“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Saturday, August 28, 2010

SaTu???




dengan nama Allah yang,maha pengasih lagi maha penyayang
 subhanallah,walhamdulillah ku panjatkan jutaan syukur kehadrat ilahi
bersempena 17 ramadhan 1431
diri ini masih diberi ruang untuk sama-sama berkongsi kalam,walaupun masa sentiasa menceburui ana buat masa sekarang....


disini ana ingin kongsikan bersama antum satu hidangan istimewa dari "restoran raudhah dakwah" sebagai santapan rohani untuk kita bersama menikmatinya walaupun di bulan puasa...


 Dengan berbekalkan satu kalimah,tetapi mempunyai lebih sejuta makna tersirat....



satu???
ape yang dimaksudkan dengan satu yea...
satu yang dimaksudkan disinilah ialah:


Satu Tuhan, Satu Kitab, Satu Umat


subhanallah,
...tetapi,ummat zaman sekarang masih ragu-ragu dengan kalimah ini,disini ana akan  membongkar makna disebalik  Perselisihan dan Perpecahan ummat
mengikut ajaran al-Qur'an
 
sebagai Manusia seharusnya kita menjadi satu umat kerana Tuhan yang mencipta mereka hanya satu. Akan tetapi, atas kebebasan yang Tuhan beri kepada mereka, mereka memilih untuk hidup tidak bersatu dengan berselisih antara satu sama lain. Perselisihan yang dibangkitkan adalah tidak berhenti-henti. Demikian itulah manusia seperti dinyatakan di dalam al-Qur'an berbunyi,

"Sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu Dia membuat manusia satu umat, tetapi mereka tidak berhenti-henti berselisih," (11:118)

Perselisihan antara mereka menjadi berpanjangan kerana apa yang diperselisihkan tidak diputuskan Allah dengan serta-merta. Putusannya menunggu suatu waktu yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Firman-Nya,

"Manusia hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih. Jika tidak kerana satu kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, pasti ia telah diputuskan antara mereka mengenai apa yang dalamnya mereka memperselisihkan." (10:19)

Al-Qur'an

Perselisihan yang dimaksudkan itu adalah dalam kepercayaan. Ia berlaku setelah Kitab Allah diturunkan, dan hanya berlaku di kalangan orang-orang yang menerimanya. Sebab, antara mereka yang menerimanya, adalah yang percaya dan yang tidak. Namun, keangkuhan yang ditunjukkan oleh sesetengah orang menjadi sebab utama.

Golongan yang percaya kepada Kitab Allah diberi petunjuk pada yang benar atas apa yang diperselisihkan, dan mereka juga diberi petunjuk pada jalan lurus oleh Allah. Sementara bagi golongan yang tidak percaya, yang angkuh, mereka tidak dirahmati seperti golongan yang percaya. Ayat Allah yang menjelaskannya berbunyi,

"Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah membangkitkan Nabi-Nabi sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia menurunkan bersama mereka Kitab ....... Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara mereka; kemudian Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka memperselisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus." (2:213)

Jalan lurus dinyatakan di dalam Kitab al-Qur'an. Mengikuti jalan itu bererti menyembah Tuhan, atau Pemelihara, dengan sebenarnya. Namun begitu, terdapat juga golongan-golongan manusia yang berselisih dan enggan menyembah-Nya dengan tidak mengikuti jalan tersebut, walhal ia adalah yang tetapkan Allah. Firman-Nya,

"'Sesungguhnya Allah, Pemeliharaku dan Pemeliharamu; maka sembahlah Dia. Ini jalan lurus.' Tetapi golongan-golongan berselisih sesama mereka, kemudian kecelakaanlah bagi orang-orang yang tidak percaya kerana senario hari yang besar." (19:36-37)

Golongan-golongan yang berselisih mengenai jalan lurus adalah bukan sahaja tidak percaya, atau kufur, malahan mereka juga disifatkan Allah sebagai orang-orang yang membuat kezaliman astaghfirullahhala'zim. Firman-Nya,

"Tetapi golongan-golongan antara mereka berselisih; maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang membuat kezaliman kerana azab hari yang pedih." (43:65)

Mereka yang berselisih mengenai jalan lurus diberi amaran dengan "senario hari yang besar" dan "azab hari yang pedih" seperti yang baru dijelaskan.

