“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Wednesday, May 25, 2011

Perindu Cinta Allah

RABI'AH AL ADAWIYAH 


Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan. 

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali. 

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat. 

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam. 

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya. 

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah: 

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau! 

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu. 

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu. 

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.” 

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT: 

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.” 

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti: 

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.” 

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan: 

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.” 

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari. 

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya: 

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.” 

Antara syairnya yang masyhur berbunyi: 

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, 
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, 
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, 
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.” 

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya: 

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?” 

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata. 

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.” 

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin! 

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud: 

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.” 

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini: 

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.” 

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur. 

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita. 

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.







MENGEMIS REDHA  ALLAH




















                                                                                       

Serikandi Ahlul Bait Rasulullah SAW

Sayyidah Nafisah r.anha
Bumi Mesir diberi kelebihan oleh Allah dengan bersemadinya sekalian ramai jasad Ahlul Bait. Antara mereka ialah Sayyidah Nafisah r.anha. Nama Sayyidah Nafisah tidak asing lagi bagi umat Islam di Mesir ini. Masjid beliau yang terletak berhampiran Kubu Salahudin Al-Ayubi, Kaherah menjadi saksi betapa kasihnya umat Islam kepada beliau apatah lagi tanggal 9 Jamadilakhir setiap tahun, sekalian umat Islam akan berkumpul di perkarangan masjid beliau bagi merayakan maulid beliau.

Berdekatan masjid beliau, juga terdapat beberapa maqam Ahlul Bait Nabi dan ulama yang lain antaranya Sayyidah Sukainah binti Saidina Husein, Sayyidah Ruqayah binti Saidina Ali, bapa saudaranya Sayyid Muhammad Al-Anwar dan pengarang kitab "Tafsir Mimpi" Imam Ibnu Sirin.

Keturunan Mulia
 Sayyidah Nafisah memang terkenal sebagai seorang serikandi yang berani bahkan terkenal dengan kehebatan ilmunya yang tinggi hingga digelar sebagai “Ummul ‘Ulum” (ibu sekalian ilmu). Nama beliau ialah Nafisah binti Sayyid Hasan al-Anwar bin Saidina Zaid bin Saidina Hasan bin Saidina Ali bin Abi Talib, menantu Rasulullah s.a.w. “Nafisah” diambil dari kalimah "an-nafasah" yang bermaksud kemuliaan atau ketinggian keadaan sesuatu. Beliau sangat menyerupai emak saudara sebelah bapanya yang bernama Sayyidah Sukainah al-Kubra binti Zaid r.anhum.

Ayahandanya Sayyid Hasan al-Anwar dan diberi gelaran “al-Anwar” iaitu yang bercahaya kerana keadaan mukanya yang kelihatan bercahaya kesan daripada kuat ibadat yang ikhlas kepada Allah. Beliau dilantik oleh Khalifah Jaafar al-Mansur sebagai gabenor Madinah al-Munawarah tahun 150 hijrah. Sayyidah Nafisah dilahirkan di Mekah tanggal 11 Rabiul Awal tahun 145 hijrah. Beliau dibesarkan di Madinah kerana ayahandanya seorang gabenor.

Sejak kecil, beliau lebih suka membaca al-Quran, selawat ke atas Nabi di samping gemar menziarahi maqam Nabi. Hingga satu masa, setelah usia Sayyidah Nafisah mencecah beberapa tahun, ayahandanya telah membawa beliau menuju ke bilik yang bersemadi jasad Rasulullah s.a.w. Lalu ayahandanya berkata, "Ya Rasulullah! Redhailah anak perempuan aku yang aku namakan Nafisah ini." Lalu satu malam ayahandanya bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w lalu Baginda bersabda, "Wahai Hasan!Sesungguhnya aku telah meredhai anakmu yang juga zuriatku, Nafisah dan Allah Taala juga meredhainya dengan sebab redha aku kepadanya".

Perkahwinan

Sayyidah Nafisah berkahwin dengan sepupu beliau yang berketurunan Saidina Husein, Sayyidi Ishaq al-Mu'taman bin Saidina Jaafar As-Sodiq bin Saidina Muhammad al-Baqir bin Saidina Ali Zainal Abidin bin Saidina Husain bin Saidina Ali menantu Rasulullah s.a.w. Suaminya digelar sebagai "al-Mu'taman" kerana beliau seorang yang sangat amanah dan kuat imannya. Beliau merupakan saudara kandung kepada Sayyidah Aisyah (bukan Aisyah isteri Rasulullah s.a.w) iaitu anak kepada Saidina Jaafar as-Sodiq. Sayyidah Aisyah juga disemadikan dalam masjidnya di Hayyu Al-Khalifah dekat dengan Kubu Salahudin Al-Ayubi di Kaherah. Tatkala Sayyid Hasan Al-Anwar meninggalkan jawatan gabenor Madinah, ia diganti oleh menantunya Sayyid Ishaq Al-Mu'taman sebagai gabenor bagi khilafah Abbasiyah. Beliau diakad nikah pada hari Jumaat 5 Rejab tahun 161 hijrah dan telah dikurniakan dua cahaya mata bernama Qasim dan Ummu Kalthum.

