Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Apa khabar sahabat sekalian..diharapkan sentiasa sihat hendaknya dalam pelukan maghfirah Tuhan..
Suka ingin ana kongsikan bersama antum secangkir pengalaman cilik ana dahulu..
Entah kenapa,tiba-tiba fikiran ana kembali mengunjungi kembali zaman silam..seperti pita rakaman yang di ulang siar,bermain-main difikiran..membuatkan ana tersenyum keseorangan..setiap orang ada zaman indah tersendiri,lebih-lebih lagi zaman kanak-kanak yang banyak bagi impak..bila berkumpul denagn keluarga sambil bercerita..hilai dan deraian gelak ketawa tak lekang..zaman ‘suci’,tanpa rakaman dosa..waktu indah jadi kanak-kanak,sememangnya manis..waktu nilah banyak ana terokai pelbagai pengalaman indah bersama geng kampung..
(Uji tahap imaginasi dan juga ingatan..^^)
Alangkah indah sekiranya zaman itu kembali untuk kali ke 2, ke 3 dan seterusnya mengikut kehendak..tapi mana mungkin masa lalu bisa diputar kembali..
manakan tidak rasa rindu mencengkam,kerana zaman itu adalah zaman ‘kain putih’,manakan sama dengan zaman remaja dan dewasa yang penuh pelbagai coretan dan contengan pelbagai warna dan lakaran..bercampur warna..yang indah ada yang kelam pun ada..tapi masa tidak boleh diputar kembali..hanya kenangan yang menggamit memori..terlakar bibit-bibit manis ukhwah..tak kira lelaki perempuan..umur pun tak semua sebaya.. apa yang penting masa tu enjoy puas2..
Masa tu macam-macam kenangan kami coretkan,.main bola tin,main sorok-sorok,main getah,main masak-masak,ten ten,kejar-kejar,teman abang mancing ikan,panjat pokok..macam-macam lagi lah,banyak sangat kalau nak senarai habis..
Tapi yang paling jadi kenangan ialah bila main bola tin..
BANG!!!..LARI…!!!!!!!!
|
LAGI BANYAK LAGI BEST.. |
Berterabur tin susu krimmer manis pelbagai jenama yang disusun berbentuk pyramid dihentam pukulan bola..riuh suara budak –budak bertempiaran lari..
Ada sebahgian mereka menjerit,tanda arahan supaya ,melarikan diri..
Sebahagian lagi,menjerit arahan untuk kejar sebahagian yang budak-budak tadi..bola dipas untuk mengejar dan me’matikan’ pihak lawan..
Yang dikejar berusaha untuk membina kembali pyramid yang hancur..
Tercirit-cirit dihambat musuh yang emebawa bola..
Yang kena bola dah kira mati..
“lari..lari..hahaha”
“susun..susun”
“pas bola kokni..”
“jago-jago..jange we demo ni susun..hahaha”
macam-macam arahan dikeluarkan..
Itulah perkatan yang lazim didengari semasa ‘berperang’ diantara dua pihak..yang mengejar berusaha untuk menyekat kemaraan ‘musuh’ kembali ketapak binaan yang hancur.. Helai tawa memecah tak kira suasana ..pagi,tengah hari,petang..(malam off)
|
TEMBAK..JANGAN TAK TEMBAK.. |
Untuk pengetahuan antum inilah permainan lazim kami geng kampung yang selalu dimainkan pada waktu lapang…Bola tin @ di kenali bola kopi oleh masyarakat kampung adalah permainan paling popular pada zaman ana,dan juga dikampung ana di kawasan pedalaman jeli..bantai main ni paling best..Pengalaman yang paling ana tak boleh lupa semasa zaman dulu-dulu..tak kira hujan ke,panas ker..tetap berjuang dimedan permainan. Kami ada 2 medan permainan. Kawasan jiran ana yang jadi ‘mangsa’,Alhamdulillah pemilik rumah tak kisah budak-budak main dikawasan diorang,lagipun tempat tu selalu jadi tumpuan budak-budak macam kami untuk bermain..green light dah menyala kami apa lagi..medan ke 2 ialah halaman rumah ana sendiri,..rumput jadi mangsa..dah tak berani nak tumbuh. Asyik kena lenyek je dengan kaki –kaki ‘askar’ yang sedang bertempur.
