“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Monday, October 4, 2010

Exam oh Exam...


Dengan lafaz suci lagi mulia dari Allah sang pencipta Alam…

~Bismillahirrahmanirrahim..

           Semoga lafaz ini menambahkan lagi keberkatan dalam perjuangan suci menegakkan kalimah ALLAH di raudhah dakwah yang terbentang luas ini..
Assalamualaikum  W.B.T dan salam tautan rabitah buat sahabat yang di sayangi sekalian…semoga sahabat-sahabat semua sentiasa sihat dibawah rahmat Allah…
Subhanallah wal Hamdulillah  ucapan syukur ana panjatkan kepada yang berhak..Sang Pencipta Alam  yang Maha Agung…tersenyum seketika tatkala masih diberi peluang untuk bertaqarrub kepadaNya  dalam sujud dan ruku’ di segenap waktu..selawat dan salam buat Utusan Allah yang mulia, kekasih pilihan Allah yang tercinta,junjungan besar Nabi MUHAMMAD s.a.w ,salam kerinduan juga buat sahabat-sahabat dan kaum kerabat beginda,dan tidak lupa juga buat para tabi’in yang dirahmati Allah sekalian…

           (semoga salamku sampai kepada mereka)



(Klakar pulak bile tengok blog sendiri…masuk ni dah brape kali tukar layout..takpuas hati…sebab tak cantik..pikir balik buat ape cantik kalau isi ntah ape-ape…betol tak???)
Huh..
..dah cantik kot..(^-^) da malas nak tukar…

Tajuk post ni sal exam..so cakap sal examlah
jawab jangan tak jawab

Exam..dalam alam bergelar student ni dah macam-macam exam kita hadapikan..start darjah satu…eh tadikalah..sampailah ke menara gading…taksah kalau takde exam..time ni macam macam ragam student kita bleh tengok…


(ana skrang pun tengah hadapi final exam tuk sem ke 3..)

Masa study ni macam-macam drama bleh tengok..(drama arahan sendiri)
 Study plak macam2 pesen pun ade…ade yang study smart,ade yang study hard..study maut pun ade..

ish..ish..ish

hebat betol..

OPPSS Banyak lagi yang nak kena hafal ni..
mana taknyer…time last minit baru nak study…time nilah fikiran jadi tak tentu..fikiran penuh dengan tekanan..dibayangi dengan bayangan-bayangan  mengerikan,sama ade kejayaan yang kita capai ataupun kegagalan...

tapi kena ingat kegagalan tak semestinya kita gagal tuk slamanya…nah..itulah langkah pertama untuk mencapai kejayaan sebenarnya..ambil I’brah di setiap apa yang berlaku..

hrrmmm..

bile dah fikir exam ni benda laen da letak tepi…


IBADAT????

Sampaikan kualiti ibadat kita dah semakin kurang…Al-Quran entah kemana..tahajuud entah kemana…airmata dinihari  kontang dengan sendiri..
Hebat betol penangan exam nikan…

Tetapi…kenapa mesti jadikan exam sebagai penyebab kita jauh dari Allah…kita sanggup study sampai lewat malam…baca buku tu…baca buku ni…ingat tu ingat ni,Al-Quran bile nak baca???...Allah bile nak ingat..

tak mustahil solat 5 waktu pun dah tunggang langgang..kusyu’ hilang entah kemana betol tak???..dalam solat pun sempat lagi bayang bentuk soalan..fikiran melayang…sedar-sedar imam dah tahiyyat akhir…sempurna ke solat tu???

Tepuk dada Tanya iman

 …pelik bukan tapi itulah hakikat…
 padahal Allah pemberi segala ketenangan..
Sepatutnya jadikan ia wasilah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah..

Dasyat…dasyat

kadang2 sampai ade yang hysteria sebab exam..hrm lagilah dasyat..tension sangat sampai emosi dah tak stabil…masyaAllah

 ape-ape pun ingat 2 perkara ini;

 1)Allah tidak membebani seseorang
    Melainkan sesuai dengan kesanggupannya (2:286)
2)sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan (94:6)


Nah dah terang lagi nyata...kenapa mesti stress..
percayalah pada Allah...
      
                           ********************

TIPS HILANG STRESSSSSSSSSSS….

Sekarang ana nak kongsikan sedikit tips untuk hilangkan stress


Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan
mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan
diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca
akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca
Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti
ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai
teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal
ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat
sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam
dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan
kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan
dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa
hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa
tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak
yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan
seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita
meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga
akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing
manis...erk..kencing masin tak der yerr..(^-^)

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut
dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada
sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh,
bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang
Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja ataupun blajar.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan
tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti
menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria...dan sentiasa ceria..dan cerialah sokmo yerrrr..

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita
perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri
kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan
kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman...(senyuman yang manis je taw..)Sebagai kesimpulannya, tekanan study bukanlah satu bebanan yang sukar untuk
diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat
diselesaikan dengan jayannya...ALLAHUAKHBAR..

kepada sesiapa yang menghahapi stress yang melampau dapatkan nasihat doktor peribadi anda...siapa??

Allah yang mencipta diri antum@antunna sekalian kerana hanya DIA yang tahu segala isi hati kita..dan ubat mana yang terbaik untuk kita...
jadi sentiasalah berhubung denganNYA..
tak perlu risau tentang line...sentiasa free...tak kena cas ape2 bayaran pun..


Selamat beramal…semoga tips ni dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian…
….wallahu a’lam…

No comments:

Post a Comment