAH.

Tapi sekarang jauh bezanya,Bila nak bandingkan budak kampung zaman dulu dengan zaman sekariang memang jauh bezanya..
Kalau dulu main bola tin yang jadi kegilaan budak-budak kampung,tapi sekarang,PSP,VIDEO GAME , ibarat telah membunuh 'kejam' permainan tradisional zaman dahulu..terus hilang di hanyut zaman ..bagai tidak adil.

Walaupun sekarang kampung ana masih riuh dengan suara budak-budak main bola sepak,tapi tak sama dengan riuh main bola tin..kerana bola sepak,sememangnya tak boleh berpisah dengan kaum adam,jadi yang mainnya budak-budak lelaki..jadi,kemana pula kaum cilik hawa..??

Tapi itu tak penting,yang penting asalkan akhlak dan sahsiah tidak berubah dari acuan sebenar terbentuknya generasi ulul Al-Bab.

Tapi rata-rata apa yang terjadi sekarang ialah bezanya tahap pemikiran..
Pemikiran budak umur 7 tahun zaman dulu tak sama dengan pemikiran budak 7 tahun zaman melenium ni..perkembangan pemikiran mereka selari dengan majunya teknologi terkini..apa tidaknya,dunia sudah tiada sempadan,bila-bila sahaja boleh rentasi tanpa sekatan,tidak hairanlah mereka cepat matang diusia hingusan.
Tapi padah bila tiada guideline dari ibubapa,.lebih-lebih lagi guide line dari sumber 
warisan ..AL-Quran dan Sunnah..

kesan dari kemajuan,akhlak anak-anak punah..permaianan alam maya seolah realiti bagi kanak-kanak zaman sekarang. ada juga aplikasikan apa yang mereka main  dalam video game di kehidupan sekarang.. sampaikan ada yang terpengaruh dengan aksi-aksi ganas watak dalam tersebut.. 


Selain itu,ada juga pernah suatu ketika ana terbaca dari keratan akhbar,yang mana diusia belum matang,mereka  sudah terjebak dengan seks bebas..sumbang mahram,jenayah dan macam-macam lagi.... 

Allahu akbar,dimana silapnya ?? pihak mana perlu ditunding jari..??

Adakah Ibubapa yang tidak mengisi ruang hati anak dengan ilmu agama??

Adakah salah penjaga yang mengabaikan amanah menjaga anak-anak??

Adakah salah guru yang tak pandai mengajar??

Adakah salah kerajaan yang tidak ambil cakna dengan mengharamkan 
penggunaan internet secara meluas??

Atau salah kita sendiri yang tidak menegur???

Sama-sama kita fikirkan..peringatan buat diri dan juga sahabat..
Wallahua’lam..








Tuesday, June 21, 2011

MATI SEBELUM HIDUP


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt .

Suka disini ingin ana kongsikan sedikit bingkisan rohani buat antum,sahabat2 yang tersayang. Sumber berdasarkan apa yang telah ana baca dalam sisipan diari ana.. bagus diari ni,isi kandungnya tidak kosong,sedikit ilmu dikongsikan bersama oleh penerbitnya..
bingkisan ini ana lakukan sedikit penambahan mengikut cetek pemikiran ana .. sedikit ilmu yang ada, dikongsikan bersama..

Berbalik kepada pokok perbincangan..

Agak janggal bila baca tajuk entry kali ni..’mati sebelum hidup’..tapi itulah hakikat sebenar setiap kewujudan..

