“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Thursday, February 17, 2011

Asif JidDaN..aNa Tak MampU

                                           BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

kalimah berkat..semoga ia sentisa menjadi halwa telinga kita..tak kira dimana..tak kira masa..
salam rindu kepada Baginda Rasulullah s.a.w..dan ahli keluarganya..para sahabat juga tabi' dan tabi'en ..
layakkah salam ku dijawab??


sendu hati seorang pengemis..
ingin mengungkapkan satu kata..


maaf!!!
asif jiddan..
ana tak mampu..tak mampu untuk menjaga hati ana..
ana dah langgar janji ana..janji pada diri sendiri..
ingin kembali mentajdidkan niat..


Astaghfirullahala'zim3x..


mungkin antum semua pelikkan..
maaf pasai ape..
tiba2 je mintak maaf..
huh..
salah ana..


bermulalah satu cerita..


FACEBOOK!!
satu laman sosial yang tak asing lagi bagi umat manusia zaman ini..
satu laman sosial yang dahulunya jelek bagi ana..
menyampah..kalau ada orang tanya enti ada fb tak..??
terus ana gelengkan kepala..
tak..
kenapa??
lagha..
itulah yang menjadi alasan ana setiap kali ada yang bertanya soalan yang sama..
suatu hari..
ana terbaca entry seorang sahabat..tentang hikamah..dakwah melalui fb..katanya setiap yang buruk ade hikmahnya..


ana cuba untuk belajar untuk berdakwah melalui fb..
elak daripada perkara melaghakan..kata biarlah mutiara..
untuk peringtan diri dan juga sahabat..


sebelum dikenali..dan sememangnya tak mahu dikenali..ana wat nama yang tak pernah mereka kenali..hatta sahabat baik ana sendiri x tahu ana ada fb..
bukan niat untuk berahsia..tapi malu..
takut diri tak kuat..
ana nak belajar..blajar tegur sahabat..blajar apa itu dakwah..
lama kelamaan ramai yang tahu ana ada fb
sememngnya sukar bagi ana..
lebih-lebih lagi ada yang cuba nak jadi kawan..muslimin..terfikir..patutkah..
mungkin dia boleh ambil sesuatu ibrah daripada setiap apa yng ana postkan..
mulu-mula ana abaikan..kemudian ana cuba kuatkan diri..


tapi tak kekal lama..ana tak kuat macam sahabat lain..
ana takut..
takutkan fitnah..
fitnah hati..


ana cuba bertahan..
tak boleh..


ELAK FITNAH


kemudian ana ambil keputusan..remove friends..
semua skali sahabat muslimin..
asif jiddan..
ana takut fitnah..



           Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain..
dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah...
Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan,
      Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’
 Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
       

kebanyakan semua orang tahu termasuk mereka..
ana tak banyak cakap dengan mereka..
kata-kata yang keluar hanya yang perlu..


masa sem 1 & 2..majmuah 5 dulu..
mereka nampak ana ,macam anti muslimin..
tak..bukan begitu..mereka silap..
lebih-lebih lagi ketika satu kelas bersama mentor yang mana kami bangkitkan persoalan tentang persetujuan muslimat untuk naik ke pentas..
mas'ul tanya..sape yang setuju sape yang tak setuju..


ana pantas mengangkat tangan tanda tak setuju..


pusing ke belakang,tengok kanan,tengok kiri,
baru peran..hanya ana sorang je yang angkat tangan..


alamak..menggelabah ana saat mas'ul tanya kenapa tak setuju..
ana keluarkan hujjah ana..


apa yang ana bangkitkan,apa yang ana pertahankan adalah elak dari fitnah..
ramai yang setuju muslimat naik atas pentas untuk menyampaikan sesuatu..


jelas..ana tak suka melainkan semua penonton adalah muslimat..
sememangnya sejak dulu..sudah menjadi biah disini muslimat tak dibenarkan naik pentas..
ana tak setuju!!!!!!
muslimat tak semuanya boleh jaga kelakuan mereka atas pentas..
muslimin tak semuanya boleh jaga hati tika muslimat naik kepentas..
lebih-lebih lagi bila diiringi sorak sorai dari muslimin..
ana tak suka!!!!!!!!!


ana pernah khitabah kat depan dewan..Alhamdulillah.bukan atas pentas..tapi bawah pentas..ana tak suka kedudukan ana lebih tinggi dari penonton muslimin..
malu boleh ana elakkan tapi..fitnah..
susah..


begitu juga sem 3 & 4..tika bersama majmuah 3..
ramai juga dikalangan kepimpinan..


ana juga tak banyak cakap..
suara ana hanya keluar masa hisshah..
sesi pembelajaran..hanya soalan,pembetangan,pendapat sahaja diutarakan kepada muhadhir dan muhadhirah..asatatizah dan ustazat..




maaf sekiranya lari dari tajuk..


sememangnya facebook adalah kain dakwah tercorak luas..
tapi ana tak suka di tag digambar ana..terpampang gambar muslimat yang pelbagai aksi..
bertudung labuh..berjubah..tertutup aurat..
tapi aksi..itu juga aurat sahabat..


         Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah.begitu juga aib kita sahabat..rela antum semua bocorkan aib sahabat sendiri..
         seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima 
dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah


Ya Allah sedarkanlah mereka...ku merayu ya Allah..


tolonglah..siapalah ana untuk nasihati mu sahabat..
takkan ana nak biarkan aib ana dimamah pandangan ajnabi..


huh..sahabiah sendiri sukar untuk ana tegur..inikan pula sahabat muslimin..
ana lemah sahabat..ana lemah lagi..


maaf sangat..ini untuk kemashlahatan kita sahabat..untuk masa depan hati kita..masa depan Islam kita juga..


p/s:peringatan buat diri dan juga sahabat..









Tuesday, February 15, 2011

nama yang tersurat..

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah wasyukurillah..rahmat Allah sekalian alam..masih dinikmati seluruh makhluknya..tak kita yang beriman mahu pun tidak..Allhuakbar..Dirimu amat Pemurah lagi Maha mengasihani..
salam junjungan rindu  keatas nabi kita Muhammad s.a.w..salam maulud disampaikan untuknya..
semoga ia membalas selawatku..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..




tanggal 12 rabiul awwal 1432..


mauludnya disambut sekalian alam..sejak dilahirkan
pelbagai peristiwa-peristiwa pelik telah berlaku saat utusan Allah itu dilahirkan..


ana ingin kongsikan serba sedikit apa yang ana telah baca dalam satu laman web..
untuk prkongsian bersama..


Keajaiban dunia sempena kelahiran Rasulullah s.a.w....................



"Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.

2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.

3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap. Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata `Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.Lalu membelah dada baginda dan mengeluar kan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir"



...........................................................................
Muhammad..
Nama yang tak asing lagi di dunia ini..


pembuka segala pintu kebenaran..
cahaya yang dibawanya menutup segala kegelapan kejahilan manusia..
subhanallah dirimu diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia..


akhlak yang dahulunya melebihi dari binatang
bahkan lebih daripada itu..
sanggup menanam anak sendiri..
merendahkan martabat kaum wanita..
zina dan arak menjadi satu kemestian..


tidak disangka-sangka..
ia berlaku pada zaman ini..
zaman kita sahabat...


ya zaman kita sahabat..
sedarlah..
kita ummat akhir zaman
maka tiada ummat lain yang hidup selepas kita..


dimana rasa cinta kita terhadap Nabi kita sendiri sahabat.. dimana????
sunnahnya sudah ditinggalkan kebelakang..
qudwah kita..bukan kali baginda..
lihatlah zaman skarang..
yang rambut terpacak dijadikan qudwah..
yang tak cukup kain kita jadikan qudwah..
yang melalak-lalak atas pentas kita jadikan qudwah..


(maaf skiranya ia agak kasar)


itulah dunia sekarang..
nasib agama kita sekarang..
dipermain-mainkan oleh penganut sendiri..dimana sensitiviti kalian sahabat..
mungkin baginda sudah kering air mata melihat cara hidup kita sebenar..setiap hari baginda menangis..
setiap masa..
kita lupakan apa yang telah dia bawakan khas ungtuk kita..


Ya Allah..berdosanya diriku...


benarlah..


'Islam datang secara dagang dan pergi juga secara dagang...'




Ya Allah..ampunilah hambaMu ini..ampunilah dosa kedua ibu bapaku..sahabat2 ku..guru-guruku..jangan kau hijabkan hatiku dengan hitam pekat dosa ya Allah..sucikanlah hati karatku ini..ku tak sanggup untuk melangkah masuk ke neraka duniamu ini ya Allah..semuanya duri bagiku..
menyakitkan..terlalu menyakitkan..selalu menusuk ketangkai hati..penuh tipu daya..
Ya Allah,jauhilah kami segala bala bencana mu diduniamu ini..bencana fitnah yangb besar Ya Allah.. 
azab mu didunia ini sangat pedih..bagaimanakah akan ku hadapi azab siksa neraka mu kelak..
amanah yang ditinggalkan Rasulullah masih belum tertunai..menjadi rantai perjuangannya masih belum cukup sempurna..
Astaghfirullahala'zim..3x


tidak layak bagiku untuk menatap wajah suci mu Ya Rasulullah..ku selalu melupakan apa yang disampaikanmu..sunnahmu selalu ku lupa.kan


kalimah rindu..
adakah ia benar dari lubuk hatiku,,,









wallahua'lam..

