“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Thursday, December 5, 2013

Pukat Ayah

Assalamualaikum wbt.

Bismillah.

Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat.

Allahumma Soyyiban Nafian.

Hujan dikampung masih belum berhenti. Di KL, hujan sekarang reda.

Tempoh hari, masih diberi kesempatan untuk menghubungi keluarga dikampung. Bertanyakan tentang keadaan banjir dikampung. Khabarnya, air mula naik. Alhamdulillah, rumah kami bukan diantara kawasan berlebel 'kuning' mahupun 'merah'.

Hujung tahun, sentiasa dikenali dengan dengan musim bah. Air akan melepas paras yang normal. Sungai melimpah, longkang tersumbat, ikan-ikan di kolam ternakan akan keluar bebas. Penduduk yang tinggal dikawasan yang bertanah rendah dan lembah berjaga-jaga. Bersiap siaga untuk berpindah. Barang eletrik diletakkan ditempat yang tinggi. Dokumen2 penting disimpan rapi. Bimbang hanyut dibawa bersama air keruh. Pelbagai jenis kenderaan mula berpusu-pusu keluar dari kawasan rumah, mencari tempat yang lebih tinggi untuk menyelamatkan kenderaan mereka. Ayah pula akan bawak lembu-lembu ke padang rumput.

Ligat berputar mencari 'file' memori tentang kisah banjir di usia kanak-kanak. Manis. Ibarat pesta air, dari kanak-kanak sampailah warga emas. semuanya turut serta dan tidak melepaskan peluang untuk bersua ria, dah macam 'program' wajib tahunan plak. ^_^ Masa tulah semua penduduk kampung akan keluar 'bermain' air banjir dan mengambil peluang mencari rezeki sampingan. Rata-ratanya penduduk kampung hanya menoreh getah sebagai punca rezeki utama. Musim rehat untuk mereka, begitu juga Ma ngan Ayah.

Apa yang paling seronok ialah bila melihat perlbagai golongan yang bersuka ria dengan air banjir.

kanak-kanak, adalah orang yang paling teruja. Anak remaja ronda-ronda dengan motosikal. Makcik-makcik juga mengambil peluang untuk berkumpul bersama 'geng' mereka. Riuh. Ibarat medan ukhuwah sedang hangat mengikat hati-hati kami sekampung.

Bila banjir mesti ingat kampung. Masa tula Ma dan kami adik beradik akan gali ubi kayu. Musim banjir memang best kalau makan ubi kayu :) makan bersama keluarga plak tu. Alhamdulillah.

Pukat Ayah.

Ayah, abang long ngan abang ngah akan memukat ikan. Mencari hasil banjir. Selain untuk dimakan, ada juga kami tolong Ayah jualkan hasil. Alhamdulillah, rezeki kami melimpah, selimpah air disungai ^_^ hasilnya pun xsama dengan memukat selain musim banjir. Macam-macam jenis ikan yang tersangkut dipukat Ayah. keli, haruan, sepat, puyu dan macam2 lagi. Banyak kali juga ikan-ikan besar tersangkut dipukat Ayah. Bendang adalah kawasan atau lubuk ikan. Disitu jugak ada kolam ikan Tokku. Habis ikan keluar sambut 'merdeka'. Rezeki orang :)

Penah tengok Ayah memukat ikan masa banjir, Ya Allah, takut sangat. Ayah pasang pukat. Airnya paras dada kat bendang. Masa tu tengok Ayah dari jauh. Tebing tinggi dekat jalan raya. Depan rumah tokku.

Siapa tak terkejut  Hanya doa saja yang mampu panjatkan. Mungkin bagi Ayah dah biasa. Tapi hanya mampu berharap, semoga ayah langkah ayah tidak tersadung.

Ikan Darat :)

Itulah menjadi santapan istimewa kami sekeluarga bila musim banjir. Sedap, indah dan bahagia. bercampur rasa.

Rutin masa banjir, lepas subuh Ma mesti 'usha' air banjir.Berbekalkan lampu picit, ana ngan adik2 mesti nak ikut. Kalo Ma tak bagi ikut, kami hanya menuggu laporan paras air banjir dari Ma. Berita pantas, macam wartawan pun ado, hehe

Masa ni kami dah tak lekat kat rumah, tiba masa makan, kami balik. Salin pakaian kering dan solat. Tak senang duduk, tengok kat tingkap best je kawan-kawan duk seronok main. Lepas tu, apa lagi, pegi main banjir lagi. lepas basah, salin lain pulak. Sebab tu pakaian bertimbun dalam bilik air. :D

Tapi, musim banjir x semua cipta kenangan manis. Apa yang merisaukan Ma ngan Ayah, pakaian basah yang dicuci sukar kering. Atap yang bocor tetap ditembusi air. Kadang-kadang akan pindah tempat tidur, selalunya ruang tamu. Sebab atap bilik kami bocor. Luar rumah tak banjir, luar rumah pulak yang banjir. hehe. Atap masih tak berganti dari dulu, sampai skarang Ayah hanya mampu tampal saja. :)

Itu tak penting, kami adik bradik tak kisah. Yang penting Allah anugerah apa yang cukup untuk dulu sehingga hari ini. Musim banjir pun sudah mampu membahagiakan kami. Mungkin menjadi musibah bagi yang lain, tapi kami seronok mengharungi hari-hari yang digenangi air.

Dulu, tak akan sama dengan sekarang. apa yang sama, ubi kayu akan jadi menu wajib, ayah plak akan tetap turun memukat ikan.

Seja dua menjak ni, selalu teringatkan mereka. Ma, Ayah dan adik2 dikampung. :'(

Semoga tiada apa yang buruk berlaku.

Perumahan Pantai Permai KL
6/12/2013
12.11 am



1 comment:

Post a Comment