“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Sunday, June 26, 2011

MeNaNgisLaH KerAnA ALLaH..


Bismillahirrahmanirrahim.

Asslamualaikum wbt.

Menangis..??

Setiap manusia akan menangis bila jiwanya disentuh kan?.  Menangis juga sinonim dengan kaum hawa.  Pantang ada babak sedih, mudah sangat air mata keluar.
Itulah fitrah dan senjata bagi kaum hawa. Bohonglah sekiranya kita mengatakan semenjak hidup kita tidak pernah menangis.

menangis adalah salah satu terapi. meluahkan apa yang terbuku dalam dada adalah suatu kelegaan bila diiringi bersama dengan tangisan. jangan di tegah air mata itu disekiranyanya ada sahabat mahupun kita sendiri mahu menangis. Biarkan ia terus mengalir bersama beban yang bersarang dalam jiwa. walaupun suatu masalah itu tidak akan selesai dengan menangis,tetapi jiwa kita akan sedikit berasa lega.

setiap dari kita punya sebab kenapa menagis. 
Ada yang menangis kerana gembira.
Menangis kerana sakit diuji dengan pelbagai ujian Allah.
Menangis kerana rindukan seseorang.
Menangis menagih simpati.
Menangis kerana menginsafi khilaf yang lalu, 
dan banyak lagi air mata itu boleh ditafsirkan.





sedikit perkongsian dari ana tentang tangisan..


Menangis membawa erti keluarnya air mata sebagai ungkapan hati . Menangis
 adalah sutu aktiviti yang menyehatkan, bahkan semua bayi yang baru lahir selalu
 ‘dinantikan’ tangisan pertamanya sebagai tanda organ pernafasannya telah berfungsi dengan baik. 


 Dari Anas bin Malik radhiallaahu’anhu, ia berkata, “Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam pernah membawa putra beliau bernama Ibrahim, kemudian mengecup dan menciumnya.” (HR. Al-Bukhari)

Kasih sayang tersebut tidak hanya khusus bagi kerabat baginda sahaja, bahkan beliau curahkan juga bagi segenap anak-anak kaum muslimin. Asma’ binti ‘Umeis radhiallaahu ‘anha —istri Ja’far bin Abi Thalib— menyatakan, 

“Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam datang menjengukku, beliau memanggil putra-putri Ja’far. Aku melihat beliau mencium mereka hingga menitis air mata baginda. Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah telah sampai kepadamu berita tentang Ja’far?” Beliau SAW menjawab, “Sudah, dia telah gugur pada hari ini!” Mendengar berita itu kami pun menangis. Kemudian beliau pergi sambil berkata, “Buatkanlah makanan bagi keluarga Ja’far, kerana telah datang berita musibah yang memberatkan mereka.”(HR. Ibnu Sa’ad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Rasulullah SAW telah memberikan contoh kepada kita bahawa tangisan adalah suatu hal lumrah dalam mengungkapan kasih sayang. Ketika air mata Rasulullah Shalallaahu ‘alaihi wasalam menitis menangisi gugurnya para syuhada tersebut, Sa’ad bin ‘Ubadah bertanya,

“Wahai Rasulullah, Anda menangis?” Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam menjawab,“Ini adalah rasa kasih sayang yang Allah Ta’ala letakkan di hati hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya hamba-hamba yang dikasihi Allah Ta’ala hanyalah hamba yang memiliki rasa kasih sayang.” (HR. Al-Bukhari)

Ketika air mata Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam menitis disebabkan kematian putra baginda bernama Ibrahim, Abdurrahman bin ‘Auf bertanya kepada baginda,

 “Apakah Anda juga menangis, wahai Rasulullah?” Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam menjawab,“Wahai Ibnu ‘Auf, ini adalah ungkapan kasih sayang yang diiringi dengan titisan air mata. Sesungguhnya air mata ini menitis, hati ini bersedih, namun kami tidak mengucapkan kecuali yang diridhai Allah Ta’ala. Sungguh, kami sangat berduka cita berpisah denganmu wahai Ibrahim.” (HR. Al-Bukhari)

Pesan Rasulullah SAW , 

"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka…"

di hadits yang lain beliau SAW juga bersabda tentang sepasang mata yang tidak akan tersentuh api neraka, iaitu mata yang sentiasa menangis di waktu malam kerana takut kepada Allah, dan sepasang mata yang menjaga pasukan fi sabilillah di waktu malam.