ana suka..(2)

alhamdulillah..wasyukurillah..
akhirnya...
ade juga kesempatan untuk ana sambung entry ana suka yang pertama..

kegembiraan skali lagi menyambut kedatangan kami..
setelah bertungkus lumus dalam setiap pertandingan akhirnya usaha kami berbaloi..

nasyid mendapat tempat ke-2..memang tak dijangkakan kerana asalnya dah takder harapan tuk menang..
busana juga tempat ke-2..
kedua2 turn untuk persembahan kami ialah no. 2..
begitu juga ngan banner..
alhamdulillah..setiap sesuatu yang wasilahkan ada hikmahnya,,

selain tu..
masakan,gubahan,khat, dan hantaran mendapat tempat pertama...

walaupun futsal tiada harapan untuk menang alhamdulillah Allah tolong kami untuk merasai kemanisan dalam kejayaan pada malam wardatul a'fifah..
syukran sahabat..


subhanallah..kegembiraan dirasai bersama

ini buktinya,,,,(^-^)

lepas daripada 2 program tersebut
hubungan kami lebih rapat..
Alhamdulillah..
terima kasih ya Allah..

wallahua'lam..

Sunday, February 13, 2011

ana suka..

bismillahirrahmanirrahim


pembuka kalam untuk lebih menambahkan lagi keberkatan entry kali ni
Alhamdulillah..kalimah syukur ini masih untukmu ya Allah..
macam-macam yang bermain di fikiran ana ketika ini..


seronok sangat...
tapi ada juga kerisauan menyelubungi hati ini..
pertembungan diantara 2 program mahabbah.


11/2/2011
FUTSAL MAHABBAH


.terikat sudah tali ukhuwah..terikat lagi jalinan kasih mesra diantara kami..
bermula dengan pelantikan ketua futsal majmuah kami..asalnya ditaklifkan oleh ukht lain..tapi disebabkan masalah kesihatan ukht tersebut..ana plak jadi mangsa,ketua 'bidan terjun'..terpinga-pinga tak tahu nak wat apa ngan anak2 buah..sehinggalah diterang secara jelas oleh KD futsal


futsal yang hanya untuk muslimat sahaja..atau dengan kata lain,futsal tertutup..
diberi nama harimau malaya ..sebelum berangkat,ketua yang tak bertauliah ni memberi sedikit penerangan serta kata2 semangat kepada sekalian rakyat2 ana yang bakal berjuang beberapa jam sahaja lagi..
semangat terus membara dengan sedikit cheer..majmuah yang hanya top pada cheer sahaja..tergelak sendiri..


awal permainan..ana sendiri lupa dengan majmuah mana ana lawan..
astaghfirullahala'zim..3x..lemah betol insan ini


agak sengit..lebih sengit dengan gol pertama pihak lawan..penjaga gol pun tak bertauliah jugak..(ana la tu)
bola yang berada gerakan perlahan pun tak bleh tangkap..
mana taknya,majmuah kami harimau malaya betina...sopan tika bermain.
tapi semgat kami tidak luntur disitu..
kami tetap bangkit...bukti yang kami juga pandai main..satu gol telah dijaringkan..Alhamdulillah..ada juga rezeki..


masa tamat..tapi kami masih terikat dengan 1sama..tetapi panalti telah memisahkan jurang diantara mata kami..akhirnya kecundang..


Allahuakbar..hanya dirimu sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk kami..
begitulah juga perlawanan kami seterusnya..tetap kalah dengan lawan..tapi kami tidak kalah semangat bercheer..
seronok bersama sahabat..
subhanakllah..futsal membuatkan ramai sahabat2 ana kesakitan..disepak,ditendang,diduduk macam lagilah..
membuatkan ramai yang ingin menarik diri..


patah semangat..
peranan ketua!!!


ketua pun naik lemah jugak ngan situasi masa tu..
haaa..ana baru teringat..perlawanan pertama kami bertemu dengan majmuah 5 sem 4..
majmuah ana dulu yang masa tu zaman kegemilangan dalam merangkul kejuaraan futsal..
memang indah walaupun ana main kejap je waktu tu tapi memberi impak besar kepada perlawanan yang seterusnya.....alhamdulillah


apa2 pon Alhamdulillah ya Allah..ana suka..


