“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Monday, December 31, 2012

~PEnUtUP sEBAGai PeMula~



Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulilah, segala puji bagi Allah S.W.T. yang Maha Terpuji lagi Maha Agung, syukur yang tidak terhingga dengan nikmat Iman dan Islam yang diberikan, selawat dan salam buat junjugan besar buat baginda Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga serta para sahabat baginda, seterusnya sekalian umat Islam di dunia ini.
sejak sekian lama blog ini kaku membeku di alam maya, sedikit kekangan yang melintang langkah. namun kakunya blog ini bukannya mati dan tidak bernyawa.

ana rasa kembali tepanggil untuk berkongsi kembali segala apa yang terpendam di dalam qalbi. sebagai permulaan dan juga pengakhiran bagi entry tahun 2012 ana amat berbesar hati untuk berkongsi satu puisi jiwa. Nukilan dari hati. In Shaa Allah, semoga bermanfaat kepada semua pembaca. :)

HATI YANG USANG

Irama lantunan jiwa merantai sekeping hati
Merungkap kesepian dari kata-kata ketenangan
Dimana harusku mencari sebuah kebenaran
Sedangkan hati digamit rasa kehilangan

Sungguh..
Erti kebahagian diragut rasa kebencian
Hasad bernoktah dihati yang usang
Menjadi hari semakin mati
Kerana tiada pengisi diri

Mengapa aku harus begini?
Sering mengusung kata dusta
Menghampar hitam berjuta noda
Tanpa batasan maksiat melata
Menjadi keranda perangkap cinta

Bukankah aku punya Pencipta?
Mencipta qalbu mutiara jiwa?

Namun..
aku mengendah kata –kata suci-Nya
pergi meninggalkan hukum dan syriatNya
pergi Mencari penghias duniawi
pergi menjarak rindu yang abadi

Bertapa bodoh diri ini.
Hanya merebut sakit dan lara
Mencengkam jasad mengikat duka
Melabuh nafsu pada neraka
Kerana hati tak punya rasa

aku  insan pendosa
ingin kembali menabur cinta
cinta yang suci menyemai jiwa
membaja iman penyubur rohani
agar hati tidak  usang kembali.

By : kale pecek

Rumah Sewa yang Gemilang
jam : 5.15 pm
tarikh : 31/12/2012

Wednesday, April 18, 2012

~ DakWah iTU ciNtA~



               Assalamualaikum wbt

cinta dakwah mula tersebar dari seorang~MUHAMMAD S.A.W~



          sedikit perkongsian daripada ana tentang cinta Dakwah.. mungkin sesetengah orang tidak sedar dakwah itu adalah cinta.. dan cinta itu adalah dakwah.. 
Alhamdulillah, hanya syukur yang mampu dipanjatkan padaNya. pelbagai ibrah dan hikmah yang telah dilalaui sepanjang berada di bumi UM. Tarbiyyah Allah, Dia mencampakkan ana dalam 'Taman syurga'.. indah berada dalam Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan. pelayaran bahtera ini membawa segerombolan duta dakwah, berhenti dimana sahaja pengkalan bilamana ada lambaian memanggil-manggil meminta untuk singgah di pelabuhan mereka. 


      buat kesekian kali menjunjung amanah di perkampungan indah di klang selangor yang bernama kg Delek yang menjadi medan pertama kali bagi sahabat2 perjuangan dalam membawa misi dakwah pada 16 - 18 mac 2012 lalu sebagai projek pertama kami sebagai mahasiswa yang berada dalam tahun pertama ijazah sarjana muda dakwah dan pembangunan insan. Alhamdulillah berpeluang lagi berjuang bersama senior menjayakan misi projek mereka di Kg. Tebuk Jawa, selangor. mereka dan kami saling memancarkan cahaya cinta. mengajar kami tentang cinta dakwah yang sebenar. 


   kuliah dan tutorial hanyalah diajarkan teori semata-mata. praktikalnya kami persembahkan dimana sahaja medan dan siapa sahaja yang akan menjadi sasaran kami.


terdapat banyak kaedah untuk menyebarkan kemanisan cinta tersebut. apayang ingin dikongsikan entri kali ini ialah bicara tentang komunikasi dakwah melalui penulisan. ini adalah artikel yang ana nukilkan untuk ustazah nur syazreen sebagai asaiment.


