بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Bicara tentang mawar,pasti kita akan terbayang akan sekuntum bunga mawar yang mekar indah di taman-tanam nan subur ..
Pokok Bunga Mawar atau ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Mawar mula muncul pada zaman Cretaceous (menurut info). Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.pelbagai warna bleh kita dapati,paling popular adalah warna merah. Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga, oleh itu dalam kumpulan Angiosperm. Bunga Mawar adalah satu bunga asing bagi bangsa Melayu dan merupakan satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu. Bunga Mawar mempunyai keharuman yang lemah dan tidak sekuat bunga tempatan. Ini mungkin disebabkan bunga Mawar tidak banyak mempunyai persaingan. Dalam kebudayaan barat, dan kini dalam kebudayaan Melayu,kebanyakan berpendapat bahawa bunga Mawar adalah melambangkan bunga cinta,betul ke??
MAWAR DAN WANITA
selain itu sekuntum mawar juga sinonim dengan seorang wanita,indahnya sekuntum mawar itu sama juga seperti indahnya seorang wanita.tapi bukan sebarangan wanita taw.wanita yang ana maksudkan ialah wanita solehah.
seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah bukan???.
indah luaran,indah dalaman.cuba kita bandingkan
"wanita dengan kecantikan,wanita lebih elok dari matahari
wanita dengan akhlak,wanita lebih wangi dari haruman
wabita dengan rendah hatinya,wanita lebih tinggi dari rembulan
wanita dengan kelembutannya,wanita lebih halus dari rintik hujan.."
nah,ini membuktikan indahnya wanita tiada bandingan bukan.tidak hairanlah hanya kerana seorang wanita tersungkurnya seorang lelaki.hebat bukan.buktinya,cuba kita refresh balik apa yang berlaku kepada datuk kita Nabi Allah s.w.t,Adam.Baginda jatuh kerana Siti Hawa. Habil, dan Qabil berbunuhan kerana hawa. Bill Clinton menggemparkan dunia ekoran dakwaan si hawa. Pemimpin agung negara juga tersungkur kerana seorang wanita.Subhanallah,begitu hebat 'penangan' si Hawa.
suka benar ingin ana gelarkan wanita sebagai kuntuman indah 'mawar'.
ana juga salah satu dari kuntuman mawar,mawar ini jangan sekali2 diganggu,bahaya..kerana ana punya duri.duri ini akan merobek2 jiwa2 kumbang yang takder 'tarbiyyah'.INGAT..tanpa belas kasihan..
Hati kecil ini amat tersentuh,sensetif,seperti dirobek2 bila mana hanya kerana lemahnya si mawar yang tak dipagar,telah diambil kesempatan oleh iblis untuk masuk secara haram kedalam jiwa mawar untuk menjatuhkan si Kumbang.Ia seperti sukar dibendung,kaum mawar ibarat pembawa bala,bala tsunami,taufan yang maha dasyat.Bala fitnah.Tidak hairanlah masyarakat jahiliyah dahulu rela menanam mawar mereka kerana ingin menutup aib mereka.bagaimana pula mawar dewasa ini??
MasyaAllah,Si Mawar zaman ini kian rebah....
rebah menyembah kemaksiatan..
si mawar ini hanya 'tunduk' kepada kumbang yang berhati hitam.menyerahkan segala madu kehormatan.si mawar ini pengecut.hilang segala duri-duri yang dahulu tajam berbisa.si kumbang juga pengecut,hilang tanggungjawab sebagai penjaga mawar..semua pengecut.!!!! (marah..juga kecewa..Astaghfirullahala'zim3x)
ini membuatkan kumbang hitam berani mengambil kesempatan.
tapi kerana keindahan mawar yang tak terjaga,ditayang2 si kumbang selalu berperang dengan nafsu..bertempur dengan diri sendiri..tercabar iman si kumbang.kesian mereka..tapi siapa yang sebanar yang patut dipersalahkan, si mawar kah?? atau si kumbang??..masing-masing menunding jari.jawapan hanya pada diri sendiri.bagi ana,
salah mawar,kerana humaira' mereka tak terhijab.salah kumbang kerana tak 'menundukkan' pandangan..
MAWAR-MAWAR ISLAM
teringat ana akan sekuntum mawar ditaman APIUM Nilam Puri ini.ketua mawar disini .'Mawar Hijau 'gelarannya.Indah luaran,indah juga dalaman.mawar yang kebal ujian,Allah jua tempat aduannya.subhanallah.insyaAllah mawar yang ditarbiyyah ini akan berdamping dengan kumbang yang ditarbiyyah..itu impiannya.juga impian ana.Ana?? digelar Mawar unggu olehnya.(^-^)..
mawar-mawar yang ditarbiyyah akan menghiasi taman-taman Islam,taman yang diharamkan untuk lalang,dan juga kumbang.mawar yang 'terhijab'.berpagar.tiada siapa yang berani mengusik mawar ini.
"mawar-mawar kembang mekar di saat sang lalang cuba menghalangnya mekar membawa Islam.. namun mawar ini berduri.. durinya tajam ibarat sebilah pedang agar taman-taman mawar Islam terpelihara dari sang lebah yang cuba mencuri madu keimanan.. mawar juga mempertahankan taman mawar Islam dari sang siput yg cuba memakan daun yang menutup maruah sang mawar..."