12/2/2011


WARDATUL A'FIFAH..


untuk kami-kami je...(^-^)


terserlah kelembutan mawar2 disini dengan diserikan pelbagai pertandingan2 menarik..
Alhamdulillah..


paginya bermulalah mujahadah wanita-wanita solehah dengan pertandingan memasak..
yang lain..
ada yang berlatih nasyid..
berlatih busana muslimah..testing2..
hantaran dah siap dibentuk indah..inSyaAllah diantara rekaan yang paling indah.menang tak menang bukan matlamat utama..tapi pegalaman tika bersama..
subhanallah.........


rekaan sudah..
memasak pun sudah..


maka tibalah malamnya..
mempersembahkan malam wardatul a'fifa yang di hiasi jambakan mawar-mawar indah...


kumpulan Rabiatul Adawiyah..menjadi gelaran indah,khas untuk majmuah kami..



oh terlupa gabungan majmuah 3 sem 4 dengan majmuah 7 sem 2..nanti tak pasal2 marah plak adik2 ana nanti..Alhamdulillah kerjasama daripada mereka amat kami hargai...


ana suka..


penyertaan nasyid dan busana..
kedua-duanya akan membuat persembahan pada turn ke 2..


bersiap sedia..


nasyid indah dari kami akhirnya berkumandang...
dari segi persembahan...Alhamdulillah..boleh laa..


yang laen
best jugak..selebihnya ana tok sey komen..


busana..
terketar-ketar tangan ana  melihat pentas yang bakal melangkah naik..


eh..eh..
jangan salah faham..
ana bukan modelnya..


modelnya ialah...tuuuuuutttt...ttutttt
rahsia la...
untuk kemaslahatan bersama..


tapi kami import model2 ini dari korea dan Damsyik,Syiria
menampilkan busan rekaan mama ana dan yang satu lagi tu butik mana ana pon tak tahu..
berdirinya ana di pentas tu cuma untuk menghuraikan busana yang ditampilkan sahaja..
tema yang kami bawakan ialah..
ala-ala arab kontemporari..yang satu lagi,lagi speacial...busana khas untuk yang bakal melangkah ke hari bahagia..
khas uuntuk muslimah yang berniqab..


semua terpaku..melihat mawar2 ini menggayakan busana tersebut..


lain dari yang lain kot..
penyampaian ana entah apa-apa..
ikut apa yang terkeluar dari mulut..
permulaan macam nak berdebat pun ada..
gimik...


tapi matlamat kami hanya satu 
 mengikut tuntutan syariah..


yang lain pon tak kurang hebatnya..


terpegun ana dibuatnya...
macam macam pesen baju ada..


indahhhhhhhhhh bangat....


dilihat dari segi persiapan diantara kedua-dua persembahan untuk malam tu
alhamdulillah jugak...


orang yang paling bersemangat tu dan menjadi tulang belakang ialah 2 orang sahabat ana yang tak asing lagi..
iaitu cik nurul athirah dan nazratun naimah..


mereka berdua memberi semangat kepada kami untuk terus maju kedepan..
syukran a'la ukhtaini ahibba'...
tanpa mereka persembahan malam tu mungkin lebih pincang..


subhanallah...


lepas persembahan kami..
persembahan seterusnya oleh majmuah lain diteruskan..
semuanya hebat-hebat belaka..


yang paling mencabar bagi model-model ini ialah mwnjawab setiap soalan yang telah diberikan..
soalan 3 menjadi pilihan kami..berkaitan dengan konsep tabarruj..


Alhamdulillah dijawab dengan baik..
ataupun sebaliknya..


menang tak penting asal kita dapat lakar khibrah bersama..


malam ni perasmian penutup...
kita lihat apa yang terjadi malam ni...


jeng..jeng..jeng..





entry bersambung....



Tuesday, February 8, 2011

sering diuji..dan sentiasa diuji..kali ini diuji lagi

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
segala puji-pujian bagi Allah yang hanya layak disembah oleh sekalian alam.
 Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi
 Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu dengan tujuan dan bersebab.





ujian yang mendatang tanda kecintaan Allah pada makhluknya..

episod cerita hidup semalam telah memberi ilham kepada episod hari ini

kecewa..
sedih..
takut..

disebabkan warkah cinta dititipkan untuk hamba yang lemah ini telah hilang di dewan Johor ketika kehadiran TNC dari kampus induk UM di APIUM Nilam Puri kelmarin 
terlakar episod duka,
khilaf diri.