 KOMUNIKASI DAKWAH MELALUI PENULISAN 

          Setiap insan yang mukallaf adalah menjadi kewajipan keatasnya dalam memikul setiap amanah Allah sebagai khalifah dan menyampaikan dakwah Islamiyyah. Tidak kira sama ada ia dilakukan secara berseorangan mahupun berjemaah. Perjuangan dalam menyebarkan dakwah Islamiyyah adalah mulia disisi Allah s.w.t kerana ia adalah amanah yang dipikul oleh para Rasul dan Nabi sejak zaman dahulu dan seterusnya disambung oleh para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in dan generasi yang seterusnya sehingga lahirnya kita didunia ini. Dewasa ini, para da’i sedang berada diperingkat penting dan genting untuk mengislahkan kembali Islam ke dalam jiwa-jiwa yang kegersangan cahaya petunjuk. Allah amat memuliakan generasi yang sanggup menyambung amanah ini sepertimana firman Allah yang bermaksud : “ katakanlah (wahai Muhammad),’inilah jalanku,aku dan orang-orang yang mengikutiku menyeru manusia umumnya kepada agama Allah berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas dan nyata. Maka Maha Suci Allah (daripada segala iktikad dan perbuatan syirik), dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain”
Ayuhlah, kita bangkit sebagai generasi kalam Allah, supaya Islam tidak lagi diinjak-injak tanpa belas. Saudara-saudara kita tidak lagi disembelih zalim. Adakah saat genting ini  kita masih mampu mengilai tawa dalam nikmat kesenangan yang mampu membunuh saudara dan diri sendiri ? semestinya kita akan katakan tidak! namun sejauhmana usaha kita dalam mengekang kezaliman musuh-musuh Islam yang sejak sekian lama sehingga sekarang mereka tidak akan berhenti melakukan komplot untuk menjatuhkan maruah Islam dan kaum Muslimin serta menjatuhkan Kerajaan dan Khalifah suatu ketika dahulu. Dan sejauh manakah usaha kita untuk terus menyebarkan kuntuman dakwah agar isi alam ini sentiasa dapat menikmati manisnya Islam? Sesungguhnya bekerja untuk Islam bagi mencapai tuntutannya , terutamanya apa yang dimestikan oleh tabiat marhalah sekarang untuk keperluan mendirikan kerajaan Islam sedunia merupakan satu perkara yang wajib dilaksanakan secara berjama’ah dengan jama’ah yang tersusun . Di sana tidak mungkin tujuan ini tercapai dengan kerja secara perseorangan tanpa kerja berpasukan. Ini kerana Islam itu sendiri bukan agama untuk individu akan tetapi ia adalah agama untuk satu ummah, satu Negara dan satu tubuh. Jadi wajiblah untuk kita menyeru kearah penyatuan ummah dan menolak perpecahan mereka.
Firman Allah daripada surah Ali-‘Imran, ayat 103 yang bermaksud : “ Berpeganglah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah
               
Sudah jelas apa yang tercatat dalam Al-Quran tentang kewajipan kita untuk terus melebar luaskan dakwah dengan pelbagai cara dan kemampuan tetapi masih dalam landasan yang berhikmah. Bergantung pada kita untuk menggunakan apa jua jenis cara (uslub) dan medium (wasilah) dalam menyampaikan dakwah yang berkesan, seperti dakwah melalui lisan, media, kepimpinan, penulisan dan apa jua bentuk  asalkan matlamat kita jelas dengan tuntutan. Benar kita adalah pejuang dan setiap pejuang mesti ada medan dan targetnya untuk mencapai suatu matlamat yang baik dan cara yang pelbagai. Jadi apa yang ingin ditekankan disini adalah salah satu jalan juang iaitu penulisan sebagai medium dakwah. Ini juga menjadi signifikan kepada para da’i untuk mencoret perbagai karya bernafas Islam supaya ia hidup segar dalam jiwa manusia.

