“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Wednesday, February 2, 2011

MAWAR-MAWAR ISLAM

                                   بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t


Bicara tentang mawar,pasti kita akan terbayang akan sekuntum bunga mawar yang mekar indah di taman-tanam nan subur ..
Pokok Bunga Mawar atau ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Mawar mula muncul pada zaman Cretaceous (menurut info). Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.pelbagai warna bleh kita dapati,paling popular adalah warna merah.
Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga, oleh itu dalam kumpulan Angiosperm. Bunga Mawar adalah satu bunga asing bagi bangsa Melayu dan merupakan satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu. Bunga Mawar mempunyai keharuman yang lemah dan tidak sekuat bunga tempatan. Ini mungkin disebabkan bunga Mawar tidak banyak mempunyai persaingan. Dalam kebudayaan barat, dan kini dalam kebudayaan Melayu,kebanyakan berpendapat bahawa bunga Mawar adalah melambangkan bunga cinta,betul ke??

MAWAR DAN WANITA
selain itu sekuntum mawar juga sinonim dengan seorang wanita,indahnya sekuntum mawar itu  sama juga seperti indahnya seorang wanita.tapi bukan sebarangan wanita taw.wanita yang ana maksudkan ialah wanita solehah.
seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah bukan???.
indah luaran,indah dalaman.cuba kita bandingkan

"wanita dengan kecantikan,wanita lebih elok dari matahari
wanita dengan akhlak,wanita lebih wangi dari haruman
wabita dengan rendah hatinya,wanita lebih tinggi dari rembulan
wanita dengan kelembutannya,wanita lebih halus dari rintik hujan.."

nah,ini membuktikan indahnya wanita tiada bandingan bukan.tidak hairanlah hanya kerana seorang wanita tersungkurnya seorang lelaki.hebat bukan.buktinya,cuba kita refresh balik  apa yang berlaku kepada datuk kita Nabi Allah s.w.t,Adam.Baginda  jatuh kerana Siti Hawa. Habil, dan Qabil berbunuhan kerana hawa. Bill Clinton menggemparkan dunia ekoran dakwaan si hawa. Pemimpin agung negara juga tersungkur kerana seorang wanita.Subhanallah,begitu hebat 'penangan' si Hawa.

suka benar ingin ana gelarkan wanita sebagai kuntuman indah 'mawar'.

 ana juga salah satu dari kuntuman mawar,mawar ini jangan sekali2 diganggu,bahaya..kerana ana punya duri.duri ini akan merobek2 jiwa2 kumbang yang takder 'tarbiyyah'.INGAT..tanpa belas kasihan..

Hati kecil ini amat tersentuh,sensetif,seperti dirobek2 bila mana hanya kerana lemahnya si mawar yang tak dipagar,telah diambil kesempatan oleh iblis untuk masuk secara haram kedalam jiwa mawar untuk menjatuhkan si Kumbang.Ia seperti sukar dibendung,kaum mawar ibarat pembawa bala,bala tsunami,taufan yang maha dasyat.Bala fitnah.Tidak hairanlah masyarakat jahiliyah dahulu rela menanam mawar mereka kerana ingin menutup aib mereka.bagaimana pula mawar dewasa ini??
MasyaAllah,Si Mawar zaman ini kian rebah....
rebah menyembah kemaksiatan..
si mawar ini hanya 'tunduk' kepada kumbang yang berhati hitam.menyerahkan segala madu kehormatan.si mawar ini pengecut.hilang segala duri-duri yang dahulu tajam berbisa.si kumbang juga pengecut,hilang tanggungjawab sebagai penjaga mawar..semua pengecut.!!!! (marah..juga kecewa..Astaghfirullahala'zim3x)
ini membuatkan kumbang hitam berani mengambil kesempatan.

tapi kerana keindahan mawar yang tak terjaga,ditayang2 si kumbang selalu berperang dengan nafsu..bertempur dengan diri sendiri..tercabar iman si kumbang.kesian mereka..tapi siapa yang sebanar yang patut dipersalahkan, si mawar kah?? atau si kumbang??..masing-masing menunding jari.jawapan hanya pada diri sendiri.bagi ana,
salah mawar,kerana humaira' mereka tak terhijab.salah kumbang kerana tak 'menundukkan' pandangan..



MAWAR-MAWAR ISLAM



teringat ana akan sekuntum mawar ditaman APIUM Nilam Puri ini.ketua mawar disini .'Mawar Hijau 'gelarannya.Indah luaran,indah juga dalaman.mawar yang kebal ujian,Allah jua tempat aduannya.subhanallah.insyaAllah mawar yang ditarbiyyah ini akan berdamping dengan kumbang yang ditarbiyyah..itu impiannya.juga impian ana.Ana?? digelar Mawar unggu olehnya.(^-^)..

mawar-mawar yang ditarbiyyah akan menghiasi taman-taman Islam,taman yang diharamkan untuk lalang,dan juga kumbang.mawar yang 'terhijab'.berpagar.tiada siapa yang berani mengusik mawar ini.