Ibadat Sayyidah Nafisah

Sayyidah Nafisah sangat gemar membaca al-Quran, kuat berpuasa di siang hari, solat pada malamnya, amat kasihan belas kepada orang miskin, anak-anak yatim dan manusia sekaliannya. Diriwayatkan daripada Sayyidah Zainab binti Sayyid Yahya yang juga anak saudaranya, beliau berkata, “Aku telah berkhidmat kepada emak saudaraku (sebelah ayah), Sayyidah Nafisah selama 40 tahun. Aku tidak pernah lagi melihat Sayyidah Nafisah tidur pada siang dan malam kecuali kerana darurat (terpaksa) kerana sibuk dengan beribadat. Beliau juga sentiasa berpuasa kecuali dua hari raya dan hari tasyriq. Lalu aku bertanya kepadanya, “Wahai emak saudaraku!Tidakkah kau berasa penat dan kasihani tubuhmu?” Lantas beliau berkata, “Bagaimana aku mampu mengasihani diriku sedangkan dihadapanku azab Allah sedang menanti. Tiada siapapun yang dapat mengelak daripadanya kecuali orang-orang yang berjaya.

Sayyidah Nafisah telah mengerjakan haji sebanyak 30 kali dan kebanyakannya beliau pergi dengan berjalan kaki. Beliau selalu berdoa sambil menangis di sisi Kaabah “Tuhan ku!Penciptaku!Penolongku!Berikanlah kegembiraan kepadaku dengan redha-Mu kepadaku. Janganlah diriku ini menjadi sebab sebagai pendinding (hijab) antara Kau dan aku. Tuhanku!Permudahkanlah aku menziarahi kubur kekasih-Mu, Ibrahim (iaitu Mekah)”.

Pada hari yang kesepuluh akhir Ramadhan tahun 193 hijrah Sayyidah Nafisah bermusafir ke Mesir bersama suami, ayah dan kedua-dua anaknya yang ketika itu umur beliau mencecah 48 tahun kerana bertujuan menziarahi ahli keluarga Rasulullah s.a.w yang lain di Mesir. Setelah menziarahi Mekah dan Baitulmaqdis, mereka tiba di Mesir dengan disambut meriah oleh sekalian penduduk Mesir termasuk sekalian pembesar negara ketika itu. Kebanyakan mereka menjemput Sayyidah Nafisah ke rumah. Hinggalah beliau tiba di rumah Ummu Hani’, satu keajaiban telah berlaku apabila Allah s.w.t telah memuliakan hamba-Nya itu dengan disembuhkan kecacatan seorang budak perempuan Yahudi dengan keberkatan air wuduk Sayyidah Nafisah yang menyebabkan keluarga budak tadi memeluk Islam. Sejak itu,berduyun-duyun manusia menziarahi Sayyidah Nafisah meminta doa dengan pelbagai hajat hingga suaminya bercita-cita untuk kembali ke Madinah. Lalu Sayyidah Nafisah berkata, “Aku tidak boleh berbuat demikian kerana aku melihat Rasululah s.a.w dalam mimpi bersabda,“Jangan tinggalkan Mesir kerana Allah akan mematikan kamu di sana”.

Kasihnya beliau kepada Mesir dan penduduknya amatlah tinggi. Beliau pernah berkata, “Sesungguhnya aku amat menyayangi penduduk Mesir. Aku bercita-cita untuk dikuburkan di sini. Allah memuliakan Mesir dengan menyebutnya dalam al-Quran sebagaimana disebutnya Mekah.” (rujuk kitab Ad-Durr An-Nafisah oleh Syeikh Ramadhan Abdu Rabbuhu Asfur r.anhu).

Sayyidah Nafisah dan Imam Syafie

Imam Syafi’e r.anhu, Imam mazhab Feqah yang masyhur sempat hidup sezaman dengan Sayyidah Nafisah. Sayyidah Nafisah menjalani kehidupan di Mesir selama 15 tahun iaitu dari 26 Ramadhan tahun 193 hijrah hingga 15 Ramadhan tahun 208 hijrah. Imam Syafi’e amat kerap menziarahi beliau. Ini sebagai tanda mulia dan kasihnya Imam Syafi’e kepada ahli keluarga Nabi. Selain ziarah, Imam Syafi’e juga turut mendengar bacaan hadis daripada Sayyidah Nafisah dan beliau juga membaca hadith kepada Sayyidah Nafisah. Beliau juga kerap menunaikan solat terawih di masjid Sayyidah Nafisah dan apabila Imam Syafi’e ditimpa sakit beliau pasti akan menghantar seorang utusan bertemu Sayyidah Nafisah dan mengirim salam bertujuan menggantikannya menziarahi Sayyidah Nafisah. Beliau pasti meminta Sayyidah Nafisah mendoakan kesihatan untuk beliau.

Hingga satu hari beliau ditimpa sakit yang membawa kepada kewafatan beliau, seperti biasa seorang utusan diutus bertemu Sayyidah Nafisah dan kali ini Sayyidah Nafisah berdoa, “Semoga Allah memberikan kepadanya (Imam Syafi’e) sebaik-baik pertemuan dan memberikan kenikmatan dengan melihat wajah-Nya yang mulia.” Maka utusan itu kembali dan memberi tahu apa yang didengar kepada Imam Syafi’e lalu beliau tahulah bahawa ajalnya bakal tiba tidak lama lagi. Lalu Imam Syafi’e berwasiat agar Sayyidah Nafisah menyembahyangkan jenazahnya lalu wafatlah Imam Syafi’e pada hari Khamis, akhir bulan Rejab tahun 204 hijrah.

