syaitan gemuk berkata lagi’aku pula tinggal dirumah orang yang tidakmengerti apa-apa lalu aku menyertainya pada makanannya pakaiannya dan pergaulannya, akhirnya aku naiki tengkuknya seperti kenderaan saja layaknya.
Monday, May 9, 2011
SENJATA AMPUH MUKMIN
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Alhamdulillah…Allah masih memberi peluang untuk ana terus memberi ‘nafas’ pd blog ni..
Allahu Akbar
‘bismillahirrahmanirrahim’
Satu baris ayat yang penuh dengan makna yang tersirat.Menjadi amalan hidup bagi orang Islam setiap kali melakukan pekerjaan dimulakan dengan kalimah ‘basmalah’.
Nak makan ‘bismillah
Nak tidur ‘bismillah’
Hatta nak bukak laptop pun ‘bismillah
Erm ni bukak blog ana dah baca ‘bismillah lom??
Ape?? Lom lagi..=’0
baca skrang..bile hidup nak berkat..hrmm.=’l
bagi sape2 yang dah baca plak Alhamdulillah..ana doakan hidup antum bertambah berkat..=’)
apa sahaja pekerjaan yang ingin kita lakukan hendaklah dimulakan dengan ‘bismillahirrahmanirrahim’..
maksudnya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Indah maksudnya,indah lagi siapa yang mengamalkannya.
Kalimah ini wajar kita ucapkan untuk terus mendapat berkat di samping memohon perlindungan daripada Allah dari segala ancaman bahaya serta musibah.
Ada dicatatkan.Allah akan murah hati menolong orang yang menyebut nama-Nya setiap kali melakukan suatu tugas atau ape jua jenis pekerjaan yang baik. Ce kita rasakan dengan hati,akan ada satu keadaan luar biasa diberikan Allah bagi siapa saja yang YAKIN ,BERSUNGGUH-SUNGGUH dan sentiasa MENGINGATI ALLAH..
ALLAH MENGAJAR NABI NUH …
Kita undur ke belakang sejenak,diceritakan bahawa Nabi Nuh a.s bersama pengikutnya dan sejumlah binatang berpasangan selamat berlayar dan kemudian berlabuh di perlabuhan setelah diajar Allah mengucap kalimah ‘bismillah’ sementara mereka yang menetang dan menolak ajakan Nabi Nuh a.s mentauhidkan Allah,akhirnya,dibalas perbuatan mereka dengan ditenggelamkan dalam banjir besar.Nau’zubillah semoga tidak akan berlaku pada kita.
Hal ini difirmankan Allah dalam Al-Quran,mafhumnya:
“dan Nuh berkata,naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya,” (surah Hud .ayat 41)
Subhanallah,itulah buktinya bertapa hebat lafaz kalimah ‘basmalah’.
Nabi Muhammad saw menerima wahyu Allah yang pertama ketika baginda berada di gua Hira’ yang dibawa malaikat Jibril seperti firman Allah SWT yang bermaksud ‘bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan” (surah al-alaq 1)
Yang dimaksudkan dengan nama Tuhan disini ialah Allah. Jadi ‘bacalah dengan nama Tuhammu’ bererti baca dengan asma Allah ,bismillah atau bacalah dengan nama Tuhan myang maha pencipta.
Sabda nabu Muhammad saw bermaksud: “adalah jibril apabila datang padaku yang pertama adalah bismillahirrahmanirrahim’
Mengucapkan bismillah hendaklah diresapkan kedalam hati sewaktu mengucapkannya kerana Allah melihat hati manusia,bukan apa yang diucapkan tetapi apa yang terniat dalam hatinya
Musuh utama manusia adalah iblis dan syaitan. Iblis dan syaitan bertekad dan meminta izin pada Allah untuk menggoda dan menyesatkan anak cucu nabi Adam a.s sehingga kiamat,hanya orang yang beriman yang beramal soleh dan kukuh keyakinan pada kekuasaan Allah dapat bertahan daripada godaan iblis dan syaitan seterusnya beroleh kemenangan
Berlindung dengan Allah adalah senjata ampuh apabila berdepan iblis dan syaitan. Zikir adalah senjata ditakuti iblis dan syaitan. Kalimah bismillah juga ampuh berdepan dengan kekuatan iblis dan syaitan. Kalimah itu bukan sahaja dapat menakutkan iblis dan syaitan bahkan mengecilkan pengaruh,kekuatan,sekali gus mengecilkan ganngguan mereka kepada anak cucu naba Adam a.s.
Dikisahkan bahawa syaitan gemuk bertemu dengan syaitan kurus. Si gemuk bertanya’apa yang menyebabkan kamu kurus?
Syaitan kurus menjawab aku tinggal dirumah orang yang apabila memasuki rumahnya ia mengucapkan bismillah dan apabila makan ia mengucapkan bismillah. Oleh kerana ucapannya itu aku menjadi kurus seperti ini.
syaitan gemuk berkata lagi’aku pula tinggal dirumah orang yang tidakmengerti apa-apa lalu aku menyertainya pada makanannya pakaiannya dan pergaulannya, akhirnya aku naiki tengkuknya seperti kenderaan saja layaknya.
syaitan gemuk berkata lagi’aku pula tinggal dirumah orang yang tidakmengerti apa-apa lalu aku menyertainya pada makanannya pakaiannya dan pergaulannya, akhirnya aku naiki tengkuknya seperti kenderaan saja layaknya.
Sabda nabi saw yang bermaksud apabila salah seorang diantara kamu makan,maka hendaklah menyebut nama Allah. Lalu jika ia lupa untuk menyebut nama Allah pada permjulaannya,maka hendaklah dia mengucapkan dengan menyebut nama Allah pada permulaan dan akhirnya’(hadis riwayat abu daud dan tirmidzi).
Demikianlah rahsia dan hikmah bismillah serta berkat yang diperoleh apabila kita mengucapkannya. Sesungguhnya apabila kita mengingati dan menyebut nama Allah maka Allah akan mengingati,menolong,memudahkan atau meringankan suatu pekerjaan yang kita lakukan.
Sebahagian ulama’ berkata,barang siapa yang mengangkat kertas dari permukaan bumi dalamnya yang tertulis nama Allah,dengan tujuan mengagungkan-Nya atau berasa bimbang kertas itu dipijak,maka ia ditulis disisi Allah daripada golongan yang siddiqin (orang yang benar).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bismillah. Doa sebagai senjata ampuh umat Islam tapi sayang ramai terlupa kalimah mudah ini.
Post a Comment