CINTA UNTUK SEMUA
Proses komunikasi dakwah antara masyarakat melalui penulisan sebagai wasilah. Pertama sekali ,pendakwah atau da’i akan melakukan proses pengumpulan maklumat ataupun data secara sisitematik, menganalisis sesuatu maklumat serta menterjemahkannya supaya dapat difahamai oleh komuniti ilmu supaya menjadi satu fenomena untuk menarik manusia sebagai mad’u melalui pembacaan. Penulisan akan terjadi apa bila ia membicarakan sesuatu isu atau tajuk (maudu’) atau membahasnya untuk ditafsir permasalahan yang terjadi. Ia dilakukan dengan teliti supaya jawapan dapat diperjelaskan dan kesimpulan suatu isu tersebut dapat dilakukan. Harus diingat proses  ini mestilah dilakukan dan diamati bersumberkan Al-Quran dan Sunnah dan bermatlamatkan Allah untuk dalam mencari suatu penyelesaian.
     Setiap penulisan yang akan dipersembahkan memerlukan objektif dan matlamat tersendiri. Oleh itu, penulis mesti bertanggungjawab di atas karya yang dinukilkan secara tepat supaya mad’u mendapat dan menerima informasi tersebut dengan sahih. Jadi, untuk mempersembahkannya perlu kepada teknik tersendiri seperti mempunyai gaya penulisan dalam membuat suatu kenyataan berunsurkan ilmiah, menggunakan bahasa yang baik dan mudah difahami serta menggunakan lenggok gaya inotasi dalam menyampaikan sumber ilmu tersebut yang digunakan dalam teknik penulisan. Gaya pujukan daripada teknik-teknik penyataan ilmiah boleh mengajak mad’u untuk menggunakan akal supaya berfikir seterusnya menganalis maklumat tersebut untuk dijadikan sebagai kesimpulan. Secara tidak langsung matlamat untuk menyampaikan dakwah Islamiyyah yang berkesan tercapai apabila menggunakan metod ilmiah yang bersesuaian.

         Setiap apa yang kita lakukan tidak semestinya membawa kejayaan yang sempurna sekiranya tidak dibantu oleh yang Maha Perancang. Setiap uslub yang dibawa semestinya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pelbagai masalah juga boleh kita hadapi dalam mengetengahkan penulisan sebagai medium dakwah, dan ia boleh dilihat dalam 5 aspek iaitu  da’i (pendakwah), mad’u (orang yang didakwah) , uslub (cara), wasilah (medium)  dan maudu’(isu yang dibawa).

Masalah yang boleh terjadi para diri pendakwah itu sendiri ialah sekiranya kita tidak mempunyai softskill dalam menyampaikan dakwah. Selain itu, dakwah juga tidak berkesan sekiranya da’i tidak menyampaikan maklumat secara tepat serta mementingkan diri sendiri demi ketamakan populariti sehingga kabur akan tujuan asal dalam menyampaikan dakwah tanpa menghiraukan informasi yang diberi tidak tetap dan salah, ini kerana informasi tersebut tidak merujuk al-Quran dan Assunnah. Ini juga boleh menjatuhkan imej sebagai seorang pendakwah dan secara tidak langsung mad’u boleh tersesat dari jalan kebenaran. Sebagai pendakwah kita perlu menjaga imej diri seterusnya menjaga  imej Islam agar tidak tercalar. Ini boleh memudahkan lagi senjata musuh Islam menerobos jiwa-jiwa yang sedia lemah. Disamping itu da’i juga boleh menerima lebih banyak dugaan  sepertimana sabda Rasulullah Sallallahu a’laihi wasallam telah meramalkan cabaran dan dugaan-dugaan yang dihadapi oleh para mu’min,da’i dan mujahidin dijalan Allah Subhanallahu wa Ta’ala. Mafhumnya orang mu’min sentiasa di ambang 5 dugaan yang susah, iaitu mukmin yang dengki kepadanya,munafiq yang benci kepadanya, kafir yang memeranginya, syaitan yang menyesatkannya, dan nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya” (hadis ini ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dari hadith Anas ).

Oleh itu untuk menjadi da’i yang hebat, kita perlu mempersiapkan diri agar Islam tidak terfitnah oleh noda yang kita cipta sendiri. Sentiasalah muhasabah diri dan meningkatkan ilmu serta ketaqwaan agar segala usaha kita sentiasa diredhai oleh Allah.

