adakah ana orang yang sombong?
jika ana Orang yang sombong maka ana adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
adakah ana orang yang telah mati hatinya?
jika ana Orang yang telah mati hatinya maka ana adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
adakah ana orang dunggu kepala otaknya?
jika ana Orang yang dunggu kepala otaknya maka ana adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
adakah ana orang yang kuat?
jika ana Orang yang kuat maka ana adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
adakah ana orang yang bakhil?
jika ana Orang yang bakhil lagi kedekut maka ana adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.
adakah ana orang yang buta?
jika ana Orang yang buta maka ana adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
adakah ana orang yang tuli?
jika ana Orang yang tuli maka ana adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
adakah ana orang yang sibuk?
jika ana Orang yang sibuk maka ana adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.
adakah ana orang yang manis senyumanya?
jika ana Orang yang mempunyai senyuman yang manis maka ana adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
adakah ana orang yang menangis airmata mutiara?
jika ana Orang yang menangis airmata mutiara maka ana adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
adakah ana orang yang kaya?
jika ana Orang yang kaya maka ana adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
adakah ana orang yang miskin?
jika ana Orang yang miskin maka ana adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
adakah ana orang yang pandai?
jika ana Orang yang pandai maka ana adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
adakah ana orang yang bodoh?
jika ana Orang yang bodoh maka ana adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
adakah ana orang yang maju dalam hidupnya?
jika ana Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
adakah ana dari kalangan orang-orang yang mundur hidupnya?
jika ana Orang yang mundur dalam hidupnya maka ana adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
adakah ana orang yang gila itu?
jika ana Orang yang gila itu maka ana adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
adakah ana orang yang rugi?
jika ana Orang yang rugi maka ana adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
adakah ana orang yang selalu ditipu?
jika ana Orang yang selalu di tipu maka ana adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
adakah ana orang yang paling cantik?
jika ana Orang yang paling cantik maka ana adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
adakah ana orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
jika ana Orang yang mempunyai rumah yang paling luas maka ana adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaik di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
adakah ana orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
adakah ana orang yang mempunyai akal?
jika ana Orang yang mempunyai akal maka ana adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
No comments:
Post a Comment