“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Tuesday, February 8, 2011

sering diuji..dan sentiasa diuji..kali ini diuji lagi

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
segala puji-pujian bagi Allah yang hanya layak disembah oleh sekalian alam.
 Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi
 Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu dengan tujuan dan bersebab.





ujian yang mendatang tanda kecintaan Allah pada makhluknya..

episod cerita hidup semalam telah memberi ilham kepada episod hari ini

kecewa..
sedih..
takut..

disebabkan warkah cinta dititipkan untuk hamba yang lemah ini telah hilang di dewan Johor ketika kehadiran TNC dari kampus induk UM di APIUM Nilam Puri kelmarin 
terlakar episod duka,
khilaf diri.

bermula hari Indah pada jam 8.00..kaki memulakan langkah menuju ke dewan johor yang terletak tidak jauh dari Asrama..
sebelum tu..tangan ana tak terlepas untuk mencapai naskhah Al-Quran di rak.
sentiasa dibawa untuk rujukan serta pengubat hati,
satu keperluan
dibawa juga bersama kerja Muthalaah yang tertangguh.nak buat maca TNC tengah cakap.
buat 2 kerja dalam satu masa.
telinga pasang,tangan tulis benda lain.

buku penuh tangan..kerja muthalaah didahulukan sebelum warkah tu diselak.
Al-Quran letak sebelah sebelum beralih tempat didepan.
ada ukht nak duduk.
lepas beberapa minit..
kena anjak plak kedudukdn kedepa.maka Quran ana tadi berada di belakang ana.
bersama himpunan buku adik..
majlis belum mula.tapi niat di hati tuk meneruskan kerja yang tertangguh di teruskan.
ada sedikit video ditayangkan sebagai pengisian ringkas
terkedu,rupanya video koko..
ringkas cerita..

bermulalah majlis..
telinga tetap mendengar butir bicara pengerusi majlis dan TNC walaupun tangan ligat buat assignment
tak sabar nak habis...
lepas setengah jam berlalu..sesi soal jawab plak..

masih tetap dengan mujahadah ana ..

akhirnya..
tasbih kafarah penutup majlis..
dah habis rupanya..
dalam fikiran hanya ingat nak balik asrama..
ana ngan room mate cepat-cepat keluar tanpa fikir panjang..
lalai
sedangkan masih ada barang yang tertinggal..

dalam jam 1 lebih,lepas solat zohor
hati rindu tuk melafaz kata-kata cinta dari Sang Pencipta Cinta..
cari punya cari..

"hah"

baru sedar Quran ana tertinggal kat Dewan Johor.cepat-cepat ana mesej room mate yang ketika tu ada kelas.minta tolong untuk ambilkan Quran kesayangan ana tu.

berita..
hampa..lagi mngecewakan..huhu

ya Allah..

dada sesak dengan kerisauan..hampir menitis air mata.
hanya pada Allah tempat mengadu agar ia kembali kepangkuan ana..
rindu..

dia mana 'dia' warkah cinta ana??????????

BETUL-BETUL TERUJI..

sudah lumrah
Hidup ini sememangnya satu medan ujian bukan sahaja ana tapi antum juga. Dunia ini hanyalah sebuah persinggahan dan bukan destinasi bukan??.semuanya pinjaman
Sebuah perhentian dan bukan pengakhiran. Tanpa ujian, manusia takkan pernah terhantuk dan tengadah, bahkan akan terus lalai dengan dunianya sendiri yang penuh dengan angan-angan, hiasan syaitan.
mereka memang kreatif.. 
Ujian adalah satu bentuk interaksi antara Allah dan kita. Ujian membuatkan kita mendongak ke langit, menadah tangan memohon perhatian Tuhan. Kita selalu lupa, namun Allah tak pernah sekali-kali lalai daripada hamba-Nya.
buktinya..kita masih menyedut nikmat udaraNya

kadang kita terlepas pandang,Di hujung ujian ada Rahmat yang disediakan buat orang-orang yang berjaya, InsyaAllah 
dan penyesalan buat orang-orang yang gagal. 
Jika kita tak pernah memahami atau cuba untuk mengerti hakikat ini, maka kita akan terus terkandas dalam ujian. Ujian demi ujian, keluhan demi keluhan, hidup terus berjalan dengan tertekan, tak pernah merasakan kenikmatan di sebalik ujian. Maka kita sangat perlu memahaminya, bahawa Rahmat Allah menanti di sebalik sesebuah ujian. Ujian itu takkan pernah hilang daripada papan cerita kehidupan ini.subhanallah
semoga Ujian ini membawa ana semakin dekat dengan pemberi ujian,
tapi mungkin juga sebaliknya. 
Ujian adalah lambang kasih sayang pencipta. Rupanya Itulah tanda Allah sentiasa mengambil berat dan tak pernah meninggalkan ana sendirian,

ya Allah bantulah hambamu ini......


p/s:perhatian kepada semua sahabat APIUM NP
 yang terbaca entry ni diharap dapat bantu ana.. 
sesiapa2 yang ada terjumpa Warkah Ana sila kembalikan kepada ana DENGAN KADAR YANG SEGERA yer..

cirinya:
disaluti kulit berona ungu.
dalamnya ada kita kecil hadis 40 imam Nawawi..
sila respon.. 
wanted!!!!

ana tak sanggup untuk menaggung penderitaan ini lagi..

sesungguhnya akan ada ganjaran besar dari Allah s.w.t sekira ada yang sudi membantu kesulitan mukmin yang lain..






No comments:

Post a Comment