Assalamualaikum wbt
Monday, December 31, 2012
~PEnUtUP sEBAGai PeMula~
Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulilah, segala puji bagi Allah
S.W.T. yang Maha Terpuji lagi Maha Agung, syukur yang tidak terhingga dengan
nikmat Iman dan Islam yang diberikan, selawat dan salam buat junjugan besar
buat baginda Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga serta para sahabat baginda,
seterusnya sekalian umat Islam di dunia ini.
sejak sekian lama blog ini kaku membeku di alam maya, sedikit kekangan yang melintang langkah. namun kakunya blog ini bukannya mati dan tidak bernyawa.
ana rasa kembali tepanggil untuk berkongsi kembali segala apa yang terpendam di dalam qalbi. sebagai permulaan dan juga pengakhiran bagi entry tahun 2012 ana amat berbesar hati untuk berkongsi satu puisi jiwa. Nukilan dari hati. In Shaa Allah, semoga bermanfaat kepada semua pembaca. :)
HATI YANG USANG
Irama lantunan jiwa merantai sekeping hati
Merungkap kesepian dari kata-kata ketenangan
Dimana harusku mencari sebuah kebenaran
Sedangkan hati digamit rasa kehilangan
Sungguh..
Erti kebahagian diragut rasa kebencian
Hasad bernoktah dihati yang usang
Menjadi hari semakin mati
Kerana tiada pengisi diri
Mengapa aku harus begini?
Sering mengusung kata dusta
Menghampar hitam berjuta noda
Tanpa batasan maksiat melata
Menjadi keranda perangkap cinta
Bukankah aku punya Pencipta?
Mencipta qalbu mutiara jiwa?
Namun..
aku mengendah kata –kata
suci-Nya
pergi meninggalkan hukum dan syriatNya
pergi Mencari penghias duniawi
pergi menjarak rindu yang abadi
Bertapa bodoh diri ini.
Hanya merebut sakit dan lara
Mencengkam jasad mengikat duka
Melabuh nafsu pada neraka
Kerana hati tak punya rasa
aku insan pendosa
ingin kembali menabur cinta
cinta yang suci menyemai jiwa
membaja iman penyubur rohani
agar hati tidak usang
kembali.
By : kale pecek
Rumah Sewa yang Gemilang
jam : 5.15 pm
tarikh : 31/12/2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment