“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Thursday, December 5, 2013

Pukat Ayah

Assalamualaikum wbt.

Bismillah.

Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat.

Allahumma Soyyiban Nafian.

Hujan dikampung masih belum berhenti. Di KL, hujan sekarang reda.

Tempoh hari, masih diberi kesempatan untuk menghubungi keluarga dikampung. Bertanyakan tentang keadaan banjir dikampung. Khabarnya, air mula naik. Alhamdulillah, rumah kami bukan diantara kawasan berlebel 'kuning' mahupun 'merah'.

Hujung tahun, sentiasa dikenali dengan dengan musim bah. Air akan melepas paras yang normal. Sungai melimpah, longkang tersumbat, ikan-ikan di kolam ternakan akan keluar bebas. Penduduk yang tinggal dikawasan yang bertanah rendah dan lembah berjaga-jaga. Bersiap siaga untuk berpindah. Barang eletrik diletakkan ditempat yang tinggi. Dokumen2 penting disimpan rapi. Bimbang hanyut dibawa bersama air keruh. Pelbagai jenis kenderaan mula berpusu-pusu keluar dari kawasan rumah, mencari tempat yang lebih tinggi untuk menyelamatkan kenderaan mereka. Ayah pula akan bawak lembu-lembu ke padang rumput.

Ligat berputar mencari 'file' memori tentang kisah banjir di usia kanak-kanak. Manis. Ibarat pesta air, dari kanak-kanak sampailah warga emas. semuanya turut serta dan tidak melepaskan peluang untuk bersua ria, dah macam 'program' wajib tahunan plak. ^_^ Masa tulah semua penduduk kampung akan keluar 'bermain' air banjir dan mengambil peluang mencari rezeki sampingan. Rata-ratanya penduduk kampung hanya menoreh getah sebagai punca rezeki utama. Musim rehat untuk mereka, begitu juga Ma ngan Ayah.

Apa yang paling seronok ialah bila melihat perlbagai golongan yang bersuka ria dengan air banjir.

kanak-kanak, adalah orang yang paling teruja. Anak remaja ronda-ronda dengan motosikal. Makcik-makcik juga mengambil peluang untuk berkumpul bersama 'geng' mereka. Riuh. Ibarat medan ukhuwah sedang hangat mengikat hati-hati kami sekampung.

Bila banjir mesti ingat kampung. Masa tula Ma dan kami adik beradik akan gali ubi kayu. Musim banjir memang best kalau makan ubi kayu :) makan bersama keluarga plak tu. Alhamdulillah.

Pukat Ayah.

Ayah, abang long ngan abang ngah akan memukat ikan. Mencari hasil banjir. Selain untuk dimakan, ada juga kami tolong Ayah jualkan hasil. Alhamdulillah, rezeki kami melimpah, selimpah air disungai ^_^ hasilnya pun xsama dengan memukat selain musim banjir. Macam-macam jenis ikan yang tersangkut dipukat Ayah. keli, haruan, sepat, puyu dan macam2 lagi. Banyak kali juga ikan-ikan besar tersangkut dipukat Ayah. Bendang adalah kawasan atau lubuk ikan. Disitu jugak ada kolam ikan Tokku. Habis ikan keluar sambut 'merdeka'. Rezeki orang :)

Penah tengok Ayah memukat ikan masa banjir, Ya Allah, takut sangat. Ayah pasang pukat. Airnya paras dada kat bendang. Masa tu tengok Ayah dari jauh. Tebing tinggi dekat jalan raya. Depan rumah tokku.

Siapa tak terkejut  Hanya doa saja yang mampu panjatkan. Mungkin bagi Ayah dah biasa. Tapi hanya mampu berharap, semoga ayah langkah ayah tidak tersadung.

Ikan Darat :)

Itulah menjadi santapan istimewa kami sekeluarga bila musim banjir. Sedap, indah dan bahagia. bercampur rasa.

Rutin masa banjir, lepas subuh Ma mesti 'usha' air banjir.Berbekalkan lampu picit, ana ngan adik2 mesti nak ikut. Kalo Ma tak bagi ikut, kami hanya menuggu laporan paras air banjir dari Ma. Berita pantas, macam wartawan pun ado, hehe

Masa ni kami dah tak lekat kat rumah, tiba masa makan, kami balik. Salin pakaian kering dan solat. Tak senang duduk, tengok kat tingkap best je kawan-kawan duk seronok main. Lepas tu, apa lagi, pegi main banjir lagi. lepas basah, salin lain pulak. Sebab tu pakaian bertimbun dalam bilik air. :D

Tapi, musim banjir x semua cipta kenangan manis. Apa yang merisaukan Ma ngan Ayah, pakaian basah yang dicuci sukar kering. Atap yang bocor tetap ditembusi air. Kadang-kadang akan pindah tempat tidur, selalunya ruang tamu. Sebab atap bilik kami bocor. Luar rumah tak banjir, luar rumah pulak yang banjir. hehe. Atap masih tak berganti dari dulu, sampai skarang Ayah hanya mampu tampal saja. :)

Itu tak penting, kami adik bradik tak kisah. Yang penting Allah anugerah apa yang cukup untuk dulu sehingga hari ini. Musim banjir pun sudah mampu membahagiakan kami. Mungkin menjadi musibah bagi yang lain, tapi kami seronok mengharungi hari-hari yang digenangi air.

Dulu, tak akan sama dengan sekarang. apa yang sama, ubi kayu akan jadi menu wajib, ayah plak akan tetap turun memukat ikan.

Seja dua menjak ni, selalu teringatkan mereka. Ma, Ayah dan adik2 dikampung. :'(

Semoga tiada apa yang buruk berlaku.

Perumahan Pantai Permai KL
6/12/2013
12.11 am



Sunday, November 24, 2013

Nota Untuk Mereka

Assalamualaikum wbt.

Allahu Allah

Allahumma Solli a'alih.

Kata-kata ini sekadar untuk meluahkan apa yang dirasa. Tiada kaitan dengan sesiapa. Hanya untuk orang merasa pedasnya kata-kata. Rahsia semata. Sekiranya mereka terbaca, ini adalah nota dari kami yang kalian sendiri hampir memadam api ukhuwah ini.