Apabila mendengar berita kewafatan Imam Syafi’e dengan penuh kesedihan, Sayyidah Nafisah berdoa,” Semoga Allah merahmatinya,dan adalah dia seorang yang memperelok wuduk”. Ini adalah sebagai penyaksian Sayyidah Nafisah kerana wuduk adalah asas melakukan ibadat. Apabila cantik asasnya maka cantiklah ibadat yang dibina padanya seolah-olah beliau berkata, “Imam Syafi’e itu elok pada ijtihadnya.” Tatkala terasa kesakitan yang menimpa amatlah kuat hingga memisahkannya dari dunia,Sayyidah Nafisah mula menggalikan kubur dalam biliknya. Pada saat-saat akhir usianya,beliau sering turun dan beribadat dalam liang lahad tersebut dengan banyak bersembahyang sunat dan membaca al-Quran. Berkata Al-Allamah Al-Ajhauri, “Adalah Sayyidah Nafisah membaca al-Quran dan mengkhatamnya dalam kuburnya sebanyak 6,000 kali dan beliau menghadiahkan pahalanya kepada sekalian umat Islam yang telah meninggal dunia.”

Menghembus Nafas Terakhir

Kesakitan yang menimpanya semakin kuat pada pertengahan bulan Ramadhan tahun 208 hijrah dan beliau sedang berpuasa ketika itu. Maka sekalian orang yang hadir ketika itu menyarankan agar beliau berbuka puasa sahaja bagi meringankan kesakitan yang dihadapi. Mendengar hal tersebut beliau berkata, “Pelik sungguh. Aku berpuasa 30 tahun dan aku berdoa kepada Allah agar dimatikan aku dalam keadaan berpuasa tiba-tiba aku diminta berbuka?”.

Kesakitan yang ditanggungnya berlarutan hingga hari Jumaat hari yang ke-15 Ramadhan. Mulut beliau masih lagi mampu membaca al-Quran hingga sampai pada ayat ke-127 daripada Surah al-An’am yang bermaksud, “Bagi mereka itu (orang-orang yang merenung dan menghayati pesanan dari Allah) disediakan tempat yang selamat dan aman iaitu syurga di sisi Tuhan mereka dan mereka berada dalam kekuasaan dan pertolongan-Nya dengan sebab apa yang mereka kerjakan di dunia dahulu.” Ketika selesai membaca ayat ini, sunyi seketika rumah beliau diikuti tangisan dan doa sekalian manusia yang hadir mengiringi roh beliau yang baru dijemput mengadap Allah. 

Disemadikan Di Mesir

Setelah kewafatan Sayyidah Nafisah,suaminya Ishaq al-Mu’taman telah bercadang untuk membawa kembali jasad Sayyidah Nafisah ke Madinah untuk dikebumikan bersama-sama ahli keluarganya yang lain. Tetapi,penduduk Mesir telah membantah dan meminta agar Sayyidah Nafisah disemadikan di Mesir dalam kubur yang digali dengan tangan beliau sendiri. Setelah cubaan memujuk keluarganya menemui jalan buntu, sekalian penduduk Mesir telah mengadu kepada Ubaidillah bin as-Sura, gabenor Mesir ketika itu agar dapat menangani masalah ini dengan baik.

 Dikatakan sekalian penduduk Mesir telah mengumpulkan sekalian harta bagi diberikan kepada keluarga Sayyidah Nafisah agar hasrat untuk mengembalikan Sayyidah Nafisah ke Madinah dibatalkan. Pada malamnya,suaminya telah bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w dan Baginda bersabda kepada Ishaq,” Wahai Ishaq! Kembalikan harta manusia (penduduk Mesir) kepada mereka dan semadikan Nafisah di sisi mereka kerana rahmat diturunkan kepada mereka dengan berkat Nafisah.” Keesokannya, Sayyid Ishaq telah memaklumkan mimpinya kepada penduduk Mesir.

Dengan penuh gembira dan syukur kepada Allah, jasad Sayyidah Nafisah disepurnakan lalu disemadikan di dalam biliknya yang kini dibina masjid padanya yang dinamakan “Masjid Sayyidah Nafisah”. Setelah itu,suaminya bersama dua lagi anaknya kembali ke Madinah dan meninggal dunia di sana. Semoga Allah meredhai sekalian Ahli Bait Rasulullah s.a.w. dan menghimpunkan kita sekalian bersama-sama meraka di bawah panji datuk mereka dan pemberi syafaat kita,Nabi Muhammad s.a.w. Amin.


(Petikan daripada kitab Hadhratus Sayyidah Nafisah r.anha tulisan Syeikh Muhammad Muntasar Ahmad Hamid Al-Helwani)



Saturday, May 21, 2011

BINGKISAN BULAN MEI..

ASSALAMUALAIKUM WBT..


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


Bila bicara tentang bulan mei..kita pasti teringat akan hari-hari yang teristimewa..teristimewa buat semua pekerja-pekerja,kerana mereka diberi pelepasan untuk bercuti pada 1 mei..teristimewa buat kaum ibu,kerana mereka akan dirai oleh anak2 yang kian membesar didepan mata dengan ucapan serta segala penghargaan oleh anak2..tak terlafaz,hanya dapat diterjemahkan dengan kasih sayang yang terpancar disebalik rona cinta seorang anak kepada ibu yang tersayang..bukan itu sahaja,ia juga istimewa buat warga pendidik..kerana hari itu segala penat lelah mereka dihargai anak murid..


