“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Sunday, July 10, 2011

bAGaI sAnG MeRaK


Assalmualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim pembuka kalam..menambahkan lagi keberkatan entry kali ni..


Bila berkata tentang sang merak,kita pasti terbayang akan indah bulunya..Siapa yang tidak kenal dengan sang merak.. haiwan yang punya bulu indah bersinar membalut tubuh..gah dengan dada yang bidang tika mengembang  ‘anugerah ’ itu..
Merak juga merupakan nama sebuah pelabuhan di Banten yang diberi nama pelabuhan merak tidak pasti plak kat mana pelabuhan tu..
Tetapi merak adalah spesies burung dalam genus Pravo dan Afropavo,erm,,pelik bunyinyakan..merak  juga dari familia ayam hutan (pheasant), Phasianidae. Burung jantannya memiliki bulu ekor yang indah yang dapat dikembangkan untuk menarik perhatian merak betina.Ketiga spesies tersebut adalah:
1~Merak India, Pavo cristatus
2~Merak HijauPavo muticus
3~Merak Kongo, Afropavo congensis.

Selain itu sang merak juga sinonim dengan makhluk yang egois..


Yer ker???
sejauh mana kebenarannya??

Telinga ana berhalwa tika mendengar bait indah lagu Egois Mestica.. maknanya penuh tersirat.. sebelum ni ana tertanya-tanya,kenapa manusia ego,sombong,megah di samakan dengan sang merak..

Cuba hayati lirik ni :

Katamu apa yang kau impikan
Segala kan pasti jadi kenyataan
Setiap apa yang kau inginkan
Sekelip mata dalam genggaman
Nadamu berbaur keegoan
Katamu kau tak perlukan teman
Walaupun sendirian
Walaupun kesunyian
Kau punya segala kelebihan

Bibirmu ketandusan senyuman
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata
Atur langkah penuh keangkuhan
Gerak gaya lambang kemegahan
Kau terlupa apa yang kau ada
Segalanya kurniaan yang Esa
Hanya seorang hamba
Yang diuji imannya
Dengan kenikmatan dunia
Bicara hati mu tentang sepi
Sengaja tak pernah kau akui
 Bagaikan sang merak
 Yang indah bulunya
Namun tidak mampu
Terbang ke angkasa

Andai dibiar keegoaan
Meratah hati dan perasaan
Usah kau pertikaikan jiwamu
Mengapa tiada rasa ketenangan
Pernah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu

Bukan sengaja
Mencari silapmu
Engkau ku rasakan
Mampu menjadi sandaran
Sedarlah jasa baktimu diperlukan
Curahkan pada insan yang memerlukan.

Bait kata tersirat ini sayup-sayup memukul lembut gegendang telinga ana..rentak lagunya rancak membuatkan otak ana terus ligat memikirkan tentang 2 makhluk berbeza diantara manusia dan merak..ada perbezan..ada persamaan diantara makhluk ciptaan Allah ni..

Bezanya.. manusia punya anugerah tertinggi dinamakan AKAL..merak pula punya anugerah tersendiri,bulunya yang mengembang indah…
Persamaan..dua-dua ada sifat kebinatangan.. bunyinya sememangnya kasar.. tapi itulah hakikat yang perlu kita telan,hasil kerja tangan sendiri..Ada juga diantara makhluk yang punya akal ini tak boleh menggunakan anugerah yang diberi sehingga  kufur akan nikmat-Nya.

Firman Allah swt..
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali Imron: 110)

Sememangnya didalam sifat haiwan itu ada dalam diri manusia.. manakan tidak dunia hari ini jelas menzahirkan apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan ego dalam mengejar duniawi.Sanggup menggadai maruah diri,malahan agama supaya diri mencapai klimaks kepuasan dalam nikmat dunia. siapa yang salah??
Bila 1 jari telunjuk di tuju pada orang malah masih ada 4 jari yang berbaki menuju kearah kita.
Jadi koreksilah diri dahulu sebelum jemari itu menjadi saksi di akhirat kelak.
AMBOI..TINGGINYA

PENYAKIT BATIN

Takbur,bongkak,sombong ,angkuh membawa makna yang seerti untuk kita gambarkan suatu sifat seseorang, itu  adalah diantara sifat yang hina dan diatara penyakit batin (mazmumah). 

