“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Sunday, June 16, 2013

PuiSi Tak BerLagu

Bismillah

Alhamdulillah. Allah masih menganugerahkan diriku nafas untuk terus menghirup kesegaran udaraNya. Walaupun kadang-kadang Allah turunkan udara yang kurang enak.. Sakit.. menusuk hati, jantung dan paru-paru. Jentikan Tarbiyyah dariNya. Kerana ujian, ia sering meragut resah, gelisah dan lemas tanpa kesegaran udaraNya ( kembali kepada Allah ). Selawat dan salam keatas junjungan Rasulullah s.a.w, sahabat-sahabat baginda serta ahlul Bait.

Puisi adalah bahasa hati, lantunan jiwa.. tatkala ana sunyi, melayan perasaan. ana akan melakar puisi-puisi sebagai luahan hati. Adakala, sedih maka sedihlah puisi itu. bahasanya seperti meminta simpati, bergenangkan air mata puisi.
Puisi yang paling ana suka ialah berkaitan dengan diri, tazkiyatun Nafs dan juga puisi Cinta. Puisi cinta itu ana akan bingkiskan untuk sahabat. Sahabat yang amat ana sayangi. Sahabat yang sudah menjadi sebahagai dari kecintaan ana.

Puisi ana adalah puisi tak berlagu, mengenangkan rasa yang sedang menemani hati. Rindu. rindu dan rindu. tanpa melodi, tanpa penyanyi, malah alat muzik. Hanya lirik melukut kaku. dipentas usang yang sunyi. tiada penonton, tiada suara.

Ibarat hilang dari jiwa, rama-rama ana juga hilang seperti puisi tak berlagu. Bisu. perginya tanpa khabar. perginya tanpa berita.
Maaf sahabat-sahabat. misiku ingin mencari dirinya. Bukan bermakna ana meninggalkan kalian. Ana hanya ingin mencari sesuatu yang hilang. Ingatlah diriku masih ada dihadapan. menanti kata. menanti cahaya. mengharap sokongan. supaya kalian membantu diriku untuk mencari rama-rama yang hilang. Ana mengharap kalian masih sudi untuk merindui diriku. masih lagi ingin menebar cinta padaku. Allah~

Mengenangkan sahabat. mengenangkan cinta hati, namun kekuatan cinta itu seperti lemah seketika, Allah. Rindunya ana pada kalian. Hanya mampu menyalahkan diri, adakah silapku yang kurang memahami,?? Tapi.. bagaimana pula hatiku, mengapa kalian pula sukar untuk memahami diri ini. Bukan niatku untuk mengguris hatimu. kerana tidak rela air mata ini jatuh dihadapan kalian, diriku hanya mampu lari dari kenyataan. Air mata bukan mahar cinta kita. Biarkan diriku sahaja yang menikmatinya. berselindung dari yang nyata.



Bonda!!, Adinda.. Maafkan diri ini. ada masanya, rama-rama itu pergi. meninggalkan diri ini. membantu diriku, untuk mencari persoalan yang sedang menghiris sebuku hati. perginya hanya ingin melerai kepedihan. Sekarang, diriku mengambil keputusan untuk mengembalikan dirinya, zalimnya diriku membiarkan dirinya pergi sendiri. sedang ana mencari, gelisah..mungkin dirinya sesat dalam mencari jalan pulang.

Sesalan yang bermula, dalam membiaskan cahaya, ana tersilap cara. dalam memilih kata, hati ana terbahagi dua.

Bonda!! Adinda.. mungkin kalian masih belum masak mengenal diri ini. bagaimanaku menangangi segala permasalahan. pada mulanya berat untukku berkongsi tidak mahu kalian terbeban, apatah lagi sekarang kita masih dalam medan perang. dewan exam sentiasa menunggu pejuang-pejuang hadir bertempur. Dikala ini, kita diuji pula dengan dengan ujian lain, kerana diriku. bukan dirimu. Maaf Bonda, adinda. kerana puisiku adalah puisi yang tidak berlagu. tiada suara penatian yang tak sudah. kerana dirimu adalah melodi dan rentak yang bakal melunakkan puisiku.

Seperti yang dijangka, perkongsianku tidak terbela. keranaku, kesakitan memindah kapada kalian. malah bertambah. ketakutan yang ku fikirkan telah menghantui. Kerana itu, ku mengelak untuk berkongsi. Diam disaat dirimu mengaju pertanyaan.

"Abaikan" Kataku. Menahan air mata. Ego. Ana berlalu meninggalkan mereka. Maaf Bonda, adinda. sukar untuk meluah rasa. Ini sudah menjadi tekaan yang benar, peristiwa menyakitkan itu akan 'tetap' terjadi. dan sememangnya terjadi. Walaupun masalah itu diwasilahkan kepada Bonda untuk membantu anakanda kembali. Namun, bagiku percuma. bukan desakan yang ku pinta. tetapi kata-kata semangat dan nasihat darimu... dari kalian.

"HANYA MEMERLUKAN MASA". ingin saja ku bisikkan kata ini kepadamu. tetapi terburunya kalian ingin menyelesaikan masalahku. Benar,, kalian belum mengerti. Maaf.. kita masih belum cukup untuk mengetahui tentang masing-masing.

Namun, Mungkin korbanku percuma, kerana tiada hasil menghilang resah hati kalian. kerana resahku. Kalian tertanggung. keresahan bertambah kerana kedegilanku. Maaf Bonda, adinda. Keresahan itu sudah ku buang jauh-jauh. melemparkan ia dicuram. melemparkannya ke laut. supaya ia tidak kembali. Tetapi, terbit resah lain hadir menemani, resah memikirkan dirimu. Amarahmu masih belum terpadam. kerana sikapku.
Adinda tetap datang untuk membantu, namun dia juga tidak mampu menafsir amarahmu kepada ku.

Hari-hariku hanya mampu berfikir tentangmu.. Lelah dengan kesilapan diri..

Menjadi persoalan.. Adakah lelahku terbela?? hanya mampu bertahan dan bersabar menyimpan rahsia yang sebenar.

Maafkan anakanda Bonda.. Maafkan kekanda adinda :'(

Bonda.. Ku menunggu dirimu membiaskan cintamu.. Adinda.. Tunggu kepulanganku.. membawa kembali rama-rama yang hilang, terima kasih atas doamu agar bertemu rama-rama yang dihias dengan kecantikan ketaqwaan dan keayuan iman.Tidakku nafikan rindu yang mengalung diriku pada kalian sudah memberat bahuku. Semalam kita bersama.. semalam juga kita diuji..Ku tahu ada yang terkilan dihatimu Bonda. Bisikkan pada hati, apakah erti cinta kita... :'(

Terima kasih atas segalanya... segala-galanya... segala-galanya...Ku titipkan doa buat kalian dalam setiap baris kata dikalung doaku..

:: Bonda Srikandi Islami.. Adinda Nur Syuhadiah ::



Rumah Sewa Yang Gemilang
11.44 pm
16/6/2013




No comments:

Post a Comment