bermula hari Indah pada jam 8.00..kaki memulakan langkah menuju ke dewan johor yang terletak tidak jauh dari Asrama..
sebelum tu..tangan ana tak terlepas untuk mencapai naskhah Al-Quran di rak.
sentiasa dibawa untuk rujukan serta pengubat hati,
satu keperluan
dibawa juga bersama kerja Muthalaah yang tertangguh.nak buat maca TNC tengah cakap.
buat 2 kerja dalam satu masa.
telinga pasang,tangan tulis benda lain.

buku penuh tangan..kerja muthalaah didahulukan sebelum warkah tu diselak.
Al-Quran letak sebelah sebelum beralih tempat didepan.
ada ukht nak duduk.
lepas beberapa minit..
kena anjak plak kedudukdn kedepa.maka Quran ana tadi berada di belakang ana.
bersama himpunan buku adik..
majlis belum mula.tapi niat di hati tuk meneruskan kerja yang tertangguh di teruskan.
ada sedikit video ditayangkan sebagai pengisian ringkas
terkedu,rupanya video koko..
ringkas cerita..

bermulalah majlis..
telinga tetap mendengar butir bicara pengerusi majlis dan TNC walaupun tangan ligat buat assignment
tak sabar nak habis...
lepas setengah jam berlalu..sesi soal jawab plak..

masih tetap dengan mujahadah ana ..

akhirnya..
tasbih kafarah penutup majlis..
dah habis rupanya..
dalam fikiran hanya ingat nak balik asrama..
ana ngan room mate cepat-cepat keluar tanpa fikir panjang..
lalai
sedangkan masih ada barang yang tertinggal..

dalam jam 1 lebih,lepas solat zohor
hati rindu tuk melafaz kata-kata cinta dari Sang Pencipta Cinta..
cari punya cari..

"hah"

baru sedar Quran ana tertinggal kat Dewan Johor.cepat-cepat ana mesej room mate yang ketika tu ada kelas.minta tolong untuk ambilkan Quran kesayangan ana tu.

berita..
hampa..lagi mngecewakan..huhu

ya Allah..

dada sesak dengan kerisauan..hampir menitis air mata.
hanya pada Allah tempat mengadu agar ia kembali kepangkuan ana..
rindu..

dia mana 'dia' warkah cinta ana??????????

BETUL-BETUL TERUJI..

sudah lumrah
Hidup ini sememangnya satu medan ujian bukan sahaja ana tapi antum juga. Dunia ini hanyalah sebuah persinggahan dan bukan destinasi bukan??.semuanya pinjaman
Sebuah perhentian dan bukan pengakhiran. Tanpa ujian, manusia takkan pernah terhantuk dan tengadah, bahkan akan terus lalai dengan dunianya sendiri yang penuh dengan angan-angan, hiasan syaitan.
mereka memang kreatif.. 
Ujian adalah satu bentuk interaksi antara Allah dan kita. Ujian membuatkan kita mendongak ke langit, menadah tangan memohon perhatian Tuhan. Kita selalu lupa, namun Allah tak pernah sekali-kali lalai daripada hamba-Nya.
buktinya..kita masih menyedut nikmat udaraNya

kadang kita terlepas pandang,Di hujung ujian ada Rahmat yang disediakan buat orang-orang yang berjaya, InsyaAllah 
dan penyesalan buat orang-orang yang gagal. 
Jika kita tak pernah memahami atau cuba untuk mengerti hakikat ini, maka kita akan terus terkandas dalam ujian. Ujian demi ujian, keluhan demi keluhan, hidup terus berjalan dengan tertekan, tak pernah merasakan kenikmatan di sebalik ujian. Maka kita sangat perlu memahaminya, bahawa Rahmat Allah menanti di sebalik sesebuah ujian. Ujian itu takkan pernah hilang daripada papan cerita kehidupan ini.subhanallah
semoga Ujian ini membawa ana semakin dekat dengan pemberi ujian,
tapi mungkin juga sebaliknya. 
Ujian adalah lambang kasih sayang pencipta. Rupanya Itulah tanda Allah sentiasa mengambil berat dan tak pernah meninggalkan ana sendirian,

ya Allah bantulah hambamu ini......


p/s:perhatian kepada semua sahabat APIUM NP
 yang terbaca entry ni diharap dapat bantu ana.. 
sesiapa2 yang ada terjumpa Warkah Ana sila kembalikan kepada ana DENGAN KADAR YANG SEGERA yer..

cirinya:
disaluti kulit berona ungu.
dalamnya ada kita kecil hadis 40 imam Nawawi..
sila respon.. 
wanted!!!!

ana tak sanggup untuk menaggung penderitaan ini lagi..

sesungguhnya akan ada ganjaran besar dari Allah s.w.t sekira ada yang sudi membantu kesulitan mukmin yang lain..