Pengetahuan

Al-Qur'an yang diturunkan mengandungi pengetahuan bagi agama yang benar, iaitu Islam. Orang-orang yang berselisih mengenainya adalah mereka yang didatangkan pengetahuan tersebut, juga kerana sifat angkuh, yang menular di dalam diri mereka, lalu mereka menjadi tidak percaya kepadanya. Al-Qur'an menjelaskan:

"Agama yang benar di sisi Allah ialah Islam (tunduk patuh kepada Tuhan), dan orang-orang yang diberi al-Kitab tidak berselisih, melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana keangkuhan antara mereka. Dan sesiapa yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan." (3:19)

Sesungguhnya Allah menurunkan al-Qur'an sebagai satu ujian bagi manusia. Kalau semua manusia mempercayainya maka mereka menjadi satu umat. Tetapi manusia berselisih. Segala yang diperselisihkan akan diberitahu pada hari mereka menemui-Nya nanti. Firman Tuhan,

"Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, ...... Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia membuat kamu satu umat; tetapi supaya Dia menguji kamu dalam apa yang Dia memberikan kamu ...... kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan." (5:48)

Satu lagi sebab mengapa umat berselisih antara satu sama lain ialah amalan sesetengah manusia yang mengambil kitab selain daripada al-Qur'an sebagai petunjuk. Kerana, menurut Allah, kitab-kitab yang selain daripada al-Qur'an, yang dikarang oleh manusia, mengandungi banyak perselisihan. Perselisihan pada kitab-kitab itu tentu menjadikan manusia berselisih antara satu sama lain. Firman-Nya,

"Apa, tidakkah mereka merenungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka mendapati di dalamnya banyak perselisihan." (4:82)

Dengan mengambil kitab yang selain daripada al-Qur'an maka bererti mengambil selain daripada Allah sebagai Pemelihara atau Tuhan. Amalan itu, tidak syak lagi, menjadi resipi bagi perselisihan antara manusia. Firman-Nya,

"Katakanlah, 'Adakah aku menginginkan satu pemelihara, selain daripada Allah, yang adalah Pemelihara segala sesuatu?' ...... Kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu kembali, dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan." (6:164)

Wali

Turut menjadi sebab bagi perselisihan umat ialah amalan sesetengah golongan manusia yang mengambil wali-wali selain daripada Allah. Pengambilan tersebut serupa dengan menyembah mereka. Golongan yang berbuat demikian menyangka wali-wali mereka dapat mendekatkan mereka dengan Allah. Firman-Nya,

"Tidakkah kepunyaan Allah agama yang tulus? Dan orang-orang yang mengambil wali-wali (pelindung-pelindung) selain daripada Dia - 'Kami hanya menyembah mereka supaya mereka mendekatkan kami dalam kedekatan dengan Allah' - sesungguhnya Allah akan menghakimkan antara mereka mengenai apa yang padanya mereka memperselisihkan. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada pendusta, yang berdegil dalam ketidakpercayaan." (39:3)

Wali-wali daripada golongan manusia disangka dapat mendekatkan manusia dengan Allah kerana ajaran mereka yang dianggap menarik dan benar. Akan tetapi, Allah menyifatkan mereka dan wali-wali mereka sebagai pendusta, dan sebagai orang-orang yang berdegil dalam ketidakpercayaan. Mereka tidak dapat petunjuk daripada Allah.

Manusia juga berselisih mengenai Hari Kiamat dan kejadian yang berlegar di sekitarnya. Keterangan mengenainya dipanggil "berita besar". Perselisihan mengenai berita besar dirakamkan pada ayat berbunyi,

"Yang mengenainya (berita besar) mereka berselisih." (78:3)

Perselisihan tersebut disebabkan ajaran sesetengah manusia yang bertentangan dengan ajaran Allah daripada al-Qur'an.

Perpecahan

Perselisihan mengenai al-Kitab mendorong kepada perpecahan umat. Perpecahan serupa itu sukar dipulih kerana ia merupakan perpecahan yang jauh. Tuhan menjelaskan,

"Itu adalah kerana Allah menurunkan al-Kitab dengan yang benar, dan orang-orang yang berselisih mengenai al-Kitab adalah dalam perpecahan yang jauh." (2:176)

Perpecahan berlaku di kalangan orang-orang yang diberi al-Kitab, atau orang-orang yang menerimanya. Mereka berpecah belah setelah al-Kitab, atau Bukti Yang Jelas, datang kepada mereka. Firman Tuhan,

"Dan mereka tidak berpecah belah, orang-orang yang diberi al-Kitab, melainkan setelah Bukti Yang Jelas datang kepada mereka." (98:4)

Sebab utama umat berpecah belah ialah ketidakpercayaan kepada Kitab tersebut yang dilakukan oleh orang-orang yang sombong. Ketidakpercayaan mereka juga menyebabkan perpecahan yang jauh di kalangan umat. Dan, menurut Allah lagi, tiada yang lebih sesat daripada mereka. Ayat-ayat al-Qur'an yang menjelaskannya adalah:

"Tidak, tetapi orang-orang yang tidak percaya adalah dalam kesombongan dan perpecahan." (38:2)

"Katakanlah, 'Apa pendapat kamu, jika ia adalah daripada Allah, kemudian kamu tidak percaya kepadanya? Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang dalam perpecahan yang jauh?'" (41:52)