Nak main permainan ni kena kuat stamina untuk lari masa dikejar dan mengejar,daya focus yang kuat untuk shoot sasaran,daya lontaran yang pelbagai gaya untuk ‘mati’kan musuh mahupun strike pyramid tadi,..tapi yang paling penting semangat kerjasama. Sebab kita akan bergerak kerja dalam 2 team.Team A dan team B..sekiranya tean A yang jaga pyramid team B yang ‘jalan’ atau yang akan hancurkan pyramid tu. Kira 2 pihak yang dalam keadaan kondisi berperang ..selagi semua binaan tu tak runtuh 100% selagi tu lah diorang kena baling sehingga habis giliran. Bila dah complete runtuh apa lagi..lariii!!!!!..
Team A yang jaga tadi akan mengepung musuh mereka team B untuk menyekat kemaraan ke tapak binaan tadi. Team B dihalang daripada mereka membina pyramid mereka. Jadi team A bertungkus lumus menembakkan musuh dengan bola..bola tu satu ja, tapi ibarat ‘peluru’.. nak tembak kena pandai pas-pas ‘peluru’ tu dengan sahabat lain untuk menembak musuh yang dikepung.
“pekong!!!”
Bub!!
Adoila!!,pedih bila kena ‘peluru’ tajam..kena se’bam’ kat muka..bukan main perit..(siap mung pahni)..
Dah ibarat mejahidah berperang dimedan jihad..^^ macam2 ragam ada..berguling-gulung,terlompat-lompat,menyorok disebalik busut..tak ubah macam jundatullah sedang bertempur..
Bila tiba giliran team A plak jadi musuh,(saat balas dendam kena se’bam ‘ kat muka).Team B plak yang akan jaga bola dan begitulah seterusnya dan brehenti seketika bila masuk waktu solat,pastu sambung balik sehinggalah permainan tamat bila nak maghrib. Kadang-kadang tak sedar azan maghrib berkumandang..
Adik-beradik ana semua tak lepaskan peluang main bersama, dari abang long sampailah adik bongsu (masa tu adik-bradik masih 5 orang)..masa nilah nak kukuh ukhuwah adik -bradik..tapi Adat main..masa main pun bukan semua seronok,ada jugak masa kami gaduh. Tak puas hati ngan pihak lawan,macam-macamlah..main ngelat pun banyak,mana tak gaduh.. masakan lidah lagi tergigit,inikan pulak adik bradik dan satu geng..^^
Ala gaduh kami kejap je..gaduh lama-lama tak boleh,gian nak main.
Selain itu,Golongan dewasa ambil kesempatan menjadi penonton..mereka juga terhibur bila melihat telatah kami seronok bermain. Tontonan mereka kami abaikan,bukannya bertiket pun..malah ada sesetengah mereka yang semgat lebih menyokong kami..(kebanyakan ibu bapa yang jadi penonton,jadi sokong team anak sendiri lah)
Kami main tak kenal masa. Pantang cuti sekolah. Lepas sekolah pun kami main. Campak beg,makan,solat, ajak geng main..selalunya tak perlu ajak pergi rumah,kebanyakan mereka sukarela datang membawa diri . Macam tahu-tahu time tu time kami main..jadual main diatur tanpa dirancang.
|
PENGALAMAN MANIS
SEMANIS SUSU PEKAT F&N |
Selalunya Yang joint bukan budak kecik macam ana je (masa tu dalam umur 9-10 tahun),malah yang peringkat remaja taraf abang ana yang masa tu dah tingkatan pun turut main. Tak kira kecik besar,semua bantai main skali. Geng kami tak kenal jantina mahupun umur. Dulu kami semua tak kenal apa tu malu..apatah lagi ikhtilat dan batas pergaulan lelaki dan perempuan,semua campur aduk..tapi dulu tak macam sekarang.