hayatilah Maksud firman Allah SWT dalam Kitabul A’ziz Al- Quranul Karim ,
 “Dialah (Allah ) yang menciptakan (mentakdirkan) mati dan hidup,untuk menguji kamu,siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun”   (Surah Al-Mulk: 2)
Di dalam ayat di atas,cuba kita highlight kan 2 perkataan utama iaitu apa yang Allah ingin samapaikan  iaitu sesungguhnya  ‘mati’ dan ‘Hidup’ sememangnya ditentukan oleh Allah swt.
Secara lazimnya bagi makhluk yang hidup,kita selalu dengar penyudahnya adalah ‘mati’ setelah ‘hidup’ bukan..?
Tetapi Al-Quran merekod sebaliknya, iaitu dalam ayat diatas Allah SWT menyatakan frasa ‘mati’ dahulu kemudian barulah disusuli dengan perkatan ‘hidup’
Macamana plak tu yer.. haa begitulah uniknya Al-Quran sahabat,setiap sesuatu yang terkalam didalamNya itu punyai makna yang tertentu. Malah satu huruf sekalipun yang tercatat dalam Al-Quran mempunyai rahsia dan mesej yang tersendiri…  subhanallah untungnya kita hidup dalam indahnya Kalam Cinta Allah..apa lagi gunalah akal kita untuk berfikir makna tersirat disebalik ayat2 Allah ni..
Bila difikir kembali, zaman sekarang senang,kita lebih mudah dengan adanya kitab2 tafsir yang dikarang oleh para ilmuan dahulu untuk terokai dan menjadi rujukan di sebalik persoalan yang sentiasa menjadi belengu hidup..senang bukan,tapi selalunya yang senang itu telah membuatkan kita semakin malas..(err betul tak..kalau salah maaf yer..^^)
Susunan indah bait2 cinta ni tidak akan diwahyukan secara sambrono oleh Allah SWT ,bila menyebut 2 frasa ini..kalimah ‘mati’ didahulukan sebelum menyusullnya kalimah kedua iaitu ‘hidup’..
Oh sudah tentu penuh dengan siratan yang perlu kita fikir dan renungkan. Cari dimana tersembunyinya khazanah kerahsiaan itu..nyahkan kod rahsia itu,supaya ia tidak lagi menjadi persoalan kita semua.=’)

TAPI KENAPA MATI DULU SEBELEM HIDUP??

Apabila kita renungi dengan mata hati,fikir, dan soroti secara mendalam, maka kita akan dapati apa yang sebenarnya Allah SWT mahukan ialah menarik perhatian manusia..
Menarik perhatian manusia??
Ya..mahu menarik perhatian manusia sebagai ciptaannya..siapa kita didunia ini..siapa kita diakhirat nanti..
Siapa kita dengan Allah swt..
Siapa kita dengan para malaikat..
Siapa kita dengan kitab-kitabNya
Siapa kita dengan Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi Allah.
Siapa kita di hari kiamat kelak
Siapa pula kita dengan qada’ dan qadar Allah..
AL-Quran dan sunnah menjadi panduan bagi manusia mencari cahaya didunia ini..cahaya yang ana maksudkan bukanlah cahaya api,lampu,mahupun matahari yang pancarannya sementara..tetapi cahaya kebenaran yang sentiasa terpancar dalam jiwa2 orang2 yang beriman dalam kembara menuju Tuhannya..cahaya ini akan sentiasa menjadi kilauan bagi orang2 yang sentiasa berebut dan tamak untuk berbuat baik kerana Allah SWT. Bekal untuk mereka disana nanti..
Bagaimana pula dengan kita??
Sudah cukupkah bekalan kita untuk meniti hari disana nanti..??
Benarlah,’mati’ itu lebih penting dari ‘hidup’ di dunia yang yang sentiasa menipu. Setiap apa yang kita lakukan di dunia ini sentiasa di tipu sekiranya hati kita  tidak diikat dengan apa yang diturunkan oleh kitakan..gerak geri kita sentiasa di intai musuh.. musuh nyata yang tidak pernah kenal erti putus asa menggoda. Kadang kala menang, kadang kala tewas di pelukan sang laknatullah.
Allahuakbar..sememangnya hidup di dunia ini sangatlah sementara..kerana itulah kita sentiasa berpada-padalah dengan masa.. pandulah hati dengan firman Allah yang berbunyi.
“demi masa,sesungguhnya manusia kerugiaan,melainkan yang beriman dan beramal soleh”( surah Al-Ashr 1-3)
Jelas bukan??
Sesungguhnya setiap detik diakhirat amat berbeza dengan detik di dunia.
Terlalu singkat bila dihitung..

HIDUP IBARAT MENGEMBARA..