Selanjutnya, sikap angkuh antara satu sama lain dan keraguan terhadap al-Kitab, yang mengandungi pengetahuan, turut menyumbang kepada perpecahan umat. Semua berlaku setelah pengetahuan daripada al-Kitab datang kepada mereka. Perpecahan itu tidak diputuskan dengan segera kerana menunggu suatu tempoh yang telah ditetapkan Allah. Firman-Nya,

"Mereka tidak berpecah belah kecuali setelah pengetahuan datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara satu sama lain; dan kalau tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, tentu ia diputuskan antara mereka. Tetapi orang-orang yang diwariskan al-Kitab sesudah mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan." (42:14)

Bergolongan

Perpecahan umat dapat dilihat dengan jelas setelah manusia menjadi bergolongan dalam agama, dan mereka yang bergolongan itu pula bergembira dengan apa yang mereka ada. Kenyataan tersebut dipetik daripada ayat berikut:

"Tetapi mereka berpecah dalam urusan mereka antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada di sisi mereka." (23:53)

Pecahan dalam agama, seperti bermazhab atau berkumpulan, yang dianjurkan oleh sesetengah pihak adalah bukan ajaran Allah mahupun Nabi-Nya, Muhammad (6:159). Sebaliknya, agama yang disyariatkan kepada baginda dan Nabi-Nabi sebelum baginda adalah yang bercorak tidak berpecah belah. Firman-Nya,

"Dia mensyariatkan bagi kamu (Muhammad) sebagai agama apa yang Dia mewasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami mewahyukan kamu, dan apa yang Kami mewasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: 'Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya.'" (42:13)

Azab

Perpecahan dan perselisihan di kalangan manusia berlaku setelah al-Kitab, yang menjadi bukti-bukti yang jelas daripada Allah atas kebenaran, datang kepada mereka. Kejahatan yang dilakukan itu akan dibalas dengan azab yang besar. Seperti itulah bunyi peringatan daripada sebuah ayat bermaksud,

"Janganlah menjadi seperti orang-orang yang berpecah belah, dan berselisih setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; mereka itu, bagi mereka, azab yang besar," (3:105)

Segala yang diperselisih akan dihakim dan diputuskan Allah pada Hari Kiamat (22:69 dan 45:17). Hanya Dia sahaja yang berhak berbuat demikian. Justeru, manusia tidak seharusnya menjatuhkan hukum seperti sesat ke atas manusia lain yang didapati berselisih dengan mereka. Sebaliknya, mereka harus mengatakan seperti yang diajar Tuhan berbunyi,

"Katakanlah, 'Ya Allah, Pemula langit dan bumi, yang tahu yang ghaib dan yang nampak, Engkaulah yang menghakimkan antara hamba-hamba-Mu mengenai apa yang mereka padanya mereka memperselisihkan.'" (39:46)

 Tali Allah

Perselisihan dan perpecahan tentu akan mengheret kepada permusuhan di kalangan umat. Jalan penyelesaiannya pula sukar disetujui, walaupun ia mampu mengikat hati mereka untuk menjadi satu. Jalan itu adalah dengan berpegang teguh pada tali Allah, berbentuk sebuah Kitab yang diwahyukan-Nya. Dengannya umat menjadi bersaudara, tidak berselisih, tidak berpecah belah, dan juga tidak bermusuhan antara satu sama lain. Iktibar diambil daripada sebuah firman-Nya yang berbunyi,

"Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu menjadi bersaudara." (3:103)

Lantaran itu, umat haruslah berpegang dengan teguh pada al-Qur'an seperti yang diperintah Tuhan, untuk merealisasikan dasar Islam "Satu Tuhan, Satu Kitab, Satu Umat". Walaupun ia sukar, namun umat harus terus berusaha untuk mencapainya, demi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.





                               wallahua'lam....

Sunday, August 22, 2010

SiApAkAh AnA SeBeNaRNyA????



 adakah ana orang yang sombong?

              jika ana  Orang yang sombong maka ana adalah  orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa  yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

  adakah ana orang yang telah mati hatinya?

               jika ana Orang yang telah mati hatinya maka ana adalah  orang  yang diberi  petunjuk  melalui  ayat-ayat Qur'an,  Hadith dan  cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

      adakah ana orang dunggu kepala otaknya?

             jika ana Orang yang dunggu kepala otaknya maka ana adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

          adakah ana orang yang kuat?

              jika ana Orang  yang  kuat  maka ana adalah  orang  yang  dapat  menahan  kemarahannya  ketika  ia  di  dalam  kemarahan. 

              adakah ana  orang yang lemah?  
  jika ana Orang yang  lemah maka ana adalah   orang  yang  melihat akan kemaksiatan di depan 
  matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

               adakah ana orang yang bakhil?