Berat sungguh ungkapan yang ingin disusun. Merasa tidak dipeduli, sudah lama menjadi jeruk dalam balang hati. Mereka berjanji. Namun janji itu sudah terbakar menjadi abu. Terlepas diriku melayang diudara. Terhanyut dek bayu. Terkulai dek taufan yang datang tanpa diduga.

Janji dulu. Janji untuk terus bersama. Janji untuk terus memimpin tangan ini. Janji untuk tidak meningggalkan setiap hati yang berbaiah dengan nama Tuhan. Dimana janji kalian. Heh. Kalian sendiri ucapkan. "Ukhuwah ini retorik semata". Bukankah itu doa.

Allahu.. Duhai kalian.

Mengapa senang saja hendak menghukum, tanpa tahu apa yang lain juga punya hati. Juga punya ujian. Juga punya halangan. Tanpa tahu, kalian tidak akan mengerti. Sudah ramai yang menjauhi. Kerana sikap kalian yang tidak menghormati. Jujur. Kalian mengungkit ukhuwah fillah. Namun, sikap kalian tak ubah mempermainan kalimah itu. Bila perlu kalian memamnggil-manggil, melambai-lambai, Bila tidak. kalian seperti bukan sebahagian dari kami. Pentingkan urusan diri, namun tidak mahu mengerti urusan kami. Allah. Kalian perlu sedar, apa yang telah kalian ucapkan dulu. Apa yang kalian janjikan dahulu.

Terkilan, apa yang kalian sebutkan, namun tidak dilakukan. Hilang hormat. Hilang kepercayaan.

Cukuplah apa yang sudah kalian bukukan dalam lembaran hidup kami. Kalian kata kita satu hati. siapa sangka kalian sendiri  pecahkan hati-hati kita semua. Bukan lagi satu, mungkin sepuluh, seratus dan mungkin telah menjadi seribu.

Kenapa kalian tidak pernah memahami ? Pemimpin sendiri tidak pernah mencari solusi ?

Kalian sendiri yang sukar melihat kelemahan organisasi, juga kelemahan diri sendiri. Perit bila orang lain pula dipersalahkan. menjadi tempat untuk melepaskan geram.

Allahu... mungkin ini hukuman Mu. Hukuman kami. semakin ramai yang terlepas pergi. Mereka tahu. Tapi mereka tidak mengerti.

Semoga Allah terus thabatkan hati ini. Bila diuji dengan manusia. Betulkan niat untuk terus berjuang dijalanNya.

Namun hakikat dulu, bukannya sekarang. Walaupun kita satu jalan. Ada yang tertinggal. Cuma tidak dihiraukan. Lambat menyusun langkah dibelakang.

Astaghfirullah.. semoga kembali manis yang dulu. Cintakan kebersamaan dulu.

Tapi, yang dulu tetap dulu. Akanku terus mencari dimana khazanah ukhuwah yang tersembunyi.

Doakan.



Friday, November 22, 2013

Beauty and The Beast

Assalamualaikum wbt

Bismillah.

Allahumma solli wasaalim a'la Muhammad wa a'la aalihi wasahbihi ajmai'n

Ana Ingin kongsikan satu bingkisan ringkas tetapi sangat menarik. Berkaitan dengan 2 makhluk Allah yang diciptakan sebagai pengajaran bagi 2 kaum, hamba Allah s.w.t. Kupu-kupu dan gorila. Buat Adam dan juga hawwa'.. sedikit olahan dari tulisan yang asal..

wanita bukan ditelunjuk lelaki



Beauty & The Beast. Jika dahulu kita mengenali kata nama am ini dengan satu kisah animasi. si perempuan yang cantik dan seorang lelaki yang disumpah menjadi haiwan yang hodoh dan kasar seperti singa tetapi bertanduk.

Apa yang ingin dimaksudkan dengan tajuk tersebut ialah berkenaan dengan hati wanita dan kegagahan jiwa lelaki;

Kupu-kupu, seringkali diibaratkan dengan wanita. kecantikan sayap menjadi daya penarik, kelembutan dan santun dengan bunga-bungaan di taman. Menghisap madu, dan menyebarkan debunga. Namun harus diingat, dia begitu mudah untuk dicacatkan. Jangan disentuh sebarangan, jangan mengejar andai tiada tujuan

Hati kaum wanita sangat sensitif seperti kupu-kupu dalam gambar ini, tatkala ia sedang berada di tangan seorang lelaki seperti gorila ini. Mungkin saja kupu-kupu itu akan disakiti atau dilindungi. sekiranya dia berada di tangan gorila yang baik, maka kupu-kupu itu akan dilindungi dan begitulah sebaliknya.

Kupu-kupu amat sensitif dan mudah sekali terluka. begitu juga dengan hati wanita.

Sekali ia terluka, kemungkinan ia akan terbang pergi tanpa kembali lagi. Mencari tempat untuk bersembunyi. Bersendiri dengan sisa umur yang masih berbaki.

Rasulullah SAW bersabda:

خيرُكم خيرُكم لأَهلِه وأنا خيرُكُم لأَهلي ما أكرمَ النِّساءَ إلَّا كريمٌ ولا أهانَهُنَّ إلا لئيمٌ

"Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya (khususnya isteri), dan aku adalah yang paling terbaik di antara kalian terhadap ahli keluargaku (khususnya isteri-isteriku). Tiadalah orang yang memuliakan para wanita itu melainkan orang-orang yang mulia, dan tiadalah orang yang menghina para wanita itu melainkan orang-orang yang keji." [hadis sahih riwayat Saiyiduna 'Ali bin Abi Talib, dinukilkan oleh Imam as-Suyuti dalam al-Jami' as-Soghir]

Buat kaum lelaki, dirimu seperti gorila yang gagah. Mungkin akan menjadi sebagai pelindung, mungkin juga sebagai pemangsa.

Oleh itu,Janganlah dirosakkan sesuatu yang amat indah, lembut dan sensitif itu dengan kejahilan dan kerakusan Sayangilah kupu-kupu itu dengan setulus hati, dicipta untuk membahagiakan bukan untuk dilukai oleh amarah yang menguasai.

