“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Friday, November 22, 2013

Beauty and The Beast

Assalamualaikum wbt

Bismillah.

Allahumma solli wasaalim a'la Muhammad wa a'la aalihi wasahbihi ajmai'n

Ana Ingin kongsikan satu bingkisan ringkas tetapi sangat menarik. Berkaitan dengan 2 makhluk Allah yang diciptakan sebagai pengajaran bagi 2 kaum, hamba Allah s.w.t. Kupu-kupu dan gorila. Buat Adam dan juga hawwa'.. sedikit olahan dari tulisan yang asal..

wanita bukan ditelunjuk lelaki



Beauty & The Beast. Jika dahulu kita mengenali kata nama am ini dengan satu kisah animasi. si perempuan yang cantik dan seorang lelaki yang disumpah menjadi haiwan yang hodoh dan kasar seperti singa tetapi bertanduk.

Apa yang ingin dimaksudkan dengan tajuk tersebut ialah berkenaan dengan hati wanita dan kegagahan jiwa lelaki;

Kupu-kupu, seringkali diibaratkan dengan wanita. kecantikan sayap menjadi daya penarik, kelembutan dan santun dengan bunga-bungaan di taman. Menghisap madu, dan menyebarkan debunga. Namun harus diingat, dia begitu mudah untuk dicacatkan. Jangan disentuh sebarangan, jangan mengejar andai tiada tujuan

Hati kaum wanita sangat sensitif seperti kupu-kupu dalam gambar ini, tatkala ia sedang berada di tangan seorang lelaki seperti gorila ini. Mungkin saja kupu-kupu itu akan disakiti atau dilindungi. sekiranya dia berada di tangan gorila yang baik, maka kupu-kupu itu akan dilindungi dan begitulah sebaliknya.

Kupu-kupu amat sensitif dan mudah sekali terluka. begitu juga dengan hati wanita.

Sekali ia terluka, kemungkinan ia akan terbang pergi tanpa kembali lagi. Mencari tempat untuk bersembunyi. Bersendiri dengan sisa umur yang masih berbaki.

Rasulullah SAW bersabda:

خيرُكم خيرُكم لأَهلِه وأنا خيرُكُم لأَهلي ما أكرمَ النِّساءَ إلَّا كريمٌ ولا أهانَهُنَّ إلا لئيمٌ

"Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya (khususnya isteri), dan aku adalah yang paling terbaik di antara kalian terhadap ahli keluargaku (khususnya isteri-isteriku). Tiadalah orang yang memuliakan para wanita itu melainkan orang-orang yang mulia, dan tiadalah orang yang menghina para wanita itu melainkan orang-orang yang keji." [hadis sahih riwayat Saiyiduna 'Ali bin Abi Talib, dinukilkan oleh Imam as-Suyuti dalam al-Jami' as-Soghir]

Buat kaum lelaki, dirimu seperti gorila yang gagah. Mungkin akan menjadi sebagai pelindung, mungkin juga sebagai pemangsa.

Oleh itu,Janganlah dirosakkan sesuatu yang amat indah, lembut dan sensitif itu dengan kejahilan dan kerakusan Sayangilah kupu-kupu itu dengan setulus hati, dicipta untuk membahagiakan bukan untuk dilukai oleh amarah yang menguasai.

Rumah Sewa yang Gemilang
3.57 p.m
23 Nov 2013

1 comment:

Unknown said...

comel gambar..huhu.. tarbiah si kupu-kupu.. :) ada gorila nampak kasar tapi dalam hati ada taman siap ada kupu-kupu2 lagi.. :)

Post a Comment