Selain daripada pendakwah, kita boleh lihat juga daripada sudut masalah mad’u itu sendiri. Setiap mad’u mempunyai latar belakang yang berbeza dari aspek gaya hidup, pendidikan, darjat, dan apa jua yang berkaitan. Salah satu masalah yang sering hadapi oleh mad’u ialah salah mengambil maklumatdari sumber yang diragui. Mereka yang sedang mencari jalan pulang akhirnya semakin bertemu jalan yang lagi menyimpang dan gelap apabila mudah mempercayai golongan yang dikatakan ‘ulama’ tetapi membawa agenda yang sebaliknya. Mereka mudah menilai golongan tersebut melalui emej yang dikatakan ‘alim’. Namun disebalik kealiman itulah tersimpan beribu kejahatan. Mereka tidak merujuk pihak yang sepatutnya untuk membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Para mad’u yang ingin mencari jalan pulang perlu dibimbing sebaik mungkin dan sama-sama menuntun hati-hati mereka ke titian cahaya agar noda-noda  yang pernah dilakukan tersirna.

Dakwah juga tidak akan berhasil sekiranya kita tidak tahu bagaimana cara untuk menyampaikannya. Setiap pendakwah perlu ada cara untuk berinteraksi dengan mad’u. Sekiranya pekebun ada cara tersendiri untuk menyuburkan tanaman, apatah lagi seorang pendakwah yang ingin menyuburkan Islam dimuka bumi. Dalam penulisan kita mempunyai banyak cara untuk menyebarkan dakwah tersebut. Sebagai contoh sesuatu karya ditulis dalam bentuk artikel, esei, cerita, puisi,kertas kerja,tesis dan sebagainya, untuk melebarkan nukilan ilmiah tersebut kita boleh menjadikan dakwah tersebut disebar dalam banyak cara. Dengan mengunakan laman maya seperti blog, facebook, twitter, dan sebagainya maklumat boleh tersebar dengan cepat. Selain daripada itu kaedah pembukuan juga boleh dilakukan dan boleh juga disebar melalui majalah, surat khabar, poster dan banyak lagi. Tetapi sebelum maklumat itu disalurkan kepada komuniti ia perlulah diselidik dengan pengamatan tepat agar mad’u mendapat suatu maklumat dengan tepat.

Dengan menggunakan medium penulisan juga ada kekurangannya, kerana ada segelintir dalam kalangan mad’u kurang minat kepada membaca dan mungkin mereka lebih kepada menerima informasi melalui mendengar ceramah, melihat visual, dan sebagainya. Namun dengan penulisan, momentum dakwah masih boleh bernafas laju kerana ia adalah jalan juang yang tidak akan henti, dan para pendahaga kebenaran akan datang dengan sendiri merasai nikmat keinsafan disetiap baris yang cuba disampaikan. Disetiap penulisan juga wajib diambil kira tentang isu yang dibawa dan berkesesuaian kepada taraf mad’u agar mad’u dapat memahami mesej yang cuba disampaikan. Sebagai contoh, kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas tidak sesuai untuk kita membahaskan soal yang berkaitan dengan politik semasa . Sedangkan perkembangan otak mereka masih belum mencapai tahap pemikiran yang matang. Kanak-kanak seusia tersebut hanya perlu diisi perkara-perkara asas tentang akidah dalam hidup mereka sebagai langkah pertama supaya mereka dapat memahami dan melakukannya secara perlahan-lahan sehingga menjadi sebati dalam jiwa mereka sejak kecil. Para da’i perlu mengambil berat faktor umur mad’u untuk menyampaikan sesuatu maudu’ agar informasi dan matlamat sebenar mencapai tahap yang dikehendaki mengikut rangka yang telah dirancang.