HARI PEKERJA..


bila kalendar diselak disebalik bulan April,terteralah pula bulan mei,yang semestinya bulan baru yang bermula dengan angka 1..1mei..semua pekerja di seluruh pelosok negeri gembira bahagia.hari yang dinanti2 kan oleh warga pekerja..kerana mereka akan manfaatkan dengan cermat walaupn sehari cuma..ada yang bersama keluarga..ada yang bersama2 sahabat..melancong..ziarah menziarahi..relax untuk sepanjang hari..dan ada juga yang mengambil peluang untuk bersahaja dirumah tanpa melakukan apa2..
tapi..
teringat akan si ayah dan mama ana..hari pekerja tidak bermakna bagi mereka..yang mereka tahu kerja.kerja ..dan terus bekerja..ayah pekerja swasta sebagai pengawal keselamatan kat sekolah rendah..mama penoreh getah membanting tulang menolong ayah mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga..tiada rehat..bila ayah keja siang,mama ana sorang shaja yang menoreh getah datuk ana seluas 6 ekar..memang melawan fitrah wanita yang lembut tapi x beerti lemah..kalau kerja malam,siangnya ayah akan tolong mama menoreh skali,kadang2 hanya nmenebas semak sahaja untuk melancarkan pergerakan semasa menoreh,..
cuti?..
ada..time hujan,mama akan berhenti menoreh..ayah akan sambung buat rumah kami yang terbengkalai..cuti ayah hanya 1 hari dalam 2 minggu..ayah akan isikan 1 hari tu dengan macam kerja..urus lembu2 kat kandang..memukat ikan..tapi x selalu..tapi itulah yang selalu mereka buat..apa pun pekerjaan mereka itu tak penting bagi ana..walaupon bukan seorang pekerja bank,menteri,usahawan bukanlah kayu ukur untuk kita nilai tahap keberkatan rezeki pemberian Allah..asalkan rezeki halal yang mereka suapkan kepada kami anak beranak..



SELAMAT HARI PEKERJA MAMA!..AYAH!


HARI IBU..
patut ke ada hari ibu?
bagi ana tiap2 hari adalah hari ibu..bukan 8 mei je..
lau kita tengok, time raya,hari ibu kemaafan yang selalu terzahir.."mintak maaf mama kalau kami ada buat cilap" tangan disambut,pipi dicium,pelukan dirangkul kemas..ana tak tahu kehidupan ibu orang lain macam mana..jadi hanya dapat menyelak kembali lembaran sejarah diri bersama ibu tercinta..
KARIMAH BINTI MOHD NOR..semulia namanya..seorang wanita tabah..sabar..mudah tersentuh..walaupun usia kian melonjat awal 40-an tapi wajahnya masih dikatakan seperti anak dara..wlaupun mama kuat kerja tapi tiada ukiran lemah disebalik wajahnya..pagi menoreh,petang ajar mengaji..kadang2 x sempat makan..mengajar mengaji secara percuma..tiada bayaran kecuali ganjaran besar dari Allah..insyaAllah..walaupon hanya mengajar susunan IQRA' ia tetap kalimah yang tertulis dalam AL-Quran walaupun satu huruf..Allahuakbar..


mama kuat..kuat menghadapi karenah kami sepanjang proses menjadi seorang 'manusia'..itulah tugas seorang ibu,yang sanggup menumpangkan ana dalam rahimnya..pernah suatu ketika..masa tu ana sekolah rendah..kecik lagi..kehidupan kamu 10 tahun dulu perit..semasa zaman kemelesetan ekonomi..siapa yang tidak terkena tempias..hidup kami susah..tapi masih ada lagi yang lebih susah daripada kami..
                                .............................


tong beras dibuka ..hanya sebutir dua yang yang masih tersisa..bukak dompet hanya habuk yang menggantikan kedudukan wang bersama syiling 30 sen..terasa berat..nasi di dingin dijamah ayah bersama kicap sebelum keluar menoreh getah..tiada lauk untuk menyedapkan nafsu perut..itupun dah jadi penyelera..mama tidak menitiskan air mata didepan kami..mungkin dibelakang kami..tapi ana tahu semua tu..sebelum kesekolah ana saksikan semuanya..mama tak mengeluh..cuma wajah muramnya sahaja yang  terlakar..walaupun ana masih kecil masa tu,tapi ana mengerti kesusahan mereka,ana muram sahaja disekolah,sahabat ana menjadi tempat luahan..itu sekejap je..bila balik rumah ana tengok barang dapur dah ada..kami bleh makan nasi seperti biasa walaupun hanya berlaukkan ala kadar..itu sudah cukup..tapi darimana mama dapat duit tu?? 
nak kata kutip buku getah..masih belum tiba masanya..masakan ana tidak diajak bersama..rupa-rupanya mama menggadai loket emas!!!..sampai begitukah pengorbanan mama pada kami 6 orang adik beradik...
ana tanya mama kenapa..apakan daya mama kesempitan..pertanyaan anaknya dijawab ringkas.."kita takder duit nak"


masih terbayang2..segar diingatan..bila lihat tangan mama,seakan tangan yang seorang lelaki..kasar..keras..tidak selembut tangan ibu2 yang lain..tapi rupa tangan bukan ukuran untuk mengatakan kelembutan seseorang..manakan tidak..tangan mama sudah banyak kali menumpahkan darah..lukanya menegerikan akibat terkena pisau toreh,sudu getah..tapi,mama tak ke klinik..hanya mengubat sendiri luka2nya,taknak menyusahkan sesiapa..itulah luka yang terzahir..tapi luka dalamnya entah siapa yang tahu..hanya Allah sahaja tempat dia mengadu..bila siang melabuhkan tirai,malam menjelma sakinahnya..insan lain enak dibuai mimpi..mama ngan ayah masih mengintai rezeki,keluar menyuluh ke untuk mencari suapan nasi tambahan buat kami..apa yang berlaku kat sana kami juga tidak tahu..babi hutan sentiasa mengintai..pernah suatu ketika..daerah kami gempar dengan kehadihan sang belang..jiran kampung sebelah sudah menjadi mangsa tamparan sang belang..Alhamdulillah selamat..nyawanya masih panjang untuk terus mengabdiakan diri pada Allah..tapi mama ngan ayah masih meneruskan perjuangan di medan menoreh getah walaupun hal itu sudah terbukti amat merbahaya menggerunkan..tapi sekejap sahaja..kerana saudara mara menegah mereka untuk terus menoreh..bila hal itu kian reda..mareka meruskan mencari rezeki..