Firman Allah yang bermaksud:Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina (Al-Mukmin:60)

Sekelumit Cuma pun bukan milik kita untuk menghiasai diri dengan sifat tercela ini. Persada hati tidak memerlukan titik noda hitam seperti ini untuk menggenggam dunia. kerana yang sepatut kita capai adalah akhirat. Nikmat yang diberi ini hanyalah bekalan bagi menyuburkan tanaman didunia untuk menuainya diakhirat. Bukankah kita sudah dijanjikan dengan pelbagai nikmat agung nan indah disana kelak, janji Allah itu benar. Nikmat manakah yang kita masih dustakan??
Takbur membelit tengkuk sang kufur dengan memalingkan kebenaran. Segala didepan mata masih mendustakan,manakan tidak,mata hati itu dibuta tulikan daripada melihat kebesaran dan mendengar kebenaran. Masih angkuh berjalan di perut dibumi Allah, tanpa sedar bila-bila masa sahaja perut itu bisa menelan pemijaknya...atoila..seksalah diazab Allah kelak..nauzubillah.

Untuk mengenali sang takbur secara zahir amat mudah,lihat saje lagaknya..gaya tubuh digerakan angguh mendabik dada,dialah paling hebat,dialah yang paling tinggi pangkat dan harta,akhlaknya tentulah jelas buruk dipandang,jelek ,petah katanya menyakitkan hati golongan yang rendah, menghina saje menjadi hobi..bila berhujah hanya dia sahaja yang benar. Bila dinasihat katanya bohong dan tak boleh dipakai..

Imam Al-Ghazali berkata : orang yang takbur marah apabila ditegur sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.

Itulah secara luaran yang jelas untuk kita ta’arifkan seseorang itu sebagai orang yang angkuh lagi sombong.
Selain itu kita juga boleh melihat keangkuhan dengan menilai dalaman,sekiranya tadi kita boleh mengenal dengan melihat lagak gaya, sekarang kita kenali pula orang yang angguh dari segi batin salah satu titik hitam hati.
Sekiranya baik hati itu maka baiklah seluruhnya,sekiranya buruk hati itu maka buruklah seluruhnya.

Membesarkan diri dalam hati lebih dari Allah swt adalah maksiat hati yang tercela, ia boleh dilihat melalui kisah iblis dan seluruh kerabatnya yang mengangap dirinya lebih mulia dari Nabi Adam,dari itu perintah Allah untuk tunduk kepda Nabi Adam diingkari mereka. Kerana enggan berbuat demikian sang iblis tadi dilaknat oleh Allah swt dan seluruh kerabatnya. Inilah sifat takbur yang sentiasa menemani iblis menyangkal kemuliaan akan ciptaan Allah sehingga sanggup membalas dendam pada seluruh anak cucu Adam, termasuklah kita sekali. Dari dulu hingga kini mereka belum puas memtertawakan mangsanya yang rebah dan tergolong dalam golongan yang bakal menemani mereka di neraka kelak.. semakin galak sang laknatullah mencari teman setia. Lebih-lebih lagi zaman moden yang lebih ramai bakal menjadi mangsanya..

Bila si kaya tidak mahu membantu si miskin..
Bila pangkat dan kuasa hanya digunakan untuk kepentingan diri..
Yang bawah ditindas yang atas
Manusia yang mendustakan kebenaran..
Undang-undang manusia diletakkan ditempat tertinggi..
Hukum Allah dipermainkan..
Maksiat menjadi kebiasaan..
Dan banyak lagi contoh-contoh yang terzahir didepan mata..
SUBHANALLAH CANTIKNYER..
Tapi mereka cilap ‘mengembang bulu’ rupanya,sayang sejuta kali sayang, tak mampu ‘terbang’ ke syurga.. indah yang dikecapi sia-sia bila anugerah yang ada tidak dapat meningkatkan saham diakhirat...

Selain itu takbur suka dibahagikan kepada tiga cabang :
1~ takbur terhadap Allah..
2~takbur terhadap Rasulullah
3~takbur sesama manusia..