Namun, meskipun ada jaminan indah seperti itu, tidak banyak manusia yang ingin menempuh jalan keselamatan tersebut. Kebanyakan manusia lebih memilih tenggelam dalam hingar-bingar dunia yang fana dan melalaikan. Alangkah beruntung umat muslimin yang telah diberitakan tentang keselamatan diri kerana Rahmat Allah atas air mata taubat ketika penyesalan diri sepanjang waktu.

“…Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (QS. An-Nuur [24] : 31)

Di negara-negara maju  sudah ada pakar ‘air mata’, Bahkan, para pakar ini percaya kalau menangis dapat menyembuhkan sakit dan meningkatkan kadar hormon adrenalin. "Menangis adalah pelepasan emosi yang paling tepat waktu kita tak dapat mengungkapkannya melalui kata-kata," kata Dr Simon Moore, ahli psikologi dari London Metropolitan University. Menurut Profesor William Frey, ahli airmata dari Amerika, air mata yang dikeluarkan waktu kita sedang emosional mengandung hormon penyebab stress sehingga boleh membuat perasaan lebih tenteram.

Menangis juga diketahui dapat menurunkan tekanan darah dan denyut nadi. Selama dan setelah menangis kita akan menarik nafas dalam-dalam sehingga kadar oksigen dalam darah meningkat. Hal ini demikian akan membuat mental dan fisikal terasa lebih kuat. Selain itu, air mata bermanfaat untuk mencegah dehidrasi pada membran mata, membunuh kuman atau bakteria yang masuk ke mata, mengeluarkan racun-racun, serta menghindari depresi. Subhanallah…

Air mata juga sering mengalir ‘tiba-tiba’ akibat sentuhan jiwa nan lembut. Apatah lagi bilamana  jiwa kita disentuh hidayah Allah kita akan menangis panjat kesyukuran. Airmata keinsafan seringkali  merembes keluar bila rasa diluah tika dinihari. 

Satu cerita dari seorang sahabat , seniornya semasa kuliah,  bahwa suatu malam, mendadak ia terbangun dan merasa ingin menangis. Setelah berwudhu dan qiyamullail, maka tangisannya makin menjadi. Ia merasakan kerinduan yang luar biasa kepada Ilahi, juga kepada keluarganya yang jauh. Entah datang dari mana, perasaan membaur dan dada terus bergemuruh, hingga tangisannya terus-menerus membasahi sajadah, hasilnya meskipun matanya sembab, ada kelegaan hati yang amat menenangkannya. Subhanallah! Paginya ketika ia menyampaikan rasa rindu dengan menelefon keluarganya di kampung, ternyata gayung bersambut, keluarganya di kampung menyatakan bahawa semalaman mereka memikirkan anak kesayangannya itu pula, dan  berdo’a serta merasakan kerinduan yang sama. Begitulah kekuatan do’a dalam ukhuwah nan indah, seolah-olah antara jiwa saling bicara.

Terdapat riwayat yang sahih bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, yang ertinya

 “Sesunguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan (penuh cobaan), Tawwab (senang bertaubat), dan Nassaa' (suka lupa), (tetapi) apabila diingatkan ia segera ingat.

Maka kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memetik pengajaran, janganlah kita malu meluahkan emosi dengan air mata di hadapan-Nya. Rencah peristiwa sehari-hari ada kalanya senang, susah, tawa dan sedih. Kesulitan menangis ternyata membuahkan penyakit. Dan jangan pula kita ikuti tangisan palsu para tokoh drama atau filem, sebab tangisan yang pura-pura tentu tidak akan melegakan hati malah menjatuhkan harga diri.

Seorang mukmin dengan taubatnya, bererti telah mewujudkan makna salah satu sifat Allah Subhanahu wa ta'ala, iaitu sifat yang terkandung dalam nama-Nya: Al-Ghaffar (Dzat yang Maha Pengampun). 

Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman, yang ertinya,

 “Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat, beriman dan beramal shalih, kemudian tetap di jalan (petunjuk) yang benar.” (QS. Thaha [20] : 82).


Subhanallah, Allahuakbar. 
Amein, semoga bermanfaat.

pesanan buat diri dan juga sahabat.
Menangislah kerana Allah

No comments:

Post a Comment