Rumah Sewa yang Gemilang
3.57 p.m
23 Nov 2013

Wednesday, November 20, 2013

Cerpen Pertama :) Pondok Sunyi Di Pinggir Syurga

Assalamualaikum wbt.
Subhanallah, wAlhamdulillah, wAllahu Akbar. Selawat dan salam kepada penghulu Nabi s.a.w, keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Sejak sekian lama ana memeram cerpen yang ana karang semasa pertandingan dalam bengkel penulisan anjuran Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan. Karya yang tidak seberapa, tanpa disangka menjadi pilihan juri. Diantara cerpen terbaik. Pelik bagi ana, tidak pasti apa yang istimewa dalam cerpen ana membuatkan ana berada di barisan pemenang. Alhamdulillah, itulah rezeki namanya. :) 
Sejujurnya, karya ini ana sorok dari menjadi mangsa bacaan umum.. ^_^ Rasa tidak layak pun ada. Tapi sampai bila, mungkin ada yang boleh dibaiki sekiranya ada kritikan yang membina. 

Pondok sunyi di pinggir syurga

PAK ALI. perlahan-lahan menyusun langkah menuruni tangga ruang dapur . Penatnya menebas semak kebun Pak Hamid  semalam memerit rasa si tubuh tua itu. Terperit-perit wajah tua menahan tubuhnya yang sakit. Tetap digagahkan jua.
Mak Pah. Menjalankan tanggungjawabnya disubuh hari. Rutinnya menyediakan sarapan dan kuih muih untuk dijual digerai. Kopi istimewa buat suami tercinta dibancuh dengan pemanis kasih sayang.
“Minumlah bang” dengan senyuman yang tidak pernah lekang dibibir. Mak Pah menghulukan secawan kopi dengan penuh santun.
“Luas jugak kebun hamid”  Pak Hamid mulakan bicara mengenai kebun pak hamid. Tangannya mencapai secawan kopi yang dibancuh Mak Pah dihirup perlahan-lahan.  Asap yang mengepul menandakan air kopi itu masih hangat. Pekat. Secawan minuman yang terbaik buatan buah hati tercinta. Sebab itulah pak hamid tidak akan menyentuh kopi lain melainkan itu adalah hasil dari air tangan Mak Pah. Ada perasa tambahan katanya.
“Hari ini abang ke kebun lagi? ” Mak Pah menyambut perbualan dengan persoalan. Risau melihat keadaan pak Ali yang mula menampakkan bibit sakit.
“Tak tahu lagi, badan aku rasa lain macam pulak hari ini. Sudah mahu mati barangkali “ pak ali ketawa kecil sambil mengurut-ngurut pinggangnya yang sentiasa menjadi penghalang untuk membuat kerja-kerja berat. Sudah 5 tahun keadaan pak ali begitu.  Sentiasa sakit-sakit bila melakukan kerja berat. Begitu juga dengan  Mak Pah. Sudah tidak berdaya untuk membantu suaminya mengambil upah menebas semak dikebun pak hamid sejak 2 tahun yang lalu. Manakan tidak, pasangan itu hampir  mencecah usia 70 an. Otot-otot sudah kecut untuk menggalas bebanan kerja.
Gurau pak ali kali ini membuatkan Mak Pah hanya tersenyum hambar. Seringkali diucapnya perkatan itu, membuatkan Mak Pah sudah lali dengan gurauan suaminya. Sudah malas mahu ambil hal dengan gurauan itu.
Abang rehatlah hari ini. Tentang kerja-kerja dikebun itu nanti saya beritahu pak hamid yang abang tidak sihat”  sambung Mak Pah, Tangannya perlahan-lahan menyusun kuih-muih ke dalam bakul untuk dihantar ke gerai Gayah dihujung kampung. Susunan yang kemas.
Baiklah. Aku rasa sakit aku lain macam plak hari ni. Sampai gerai Gayah nanti belikan aku panadol” ucap pak ali yang masih mengurut-ngurut pinggangnya.
Mak Pah kasihan melihat suaminya. Mahu sahaja tangannya mengambil alih untuk mengurut pak ali. bimbang, nanti kuih muihnya berbau minyak angin. Beringat, takut membantut punca rezeki.
baiklah abang. Nanti jangan lupa kunci rumah. Saya takut balik lewat.” Suruh Mak Pah.  Keadaan pak ali mengundang bimbang dihati Mak Pah. Hatinya menjerit-jerit rasa tidak enak. Rasa bersalah. Namun dia harus menghantar kuih muih ke gerai Gayah untuk dijual bagi mencari sesuap nasi. Upah menebas pak ali hanya mampu menampung belanja pondok yang disewanya.belanja  makan dan minum hasil daripada jualan kuih muihnya.
“ saya pergi dulu. Abang jaga diri ya. Saya berusaha untuk  balik secepat mungkin. Balik nanti saya urut “ jelas Mak Pah. Dia mengatur langkah ke luar rumah. Pintu usang di bahagian dapur yang sudah terkopek kayunya dikuak perlahan. Bibirnya menutur kalimah basmalah mengiringi perjalanan.
Mak Pah menyorong basikal tua yang bersandar didinding . Langkah terhenti. Menolehnya kearah pondok kediamannya. Resah menggamit hati si isteri. Basikal menjadi teman perjalanannya. Itulah satu-satunya pengangkutan yang mereka ada. Dibeli dengan hasil titik peluh menebas semak Pak Hamid.
Mak Pah kuatkan jua langkahnya untuk terus mencari rezeki tuk disuap dua mulut. Perkongsian hidup mereka tidak membuahkan hasil.  Rezeki zuriat tidak memihak kepada mereka. Mak Pah tidak mampu menghadiahkan permata penyinar hidup mereka. Pak Ali redha, dia sayangkan Mak Pah. Mak Pah sudah cukup membahagiakan hidup Pak Ali. Sudah cukup menjadi cahaya hidupnya. Saham akhiratnya kelak.
Gayah” jerit Mak Pah
ya. Kat dapur” sahutan Mak Pah disambut Gayah yang sedang mencuci pinggan. Bunyi kuat desiran air paip sedikit menganggu perbualan mereka.
ni Mak Pah letak kuih atas meja ya” menjerit lagi
ok. Mak Pah buat sendiri macam biasa ya” Gayah membalas jeritan. Jelas kekalutan Gayah mengemas gerai untuk memulakan perniagaannya hari ini.
Gayah!,  Aku nak panadol satu papan. Ada lagi tak ? ” Tanya Mak Pah sambil menyusun kuih dipinggan.
Paip ditutup kemas. Suasana menjadi aman daripada bunyi desiran air. Gayah mengelap-nglap tangannya di apron yang diperbuat daripada kain cotton yang dilapis plastic di bahagian dalam.
panadol?. abang Ali sakit lagi ye kak pah” agak Gayah beserta kalungan persoalan. Tangannya mencapai sekotak panadol dalam kabinet dinding yang tidak bercermin.
biasalah abang Ali kamu tu. Tapi sakitnya kali ni lain macam akak tengok. Risau pulak. “ luah  Mak Pah tentang kebimbangannya.
“Abang Ali ni pun satu, dah tahu badan tu mudah sakit kuat kerja juga. Kan sudah susahkan kak pah.”  Ngomel Gayah.
kalau dia tak ambil upah tu alamatnya tak berasaplah dapur kami ni Gayah” sedikit mengeluh dengan perangai Gayah yang suka berleter. Sudah perangainya, leterannya bukan marah, tetapi sayang. Mak Pah dan Pak Ali sudah seperti keluarganya. Kedua pasangan tua itu banyak menolongnya untuk bangkit setelah peristiwa hitam mencorak sejarah hidupnya. Doa dan nasihat mereka berdua sentiasa menjadi makanan Gayah setiap hari ketika konflik menggoncang rumah tangga Gayah dan suaminya, seperti dunia mahu kiamat. Pasangan itulah yang hadir dalam hidup Gayah bagi menjemput kembali semangat hidupnya yang hilang.