Bait-bait kata si Mawar Hijau.indah..
mawar-mawar ini akan menjadi hiasan sebaik-baik ciptaan,maka akan dijadikan mawar yang tak mengerti lelah dalam berjuang sebagai mujahidah,jihad dijalan Allah penuh duri-duri,sebagai penghalang..akan dijadikan mawar-mawar ini antara bidadari yang dijulang di syurgaNya nanti,indah luaran,indah juga dalaman..tapi,sukar dipegang..tak akan pernah kalah dengan redup panahan mata si kumbang,hanya neraka yang terbayang,.biarlah nafsu si mawar hidup dalam suasana tarbiyyah dijalan dakwah yang dilimpahi cahaya rahmat. mawar-mawar melindungi maruahnya dijalan dakwah bertintakan darah dan air mata perjuangan.akan menebas lalang maksiat dengan tajamdurinya bak pedang.mawar-mawar ini akan dititipkan atas warkah penuh ke 'izzahan dan dikirimkan untuk mujahidah menuju Tuhan,bersama-sama kumbang Mujahid Hizbullah,yang akan menegakkan bendera Islam di puncak dunia.
mawar-mawar Islam sudah menggegarkan dunia sejak sekian lama,mereka adalah saidatina Khadijah isteri Nabi Allah,Muhammad s.aw,saidatina Fatimah anak kesayangan baginda yang menjadi pondokong perjuangannya bersama suami Tercinta Ali,Sumayyah syuhadiah yang pertama,Khaulah Al-Azwar menngegarkan medan perang dan ramai lagi mawar-mawar Islam yang telah menempah nama di syurga..kita??
ayuh..tempahlah sekarang,stok tak terhad..jadikan amalan sebagai modal..
'Khaulah Al-Azwar'.
menyebut namanya pun sudah cukup untuk menggetarkan jiwa ana,apatah lagi bila menyebut nama Pencipta susuk tubuh ini..
seorang mujahidah,Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak.Sehinggakan Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.
Ketangkasan Khaulah telah menggemparkan angkatan muslimin dalam peperangan menentang kafir Rom. Khaulah dengan pakaian serba hitam yang menyelubungi seluruh tubuhnya telah meluncur dengan kudanya ke tengah medan peperangan. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa.subhanallah.
Panglima tentera Khalid Ibnu Walid serta seluruh angkatan perang tercengang melihat ketangkasan Khaulah. Mereka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebut yang kelihatan hanya dua biji matanya sahaja. Semangat jihad muslimin mula tercabar dan membakar serta lebih bersemangat apabila mengetahui seorang wanita (Khaulah binti Azwar) mampu berbuat demikian. Tentera muslimin terus menggempur musuh yang berlipat kali ganda sehingga meraih kemenangan mutlak. Bukan sahaja beliau seorang wanita yang berani, malah telah memainkan peranan penting dalam kemenangan kepada Islam
Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peperangan Sahura. Mereka dikurungkan dikawal rapi selama beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah kalah kerana jiwanya sentiasa hidup. Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya.
"Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di di jalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah saudari sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom."
Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara menentang pengawa-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-akannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan. Sebelum mara Khaulah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya: "Janganlah saudari sekali-sekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya"Allah pertolongan Allah sudah dekat."
Berkat keyakinan, mereka berjaya menghapuskan pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan tersebut. Beginilah cara hidup dan sikap yang harus terkubur dalam sanubari serikandi yang solehah. Walaupun kita sedari muslimat masa kini tidak perlu mengangkat senjata, akan tetapi terlalu banyak perkara yang wajib ditentang dan diperbetulkan.
BANGUNLAH!!! mawar sekalian, mengapa masih lena di siang hari? Keyakinan dan keberanian Khaulah mesti dicontohi ketika berjuang ditengah masyarakat menentang arus jahiliyah. Mawarku,Akhawat yang disayangi sekalian, sedarlah bahawa sudah tiba masanya untuk kalian meningkatkan lagi keberanian dan keyakinan dalam menentang segala kemaksiatan yang melibatkan kaum mawar hari ini..
hati kecil berbisik
"ku juga ingin sepertinya.."
MAWAR DAN KECANTIKAN
kita lihat pula mawar dengan kecantikan, dari kaca mata Islam.ramai yang salah anggap tentang erti sebenar kalimah 'kecantikan'..lihatlah dari sudut yang sebenar..
Wanita cantik menurut ALLAH adalah:
~melukis kekuatan melalui masalahnya....
~tersenyum di saat tertekan..
~tertawa di saat hati sedang menangis..
~tabah di saat terhina..
~mempersona kerana memaafkan..
~mengasihi tanpa meminta belas.
~bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi
nah,inilah kecantikan sebenar yang ana dimaksudkan..
peringatan buat diri dan juga sahabat..
wallahua'lam..
2 comments:
moga samasama berusaha menjadi yg terbaik, sekuntum mawar berduri, seorg wanita yg bukan saja membelai bakal mujahid, tapi juga menggegar derap langkah di jalan dakwah..
bergetar hati sy dgn komen "mmbelai bakal mujahid...." ermm
insyaAllah..mawar2 di Nilam Puri akan kekal dgn kesegarannya...amiin..mnjadi tanggungjwb mawar2 segar ini untuk sama2 mmbentuk arus permodenan dengan Islam...mawar2 segar ini mesti mnjd minoriti yang mewangikan mawar2 yg terkulai layu diluar sana...mawar segar inilah yg mesti mnjadi contoh terbaik kpd mawar2 yang lain..mawar segar, anda mesti mmbentuk arus, bukan tenggelam dihanyut arus..bangkitlah mawar segar!!
Post a Comment