Friday, August 20, 2010
salam ta'ruf dari si pengemis....
Alhamdulillah...limpah nikmat syukur ku curahkan kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya si pengemis ini berjaya menjejakkan kakinya di Raudhah dakwah ini....
Raudhah yang tiada titik penghujungnya....yang sentiasa mencari si penghuni di saat empayar dunia kegoncangan....terasa hina disaat mengingatkan siapalahlah diri ini ketika berada diruang Raudhah dakwah...si pengemis ini berasa terpanggil untuk bangkit sama dalam berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini...si pengemis ini ingin sekali menjadi generasi ulul albab....tapi bisakah si pengemis ini bisa menempuh segala mehnah dan tribulasi yang sentiasa ingin membunuh jiwa si pengemis ini...subhanallah,aku berjuang diMedan ini Membawa kemanisan iman cinta dan jihad abadi…lalu mengukir sebuah dakwah untuk menghidupkan agama ILAHI… biar diriku mati dalam perjuangan kerana ingin menjadi ISLAM SEJATI…biar rebah jasadku kerana aku ingin menggapai SYAHID INSANI..Biar puas sanubari kerana CINTAMU telah terbukti…dan aku masih berdiri dengan memandang setiap Ummah …walaupun langkah dan nafasku kadangkala lemah…menanti setiap seru PEJUANG ALLAH ,lantas membawa pulang FISABILILLAH…diriku hanya mengemis cintaMu ya Allah...subhanallah..walhamdulillah...wallahuakbar…ku harap di persimpangan ini masih ada insan yang sudi singgah di pondok si pengemis...wallahua'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment