“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Monday, October 4, 2010

PURDAH???....WAJIBKAH KEATAS KU..



Dengan lafaz mulia dari Allah sang pencipta Alam…
~Bismillahirrahmanirrahim..
           Semoga lafaz ini menambahkan lagi keberkatan dalam perjuangan suci menegakkan kalimah ALLAH di Taman dakwah yang terbentang luas ini..
Assalamualaikum  W.B.T dan salam tautan rabitah buat sahabat yang di sayangi sekalian…walaupun dimana jua kalian berada,hati kita sentiasa tertaut oleh Nya..semoga sahabat-sahabat semua sentiasa sihat dibawah rahmat Allah…

      Subhanallah..Alhamdulillah wa Syukurillah ana panjatkan kepada yang berhak..Sang Pencipta Alam  yang Maha Agung…diriku masih mampu tersenyum s tatkala masih diberi peluang untuk bertaqarrub kepadaNya  dalam sujud dan ruku’ di segenap waktu walaupun ditimpa pelbagai ujian..tapi gembira kerana itulah tanda cintaNYA..selawat dan salam buat Utusan Allah yang mulia, kekasih pilihan Allah yang tercinta,junjungan besar Nabi MUHAMMAD s.a.w ,salam kerinduan juga buat sahabat-sahabat dan kaum kerabat beginda,dan tidak lupa juga buat para tabi’in yang dirahmati Allah sekalian…
           (semoga salamku sampai kepada mereka)

   Ingin sekali ana posting tentang purdah ataupun niqab…

           Di dalam Bahasa Arab, purdah disebut sebagai “niqab”. Menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, purdah bermaksud kain penutup muka perempuan. Secara lazimnya, kain tersebut digunakan menutup sebahagian besar kawasan muka sesesorang perempuan itu melainkan matanya sahaja

            Ana punya sahabat yang indah berpurdah…sejuk mata memandang dengan wajah yang dilitupi niqab,dia berjalan dengan penuh tawadhu’…langkahnya persis bak mujaheedah solehah,sifatnya yang tenang,yakin dan berwibawa..menggetarkan jiwa-jiwa yang memandangnya..bukan getaran nafsu,tetapi getaran keinsafan yang menusuk jiwa-jiwa pendosa..jiwa-jiwa yang ketandusan cintaNya..
         Setiap gerak lakunya cukup menggambarkan keperibadian dirinya yang lembut dan tegas…hanya melihat perwatakannya sudah cukup untuk menarik hati-hati yang lalai kepada  Sang Pencipta ..

kak..akak pakailah purdah…
Senyum…
“entahlah aisyah…akak ada jugak perasaan nak pakai…tapi..nantilah dulu”
Cadang sahabat majmuah ana yang mana lebih muda daripada ana..
Hanya itu sahaja jawapan yang ana mampu berikan,bukan tak mahu…’nanti’ yang ana maksudkan kerana masih mencari jawapan..
(kebanyakan sahabat majmuah ana muda setahun daripada ana kerana kelas peralihan yang membezakan kedudukan waktu sekolah menengah agama dahulu)
“kak,pakailah cepat2 yer…akak memang patut pakai purdah”
erk..insyaAllah dik..”  balas ana ringkas
“kenapa aisyah suruh akak pakai purdah cepat2 ni???” getus 1 persoalan di hati ana..
banyak sebabnya kak…”  balasnya dengan senyuman..
Dia tahu..jawapannya ada pada ana sendiri…
Adakah ana pembawa fitnah…
jelas suatu ketika ana menjadi mangsa fitnah laman  facebook milik sahabat majmuah ana dahulu..(masa tu ana tak punya fb,jadi ana tak tahu perkembangan fb)…di laman tu jelas terpampang wajah ana dengan gaya tersendiri…ana hanya tahu berita “tergempar” itu dari sahabat-sahabat ana yang laen...masyaAllah…malu ana bukan kepalang..segala komen mengenai gambar tu hanyalah pujian…tapi ana tak tahu gambar yang mana di letak sahabat ana tu....astaghfirullah hal a’zim
Ya Allah lindungilah hambamu ini dari sifat riak …
Ana di selubungi perasaan kecewa,sedih,geram pun ada…
Ana tak mampu untuk persalahkan sesiapa…
Tapi Alhamdulillah..gambar tu dah di delete oleh tuan punya akaun tu..
Harap ia tak kembali berlaku..
Ingat sahabat..humaira’ kita bukan untuk tontonan umum..!!!!

