“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Thursday, January 27, 2011

KhIbRaH pErTaMA..


                                     بسم الله الرحمن الرحيم  


                



Assalamualaikum w.b.t


     Suka benar ingin ana kongsikan sedikit coretan ceritera hidup beronakan tinta unggu ini tentang khibrah pertama ana dalam Sembelihan..
jiwa ini meronta-ronta diminta untuk berkogsi qalam

..sembelihan adalah Salah satu daripada tajuk penting yang ana belajar dalam madah Praktial Ibadat untuk semester akhir ini bersama sahabat majmuah 3..


ISLAM AGAMA RAHMAT



        Islam adalah agama rahmat yang dibekalkan oleh Allah kepada makhlukNya perasaan kasih dan sayang tak kira manusia bahkan kepada haiwan.
Perhatikanlah bagaimana peraturan Islam dalam penyembelihan binatang ternakan. Cara penyembelihan Islam juga adalah sangat baik untuk kesihatan..
TUNTUTAN mendapatkan makanan halal menjadi perkara penting bagi setiap Muslim. Ini kerana ia adalah perintah daripada Allah melalui rasul-Nya. Pemakanan halal adalah di antara ciri utama dalam pembentukan fizikal sihat, khususnya bagi perkembangan minda serta hati manusia,agar sihat sentiasa..dalaman mahupun luaran.
            Setelah beberapa minggu tajuk ini di ajar secara teliti oleh pensyarah,dengan berbekalkan pengetahuan yang tepat serta menyeluruh mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut lunas syariat, kami dibekalkan 5 ekor ayam untuk praktikal secara amali..(salah seekornya adalah mangsa ana)..Tambahan lagi, konsep sembelihan dalam Islam adalah yang  amat tepat ..
encik ayam
encik ayam kena sembelih
         ‘zabiha’ atau sembelihan juga perlu dihuraikan sebaik mungkin agar ibadat ini tidak dilihat sebagai satu perbuatan menyeksa haiwan secara kejam,berdasarkan pandangan masyarakat bukan Islam (non-muslim) yang melihatnya hampir setiap tahun menjelang Aidiladha.
          Ad-Deen kita syumul,Ia meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan. Buku bertajuk Halal dan Haram dalam Islam Oleh Syeikh Muhammad Yusuf Qardhawi menghuraikan kaedah dan syarat penyembelihan berdasarkan al-Quran dan sunnah.
 

Seperti mana Sabda Nabi saw bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta mudahkanlah penyembelihannya itu(Hadis riwayat Muslim).           
Ayam pertama dan kedua disembelih oleh muslimn..3 ekor ayam lagi dah tak sabar menunggu..yang mana selebihnya akan disembelih oleh muslimat..
        Tika mana sahabat ana ukhtie Fatin menjalankan amanahnya untuk memegang ayam,ukht Taqwa menghunuskan senjatanya di tengkuk ayam tu..tetapi setelah selasai ada sedikit ketidak sempurnaan dalam sembelihannya..tanya ustaz sal kes tu,
“tak pe,niat blajar”
Ayam kedua..penulis mengambil giliran..Tibalah giliran ana untuk ‘mengerjakan’ ayam tu..mula-mula..ambik ayam..pegang elok-elok..kemas-kemas..kemudian letakkan pisau atau ape-ape objek tajam pada leher ayam tersebut ,iaitu pada bahagian urat nadi atau kerongkongnya.
terkebil kebil matanya tanda simpati.
“Maaf yer ayam..pengorbananmu akan sentiasa ku kenang..(huhu sedih plak)..”
 Tetapi sebelum tu ingat..Setiap penyembelihan perlu dimulakan dengan Bismillah dahulu..besertakan niat kerana Allah..
 “bismillahirrahmanirrahim....”
Maka tamatlah riwayat hidupnya..
“Setiap yang hidup akan menemui mati”
Dan ayam terakhir diteruskan perjuangan oleh ukht Fatin..
      Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya” (Surah al-An’aam, ayat 118).