“harganya tolak duit jualan semalam ye Gayah” beritahu Mak Pah .
“ tak apalah kak pah, yang ni saya bagi percuma. Panadol dalam kedai saya ni dah jadi barang wajib belian kak pah dah” Gayah ketawa kecil sambil menghulur sepapan panadol.
“betul ke? “ terima kasih Gayah. terukir Senyuman gembira diwajah Mak Pah.
Ni duit semalam. Alhamdulillah, habis semua kuih muih Mak Pah, kalah kuih yang saya buat.” Tergelak kecil. Kata-katanya sedikit menenangkan hati Mak Pah.
ada ada je kamu ni. Baiklah Mak Pah pergi dulu ye. Nak singgah rumah pak Hamid, nak beritahu yang pak Ali tak datang kerja hari ni” senyuman masih terukir. Walau hati terusik bimbang dengan keadaan Pak Ali berseorangan di rumah. Hati kembali menjadi semakin resah.
oklah Gayah, Kak Pah balik dulu ye “ Mak Pah kembali menyorong basikal tuanya ke arah rumah pak hamid. Kali ini basikal itu tidak ditunggang, malah hanya dituntunnya sahaja kerana rumah pak hamid hanya 100 meter sahaja dari gerai Gayah.
Selepas beberapa minit dirumah pak hamid, Mak Pah kembali pulang ke pondok. Hati Mak Pah berdegup kencang. Entah kenapa, semakin dekat dengan pondoknya hati semakin runsing. Hanya doa dan potongan ayat suci al-quran yang dihafalnya sahaja meniti bibir.
Pintu dikuak mudah.
tidak berkunci” desus hati Mak Pah
“ ya Allah abang!!” bakul ditangan terhempas ke lantai,panadol yang diberi percumah oleh Gayah tercampak keluar dari bakul. Wang hasil jualan bertaburan dilantai. Ia bukan lagi fokus utama. Mak Pah menjerit terkejut melihat keadaan Pak Ali yang tersembam dilantai. Mak Pah terduduk. Longlai. Dia hanya mampu mengesot untuk mendapatkan Pak Ali yang sudah kaku.
abang bangun bang!! ” sedikit menjerit. air mata Mak Pah mengalir laju. Kudratnya berusaha mengangkat suaminya. Tidak terdaya, dirinya hanya mampu membalikkan tubuh Pak Ali. Mak Pah tekad meninggalkan PaK Ali sendirian , cuba untuk menguatkan diri. berlari anak mencari pertolongan dengan jiran terdekat. Lariannya lemah kadang-kadang hampir rebah. Pondok mereka sedikit tersorok, jarang penduduk disitu melalui kawasan itu melainkan untuk mencari ulam-ulam kampung dan memancing disungai berdekatan.
Osman, anak pak hamid kebetulan memancing di sungai bersebelah pondok Pak Ali dan Mak Pah mendengar jeritan dipondok tersebut. Sayup kedengaran, kerana suara Mak Pah sehalus batang tubuhnya. Bergegas Osman berlari kearah pondok tersebut  bersama teman rapatnya salam.
Salam sempat melihat Mak Pah berlari anak keluar rumah menjerit meminta tolong. Bergegas Salam dan Osman menyapa Mak Pah yang sudah seperti kerasukan.
Mak Pah, kenapa ni? Apa yang berlaku? Pak Ali mana? “ pelbagai persoalan yang diajukan pada Mak Pah.
“ Pak Ali kamu. Pak ali kamu” hanya perkataan itu sahaja yang keluar dan diulang dari mulut Mak Pah. Jari telunjuknya menunjukkan kearah pondok. Wajahnya dibasahi air mata. Osman seperti sudah mengagak apa yang berlaku kepada Pak Ali.
Hospital besar didaerah tersebut menjadi destinasi kecemasan mereka. Jasad pak hamid kaku tidak bergerak. Osman dan Salam berusaha menghantar mereka ke hospital berdekatan.
“maaf mak cik. Suami mak cik sudah kembali ke rahmatullah. Bertenang ya. ” ujar pembantu perubatan yang memeriksa nadi Pak Ali. Mak Pah hanya mampu menahan air mata dari terus mengalir laju. Namun hati lembutnya tetap kalah dengan keadaan. Dirinya rebah dalam pangkuan kesedihan. Dirinya berusaha untuk menggagahkan diri menerima takdir Ilahi. Osman dan Salam hanya mampu bersimpati dengan Mak Pah.
Teringat akan gurauan Pak Ali pagi tadi. Air matanya bergenang. Gurauan Pak Ali bukan lagi mainan. Tetapi tanda benar-benar dirinya akan meninggalkan alam fana ini. Meninggalkan kebahagaiannya bersama isteri tercinta didunia. Mak Pah redha.
……………………………………………….
Sebulan berlalu. Kini, hidup Mak Pah sunyi. Sunyinya sama seperti hari-hari sebelumnya. sunyi dengan ketiadaan penyeri dan pelindung yang menemani hidupnya dengan limpahan kasih sayang seorang suami, sahabat dan teman yang setia. Semasa hayat Pak Ali, Mak Pah tidak pernah sunyi walaupun tidak mempunyai cahaya mata. Pak Ali mendidik isterinya dengan ilmu agama. Mengajar cara untuk menjadi Isteri solehah. Walaupun hanya kerja kampung, Pak Ali berkelulusan sekolah Pondok di daerahnya. Ilmu yang diburunya sejak dulu itu menjadi bekalan dan resepi kebahagiaan di alam rumah tangga yang dibinanya sejak 50 tahun lalu.
Mak Pah bersimpuh di anjung pondok,  Tangannya asyik membelai manja anak kucing yang dijumpai berhampiran gerai Gayah sebentar tadi setelah pulang dari pusara Pak Ali. Boleh dikatakan setiap hari dia menziarahi Pak Ali. Surah Yassin menjadi bingkisan. Bagi Mak Pah, itulah lambang cinta mereka. Surah itulah yang selalu Pak Ali baca bersamanya usai solat maghrib sambil Mak Pah diajar dengan bacaan yang betul mengikut hukum tajwid.
Hatinya simpati melihat anak kucing yang kehilangan ibu. Kelihatan sunyi, sama sepertinya.  Sedang melayang  fikirannya, entah kemana. Bibirnya tiba-tiba melakar senyuman. Ingat akan kalimah ‘syurga’, destinasi  yang sering diulang-ulang dan ia menjadi dambaan Pak Ali. Dia pernah mengusik Mak Pah, katanya ingin Mak Pah menjadi ketua bidadarinya di sana kelak.
“Mungkin abang Ali sedang berseronok disyurga” getus fikirannya. Monolog sendiri. Fikirannya masih kepada Pak Ali. Mak Pah mengangkat langkah tika azan zohor berkumandang. Menyambut panggilan ilahi dengan doa dan syukur. Dirinya masih mampu mengecapi nikmat dunia yang sunyi.
………………………
Usai solat zohor. Tangannya pantas menadah memohon ampun kepada Ilahi selepas zikir meniti bibir. Tidak lupa, doanya sentiasa mengiringi pemergian Pak Ali. Tanpa jemu. Harapannya mahu bersua disana kelak. Air mata mengalir laju membasahi telekung solat. Begitulah hari-hari kehidupan Mak Pah. Rutin hidupnya berubah serta merta. Banyak meluangkan masa di atas sejadah usang peninggalan suaminya. Kelihatan kesan lusuh, sedikit carik ditempat sujud. Sejadah itulah menjadi saksi kepada hubungan mereka dengan Allah.
“ Assalamualaikum “  jelas suara Gayah dari luar rumah menjinjing bekas makanan berisi nasi dan juga lauk. Niatnya mahu menziarahi Mak Pah dan makan bersama. Kepalanya tidak henti-henti menjengah-jengah mencari kelibat Mak Pah. Tiada jawapan.
“Kak Pah?? “ menanti sahutan. Senyap. Gayah berusaha pergi ke bahagian dapur. Pintu ditolak perlahan. Keriukan pintu jelas kedengaran.
“Kak Pah?” masih menanti sahutan. Pelik. Selalunya sekali panggil Mak Pah pantas menyahut.