Paling ana tak boleh lupa adalah masa main bulan puasa (ramadhan),memang cari penat..tapi yang ajaib,adalah kami langsung tak penat..mahupun dahaga sekalipun..kami main sampai nak bukak puasa,.Allahu akbar ..memang dasyat masa tu..tenaga si kecil sememangnya datang dari Allah.seronok punya pasal letih pun dah tak ingat.
Bila difikir kembali,permainan ini ibarat 2 negara yang berperang merebut kawasan . satu team pertahankan Negara diorang satau team lagi nak rampas negara tersebut,sebagai matlamat meluaskan jajahan dan pyramid yang dibina kembali setelah diruntuhkan pyramid tadi oleh pihak lawan,dan musuh membina kembali tugu,sebagai lambang kekuasaan. Permainan ni mengajar kami erti bersatu dalam mempertahankan dan membina Negara dan serta mengembalikan keamanan..semua team main peranan dalam mempertahankan kawasan sendiri,tiada siapa yang boleh berpeluk tubuh dan mementingkan diri sendiri melepas tangan..
Tapi dulu kami hanya pandai main..tak fikir pun kerahsiaan hikmah disebalik semua ibrah tu..
Benarlah pengalaman mematangkan usia dan pemikiran..bila dah besar ni baru terfikir rahsia disebalik pahatan memori masa silam.
SEGALANYA BERUBAH.
Tapi sekarang jauh bezanya,Bila nak bandingkan budak kampung zaman dulu dengan zaman sekariang memang jauh bezanya..
Kalau dulu main bola tin yang jadi kegilaan budak-budak kampung,tapi sekarang,PSP,VIDEO GAME , ibarat telah membunuh 'kejam' permainan tradisional zaman dahulu..terus hilang di hanyut zaman ..bagai tidak adil.
Walaupun sekarang kampung ana masih riuh dengan suara budak-budak main bola sepak,tapi tak sama dengan riuh main bola tin..kerana bola sepak,sememangnya tak boleh berpisah dengan kaum adam,jadi yang mainnya budak-budak lelaki..jadi,kemana pula kaum cilik hawa..??
Tapi itu tak penting,yang penting asalkan akhlak dan sahsiah tidak berubah dari acuan sebenar terbentuknya generasi ulul Al-Bab.
Tapi rata-rata apa yang terjadi sekarang ialah bezanya tahap pemikiran..
Pemikiran budak umur 7 tahun zaman dulu tak sama dengan pemikiran budak 7 tahun zaman melenium ni..perkembangan pemikiran mereka selari dengan majunya teknologi terkini..apa tidaknya,dunia sudah tiada sempadan,bila-bila sahaja boleh rentasi tanpa sekatan,tidak hairanlah mereka cepat matang diusia hingusan.
Tapi padah bila tiada guideline dari ibubapa,.lebih-lebih lagi guide line dari sumber
warisan ..AL-Quran dan Sunnah..
kesan dari kemajuan,akhlak anak-anak punah..permaianan alam maya seolah realiti bagi kanak-kanak zaman sekarang. ada juga aplikasikan apa yang mereka main dalam video game di kehidupan sekarang.. sampaikan ada yang terpengaruh dengan aksi-aksi ganas watak dalam tersebut..
Selain itu,ada juga pernah suatu ketika ana terbaca dari keratan akhbar,yang mana diusia belum matang,mereka sudah terjebak dengan seks bebas..sumbang mahram,jenayah dan macam-macam lagi....
Allahu akbar,dimana silapnya ?? pihak mana perlu ditunding jari..??
Adakah Ibubapa yang tidak mengisi ruang hati anak dengan ilmu agama??
Adakah salah penjaga yang mengabaikan amanah menjaga anak-anak??
Adakah salah guru yang tak pandai mengajar??
Adakah salah kerajaan yang tidak ambil cakna dengan mengharamkan
penggunaan internet secara meluas??
Atau salah kita sendiri yang tidak menegur???
Sama-sama kita fikirkan..peringatan buat diri dan juga sahabat..
Wallahua’lam..
No comments:
Post a Comment