"mawar-mawar kembang mekar di saat sang lalang cuba menghalangnya mekar membawa Islam.. namun mawar ini berduri.. durinya tajam ibarat sebilah pedang agar taman-taman mawar Islam terpelihara dari sang lebah yang cuba mencuri madu keimanan.. mawar juga mempertahankan taman mawar Islam dari sang siput yg cuba memakan daun yang menutup maruah sang mawar..."
Bait-bait kata si Mawar Hijau.indah..

mawar-mawar ini akan menjadi hiasan sebaik-baik ciptaan,maka akan dijadikan mawar yang tak mengerti lelah dalam berjuang sebagai mujahidah,jihad dijalan Allah penuh duri-duri,sebagai penghalang..akan dijadikan mawar-mawar ini antara bidadari yang dijulang di syurgaNya nanti,indah luaran,indah juga dalaman..tapi,sukar dipegang..tak akan pernah kalah dengan redup panahan mata si kumbang,hanya neraka yang terbayang,.biarlah nafsu si mawar hidup dalam suasana tarbiyyah dijalan dakwah yang dilimpahi cahaya rahmat. mawar-mawar melindungi maruahnya dijalan dakwah bertintakan darah dan air mata perjuangan.akan menebas lalang maksiat dengan tajamdurinya bak pedang.mawar-mawar ini akan dititipkan atas warkah penuh ke 'izzahan dan dikirimkan untuk mujahidah menuju Tuhan,bersama-sama kumbang Mujahid Hizbullah,yang akan menegakkan bendera Islam di puncak dunia.

mawar-mawar Islam sudah menggegarkan dunia sejak sekian lama,mereka adalah saidatina Khadijah isteri Nabi Allah,Muhammad s.aw,saidatina Fatimah anak kesayangan baginda yang menjadi pondokong perjuangannya bersama suami Tercinta Ali,Sumayyah syuhadiah yang pertama,Khaulah Al-Azwar menngegarkan medan perang dan ramai lagi mawar-mawar Islam yang telah menempah nama di syurga..kita??
ayuh..tempahlah sekarang,stok tak terhad..jadikan amalan sebagai modal..


'Khaulah Al-Azwar'.

menyebut namanya pun sudah cukup untuk menggetarkan jiwa ana,apatah lagi bila menyebut nama Pencipta susuk tubuh ini..
seorang mujahidah,Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak.Sehinggakan Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.
Ketangkasan Khaulah telah menggemparkan angkatan muslimin dalam peperangan menentang kafir Rom. Khaulah dengan pakaian serba hitam yang menyelubungi seluruh tubuhnya telah meluncur dengan kudanya ke tengah medan peperangan. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa.subhanallah.

Panglima tentera Khalid Ibnu Walid serta seluruh angkatan perang tercengang melihat ketangkasan Khaulah. Mereka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebut yang kelihatan hanya dua biji matanya sahaja. Semangat jihad muslimin mula tercabar dan membakar serta lebih bersemangat apabila mengetahui seorang wanita (Khaulah binti Azwar) mampu berbuat demikian. Tentera muslimin terus menggempur musuh yang berlipat kali ganda sehingga meraih kemenangan mutlak. Bukan sahaja beliau seorang wanita yang berani, malah telah memainkan peranan penting dalam kemenangan kepada Islam 

Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peperangan Sahura. Mereka dikurungkan dikawal rapi selama beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah kalah kerana jiwanya sentiasa hidup. Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya.
"Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di di jalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah saudari sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom."

Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara menentang pengawa-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-akannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan. Sebelum mara Khaulah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya: "Janganlah saudari sekali-sekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya"Allah pertolongan Allah sudah dekat."

Berkat keyakinan, mereka berjaya menghapuskan pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan tersebut. Beginilah cara hidup dan sikap yang harus terkubur dalam sanubari serikandi yang solehah. Walaupun kita sedari muslimat masa kini tidak perlu mengangkat senjata, akan tetapi terlalu banyak perkara yang wajib ditentang dan diperbetulkan.

BANGUNLAH!!! mawar sekalian, mengapa masih lena di siang hari? Keyakinan dan keberanian Khaulah mesti dicontohi ketika berjuang ditengah masyarakat menentang arus jahiliyah. Mawarku,Akhawat yang disayangi sekalian, sedarlah bahawa sudah tiba masanya untuk kalian meningkatkan lagi keberanian dan keyakinan dalam menentang segala kemaksiatan yang melibatkan kaum mawar hari ini..
hati kecil berbisik
"ku juga ingin sepertinya.."