“ Oh, di sini rupanya” Gayah tersenyum melihat gelagat Mak Pah yang sedang kusyu’ berdoa. Mata terpejam, ada butiran mutiara jernih terbentuk di hujung bulu mata Mak Pah. Bibirnya terkumat kamit menyusun kalamnya. Sepuluh minit berlalu. Mak Pah masih tenggelam didunianya. Usai doa, Mak Pah menoleh kepada Gayah yang tersengguk-sengguk dihujung  di dinding, sengaja menjarakkan diri, bimbang mengganggu kekusyukan Mak Pah. Mak Pah tersenyum. Membiarkan Gayah tertidur. Meneruskan solat sunat. Tidak puas mengalung cintanya pada Allah. Sunyinya terubat dengan kuntum cinta ilahi. Sujud terakhir, adalah sujud yang paling lama. 

Suka menatap gambar ni :)

Tuesday, October 29, 2013

~ 4 Cara Menghidupkan HATI dengan Al-Quran ~

Bismillah..

Entry yang amat menarik untuk dikongsikan bersama para pembaca sekalian.. walau sekadar kopi pasta dari seorang kenalan. Ia amat bermakna untuk dijadikan sebagai panduan dalam menjaga hati. :)

HATI yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri.
Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.
Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyu...k, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.
Hati yang dihidupkan dengan al quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.
Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud:
“Sesungguhnya Al Qur'an ini membimbing ke jalan yang lurus (benar).” (Surah al-Isra’, ayat 9)
Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud:
“Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan Al Qur'an kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?” (Surah Taha, ayat 1-4)
  
SYARAT UNTUK MENGHIDUPKAN HATI
Maka untuk menghidupkan hati dengan Al Qur'an, kita memerlukan beberapa syarat:
PERTAMA, Al Qur'an hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh). Allah berfirman bermaksud:
“Sesungguhnya membaca Al Qur'an pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat.” (Surah al-Isra’, ayat 78).
KEDUA, membaca Al Qr'an dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:
“Tidakkah mereka merenungi (tadabur) Al Qur'an itu?” (Surah Muhammad, ayat 24)
Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam Al Qur'an.
Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh Al Qur'an itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembacanya kemudian ia menghidupkannya.
Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.
KETIGA, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran Al Qur'an sebelum membaca atau mendengarnya.

Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui Al Qur'an.
KEEMPAT, merealisasikan kehambaan (‘ubudiyyah) diri sewaktu membaca Al Qur'an.
Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran Al Qur'an yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.
Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.
Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam Al Qur'an adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.
Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).
Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Perkara ini dijelaskan dalam hadis bermaksud:

“Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.
“Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.

sekadar peringatan.
“Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan.” (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)

wallahua'lam.


Monday, June 17, 2013

SuDahKu TeMui~

Bismillah..