Selain itu timbul sebab2 laen yang mana ana dikatakan perlu berpurdah..
MasyaAllah….
Cantik sangatkah ana ni sehingga menimbulkan fitnah dikalangan kaum Adam
Atau ana begitu jelek untuk mereka pandang,,
Astaghfirullahala’zim3x…
Jika benar diriku pembawa fitnah…bukakanlah hatiku selua-luasnya untuk berniqab…
Hrm..hanya pada NYA ana mampu berserah
…Kembali kepada topik asal berkenaan  dengan purdah @ niqab…
Disini ana akan kongsikan 1 persoalan untuk sama2 membuka fikiran kita berkenaan dengan niqab,untuk ana sendiri serta sahabat-sahabat laen…
ADAKAH PURDAH ITU WAJIB ATAU TIDAK?
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.
(Surah al-Nur: Ayat 31).
Berdasarkan dalil al-Quran al-Karim dari surah al-Nur ayat 31 , sebilangan ulama berpendapat muka dan kedua-dua tangan adalah aurat iaitu dengan maksud mudahnya setiap perempuan Islam mesti memakai purdah. Sebilangan ulama lagi berpendapat muka dan kedua-dua tangan bukan dikategorikan sebagai aurat dan memakai purdah bukanlah suatu yang wajib. Di sini ana akan bentangkan pandangan mazhab-mazhab secara ringkas sahaja berkenaan aurat perempuan di hadapan bukan mahram bagi memudahkan kita memahami isu ini dengan sempurna.
Jumhur Ulama mengatakan Tidak wajib purdah dan mengharuskan pendedahan muka dan kedua-dua tangan di hadapan lelaki asing yang bukan mahram sekiranya aman dari fitnah.

         Persoalan memakai purdah atau yang disebut sebagai niqab bagi wanita adalah persoalan khilafiyyah yang diiktiraf. Maksudnya para `ulama berbeza pendapat mengenainya atas kaedah dan hujah yang diiktiraf untuk kedua-dua pihak. Ada di ulama kalangan yang mewajibkannya dengan menganggap wajah wanita adalah `aurat. Jumhur fuqaha’ (majoriti ulama fiqh) pula menganggap wajah wanita bukannya `aurat. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-majmu’ , katanya: “Sesungguhnya `aurat wanita yang merdeka itu ialah seluruh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Inilah pendapat al-Imam al-Syafi`i, al-Imam Malik, al-Imam Abu Hanifah, al-Imam al-`Auza`i, al-Imam Abu Thaur dan lain-lain. Demikian juga dalam satu riwayat daripada pendapat al-Imam Ahmad”

Di zaman ini, di kalangan ulama yang kuat menegaskan wajah wanita adalah `aurat antaranya al-Syeikh Ibn Baz r.h.dalam fatwa-fatwanya yang banyak, juga Dr. Sa`id Ramadhan al-Buthi dalam buku kecilnya “
إلى كل فتاة تؤمن بالله” dan sebelum itu `Abu al-`Ala al-Maududi r.h dalam bukunya al-Hijab. Sementara yang menyatakan wajah wanita bukan `aurat adalah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya “النقاب للمرأة المسلمة، بين القول ببدعيته، والقول بوجوبه” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam “جلباب المرأة السلمة في الكتاب والسنة dan selepas itu sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut beliau menulis الرد المفحم. Demikian juga Muhammad al-Ghazali dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.