Setiap insan adalah pengembara..mengembara mencari cinta Pencipta..mencari bekal isi kelompong jiwa rohani sembahan buat kekasih Agung...untuk ditimbangkan kembali di neraca mizan sang Agung..
setiap langkah kita adalah langkah si pengembara yang dhaif sejak dilahirkan didunia..setelah dilahirkan kita berusaha untuk mengenal apa itu dunia..bila si ibu tersenyum dengan kehadiran kita di dunia yang asing ini, kita tidak tahu apakan maksud disebalik lirikan senyuman itu..tanda apakah itu?? Bila kita diusap lembut..rasa selesa..oh , disitulah kita dapat rasa aura kasih sayang seorang ibu..kasih seorang ayah bila alunan suci dibisikan di kuping telinga kecil..tenang melihat si’kain putih’..disitulah kita mula mengembara mengenal dunia..
Dari mengembara tika zaman bayi,..kita mahu mengenal siapakah pemilik jemari yang menyentuh dan mengusap kita,siapa yang amat bermurah hati menitiskan susu kemulut comel kita tika lapar..kita tafsirkan jawapan itu dengan senyuman dan berusaha untuk menutur kalimah emas bagi ibu2 “MAMA” “BABA”..kita selesa bila mengenal mereka..
setelah berjayanya kita menyelami zaman baby yang belom mengerti apa2 tentang hidup..kita kembara pula dalam kehidupan zaman kanak-kanak yang masih suci,zaman yang penuh kebebasan untuk melakukan apa sahaja,tapi itu buka tiket untuk ibu bapa mengambil mudah untuk mencorak mereka secara mengkhinzir buta dalam memilih warna corak hidup mereka..warna nasranikah,yahudikah @ meneruskan fitrah insan yang tercipta suci sejak alam roh yang terikat dengan janji Allah untuk beriman denganNya..warnailah dengan warna2 Islam..pasti indah dipandang..
Apabila sesudahnya kita kembara dizaman kanak2,tibalah keperingkat yang penuh dengan onak duri..ada yang tewas..ada yang berusaha meneruskan penegembaraan.. peringkat remaja sememangnya mencabar bagi kita..dalam diri mereka,peringkat inilah selalunya remaja paling kuat berperang bersama sendiri..tika inilah banyak persoalan hidup yang timbul..keliru dengan identity diri...perasaan ingin tahu begitu kuat merajai minda..zaman ini peperangan selalu tercetus di medan hati..berperang dengan nafsu sendiri..peringkat remajalah perlu ditarbiyah,aplikasikan apa yang telah diajar semasa zaman kecil mereka dalam mengenal apa itu ‘mati’ apa itu ‘hidup’..kembara merekalah amat mengerikan..mereka memerlukan pemandu arah,jalan mereka bersimpang siur,begitu banyak cabang2 yang menipu,hanya manis dipandang mata nafsu,hakikatnya pahit yang memakan rohani..tidak hairan zaman ini ada yang sanggup me’mati’kan diri mereka dunia yang kejam..bila rasa dunia ini tidak adil baginya,cemuhan,kejian menyalahkan keadaan..bila rasa bahagia,dunia ni bagaikan kita yang punya..
Jadi gunalah masa remaja kita dengan sebaiknya..ilmu lah yang mengisi alam remaja sebagai bekal dialam dewasa..singkat tapi,peluang itulah yang terbaik untuk mencari sebanyak ilmu,.(zaman otak masih segar)..kerana ilmu itulah akan mematangkan akal fikiran..
 "Jika ditanya kepadaku tentang alam remaja, nescaya aku akan berkata; tiada kehidupan yang lebih singkat daripada menerima ilmu yang luas." -Ibnu Sina