Allah.. Allah.. Allah

Besarnya nikmat yang dicurahmu tanpa batas.
Hebatnya doa yang Kau makbulkan keatas hamba-hambamu yang berdoa.
Bila meletakkan kebergantungan sepenuhnya kepadaMu. Diriku YAKIN.. dan tetap YAKIN.. pertolonganMu akan datang jua. Allah. Dalam hati bergembira, selawat dan salam ku hulurkan buat junjungan Rasulullah s.a.w.. Pengguhulu Ummat sekalian Alam. Tidak lupa buat para sahabat dan ahli keluarga baginda yang mulia.

Tidak terucap kata, melainkan seinfiniti syukur kepadaMu Ya Allah. Terima Kasih.. terima kasih.. Alhamdulillah... Alhamdulillah..

Selepas peristiwa yang ana postkan sebelum ini, ana mengembara dalam mencari rama-rama, Subhanallah.. tika dahi menunduk sujud, memecah sunyi hati tika dinihari. Panjang doa yang ku panjatkan kepadaMu agar memberi jalan. Jalan supaya mempermudahkan pengembaraanku mencari rama-rama yang yang hilang.

Mungkin sahabat-sahabat tertanya-tanya, sejak awal permulaan entri pembuka jun ini ana banyak menyebut kata nama serangga tersebut.

Mengapa Rama-rama ??

Mungkin bicara tentangnya akan menjadi panjang lebar, cukuplah ana katakan, Itulah identiti yang ana terapkan dalam diri ana, lihatlah bagaimana rama-rama hidup, berterbangan, makanannya, sahabatnya, cara hidupnya. Ada rahsia ana dengan dirinya. :)  Pertama kali membina pondok usang ini juga baru tersedar, rupa-rupanya ada figura rama-rama yang sedang menari indah. Teguhku, Ingin menjadi rama-rama yang ditarbiyyah.. tak rela dipijak lelah..ingin sentiasa terbang dilangit perjuangan.. menikmati madu iman.. dicelahan taman Islam..dan sentiasa terbang di awangan Islami.. bersama penghuni alam lain.. In Shaa Allah~

Allahdulillah, Ana sudah menemui rama-rama itu dalam sujud, Allah membuka jalan.. Allah memudahkan urusan.

“Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, & Engkau dapat menjadikan tanah (yang sulit dan keras), (yakni kesusahan), itu mudah jika engkau mahukan”-Hadith diriwayatkan Ibnu Sinni & Ibnu Hibban.

Disetiap kepayahan ada kemudahan.. disetiap kepayahan ada kemudahan.. :) Hadirnya dia tanda kekuatan. seperti sedang menari riang diruang hati yang tenang... ceria dan gembira...

Hari-hari yang berlalu, bagai tiada jiwa. berendam air mata.. mengenagkan kehilangannya.. study entah kemana.. padahal subjek yang akan ana hadapi seterusnya adalah subjek berat untuk semester ini.. Teori Perbandingan Kaunseling.. Astaghfirullah.. (-_-) !

Hanya 1 hari sahaja menjadi bekal untuk ana topup kembali revision yang tertangguh..macam zombie.. mata bengkak.. selera makan punah.. Gaya hidup ibarat orang tak tentu arah.. mencari damai dalam tidur.. dan bangun mengharapkan segalanya bisa berubah~.. Astaghfirullah.. futur itu tak mengenal sesiapa..

Alhamdulillah.. Banyak hikmah diuji sebegini.. Beruntung bagi sesiapa yang tahu akan khazanahnya.

Sudahku Temui~ Rama-rama yang hilang.. :)

Jumpanya si rama-rama pada mulanya kelihatan sangat lemah.. lemah kerana terlalu dahagakan madu iman. lemah kerana kelaparan makanan rohani.. salah ana kerana kurang mengambil perhatian.. Astaghfirullah.. zalimya pada diri sendiri.. :'(

Satu persatu.. Allah makbulkan lagi doa ana.. diiringi doa dan kata-kata semangat dari adik tercinta nun jauh di negeri dibawah bayu sana. Terima kasih atas doamu.. seperti puisi yang sedang merawat qalbu kakandamu. sob3.. huhu

Ma.. Ana mengambil 'si kecil' mendail buah hati pengarang jantung.. jarak terpisah.. namum adanya si kecil sentiasa menghubungkan kami.. Niat dihati ingin meluahkan rasa resah.. gelisah.. tetapi topik lain pula yang menjadi tema bualan.. tentang adik yang sakit..  tentang abang long dan isteri di Lumut.. tentang adik tercinta di Sabah.. tentang abang ngah yang tidak sabar nak bertunang.. tentang lembu ayah yang mati..tentang Su Dah dan junior ( MAAS ) yang akan berkahwin..  tentang diriku tentang 'jodoh'.. huhuhu setiap bualan Ma tak terlepas mengusun kata itu pada ana.. terkedu.. Sayang, Bicara kami belum sudah, genggaman talian Ma terputus dek kehabisan bateri.. (-_-) ! Last, barulah terhegeh-hegeh hantar mesej suruh doakan diri ana yang sedang kecelaruan.. Ma membalas permitaan.. Doa yang Ma titipkan hebat-hebat.. :)
Keyakinan Ma kepada ana begitu besar dalam mengharungi ujian.. tersengeh sorang-sorang.. he~ =D

kemudian....

Adinda Nur Syuhadiah... Tidak putus menjenguk khabarku melalui SMS. Khabarku tentang rama-rama yang telah ditemui sangat-sangat mengembirakan hatinya.. sang katak.. figura yang tidak asing dengan dirinya :'3.. apatah lagi suka melompat-lompat dan mebuli rama-rama.. Alah bisa tegal biasa, rama-rama juga suka membuli sang katak. he~ (mood ceria )

Bonda Srikandi.. silent pray yang dititipkan sentiasa mengiringi bonda. tepat jam 3.o0 petang. bonda berperang didewan exam. Tidak mahu mengganggu emosinya. Bisu.. memikirkan marahnya padaku. Oh tidak hatinya lembut. mana mungkin dia tidak merindui diriku :'( sambil bergenang air mata..

Yakin dengan Doa Ma...

Jam 11.49 malam.. Hati berdebar melihat 'si kecil' menyala. Inbox Full. Hati hanya terdetik kepada Bonda.. Adakah?? .. Mengharap... selepas dipadam mesej yang tidak perlu.. Akhirnya..

