“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Wednesday, November 24, 2010

KASIH RASULULLAH S.A.W

Layanan Rasulullah s.a.w terhadap kanak-kanak
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Segala puji pujian selayaknya  untuk  Allah s.w.t,Tuhan yang Maha Agung  mentadbir  serta mencipta alam semesta,pengutus para nabi dan Rasul,yang telah menurunkan al-Quran yang mulia sebagai panduan hidup,hidayah serta petunjuk kearah jalan yang sebenar.Selawat dan salam kepada Kekasih Allah yang Mulia,baginda Nabi Muhammad s.w.t,para sahabat yang setia serta para generasi pendokong perjuangan Islam hingga akhir zaman...
hampir 2 bulan blog ini menyepi tak di update..
sepi...
sepi ini bukan disengajakan,
sepi ini kerana mehnah dan tribulasi yang mendatang memaksa kita untuk menyepi untuk seketika waktu..
tetapi tidak beerti perjuangan ana juga sepi...
berbalik kepada tajuk yang ana nak kongsikan dengan sahabat-sahabat semua...yang berkenaan dengan Layanan Rasulullah s.a.w.t terhadap kanak-kanak..sekadar perkongsian ilmiah untuk refresh kembali ingatan kita serta mempraktikkan sekadar termampu sifat dan  peribadi junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. 
ana begitu tertarik sekali dengan peribadi Baginda apabila memberi layanan yang sangat istimewa kepada kanak-kanak..
jelas menunjukkan Baginda seorang yang suka berkasih sayang dengan kanak-kanak,itulah cara Baginda melakukan langkah pertama dalam mnendidik kanak-kanak di zamannya..
sunnah ini dapat kita jadikan panduan dalam mendidik bakal generasi penyambung rantaian perjuangan kita kelak dalam institusi kekeluargaan (baitul muslim) yang mawaddah wa rahmah.. (insyaAllah jika di kurniakan rezeki)
   Sepertimana yang kita tahu sesungguhnya Rasulullah s.a.w amat terkenal dengan Qudwah Hasanah.Sebagai ummatnya kita dapat lihat banyak sifat-sifatnya terpuji yang dapat kita jadikan sebagai panduan hidup yang mana boleh melahirkan begitu ramai generasi Ulul Albab .Di antara sifat baginda yang terpuji ialah kasih sayang,kasih sayang yang di curahkannya tidak kira peringkat umur serta jantina hatta kanak-kanak kecil sekalipun.Sehinggakan Rasulullah begitu akrab dengan kanak-kanak di zamannya.
Rasulullah S.a.w amat menyukai dan kasih kepada kanak-kanak. Baginda amat menyenangi apabila bersama-sama dengan anak-anak kecil. Malah, kanak-kanak juga amat menyenangi baginda. Kadangkala, mereka suka berpangku di atas peha baginda. Pernah pada suatu hari, baginda membariskan Abdullah, Ubaidullah dan putera – putera Saidina Abas yang lain.
Baginda berkata,
"Siapakah di antara kamu yang terlebih dahulu sampai kepadaku, akan aku berikan sesuatu."
Maka mereka berlumba-lumba menuju ke arah baginda, kemudian mereka duduk dekat Rasulullah dan baginda memeluk dan mencium mereka.Subahallah, baginda begitu amat menyayangi kanak-kanak kendatipun mereka bukan anak ataupun cucu baginda sendiri.
Ketika Ja’far Bin Abi Talib terbunuh didalam peperangan Mut’ah, baginda merasakan sangat sedih.  Lantas baginda segera ke rumah Ja’far. Pada ketika itu, isteri Ja’far, iaitu Asma’ Binti Umais sedang membuat roti dan memandikan anaknya.
Baginda bersabda,
"Suruhlah anak-anak Ja’far mendekatiku"
Ketika anak-anak Ja’far mendekati baginda, maka baginda menitiskan airmata dan mencium mereka semua dengan penuh kasih sayang.
Maka, Asma’ bertanya kebingungan,
"Wahai Rasulullah, apakah yang telah terjadi sehingga engkau menangis? Apakah sudah sampai berita kepadamu tentang suamiku Ja’afar? Asma’ meneka."
Baginda menjawab,
"Ya, meraka hari ini ditimpa musibah."
Lalu asma’ pun menangis sehingga ramai sahabat muslimah menemuinya.
Sebelum Rasulullah S.a.w pulang, baginda bersabda,
"Janganlah kamu semua melupakan keluarga Ja’afar, buatlah makanan untuk mereka, sesungguhnya mereka sedang menghadapi musibah kematian Jaa’far."
Begitulah antara kisah kecintaan dan keakraban Rasulullah S.aw terhadap kanak-kanak untuk kita sama-sama renungkan. Tidak kira siapa, masa dan ketika, baginda akan membelai dan bermesra dengan mereka. Sehingga ketika solat pun, baginda membiarkan cucunya iatu Hasan dan Husin duduk dibadannya.Begitu juga cucu perempuan baginda baginda Umamah bin Abu Al-Ash,anak perempuan kepada Zainab Binti Muhammad,yang mana Ummah berada di bahu baginda sedangkan Rasulullah sedang mengimamkan solat jemaah .
Sungguh indah peribadi Rasulullah s.a.w terhadap kanak-kanak.
bisakah kita punya peribadi sepertinya...

Bagaimana pula dengan kita yer?
Persoalan ini akan membuatkan kita terbayang-bayang dengan nasib kanak-kanak yang kurang perhatian dan kasih sayang bukan??..
Anak-anak yang didera oleh kedua ibu bapa sendiri,anak-anak yatim yang tiada tempat pergantungan,bayi yang baru dilahirkan di buang kedalam tong sampah,tepi longkang,dalam sungai dan banyak lagi tempat-tempat yang sentiasa dijadikan sebagai tempat ‘pembuangan manusia’..


                                        Zalimnya manusia kan?
sedangkan binatang sendiri sanggup bertungkus lumus melindungi anak-anaknya daripada ancaman bahaya,menyiapkan sarang tatkala bakal melahirkan penyambung generasinya,kita pula membiarkan si kain putih itu terkapai-kapai sendirian di lautan duniawi...tanpa pelindungan ,makanan,minuman...kasih sayang jauh sekali..tak sempat nak rasa kasih sayang seorang ibu dan bapa...apakah perasaan kita apabila berada di tempat mereka  ya...???
SILA HAYATI BAIT UNGKAPAN INI
"dalam kalangan manusia ada alam haiwan,dalam kalangan haiwan tiada alam manusia"
firman ALLAH s.w.t daripada kitab yang Mulia;
berpesan-pesanlah kepada kepada kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran"  (al-Asyh juz 30:ayat 3)
wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment