Assalamualaikum wbt.
Syukur Alhamdulillah, Rahmat Allah masih mendakap erat hamba-hambanya. 2 Nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan Islam menjadi hamparan buat insan yang betah mencari RedhaNya.
Sejak sekian lama ilham tidak meluah kata, mengarah jemari menari-nari diatas keyboard. Apa yang hanya mampu ku bicarakan adalah kata 'MAAF' buatmu pondok usang..
Maafkan diriku wahai pondok usang... sejak sekian lama diriku tidak menghuni dirimu. pondok yang selalu dikunjungi si pengemis... yang selalu menjadi peneman. suka, duka, lara dan segala khazanah perasaan yang tersimpan. mungkin kerana sombong, sombong dengan kehebatan dunia..ku melupakan dirimu...mungkin kerana bongkak, bongkak dengan isi dunia... aku melupakanmu. mungkin kerana ada yang lebih indah, indah yang sering menipu.. aku meninggalkan dirimu..
bukan begitu, bukankah diriku selalu menjengukmu... walaupun tanpa khabar... ku melihat dengan mata yang bersinar... agar dirimu senyum padaku... tetapi hambar.. dirimu seolah-olah merajuk sepi... kerana itu, ku hanya mampu memandangmu dari jauh. mungkin kehadiranku membuatmu lebih disakiti :'( maafkan diriku wahai pondok usang... untuk pengetahuanmu, diriku masih lagi seorang pengemis... mengemis kasihNya. mengemis cintaNya... mengemis segala-galaNya darimu. Mohon diriku berteduh di pondokmu lagi. Seperti dulu..untuk hari ini, esok, lusa dan selamanya. :'(
Maafkan diriku wahai pondok usang, hajatku ingin mencari rama-rama yang hilang... dalam pengembaraan ini diriku memerlukan kekuatan... walaupun tidak berteman, ku masih punya secebis kekuatan. DariNya. keranaNya. Ku ingin berteduh dari badai kegelisahan. mendung yang kelam... hujan yang sering datang tanpa utusan. mungkin akan melambatkan perjalananku sekiranya tiada tempat.. untuk ku menunggu ianya berlalu.
Maafkan diriku wahai pondok usang, melihat dirimu mengingatkan diriku dahulu. tidak mencerminkan hari ini. sangat berbeza. bukan beerti prinsipku lari. wahai pondok usang, tika dahulu dirmu sahaja tempat ku meluah ilham. tempat meluah perasaan berkongsi bersama 'jiran-jiran' (blog)...banyak perkara yang membuat ku lalai. melupakan dirimu. saatku senang, aku meninggalkan dirimu. hanya masa-masa tertentu. menguatkan diri untuk bertemu. dirimu hanya melihat sayu... seperti memanggil-manggil diriku... ku berlalu. tanpa pesan... dirimu hanya mampu bergenang. ku tahu....
Wahai pondok usang. maafkan diriku, izinkan diriku menumpang.. dan terus menumpang... sepanjang perjalanan dalam mencari rama-rama yang hilang.
Rabbi Yasir Wala Tuassir Yaa Karim... :'(
Mohon Khabar Bagi Sesiapa Yang Menjumpai Dirinya.. |
No comments:
Post a Comment