Bila bertahun berlalu..Alhamdulillah,rezeki kami semakin bertambah..ayah dari kerja menoreh kepada pengawal keselamatan..mama tetap menoreh,cuma bila kerja siang sahaja ayah turut menolong mama..harga getah kian melambung tinggi..rumah juga kian berubah..dibesarkan sedikit..itupun buat sendiri..tak pernah upah orang..sekarang rumah masih dalam proses pengubah suaian..dari dulu sampai sekarang entah bila siap wallahua'alam..kami tak kisah asal ada tempat kami menumpang teduh..


dari itu..kami mampu untuk berbelanja lebih..bila tiba hari ibu..ana akan pastikan ada hadiah yang bakal diberikan walaupun tak semahal 'setitik air susu..tapi kami sebagai anak2nya hanya ingin mama tahu yang kami tidak pernah lupakan pengorbananya..bila anak2 berjauhan siang malam mama berdoa..agar kami sentiasa dalam keadaan sejahtera..kami tak pernah terpisah..tapi bila anak2 sudah besar panjang adlah yang akan berjauhan..mama redha anak2 pergi mencari kehidupan..tarbiah hakiki..kali pertama berjauhan dengan abang long dan angah..berhari2 mama menangis..termasuk ngan sebelum abang  pergi..agak lama juga..begitu  juga dengan pemergian ana menyambung perjuang sebagai musafir muda yang dahagakan ilmu..wlaupun dekat mama tetap merasakan perpisahan sementara kami walaupun ana belajar di negeri yang sama..tiap malam mama tahajud,solat hajat supaya kami selamat..terima kasih mama..


bila rindu,ana ubat kerinduan mama dengan kepulangan ana..mula2 skali seminggu..bila dah ok skit ada 3 kali seminggu..ade jugak sebulan..bukan apa..ana mahu mama terbiasa bila berjauhan kerana lepas ni ana akan terpisah lagi jauh..maafkan saya mama..


bila bersama mama segala keserabutan hilang..bila lihat wajah mama,tenang..indahnya bersama mama..paling indah tatkali mencium pipi,merangkul tubuhnya setip kali solat jemaah juga bila ana keluar kalau nak kemana2..rasa pelik akan menyelubungi..seperti bersalah..seperti pemergian tidak diredhai..


tiada hari ibu buat mu mama..kerana setiap hari adalah hari buatmu..kuntuman senyummu adalah jambangan yang terindah menghias ruang hatiku..kamu intan permataku..bak yakut dan marjan menyinari hidupku..wahai mentarI dhuha ku..terima kasih kerana sudi menjadi mamaku..sudi mengorbankan seluruh hidupmu demi atas nama cinta sucimu..


yakut dan marjanku..
HARI GURU.

bingkisan buat guru2 tercinta..guru2 sekolah kebangsaan Legeh..guru Maahad AsSabirin Ayer Lanas..pensyrah ustaz dan ustazah AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI..juga yang teristimewa guru ana yang tidak lelah mengajar ana mengenal kehidupan sejak dari kecil hingga sekarang iaitu MAMA n AYAH ana...asif a'la kulli hal..kullu am wa antum bikahir..uhibbukum daiaman abadan..ila liqa' fi raudhatul jannah insyaAllah..


istimewa buat mu..




GURU OH GURU


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu KELANTAN
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979








click to create your own


wallaua'lam

Tuesday, May 10, 2011

PERANGKAP YAHUDI = HIDAYAH

ASSALAMUALAIKUM WBT


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

PERISTIWA serangan 11 September 2001 terhadap bangunan-bangunan utama di Amerika Syarikat (AS), secara tidak langsung telah mengubah wajah agama Islam dan kaum Muslimin di seluruh penjuru dunia.
Di sebalik ramai yang membenci Islam ek0ran tragedi itu, tetapi tidak kurang ramai juga yang memilih jalan Islam termasuk mereka di bumi Inggeris. 

Malah dikatakan sejak kejadian itu sehingga kini terdapat 14,000 penduduk kulit putih di negara itu memeluk Islam dengan kerelaan hati mereka sendiri. 
Bertambah menarik, Islam dianuti tanpa mengira latar belakang malah para pemimpin, tokoh-tokoh pelbagai bidang, artis selebriti, ahli sukan dan ramai lagi. 

Salah seorang daripada mereka yang agak mencetuskan sedikit kejutan ialah anak lelaki kepada mantan
Menteri Kesihatan Britain, Frank Dobson, 35, yang memeluk Islam pada 1998 dan menukar nama kepada Joe Ahmad Dobson.

Meskipun dilahirkan dan dibesarkan dalam lingkungan keluarga penganut Kristian yang taat, namun memasuki usia remaja Dobson lebih senang untuk tidak terikat dengan mana-mana agama.

Namun pemikiran seperti itu mula berubah apabila seorang rakannya menghadiahkan senaskhah al-Quran terjemahan dalam bahasa Inggeris. 

"Sekalipun sekadar terjemahan, namun membaca terjemahan itu sahaja bagaikan saya mendapat wahyu. Persepsi saya selama ini mengenai Islam berubah kerana antara ajarannya yang terbaik apabila Islam membenarkan lelaki mahupun perempuan menuntut ilmu selama mereka masih hidup. 

"Ini kerana semakin tinggi seseorang itu menuntut ilmu maka semakin merendah dirinya terhadap tuhan," katanya seperti yang dilaporkan oleh telegraph.co.uk.