Tuntasnya, sebagai muslim kita masih sedar akan tanggungjawab yang telah diamanahkan sejak azali untuk menyambung perjuangan para anbiya’. Sesungguhnya kita adalah generasi rantaian mereka untuk meneruskan usaha mengibar panji Islam diserata dunia. Kita bukan generasi bisu membatu untuk melihat tanah Islam dijajah musuh. Kita bukan juga generasi buta mata hati untuk untuk melihat jiwa-jiwa parah disembelih kezaliman. Satu titik usaha boleh dinilai tinggi oleh Allah. Robohkan kebatilan dengan  tangan-tangan yang sepatutnya berhak hidup dalam kedamaian. Berjuang itu pahit, kerana syurga itu terlalu manis. Oleh itu sebagai mahasiswa mu’min yang berintelek, wajiblah keatas kita untuk mensucikan anasir-anasir hitam  dengan menggunakan pelbagai wasilah supaya Islam kembali berada dipuncak. Walaupun hanya menggunakan  sebatang pena itu sudah mampu untuk membunuh musuh-musuh yang berjiwa kelam. Kita tidak punya masa untuk menghilai tawa, kerana semboyan jihad sudah lama memberi isyarat untuk terus bangkit menyerang. Cukuplah kerana kelalaian lalu menjadi pengajaran untuk kita. Masa jangan dibuang begitu sahaja, dengan masa yang tersisa ini pelbagai penulisan ilmiah yang boleh kita kembangkan supaya menjadi satu senjata tajam yang ampuh. Semoga apa yang terkalam menjadi wasilah yang terbaik dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat agar Islam tidak lagi menjadi bahan mainan di tangan musuh-musuh Allah.
                  


wallahualam. semoga bermanfaat buat diri dan semua sahabat. InsyaAllah




kolej kediaman ungku aziz
jam : 12.55 pm
tarikh : 19 april 2012

Thursday, February 23, 2012

~: AmaNaH Di KamPuS :~

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmnirrahim..

syukur kehadrat ilahi dengan limpahan kurnianNya tanpa henti setiap detik.. selawat  dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga baginda..

Fasa-fasa kesibukan sebagai hamba dhaif di bumi Allah semakin jelas terasa. baik mahasiswa, mahupun rakyat Malaysia. kerana gelombang PRK dan PRU hampir menjengah tiba.  Maka bermulalah pelbagai langkah bagi mempromosikan misi dan visi masing-masing bagi menuju segala matlamat yang diimpikan.

tetiba rama-rama ni singgah kat cini..^^
Hari-hari yang dibekalkan 24 jam oleh Allah kadang2 tidak mencukupi untuk menyelesaikan timbunan pelbagai kerja. begitulah realiti hidup dikampus. Amanah yang dipikul semakin memberat dipundak bahu. sentiasa dididik tentang pengurusan  nikmat masa. Sepertimana kata imam Hassan Al-Banna , tanggungjawab melebihi masa yang ada. Namun kebanyakan dari kita tidak memahami konsep dan posisi masing-masing didunia ini. Akhirnya gagal memanfaatkan 24 jam yang dikurniakan setiap hari. Tidak hairanlah ianya berlalu tanpa keberkatan dan rahmat dari Allah swt. Semoga hari-hari kita tidak dihiasi dengan dosa dan maksiat. Wanauzubillah.

Medan mahasiswa ini semakin jelas mengajar ana tentang apa itu amanah. Jika sebelum ini hidup ana  terlalu membuang begitu banyak masa, digunakan dengan hanya membuat perkara-perkara remeh dan memboringkan,tanpa mengetahui  apa yang sepatutnya ana lakukan. Blur dengan hidup sendiri. Sekolah, hanya didoktrinkan tempat belajar dan buang. Maksudnya, ilmu yang yang diterokai hanya mengharapkan untuk dapat result yang cemerlang. Praktikal seperti langsung tidak ada. Namun, tidak dikampus. Amanah berkembang menjadi lebih besar. Rugilah bagi sesiapa yang tidak menunaikannya.

Tersedar dengan baiah dan mandat daripada Allah swt. Alhamdulillah, hidayah hanya untuk orang-orang yang dikehendakiNya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesiapa berjihad kerana Kami akan Kami tunjuki mereka jalan Kami.”

Hidup dikampus KL penuh cabaran dan dugaan. (Teringat akan biah di Nilam Puri, jauh sekali dengan waqi’ di KL). Banyak mengajar apa itu Amanah sebenar sebagai mahasiswa. Bukan hanya sekadar amanah dalam menuntut ilmu. Bagaimana pula amanah kita dengan ibu bapa,pensyarah,roommate,sahabat seperjuangan,kakak kepada adik-adik,ketua,persatuan,kampus,kampung,orang sekeliling,negeri malah amanah kepada Negara dan banyak lagi.

 Apa pun disinilah cabaran sebenar yang membantu manusia dalam praktikal fiqh aulawiyat dan muazanat. Yang mana perlu diutamakan, yang mana perlu kemudian.  