                jika ana Orang  yang  bakhil  lagi  kedekut  maka ana adalah  orang  yang  berat  lidahnya  untuk  membaca selawat  keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

           adakah ana orang yang buta?

               jika ana Orang yang buta maka ana adalah orang yang tidak mahu membaca  dan  meneliti  akan  kebesaran  Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

      adakah ana orang yang tuli?

                 jika ana Orang yang tuli maka ana adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

        adakah ana orang yang sibuk?

               jika ana Orang  yang  sibuk  maka ana adalah  orang  yang  tidak  mengambil  berat  akan  waktu  solatnya  seolah-olah  ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.


              adakah ana orang yang manis senyumanya?

              jika ana Orang  yang  mempunyai  senyuman  yang manis  maka ana adalah   orang  yang  di timpa  musibah  lalu  dia  kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi  Aku  redha  dengan  ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

            adakah ana  orang yang menangis airmata mutiara?

               jika ana Orang yang menangis airmata mutiara maka ana  adalah orang-orang yang sedang  bersendiri lalu  mengingat  akan  kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

               adakah ana orang yang kaya?

               jika ana Orang yang kaya maka ana adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak  loba  akan  kenikmatan  dunia yang sementara ini.

              adakah ana  orang yang miskin?

               jika ana Orang yang miskin maka ana adalah orang tidak puas dengan nikmat  yang  ada  sentiasa  menumpuk-numpukkan harta.

               adakah ana orang yang pandai?

               jika ana Orang yang pandai maka ana adalah orang yang bersiap siap  untuk  hari  kematiannya  kerana  dunia  ini  berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

                adakah ana orang yang bodoh?

               jika ana Orang yang bodoh maka ana adalah orang yang beriya-iya berusaha  sekuat  tenaga  untuk  dunianya  sedangkan akhiratnya diabaikan.

               adakah ana orang yang maju dalam hidupnya?

               jika ana Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang  senantiasa mempertingkat  ilmu  agamanya.

               adakah ana dari kalangan orang-orang yang mundur hidupnya?

               jika ana Orang yang mundur dalam hidupnya maka ana adalah orang yang  tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

         adakah ana orang yang gila itu?

              jika ana  Orang  yang  gila  itu  maka ana adalah  orang   yang  tidak   sembahyang  kerana  hanya  dua  syarat   saja  yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama  sekiranya  ia  haid  dan  kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

               adakah ana orang yang rugi?

              jika ana  Orang yang rugi maka ana adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

                adakah ana orang yang selalu ditipu?

               jika ana Orang yang selalu di tipu maka ana adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

              adakah ana orang yang paling cantik?

              jika ana  Orang yang paling cantik maka ana adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

                adakah ana orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

              jika ana  Orang yang mempunyai rumah yang paling luas maka ana adalah orang yang mati membawa  amal-amal  kebaik di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

               adakah ana orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

              jika ana  Orang  yang  mempunyai  rumah  yang  sempit maka ana  adalah  orang  yang  mati  tidak  membawa  amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

             adakah ana orang yang mempunyai akal?

               jika ana Orang yang mempunyai akal maka ana adalah  orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

                             wa'allahua'lam................


Friday, August 20, 2010

salam ta'ruf dari si pengemis....

Alhamdulillah...limpah nikmat syukur ku curahkan kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya si pengemis ini berjaya menjejakkan kakinya di Raudhah dakwah ini....
Raudhah yang tiada titik penghujungnya....yang sentiasa mencari si penghuni di saat empayar dunia kegoncangan....terasa hina disaat mengingatkan siapalahlah diri ini ketika berada diruang Raudhah dakwah...si pengemis ini berasa terpanggil untuk bangkit sama dalam berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini...si pengemis ini ingin sekali menjadi generasi ulul albab....tapi bisakah si pengemis ini bisa  menempuh segala mehnah dan tribulasi yang sentiasa ingin membunuh jiwa si pengemis ini...subhanallah,aku berjuang diMedan ini Membawa kemanisan iman cinta dan jihad abadi…lalu mengukir sebuah dakwah untuk menghidupkan agama ILAHI… biar diriku mati dalam perjuangan kerana ingin menjadi  ISLAM SEJATI…biar rebah jasadku kerana aku ingin menggapai SYAHID INSANI..Biar puas sanubari kerana CINTAMU telah terbukti…dan aku masih berdiri dengan memandang setiap Ummah …walaupun langkah dan nafasku  kadangkala lemah…menanti setiap seru PEJUANG ALLAH ,lantas membawa pulang FISABILILLAH…diriku hanya mengemis cintaMu ya Allah...subhanallah..walhamdulillah...wallahuakbar…ku harap di persimpangan ini masih ada insan yang sudi singgah di pondok si pengemis...wallahua'lam