Terukir sebaris nama yang amat ku rindui.. Allah~ BOnda!!! Benarlah bisikkan hati.. sudah ku merasa.. sudahku menduga.. itu adalah khabar darimu.. sob3.. :'(

Mengajak kami untuk kembali bertemu.. " Assalamualaikum, permata hatiku.. Esok bonda abih exam pukul 5. Jom bercoolblog with <3 .. >> Road to hari-hati terakhir ku disini << :'( "
Ana membalas dengan kata-kata maaf diatas sikap yang menjengkelkan tempoh hari. Bonda hanya membalas " just forget it" :'( Allah~ Rasa bersalah.. akan ku bayar dengan mengorbankan masaku buat kalian..

Allah~ seperti ada cahaya yang memancar kedalam hati. Sangat-sangat gembira saat ini, hanya air mata jua yang mampu menitis, saksi bahagia.. Subhanallah.. terima kasih Ma.. atas Doa yang ma kalungkan buat diriku. Yakinku kepada Allah terbela.. Allah~ Allah~ Allah~ Thank You Allah :') Sob3~

Kembali bersemangat untuk study selepas mendapat kekuatan dari doa Ma, Kata-semangat dari Adinda Nur Syuhadia dan juga khabar dari Bonda Srikandi.. Besarnya RahmatMu Ya Allah.. :)

Menanti hari esok jam 5.00 petang.. di food junction.. berdekatan dewan exam.. berdekatan juga dengan kolej 2.. kolej kediaman adinda Nur Syuhadiah.. Demi pertemuan kita, kusimpankan masa buat kalian walaupun keesokannya adalah exam yang boleh tahan menggerunkan.. Ingat kata-kata Ma. " In Shaa Allah, Ma yakin anak Ma boleh, tawakkal kepada Allah. Doalah semampu yang boleh.. Moga2 Allah redha dan memberi lebih baik lagi dari yang lepas " Allah~ I love U Ma.. Really2 Love U.. :')

Karya ini kutitipkan pada Bonda dan juga adinda. :) Ukhuwah Fillah.. <3 
Rumah Sewa Yang Gemilang
11.59 p.m
17/6/2013










Sunday, June 16, 2013

PuiSi Tak BerLagu

Bismillah

Alhamdulillah. Allah masih menganugerahkan diriku nafas untuk terus menghirup kesegaran udaraNya. Walaupun kadang-kadang Allah turunkan udara yang kurang enak.. Sakit.. menusuk hati, jantung dan paru-paru. Jentikan Tarbiyyah dariNya. Kerana ujian, ia sering meragut resah, gelisah dan lemas tanpa kesegaran udaraNya ( kembali kepada Allah ). Selawat dan salam keatas junjungan Rasulullah s.a.w, sahabat-sahabat baginda serta ahlul Bait.

Puisi adalah bahasa hati, lantunan jiwa.. tatkala ana sunyi, melayan perasaan. ana akan melakar puisi-puisi sebagai luahan hati. Adakala, sedih maka sedihlah puisi itu. bahasanya seperti meminta simpati, bergenangkan air mata puisi.
Puisi yang paling ana suka ialah berkaitan dengan diri, tazkiyatun Nafs dan juga puisi Cinta. Puisi cinta itu ana akan bingkiskan untuk sahabat. Sahabat yang amat ana sayangi. Sahabat yang sudah menjadi sebahagai dari kecintaan ana.

Puisi ana adalah puisi tak berlagu, mengenangkan rasa yang sedang menemani hati. Rindu. rindu dan rindu. tanpa melodi, tanpa penyanyi, malah alat muzik. Hanya lirik melukut kaku. dipentas usang yang sunyi. tiada penonton, tiada suara.

Ibarat hilang dari jiwa, rama-rama ana juga hilang seperti puisi tak berlagu. Bisu. perginya tanpa khabar. perginya tanpa berita.
Maaf sahabat-sahabat. misiku ingin mencari dirinya. Bukan bermakna ana meninggalkan kalian. Ana hanya ingin mencari sesuatu yang hilang. Ingatlah diriku masih ada dihadapan. menanti kata. menanti cahaya. mengharap sokongan. supaya kalian membantu diriku untuk mencari rama-rama yang hilang. Ana mengharap kalian masih sudi untuk merindui diriku. masih lagi ingin menebar cinta padaku. Allah~

Mengenangkan sahabat. mengenangkan cinta hati, namun kekuatan cinta itu seperti lemah seketika, Allah. Rindunya ana pada kalian. Hanya mampu menyalahkan diri, adakah silapku yang kurang memahami,?? Tapi.. bagaimana pula hatiku, mengapa kalian pula sukar untuk memahami diri ini. Bukan niatku untuk mengguris hatimu. kerana tidak rela air mata ini jatuh dihadapan kalian, diriku hanya mampu lari dari kenyataan. Air mata bukan mahar cinta kita. Biarkan diriku sahaja yang menikmatinya. berselindung dari yang nyata.



Bonda!!, Adinda.. Maafkan diri ini. ada masanya, rama-rama itu pergi. meninggalkan diri ini. membantu diriku, untuk mencari persoalan yang sedang menghiris sebuku hati. perginya hanya ingin melerai kepedihan. Sekarang, diriku mengambil keputusan untuk mengembalikan dirinya, zalimnya diriku membiarkan dirinya pergi sendiri. sedang ana mencari, gelisah..mungkin dirinya sesat dalam mencari jalan pulang.

Sesalan yang bermula, dalam membiaskan cahaya, ana tersilap cara. dalam memilih kata, hati ana terbahagi dua.

Bonda!! Adinda.. mungkin kalian masih belum masak mengenal diri ini. bagaimanaku menangangi segala permasalahan. pada mulanya berat untukku berkongsi tidak mahu kalian terbeban, apatah lagi sekarang kita masih dalam medan perang. dewan exam sentiasa menunggu pejuang-pejuang hadir bertempur. Dikala ini, kita diuji pula dengan dengan ujian lain, kerana diriku. bukan dirimu. Maaf Bonda, adinda. kerana puisiku adalah puisi yang tidak berlagu. tiada suara penatian yang tak sudah. kerana dirimu adalah melodi dan rentak yang bakal melunakkan puisiku.

Seperti yang dijangka, perkongsianku tidak terbela. keranaku, kesakitan memindah kapada kalian. malah bertambah. ketakutan yang ku fikirkan telah menghantui. Kerana itu, ku mengelak untuk berkongsi. Diam disaat dirimu mengaju pertanyaan.