Nah seperti yang ana katakana tadi.. yang mana hukum Allah sudah berani sesetangah manusia menjadikan ia satu mainan..waduh-waduh sememangnya golongan hati kering.. rohani kosong..bukan sahaja kosong,sudah kemik dan berkarat..segala ancaman bagaikan tidak layak untuknya.

Takbur terhadap Rasulullah s.a.w ialah enggan mengikut petunjuk dan sunnahnya. Begitulah Orang Quraisy pada zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda anak yatim piatu.

Orang Yahudi pula enggan berbuat demikian kerana baginda bukan daripada keturunan Bani Israel...

Orang Yahudi berasa diri mereka lebih tinggi daripada orang lain, iaitu takbur sesama manusia. Mereka sering memandang rendah terhadap orang lain kerana menganggap diri mereka berilmu, kaya dan berpangkat sedangkan manusia dijadikan sama di sisi Allah.

Lihat saje suasana sekarang..Sunnah Rasulullah bukan lagi dijadikan qudwah.. bila ditanya adik kecil..

“adik..adik minat sape??

Ha cuba teka,siapa qudwah @ idola mereka..??

jangan terkejut sekiranya mereka kata minat justin bibir ker,siti nor haliza ke, sape ker..semua atas tarbiyah ibu bapa..^^..

takbur sesame manusia bukan lagi asing bagi zaman asing ini.. hanya orang ‘asing’ sahaja  yang takut untuk berkata takbur.. ‘asing’ yang ana maksudkan bukanlah pendatang asing tanpa izin mahupun makhluk asing yang sentiasa menjadi buruan polis mahupun ahli saintis.. tetapi golongan ‘asing’ lah yang diperkatakan seperti sabda Rasulullah s.a.w, :
“Islam bermula dengan asing dan ia akan kembali juga dengan asing,maka bahagialah golongan yang ghuraba’(asing)”..sahabat Nabi bertanya kepada baginda : siapakah golongan ghuraba’(asing) ya Rasulullah?? Baginda bersabda : “mereka ialah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan oleh manusia”

Dinegara kita giat sedang dijalankan oleh kerajaan dlm ops 0 pratus kemiskinan,tapi setakat ini,gelombang kemiskinan masih belum ‘bersih’ 100%..wang zakat lambang penyucian harta menjadi nafas segar kepada warga miskin untuk meneruskan perjuangan hidup..semoga wang zakat di Negara kita disalur betul supaya impian untuk 0 % miskin tercapai..

Sifat suka bersedekah dari golongan yang berada mampu mengurangkan bebanan pada golongan yang kurang termampu iaitu fakir miskin.. kerana itulah kita diwajibkan untuk membayar zakat sebagaiman diperintahkan oleh Allah.. mengikut sukatan dan jenis zakat yang telah ditetapkan..dari itu tertunduk malulah sifat bakhil dalam diri manusia..

Sifat takbur ini adalah penyakit hati yang sangat merbahaya.. ia seperti api dalam sekam,diamnya boleh membakar dan membinasa diri dan orang lain. Sekiranya orangb takbur dilantik sebagai pemimpin maka binasalah sesebuah Negara,jemaah atau kumpulan tertentu. Orang sebegini akan mencemarkan Negara kerana tempias peluh busuk kengkuhan boleh menjatuhkan tamadun. Contohnya seperti pemerintahan firaun yang bongkak,berani je dia mengaku dia tuhan..segala kuasa hidup mati rakyat ditanganNya.. tapi sejarah lalu membuktikan dia bukan Tuhan..

Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :
1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.
2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.
4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.
5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

YANG NI LAGI CANTIK..'BERSIH' NAMPAK BULU DIA
Firman Allah swt..
(Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? ) (سورة الأنعام 32 )

Koreksi diri..
Carilah disebalik hati kita..cari dengan teliti,takut-takut masih tersisa hitam pekat sifat ini di dinding hati kita..kalau jumpa buang cepat..buang jauh-jauh..
Cermin pula diri,adakah indah luaran kita menjamin indah dalaman..
Wallahua’lam..

No comments:

Post a Comment