PILIHAN RAYA KAMPUS.

Kampus adalah platform dalam melahirkan pemimpin karismatik.
Tidak kiralah ia berada diposisi mana untuk memimpin kelak. Yang jelas, ia menyedarkan mahasiswa diamana sepatut mereka berada. Penyokong atau pendokong.

~keep on changing~
 Majlis perwakilan mahasiswa (MPM) atau dikenali sebagai Majlis perwakilan pelajar (MPP) disetiap kampus wajib diisi dengan pemimpin-pemimpin berkarisma yang mana mencakupi segala karekter-karekter insan yang berkepimpinan dari semua sudut. merangkumi cara bekerja, personaliti, gaya interaksi sosial,ekspresi idea,akhlak yang baik dan tidak dilupakan juga kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab yang ditaklifkan. Mereka adalah ‘diatas’ yang mana berfungsi sebagai mata, telinga mahasiswa dalam menjaga kebajikan mereka dikampus sehinggalah ianya dibubar kembali.

Umumnya, wujud dua ketagori pro dalam bertanding. Pro Mahasiswa dan Pro aspirasi. Keduanya mempunyai identiti masing-masing. Berbeza dari pelbagai sudut. Penilaiannya bergantung kepada kita. Inilah wadah demokrasi yang terbaik, mahasiswa bebas memilih pemimpin ‘idaman’ masing-masing.

Kehangatan di UM semakin terasa, Ini bermakna pemimpin yang bakal menang semakin dekat untuk menerima tanggungjawab. Dan  semakin berat amanah yang akan dipikul sebagai pemimpin di kampus.

Disinilah langkah awal mahasiswa dalam merebut ‘empayar’ sebagai tampuk pemerintahan di kampus. Setiap mahasiswa akan memilih pemimpin mereka yang benar-benar layak dan berkualiti. Mengikut penilaian masing-masing. Yang PENTING mestilah pemimpin yang betul-betul berkualiti bagi menerajui kepimpinan kelak dan  melakukan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh mahasiswa dikampus.

kabinet  MPMUM telah pun terbubar,dan Sepanjang tempoh ‘beku’ini Calon-calon disetiap ‘parti’ akan melakukan pelbagai persedian sebelum menjelangnya tarikh sebenar pilihan raya untuk menarik pengundi. Baik poster,vedio,blog,fb dan apa jua wadah untuk dipromosikan.

Jika sebelum ini ana tidak berpeluang merasai gelombang ini kerana bergelar mahasiswa asasi, insyaAllah bakal kali pertama merasai gelombang pilihan raya dikampus UM. Semoga pilihan kita adalah yang terbaik
Yang pasti, gelombang oren sudah bermula, ^^
~KEEP ON CHANGGING~



7.08 pm
23/2/2012
kolej kediaman ungku aziz

Friday, February 10, 2012

Tidak Akan ku Melangkah Pergi

Tidak akan ku melangkah pergi …
sebelum destinasi itu ku jejak berdiri . Dengan teguh, akanku pasakkan panji kegemilangan, megah berkibar di puncak perjuangan…

mengunci tapak dari mengudur kebelakang.. agar ia sentiasa melangkah ke hadapan
TIdak akanku melangkah pergi ….
sebelum kuintai kotor semalam.. melekat kemas dicelahan bekas-bekas yang retak.. akan ku hapuskan dgn daya dan air mata,agar ianya tidak lagi berakar pilu sehingga menutupi ruang – ruang kebahagiaan ..

 Tidak akan ku melangkah pergi,…
sebelum ku gilapkan dahulu cahaya itu, sehingga ianya bergemerlapan menyinari bejana alam, agar tidak lagi dicemari oleh hati-hati hitam yng menyirnakan sebuah pengharapan...

Ya ..tidak akan ku melangkah pergi …
sebelum ku cantas dahulu mimpi2 yg bertandang.. yg hanya menjanjikan busuknya nikmat keduniaan.. menfitnahkn harumnya kuntuman kenyataan..

Akan ku melangkah pergi.. 
bila menggenggam sejuta misi kehidupan.. bila menggapai abadi harapan.. bila matlamat disandarkan pertolongan.. bila Yang Esa meredhai kesetiaan..

~ nukilan rabak si pengemis~
11/2/2012
3.4o am
kolej kediaman ungku aziz