Namun yang lebih menarik perhatian Dobson, dia mendapati al-Quran memberikan jawapan atas semua jenis pertanyaan, iaitu jawapan yang tidak akan mampu diberikan oleh mana-mana kitab agama sebelum ini. 
"Islam mampu menjawab pertanyaan 'mengapa', seperti mengapa kita mesti menganggap setiap orang adalah seperti saudara, mengapa kita mesti menghormati dan menghargai kaum wanita kita, mengapa mesti kita melakukan hanya perkara-perkara yang terbaik untuk diri dan mereka yang disekeliling kita, sesama manusia.

"Apa juga aspek dalam kehidupan termasuk ekonomi, segala-galanya terjawab dalam al-Quran dan saya sangat mengagumi kata-kata Allah itu, kerana Dia yang menciptakan manusia dan Dia jugalah yang tahu apa yang dikehendaki oleh manusia dalam hidup ini," katanya. 

Namun pengalamannya berada lama di Indonesia pada 1992 memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak muda itu. 

Walaupun ada senario jelik dan tidak enak dilihat seperti soal kemiskinan dan sebagainya namun negara itu sebenarnya mampu memberikan pemandangan yang unik dan terbaik mengenai Islam. 
Pemerhatian dan berinteraksi secara langsung dengan umat Islam di sana menjadikan Dobson semakin tertarik dan mengagumi Islam.

"Seringkali saya terkesima melihatkan cara beribadat dalam Islam, bersih daripada sebarang unsur pemujaan yang berlebihan. 

"Tidak ada ukiran patung atau manusia yang diangkat sebagai orang tengah antara penganut dengan tuhan. Umat Islam bebas untuk terus 'berbicara' langsung dengan tuhannya," katanya.

Segala pengalaman di Indonesia itu menjadikan Dobson semakin ghairah untuk mendalami Islam malah semua itu menjadi sebahagian daripada rutinnya ketika menyambung pengajian di Universiti Manchester. Ini apabila Dobson mengambil peluang sepenuhnya berkawan dengan rakan sekuliah yang terdiri dari kalangan Muslim. 
"Daripada mereka saya sering bertanyakan pelbagai persoalan mengenai Islam. Malah tanpa saya bertanya saya belajar pula daripada cara kehidupan mereka yang begitu mematuhi ajaran Islam. 

"Tidak cukup itu saya sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya di perpustakaan universiti, kerana di situ terdapat banyak bahan bacaan mengenai Islam dan saya setiap kali membacanya, saya menjadi begitu bermotivasi. 

"Saya tidak sekadar membaca untuk memberikan pengetahuan tetapi saya mengambil pengajaran secara langsung untuk diterapkan dalam kehidupan." katanya. 

Akhirnya, Dobson ingin merasai sendiri kemanisan beriman dan beribadat kepada Allah. Maka pada Januari 1998, tanpa sebarang paksaan malah penuh kerelaan dalam hatinya, dia mengucapkan syahadah, di hadapan jemaah di sebuah masjid di utara Kota London. 

Rasmilah kini Dobson yang ingin mengikat iktikadnya kepada Islam walaupun ia bakal mengundang pelbagai perubahan yang besar dan juga risiko itu sendiri.

Lebih-lebih bapanya sedang menjawat jawatan penting dalam kerajaan British lalu tindakan si anak akan menyebabkan beban terhadap si ayah, di saat kalangan warga Barat masih tidak selesa dengan kehadiran dan perkembangan Islam yang pesat itu. 

"Mungkin adalah tidak adil meletakkan beban pengislaman saya untuk ditanggung oleh ayah kerana masyarakat Barat masih mempunyai prejudis yang kuat dan tidak bersikap terbuka terhadap Islam. 
"Berita saya masuk Islam dengan mudah akan membuatkan kedudukan ayah saya tergugat. 

"Akhirnya saya memutuskan untuk tidak memberitahu kepada sesiapa terutama keluarga saya sendiri sehinggalah masing-masing bersedia untuk menerima hakikat penukaran agama itu walaupun pahit, mungkin apa yang diperlukan adalah sedikit masa," katanya yang memiliki sarjana dalam bidang Pengurusan dan Polisi Awam dari Universiti Metropolitan London.

PERINGATAN BUAT DIRI YANG LEMAH DAN JUGA SAHABAT2
TIADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH TAALA..
ALLAHUAKBAR..

WALLAHUA'LAM..(-,-)V

Monday, May 9, 2011

Bila kiamat sudah dekat..Pokok bercakap dengan manusia...

Pada awal 2002, negara Palestin heboh dengan kisah pokok yang boleh bercakap dengan manusia. Cerita ini khabarnya terjadi semasa tiga orang pemuda Palestin dalam perjalanan menuju ke sebuah hospital di Ramallah. Mereka bertujuan untuk memeriksa samada terdapat rakan-rakan seperjuangan mereka yang terkorban dalam serangan udara tentera Zionis Yahudi ke atas bandar berkenaan.

Di pertengahan jalan, mereka ternampak seorang pendatang Yahudi berdiri di atas sebuah tembok. Ketiga-tiga pemuda itu pun sepakat untuk membunuh Yahudi tersebut yang sering melakukan kejahatan kepada masyarakat Islam Palestin.

Namun belum sempat ditangkap, pemuda Yahudi tersebut berjaya melarikan diri. Mereka mengejarnya hingga ke jalan mati, tetapi Yahudi tersebut telah menghilangkan diri. Selepas gagal mencari, mereka memutuskan untuk membatalkan saja niat asal mereka.

Tetapi baru saja mereka berpaling, kedengaran satu suara halus memanggil dan meminta mereka supaya jangan pergi. Mereka saling berpandangan dalam kehairanan. Siapa yang memanggil tadi, sedangkan di situ cuma mereka bertiga sahaja ? Mereka pun menganggap ianya satu kesilapan dan mula beredar.