Bila dewasa menjelang,..kembara lain pula akan kita hadapi..setiap taraf,lain cara hidupnya..bekalan mestilah semakin banyak..kerana onak dan duri semakin ‘gila’ menunggu didepan..jadi siaganya juga semakin canggih dalam menentang arus..
Sedangkan si pengembara hutan memerlukan pemandu arah dan juga menyediakan pelbagai alatan sebelum memulakan pengembaraan mereka..kompas,peta,walki talki,khemah,barang memasak,pisau dan macam2 lagi untuk bersiap siaga segala kemungkinan yang mendatang..apatah lagi seorang insan yang tidak punya bekal apa2..malang yang mendatang,sipengembara boleh tersesat..
Ada yang tersesat jauh,tapi tidak semetinya ‘mati’ mereka juga dalam kesesatan,kerana hidayah milik Allah terpancar dalam jiwa mereka untuk membawa mereka kembali ke jalan yang benar dalam mengenal ‘hidup’ yang sebenar ..pintu taubat masih terbuka luas sebelum ‘ajal’ menjemput tiba…
Ajal hadir tidak menengal waktu,umur,tempat dan cara bagaimana kita mati..waktu yang dijanjikan juga tidak lebih dan tidak kurang walau sesaat..tepat2..
Umur kita mugkin sukar untuk kita tentukan bilakah masa yang di peruntukkan untuk kita meneruskan kembara itu..apa yang penting kita teruskan kembara itu tanpa memikirkan bila ‘ajal’ bakal mendatang kerana itu hanya mengsia2kan waktu yang tersisa..
Umur kita belum tentu panjang..
Pernah suatu ketika,seorang sahabat ana,teman sepermainan semasa zaman budak2..sebaya..sihat wala’fiat,tiba-tiba nikmat dunia ditarik keras..innalillahiwainna ilaihirajiu’n..dia meninggal dunia,kerana eksiden..Al-Fatihah kepadanya..
Hrmm itu cara penyudah hidupnya..bagaimana pula kita..??
Sesungguhnya umur bukanlah ukuran untuk menetukan ajal maut kita belum tentu kita hidup 100 tahun..malah mungkin juga kurang dari 80 tahu..sedangkan Rasulullah hidup dalam lingkungan 60 tahun..Alhamdulillah sekiranya umur kita lebih panjang dari itu,kerana itulah peluang kebajikan kita..
Tapi rata-rata zaman sekarang ramai yang hidup lebih kurang dalam lingkungan 40-50 tahun..statistik kebanyakannya lelaki..
Allahuakbar…masa terlalu pantas..
Dibandingkan umur kita sekarang..kita ambil penamat umur yang paling singkat iaitu 40 thun..contoh umur kita 21..40-21=19 tahun yang masih berbaki..tapi Allah Maha Perancang,selama mana lagikah kaki kita masih mampu memijak dikulit bumi sebelum jasad itu sendiri akan dimasukkan kedalam perutnya..entah esok lusa..wallahua’lam..
Tapi harus dingingat,Penamat kembara dunia adalah ‘mati’
Tapi adalah permualaan hidup bagi akhirat..

‘MATI’NYA KEHIDUPAN DIDUNIA,MULA HIDUP DI AKHIRAT.

Mungkin kita tertanya2 kenapa Allah ciptakan mati setelah Dia ciptakan kita untuk hidup..??
Terciptanya dunia,untuk memberi peluang kepada hambanya membuat pilihan..ya kita sentiasa diberi pilihan oleh Allah..
Bergantung pada diri, yang manakah pilihan kita ??
Peribadi Baik kah @ peribadi buruk??
Jalan Lurus @ tersesat??
Saling berkasih sayang @ saling membenci??
Pilihlah sementara kita masih berada didunia..
Justeru Melalui surah Al-Mulk ayat 2 tadi, jelas Allah swt mahu menarik perhatian dan mengingatkan kitab agar memperbesarkan kehidupan akhirat lebih daripada kehidupan dunia. Kerana matlamat kehidupan akhirat lebih utama daripada ‘mati’nya matlamat kehidupan di dunia.
Di dunia,kita dapat kecapi segala kemewahan,.nikmat dunia dirasai..punya keluarga bahagia,kediaman selesa,kereta besar,makanan lazat-lazat..apa yang kita mahu semua dapat..untung bagi yang termampu..tapi adakah kekayaan sebegitu boleh menjamin kualiti amalan??..
Sekiranya segala kemewahan itu kita tidak salurkan seluruh hidup kita kedalam hidup bersyariat,bermakna kita akan gagal dalam ‘hidup’ di akhirat..rugilah segala umur kita ketika didunia..usia yang diperuntukkan untuk kembara,telah menyimpang arah..maka terjerumuslah kedalam lembah kehinaan..manis yang dicari..tapi pahit yang dapat…
Jika kita katakan dasyatnya seksa semsa hayat didunia,1000 kali lebih dasyat sengsara di akhirat..mungkin juga lebih dari itu..
Janganlah kita kaya didunia..tetapi miskin diakhirat…