"Abaikan" Kataku. Menahan air mata. Ego. Ana berlalu meninggalkan mereka. Maaf Bonda, adinda. sukar untuk meluah rasa. Ini sudah menjadi tekaan yang benar, peristiwa menyakitkan itu akan 'tetap' terjadi. dan sememangnya terjadi. Walaupun masalah itu diwasilahkan kepada Bonda untuk membantu anakanda kembali. Namun, bagiku percuma. bukan desakan yang ku pinta. tetapi kata-kata semangat dan nasihat darimu... dari kalian.

"HANYA MEMERLUKAN MASA". ingin saja ku bisikkan kata ini kepadamu. tetapi terburunya kalian ingin menyelesaikan masalahku. Benar,, kalian belum mengerti. Maaf.. kita masih belum cukup untuk mengetahui tentang masing-masing.

Namun, Mungkin korbanku percuma, kerana tiada hasil menghilang resah hati kalian. kerana resahku. Kalian tertanggung. keresahan bertambah kerana kedegilanku. Maaf Bonda, adinda. Keresahan itu sudah ku buang jauh-jauh. melemparkan ia dicuram. melemparkannya ke laut. supaya ia tidak kembali. Tetapi, terbit resah lain hadir menemani, resah memikirkan dirimu. Amarahmu masih belum terpadam. kerana sikapku.
Adinda tetap datang untuk membantu, namun dia juga tidak mampu menafsir amarahmu kepada ku.

Hari-hariku hanya mampu berfikir tentangmu.. Lelah dengan kesilapan diri..

Menjadi persoalan.. Adakah lelahku terbela?? hanya mampu bertahan dan bersabar menyimpan rahsia yang sebenar.

Maafkan anakanda Bonda.. Maafkan kekanda adinda :'(

Bonda.. Ku menunggu dirimu membiaskan cintamu.. Adinda.. Tunggu kepulanganku.. membawa kembali rama-rama yang hilang, terima kasih atas doamu agar bertemu rama-rama yang dihias dengan kecantikan ketaqwaan dan keayuan iman.Tidakku nafikan rindu yang mengalung diriku pada kalian sudah memberat bahuku. Semalam kita bersama.. semalam juga kita diuji..Ku tahu ada yang terkilan dihatimu Bonda. Bisikkan pada hati, apakah erti cinta kita... :'(

Terima kasih atas segalanya... segala-galanya... segala-galanya...Ku titipkan doa buat kalian dalam setiap baris kata dikalung doaku..

:: Bonda Srikandi Islami.. Adinda Nur Syuhadiah ::



Rumah Sewa Yang Gemilang
11.44 pm
16/6/2013




Ya MuQalLiBaL QuLub..

Bismillah

Alhamdulillah Wa Syukurillah diatas nikmat yang masih dicurahkan buat hambanya kesekian kali.
Dalam enak kita dicurahkan 2 nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan Islam jangan sesekali untuk kita lupa kepada insan lain yang masih belum menemui keindahannya. Selawat dan Salam keatas Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w, sahabat-sahabat baginda dan keluarga.

Bila kita bicara soal hati, ia sebenarkan bukanlah perkara yang mudah untuk terus ternoktah.. menjumpai penyelesaian.. selagi mana tidak meletakkan pergantungan kepada Allah... hati itu sangat sensitif sekiranya tidak dijaga dengan baik...mudah ternoda oleh dosa..

Ya Muqallibal Qulub Thabbit Qalbi A'la Dinik Wa 'ala Thaa'tiq

" Ya Allah yang membolak balikkan hati, teguhkan hatiku dalam agamamu dan keta'atanmu."

Doa yang sering dibaca. Doa untuk diberi segala ketetapan hati. sentiasa diamal bukan.?? Semoga terus istiqamah. Untuk diberi ketetapan hati.

Hati yang sering terluka, begitu cepat lompang, dan disitu akan ada ruang yang bisa perkara lain datang menghuni. bermula dari polimik itulah banyak bisikan-bisikan yang datang untuk mengajak supaya berjalan ke landasan lain. Allah~

Begitu sukar untuk mendapat ketetapan. Oleh kerana hati itu adalah pusat serangan oleh perkara-perkara mazmumah. sering datang menembak, mengebom hati itu tanpa belas kasihan. Oh tidak kadang-kadang dengan jentikan sahaja ia sudah mampu membalikkan hati. wana'uzubillah ~

Bila kita ibaratkan ia seperti kaca, ia mudah terhempas, serpihannya mampu melukai diri malah ia juga bisa melukakan orang lain.
Bila kita umpamakan ia seperti kulit bawang, nipisnya bisa tercarik oleh tangan-tangan kasar yang tidak mengerti tentang hati, mudah terluka oleh kata-kata nista. tidak kuat menghadapi segala rintangan,
apabila kita umpamakan hati itu seperti lalang, benar.. ia akan mengikut sahaja dimana angin bertiup. tiada tujuan. hanya mampu mengikut dan terus mengikut kehendak si angin.
apabila kita umpamakan ia dengan tembok yang kuat, ia akan terus menjadi kuat walau badai datang melanda. ia tetap disitu.

tapi. mungkin kita akan tertanya, bagaimana harus hati itu seperti tembok yang utuh.??

seperti yang dikatakan tadi.. 'letakkan pergantungan kepada Allah'..

Benar, mudah untuk kita sekadar menyatakan dibibir. bagaimana pula untuk hati menerima..?? bagaimana pula hati untuk mujahadah melawan segala anasir yang tidak perlu..??

Yup, berusahalah untuk MUJAHADAH.. walaupun diiringan pelbagai duri-duri yang sangat menyakitkan. untuk menerima segala kenyataan.

Allah~

Mungkin tiada penyelesaian disini. melainkan semuanya dari diri kita sendiri.. Ingatlah Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd : 11
" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka "

Ya Muqallibal Qulub..
Ya Muqallibal Qulub..
Ya Muqallibal Qulub.. 
semoga ditetapkankanlah hati dilandasanMu..
semoga ditetapkan hati dijalan mencintaiMu
semoga ditetapkan hati dalam melangkah mencari redhaMU

p/s : Masih belum menemui dimana rama-rama menghilang.. merindui dirinya :'(

Rumah Sewa yang gemilang
4.21 p.m
16.6.2013