Sekali lagi ketika melangkah, suara misteri memanggil-manggil mereka semula. Kali ini, suara itu kedengaran lebih jelas. Mereka pun membatalkan niat untuk meninggalkan tempat tersebut dan mula mencari dari mana datangnya suara tersebut.

Alangkah terkejutnya mereka kerana selepas puas dicari, rupa-rupanya suara misteri itu datangnya daripada sebatang pokok yang berada di situ. Mereka mendekati pokok tersebut dan kedengaran lagi pokok itu berkata-kata dengan lebih jelas.

Pokok itu memberitahu bahawa pemuda Yahudi yang dikejar oleh mereka itu, sedang bersembunyi di belakangnya. Katanya lagi, tidak ada perkara yang lebih utama bagi kamu melainkan membunuhnya kerana Puak-Puak Yahudi itu sendiri yang mula menzalimi penduduk di Palestin.

Mereka pun segera melihat di sebalik pokok yang bercakap tersebut. Ternyata benar apa yang diberitahu oleh pokok tersebut, pemuda Yahudi yang hilang tadi sedang menyorok di situ. Tanpa berlengah lagi, mereka pun membunuh pemuda Yahudi tersebut dan meninggalkan mayatnya di bawah pokok berkenaan.

Dalam waktu yang singkat, berita itu tersebar ke seluruh Bandar Ramallah dan sampai juga ke telinga Puak Yahudi. Kejadian itu telah menakutkan tentera-tentera Israel sehinggakan jumlah tentera mereka semakin berkurangan di Ramallah.

Ramai juga yang kurang percaya tentang kebenaran peristiwa, hinggalah beberapa media utama di Palestin turut menyiarkannya sebagai kejadian yang terbukti benar berlaku. Akhbar Afaq Arabiyyahkeluaran 15 Mei 2002 turut menyiarkan kenyataan As-syaheed Sheikh Ahmad Yassin yang juga mengesahkan kesahihan peristiwa tersebut. 



Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, pejuang Palestin dan pemimpin Hamas yang sangat dihormati, dalam ulasannya itu berkata, "Pokok berkata-kata di Ramallah adalah salah satu tanda kemenangan Islam dan ini bukan tanda yang pertama. Sebelum ini sebahagian daripada pejuang kami yang syahid dalam pertempuran, jasad-jasad mereka berbau harum ketika dikebumikan"

"Sesungguhnya berita gembira yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w tentang pokok-pokok dan batu-batu berkata-kata telah pun berlaku, dan di masa akan datang akan menyaksikan tanda-tanda lain daripada apa yang disampaikan oleh Baginda daripada berita gembira tersebut. Inilah yang meneguhkan keyakinan kami bahawa sesungguhnya pertolongan Allah s.w.t akan datang dan ia tidak mustahil berlaku"

Kemudian beliau memetik sepotong hadis Nabi yang diriwayatkan
oleh Imam Muslim, daripada Abu Hurairah yang bermaksud :
"Tidak akan berlaku hari Kiamat sehinggalah orang-orang Islam memerangi orang-orang Yahudi. Lantas orang-orang Islam membunuh mereka hinggalah orang Yahudi bersembunyi di sebalik batu-batu dan pohon-pohon kayu. Maka berkatalah batu-batu dan pokok-pokok berkenaan : "Wahai hamba Allah ! Ini dia Yahudi di belakangku. Datanglah ke mari dan bunuhlah dia !" Kecuali pohonGharqad (kerana sesungguhnya pohon tersebut adalah pohon Yahudi)"  


As-syaheed Syeikh Ahmad Yassin, Hamas' spiritual leader, was assassinated by an Israel helicopter missile strike on March 21, 2004, as he left a mosque after performing dawn prayer

Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin lahir pada 1937 dan berkerusi roda sejak terlibat dalam kemalangan semasa berusia 12 tahun. Beliau adalah pengasas pergerakan Hamas bersama Abdel Aziz Al-Rantissi, pada 1987. Walaupun cacat Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin adalah berpendidikan tinggi dan merupakan pejuang yang sangat dihormati.

Orangnya berpendiriannya tegas dan beliau menentang perjanjian damai dengan Israel yang berat sebelah. Baginya juga, Israel mesti dilenyapkan dari Peta Dunia dan bekerjasama dengan Zionis adalah satu jenayah. Oleh itu, jihad menghapuskan Yahudi mesti diteruskan hingga Islam dan Palestin mencapai kemenangan.

Akibatnya, Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin ditangkap oleh tentera Israel dan dipenjarakan. Beliau dibebaskan pada 1997 dalam keadaan hampir buta. Sejak itu, beliau sering menjadi sasaran Israel dan akhirnya pada 22 Mac 2004, beliau terbunuh apabila diserang dengan peluru berpandu yang dilancarkan dari sebuah helikopter tentera Israel ketika sedang disorong oleh pembantunya menuju ke masjid bagi menunaikan Solat Subuh.

 

Keadaan mayat Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin adalah amat menyedihkan. Dianggarkan seramai 200,000 rakyat Palestin menghadiri pengkebumiannya. 

PERINGATAN BUAT DIRI DAN JUGA SAHABAT..
KERANA KITA ADALAH SALAH SATU DARIPADA RANTAIAN PERJUANG ..

WALLAHUA'LAM..