SEMBELIHAN DAN SAINS  
  
         Fakta saintifik yang menarik yang telah ana perolehi melalui hasil pencarian peribadi..fakta ini membuktikan bagi setiap penyembelihan, darah haiwan itu perlu dialir keluar. Ini kerana darah adalah medium terbaik bagi mikro organisma membiak. Bahagian ‘spinal cord’ hendaklah dielakkan daripada terpotong ketika sembelihan dilakukan kerana ia akan menyekat aliran darah keluar akibat daripada saluran darah terganggu kesan daripada jantung haiwan terhenti secara tiba-tiba.
        Dr Zakir Naik, seorang doktor dan pendakwah Islam antarabangsa menyenaraikan kepentingan serta kebaikan penyembelihan mengikut hukum syarak. Kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik dan bersih.Ini kerana darah yang menjadi punca pembiakan kuman, bakteria dan toksin yang akan menyebabkan beberapa penyakit dikeluarkan sejurus selepas proses penyembelihan. Selain itu, daging sembelihan kekal segar dalam satu tempoh yang lama.
   Kalau sahabat-sahabat nak tahu,sebenarnya Kaedah penyembelihan Islam juga tidak menyebabkan kesakitan kepada haiwan itu. Ini kerana saluran darah serta saraf yang menghubungkan ke otak yang boleh menyebabkan rasa sakit terputus. Maka keadaan di mana haiwan bertindak balas secara tiba-tiba dalam keadaan agresif bukan kerana kesakitan, tetapi kesan tindak balas otot yang berlaku apabila darah mengalir keluar.
         Menurut Profesor Schultz dan rakannya Dr Hazim dari Universiti Hanover, Jerman, membuktikan melalui eksperimen dengan menggunakan alatan saintifik seperti Electroencephalograph (EEG) dan Electrocardiogram (ECG) menunjukkan kaedah sembelihan Islam adalah terbaik. Tiga saat pertama selepas kaedah sembelihan cara Islam dilakukan, EEG tidak menunjukkan sebarang perubahan graf. Ini menunjukkan haiwan itu tidak mengalami sebarang kesakitan secara tiba-tiba selepas penyembelihan. Kemudian, selepas tiga saat yang seterusnya, EEG merekodkan keadaan yang dinamakan sebagai ‘deep sleep’ di mana,haiwan mengalami keadaan tidak sedarkan diri kesan daripada darah yang mengalir keluar dari tubuh haiwan itu. Akhir sekali, EEG pada paras 0 menunjukkan tiada tanda-tanda kesakitan selepas enam saat eksperimen dilakukan. Kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik.
Hebat bukan??
      Seterusnya ia menunjukkan Islam amat mementingkan kebersihan serta kesihatan. Pemilihan pemakanan yang halal penting dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di tahap yang memuaskan agar memperoleh tenaga yang secukupnya untuk beribadat. Oleh itu, Muslim perlu menilai dan meneliti sumber pemakanannya agar datang dari sumber yang halal bukan meragukan



     MAKAN!!!!!!!!

          Setelah semua siap disembelih,encik-encik ayam tadi dibawa ke kedai berhampiran untuk dimasak.Resepi pilihan ,pada asalnya nasi ayam.tiba-tiba bertukar resepi jadi nasi tomato dimana silapnya ana pun tak tahu,itu tak penting yang penting ia dinikmat bersama..tak sabar nak nikmati hasil sembelihan sendiri.
Encik ayam lambat lagi nak masak..
Lapar...
Sabarlah menunggu...
Kul 6.45 akhirnya
bersiap untuk menjamu selera...
alhamdulillah
Alhamdulillah..nikmat makan bersama dibawah pohon manggis..bersuasanakan keindahan lukisan alam ciptaan Allah...

Wallahua’lam

1 comment:

Husna sarwani said...

terimbau kenangan menyembelih si Encik Ayam.....Alhamdulillah, pengalaman kedua sy mnyembelih binatang yg bernama Ayam...kedua-dua peristiwa penyembelihan terseut d Universiti Malaya dimana saya dan Cik Penulis menuntut....akan tetapi kenangan yg xdpt saya lupakan adalh apabila sy xsedar, darah yg mengalir dr leher ayam tersebut bukan darah si Enck Ayam, akan tetapi darah dari jari jemari saya........tapi apapun, saya tidak menyalahkan mana2 pihak yang menyebbkan berlaku seperti itu....apapun, ianya saya anggp sebagai satu kenangan manis ketika belajar...penyembeih tersembelih jari...mungkin si Encik Ayam terlihat pisau, lalu ketakutan dan cuba untuk melepaskan diri...pada masa itulah pisauyg sepatutnya menyembelihh leher Encik Ayam,tersembelih jari...:)

Post a Comment