Alasan-alasan yang dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah bukannya `aurat adalah jelas dan nyata. Antaranya:

 Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31

وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.

Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara:

Pertama:
 Jumhur menafsirkan maksud: ِإلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا (maksudnya: kecuali yang zahir daripadanya) ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Sesiapa yang inginkan pendetilan mereka boleh melihat kitab-kitab tafsir, hadith dan fiqh ketika para `ulama menghuraikan ayat ini. Al-Syeikh al-Albani r.h. mendetilkan penbincangan ayat tersebut dalam kitabnya الرد المفحم membukti bahawa muka dan tapak tangan bukannya aurat bagi wanita muslimah dan beliau menyenaraikan riwayat para sahabah yang memegang pendapat ini.

Kedua: ayat di atas menyatakan:

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

(maksudnya) “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Allah hanya memerintahkan agar ditutup
جيوب iaitu jamak kepada جيب ataupun kita terjemahkan sebagai bahagian dada yang terdedah disebabkan belahan leher baju. Ini bermaksud wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Ayat ini tidak langsung menyebut agar mereka menutup wajah mereka. Kalaulah wajah itu adalah `aurat, maka sudah pasti ayat ini akan turut memerintahkan agar mereka menutupnya juga.

Oleh itu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi menyebut dalam al-Muhalla: “Ayat adalah dalil bahawa diharuskan membuka wajah, tidak mungkin sama sekali difahami selain dari itu”

 Firman Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 52

لا يَحِلُّ لَكَ النِّسَاءُ مِنْ بَعْدُ وَلا أَنْ تَبَدَّلَ بِهِنَّ مِنْ أَزْوَاجٍ وَلَوْ أَعْجَبَكَ حُسْنُهُنَّ

(maksudnya) “Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baru sekalipun kecantikan mereka mengkagumkanmu, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu”.

Ayat ini ditujukan kepada Nabi s.a.w.. Daripada ayat ini jelas bahawa para muslimat ketika zaman baginda s.a.w. tidak menutup wajah mereka, jika tidak bagaimana mungkin kecantikan mereka boleh menarik perhatian baginda. Ini tidak mungkin melainkan wajah mereka terbuka dan dapat dilihat.

Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain:

عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِي اللَّه عَنْهممَا قَالَ كَانَ الْفَضْلُ رَدِيفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَتِ امْرَأَةٌ مِنْ خَشْعَمَ فَجَعَلَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَتَنْظُرُ إِلَيْهِ وَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْرِفُ وَجْهَ الْفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الْآخَرِ

Daripada Ibn `Abbas r.a., katanya Al-Fadhal (bin `Abbas) pernah menjadi radif Rasulullah s.a.w. (menaiki unta yang sama di belakang Rasulullah). Datang seorang wanita dari khasy`am. Lalu al-Fadhal memandangnya dan dia pun memandang al-Fadhal. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.

Riwayat-riwayat ini menunjukkan wanita pada zaman Nabi s.a.w tidak menutup wajah mereka. Sementara Nabi s.a.w pula hanya memusingkan wajah al-Fadhal tanpa menyuruh wanita berkenaan menutup wajah. Sekalipun dia sangat cantik. Ini menunjukkan pendapat yang menyatakan wanita yang berwajah cantik wajib menutup muka juga adalah tidak kukuh. Jika dibaca kesuluruhan hadith kita kan tahu, peristiwa itu berlaku pada haji wada’. Sedangkan ayat hijab dalam al-Quran turun sebelum itu lagi, iaitu pada tahun 5 hijrah. Maka dakwaan yang menyatakan perintah menutup wajah datang selepas itu, adalah tidak tepat.

Inilah sebahagian daripada dalil-dalil yang banyak yang dikemukakan oleh jumhur `ulama bagi membuktikan wajah wanita bukan `aurat. Berpegang kepada pendapat jumhur dalam ini adalah lebih jelas dari segi nas atau dalilnya, juga lebih memudah seseorang muslimah di dalam alam semasa yang ada. Islam itu mudah dan praktikal seperti yang ternyata pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah.


Isu purdah ini hanyalah perkara khilafiyyah dan agak mustahil ia boleh mencapai kata sepakat daripada para ulama Islam sepanjang zaman. Perselisihan ini boleh dileraikan jika kita masing-masing boleh bertolak-ansur dengan mengutamakan sifat saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Inilah yang di jelaskan oleh Islam kepada pengganutnya. Di dalam mengangani isu pemakaian purdah ini secara baik, di sini saya simpulkan bahawa mana-mana perempuan Islam yang hendak memakai purdah maka kita tidak boleh menghalangnya atau mengejinya. Bagi sesiapa yang memilih untuk tidak memakai purdah pula maka kita juga tidak boleh menghalangnya atau mengejinya. Kedua-dua pihak adalah betul. Apa yang terlebih penting adalah: Bagaimana dengan perempuan Islam yang tidak menutup aurat?

Fitnahnya lagi dasyat bukan

Ini adalah persoalan khilafiyyah yang diiktiraf daripada golongan ulama’…

Sama ada ingin berpurdah ataupun tidak ianya bergantung kepada diri kita sendiri…

Tapi untuk waktu dan ketika  ini ana hanya dapat menanam impian ana untuk berpurdah..

 ini mungkin menjadi tentangan hebat dari keluarga..atas sebab-sebab tertentu..ana redha..

Tapi mungkin juga ana akan berpurdah suatu hari nanti…INSYAALLAH..

Diri ana masih menagih sokongan dari banyak pihak…

Sahabat Doakan ana  sekiranya itu yang terbaik buat ana

~WALLAHUA’LAM~









                                                                                                                                                   

                                           
                                                                                                                                                                                

5 comments:

Ayu Saidi said...

Salam ukhti,
Jika itu yang terbaik, pasti akan dibukakkan pintu hati dan sebnrnya ukhti jauh lbh baik n beruntung mndapat ketukan utk sekurang2nya trfikir tntg memakai niqob.
InsyaAllah, sy doakan yg terbaik utk ukhti.. ^___^

SAFUAN YUSUF said...

Salam anti, pertama skali ana tersentuh jgk isu 'niqab' ni, ramai yg beranggapan sudah bertudung itu pun sudah cukup, tp bg ana 'niqab' adalah pakai yg terbaik bg wanita muslimah kerana dengan pemakaian tersebut dpt menghindar diri dripada fitnah dan pelbagai maksiat. Untuk pengetahuan anti, ana sebagai lelaki kdg2 terpesona dgn raut wajah muslimah yg cantik tp bg ada bila wanita memakai niqab akan mghlg sikap n sifat tersebut, itu shj yg ana dpt kongsikan, bg ana niqab adalah yg terbaik, ana doakan semga Allah SWT memakbulkan impian n cita-cita anti terhadap niqab tersebut.amin,

Aku pengEmis said...

wa'alaikummussalam sahabat seperjuangan..pertama sekali syukran kerana sudi singgah di 'pondok' ana yang tak seberapa ni..
terima kasih sekali lagi di atas sokongan sahabat2 sekalian kerana sudi mendoakan kebaikan keatas ana..insyaAllah semoga Allah memudahkan setiap urusan kita didunia ini dalam menuju ke akhirat kelak..
Allahu qhayatuna
barakallahu fikum...

نور الييانا said...

sesungguhnya..sebaik-baik perhiasan dunia adlah wanita solehah..ana sungguh terharu dengan niat baik anti..teruskan niat baik itu dan insyaallah pasti Allah memudahkan segala urusan anti..

Qhairania Qardrina Qardhawi said...

SETUJU

Post a Comment