SENJATA AMPUH MUKMIN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Alhamdulillah…Allah masih memberi peluang untuk ana terus memberi ‘nafas’ pd blog ni..
Allahu Akbar
 Suka tuk ana kongsikan pada Antum satu kalimah Rahmat

bismillahirrahmanirrahim’

Satu baris ayat yang penuh dengan makna yang tersirat.Menjadi amalan  hidup bagi orang Islam setiap kali melakukan pekerjaan dimulakan dengan kalimah ‘basmalah’.
Nak makan ‘bismillah
Nak tidur ‘bismillah’
Hatta nak bukak laptop pun ‘bismillah
Erm ni bukak blog ana dah baca ‘bismillah lom??
Ape?? Lom lagi..=’0
baca skrang..bile hidup nak berkat..hrmm.=’l
bagi sape2 yang dah baca plak Alhamdulillah..ana doakan hidup antum bertambah berkat..=’)
apa sahaja pekerjaan yang ingin kita lakukan hendaklah dimulakan dengan ‘bismillahirrahmanirrahim’..
               maksudnya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Indah maksudnya,indah lagi siapa yang mengamalkannya.
Kalimah ini wajar kita ucapkan untuk terus mendapat berkat di samping memohon perlindungan daripada Allah dari segala ancaman bahaya serta musibah.
Ada dicatatkan.Allah akan murah hati menolong orang yang menyebut nama-Nya setiap kali melakukan suatu tugas atau ape jua jenis pekerjaan yang baik. Ce kita rasakan dengan  hati,akan ada satu keadaan luar biasa diberikan Allah bagi siapa saja yang          YAKIN ,BERSUNGGUH-SUNGGUH dan sentiasa MENGINGATI ALLAH..
ALLAH MENGAJAR NABI NUH  … 
                                                                                
Kita undur ke belakang sejenak,diceritakan bahawa Nabi Nuh a.s bersama pengikutnya dan sejumlah binatang berpasangan selamat berlayar dan kemudian berlabuh di perlabuhan setelah diajar Allah mengucap kalimah ‘bismillah’ sementara mereka yang menetang dan menolak ajakan Nabi Nuh a.s mentauhidkan Allah,akhirnya,dibalas perbuatan mereka dengan ditenggelamkan dalam banjir besar.Nau’zubillah semoga tidak akan berlaku pada kita.
Hal ini difirmankan Allah dalam Al-Quran,mafhumnya:
dan Nuh berkata,naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya,” (surah Hud .ayat 41)
Subhanallah,itulah buktinya bertapa hebat lafaz kalimah ‘basmalah’.
Nabi Muhammad saw menerima wahyu Allah yang pertama ketika baginda berada di gua Hira’ yang dibawa malaikat Jibril seperti firman Allah SWT yang bermaksud ‘bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan” (surah al-alaq 1)
Yang dimaksudkan dengan nama Tuhan disini ialah Allah. Jadi ‘bacalah dengan nama Tuhammu’ bererti baca dengan asma Allah ,bismillah atau bacalah dengan nama Tuhan myang maha pencipta.
Sabda nabu Muhammad saw bermaksud: “adalah jibril apabila datang padaku yang pertama adalah bismillahirrahmanirrahim’
Mengucapkan bismillah hendaklah diresapkan kedalam hati sewaktu mengucapkannya kerana Allah melihat hati manusia,bukan apa yang diucapkan tetapi apa yang terniat dalam hatinya
Musuh utama manusia adalah iblis dan syaitan. Iblis dan syaitan bertekad dan meminta izin pada Allah untuk menggoda dan menyesatkan anak cucu nabi Adam a.s sehingga kiamat,hanya orang yang beriman yang beramal soleh dan kukuh keyakinan pada kekuasaan Allah dapat bertahan daripada godaan iblis dan syaitan seterusnya beroleh kemenangan
Berlindung dengan Allah adalah senjata ampuh apabila berdepan iblis dan syaitan. Zikir adalah senjata ditakuti iblis dan syaitan. Kalimah bismillah juga ampuh berdepan dengan kekuatan iblis dan syaitan. Kalimah itu bukan sahaja dapat menakutkan iblis dan syaitan bahkan mengecilkan pengaruh,kekuatan,sekali gus mengecilkan ganngguan mereka kepada anak cucu naba Adam a.s.
Dikisahkan bahawa syaitan gemuk bertemu dengan syaitan kurus. Si gemuk bertanya’apa yang menyebabkan kamu kurus?
Syaitan kurus menjawab aku tinggal dirumah orang yang apabila memasuki rumahnya ia mengucapkan bismillah dan apabila makan ia mengucapkan bismillah. Oleh kerana ucapannya itu aku menjadi kurus seperti ini.
syaitan gemuk berkata lagi’aku pula tinggal dirumah orang yang tidakmengerti apa-apa lalu aku menyertainya pada makanannya pakaiannya dan pergaulannya, akhirnya aku naiki tengkuknya seperti kenderaan saja layaknya.
Sabda nabi saw yang bermaksud apabila salah seorang diantara kamu makan,maka hendaklah menyebut nama Allah. Lalu jika ia lupa untuk menyebut nama Allah pada permjulaannya,maka hendaklah dia mengucapkan dengan menyebut nama Allah pada permulaan dan akhirnya’(hadis riwayat abu daud dan tirmidzi).
Demikianlah rahsia dan hikmah bismillah serta berkat yang diperoleh apabila kita mengucapkannya. Sesungguhnya apabila kita mengingati dan menyebut nama Allah maka Allah akan mengingati,menolong,memudahkan atau meringankan suatu pekerjaan yang kita lakukan.
Sebahagian ulama’ berkata,barang siapa yang mengangkat kertas dari permukaan bumi dalamnya yang tertulis nama Allah,dengan tujuan mengagungkan-Nya atau berasa bimbang kertas itu dipijak,maka ia ditulis disisi Allah daripada golongan yang siddiqin (orang yang benar).
wallahua'lam..


peringatan buat diri dan juga sahabat.=').