BERMULA KITA DENGAN MATI

Mulanya hidup didunia sebenar-benar adalah ‘mati’..iaitu kosong…(iaitu tiada apa-apa)..
Sebelum terjadinya kembara hidup seorang insan,kita masih dialam roh..ini bermakna kita ‘mati’ dialam dunia..darah daging belum terbentuk..tulang belulang belum dicantum Allah..permulaan kehidupan apabila kita ditiup kedalam jiwa sekujur jasad yang tidak bernyawa..setelah itu,barulah kita mampu menggerak-gerakkan segala sendi-sendi yang telah tertaut..
Benarlah..kita bermula dari ‘mati’..kosong..belum wujud..kemudian ada..sedarilah itulah selemah-lemah manusia,tidak mampu menghidupkan diri tanpa ada yang menghidupkannya..
Kemudian barulah kita lahir dengan berbekalkan fitrah seorang insan..
Allah Maha Penyanyang,Dia  tidak akan membiarkan kita hidup tanpa arah..terumbang ambing didunia asing..membisu di dunia menipu..
Ingat,ada jalan yang Allah tunjukkan melalui ‘UtusanNya’ untuk mencari kembali jalan pulang menghadap sang pencipta..bukan pulang dengan tangan kosong..mestilah ada buah tangan untuk kita bawa dari dunia seperti mana yang telah dijanjikan..sekiranya elok buah tangan yang dibawa..maka eloklah ganjarannya..sekiranya,sebaliknya maka balasan yang setimpal akan kita tanggung..
Duri-duri kehidupan adalah ujian dalam memungut amalan,sebagai buah tangan untuk kekasih..
Cinta sesama makhluk kita inginkan persembahkan barang yang terbaik..sanggup renngi lautan dalam..panjat gunung untuk memuaskan kehendak sikekasih hati..apatah lagi cinta Agung yang tiada tolak bandingnya.. semestinya ingin kita persembahkan sembahan yang lebih berharga bukan??
Dia tidak minta perkara material,..jelas..memperolehnya hingga perlu bertarung nyawa..matinya belum tentu dijamin syurga.. kita hanya perlu bermodalkan kudrat,itu sudah cukup untuk membuktIkan cinta kita padaNya..kudrat yang dianugerahkan sememamngnya untuk membuktikan sejauh mana tahap kita curahkan kasih kita pula pada Nya..gunakanlah..
kaki..
tangan..
hidung..
mulut..
lidah..
dan segala nikmat anggota tubuh badan..

beribadat padaNya,modal yang paling murah..tapi punya nilai yang jauh lebih mahal dari emas dan permata..
Subhanallah..sesungguhnya Allah Maha Pemurah..
Selain itu,ia juga membawa maksud sebagai ujian untuk hambaNya mengukur tahap sejauh mana makhlukNya bersyukur atas segala nikmat yang telah dikurniakn,sejajar dengan umur yang telah diberikan dari kecil hingga lah hinggalah dewasa,lantas menyerah diri sepenuhnya setelah mengakui kesaksian bahawa ‘tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah swt.

Bagaimanapula yang terus menerus lalai dalam kehidupan dunia dan lupa akan ‘hidup’ diakhirat kelak??..dimana kita dicampakkan disitulah kita menjunjung taklifan..jangan biarkan mereka terus hanyut,gunakan senjata ukhuwah untuk kita meniti hidup bersama menuju Rabbuna..mereka perlu pengiring..sama juga kita,perlu pengiring..padah jika tiada yang sudi awasi hidup kita,tidak berpesan kepada kebenaran dan kesabaran..sifat memeluk tubuh sendiri telah telah membunuh saudara kepercayaan sesama insan..hulurkan tangan,ringankan dosa yang terbeban...

Gunakanlah akal yang masih 'hidup' ini,untuk sama-sama mengingati Allah swt.. Ancaman azab bagi mereka yang terus sombong terhadap Allah swt...amat hebatlah balasan yang ditanggung kelak..(azab neraka sedang menanti)