MAWAR DAN KECANTIKAN


kita lihat pula mawar dengan kecantikan, dari kaca mata Islam.ramai yang salah anggap tentang erti sebenar kalimah 'kecantikan'..lihatlah dari sudut yang sebenar..

Wanita cantik menurut ALLAH adalah:

~melukis kekuatan melalui masalahnya....
~tersenyum di saat tertekan..
~tertawa di saat hati sedang menangis..
~tabah di saat terhina..
~mempersona kerana memaafkan..
~mengasihi tanpa meminta belas.
 ~bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi

nah,inilah kecantikan sebenar yang ana  dimaksudkan..

peringatan buat diri dan juga sahabat..
wallahua'lam..

















Thursday, January 27, 2011

KhIbRaH pErTaMA..


                                     بسم الله الرحمن الرحيم  


                



Assalamualaikum w.b.t


     Suka benar ingin ana kongsikan sedikit coretan ceritera hidup beronakan tinta unggu ini tentang khibrah pertama ana dalam Sembelihan..
jiwa ini meronta-ronta diminta untuk berkogsi qalam

..sembelihan adalah Salah satu daripada tajuk penting yang ana belajar dalam madah Praktial Ibadat untuk semester akhir ini bersama sahabat majmuah 3..


ISLAM AGAMA RAHMAT



        Islam adalah agama rahmat yang dibekalkan oleh Allah kepada makhlukNya perasaan kasih dan sayang tak kira manusia bahkan kepada haiwan.
Perhatikanlah bagaimana peraturan Islam dalam penyembelihan binatang ternakan. Cara penyembelihan Islam juga adalah sangat baik untuk kesihatan..
TUNTUTAN mendapatkan makanan halal menjadi perkara penting bagi setiap Muslim. Ini kerana ia adalah perintah daripada Allah melalui rasul-Nya. Pemakanan halal adalah di antara ciri utama dalam pembentukan fizikal sihat, khususnya bagi perkembangan minda serta hati manusia,agar sihat sentiasa..dalaman mahupun luaran.
            Setelah beberapa minggu tajuk ini di ajar secara teliti oleh pensyarah,dengan berbekalkan pengetahuan yang tepat serta menyeluruh mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut lunas syariat, kami dibekalkan 5 ekor ayam untuk praktikal secara amali..(salah seekornya adalah mangsa ana)..Tambahan lagi, konsep sembelihan dalam Islam adalah yang  amat tepat ..
encik ayam
encik ayam kena sembelih
         ‘zabiha’ atau sembelihan juga perlu dihuraikan sebaik mungkin agar ibadat ini tidak dilihat sebagai satu perbuatan menyeksa haiwan secara kejam,berdasarkan pandangan masyarakat bukan Islam (non-muslim) yang melihatnya hampir setiap tahun menjelang Aidiladha.
          Ad-Deen kita syumul,Ia meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan. Buku bertajuk Halal dan Haram dalam Islam Oleh Syeikh Muhammad Yusuf Qardhawi menghuraikan kaedah dan syarat penyembelihan berdasarkan al-Quran dan sunnah.
 

Seperti mana Sabda Nabi saw bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta mudahkanlah penyembelihannya itu(Hadis riwayat Muslim).           
Ayam pertama dan kedua disembelih oleh muslimn..3 ekor ayam lagi dah tak sabar menunggu..yang mana selebihnya akan disembelih oleh muslimat..
        Tika mana sahabat ana ukhtie Fatin menjalankan amanahnya untuk memegang ayam,ukht Taqwa menghunuskan senjatanya di tengkuk ayam tu..tetapi setelah selasai ada sedikit ketidak sempurnaan dalam sembelihannya..tanya ustaz sal kes tu,
“tak pe,niat blajar”
Ayam kedua..penulis mengambil giliran..Tibalah giliran ana untuk ‘mengerjakan’ ayam tu..mula-mula..ambik ayam..pegang elok-elok..kemas-kemas..kemudian letakkan pisau atau ape-ape objek tajam pada leher ayam tersebut ,iaitu pada bahagian urat nadi atau kerongkongnya.
terkebil kebil matanya tanda simpati.
“Maaf yer ayam..pengorbananmu akan sentiasa ku kenang..(huhu sedih plak)..”
 Tetapi sebelum tu ingat..Setiap penyembelihan perlu dimulakan dengan Bismillah dahulu..besertakan niat kerana Allah..
 “bismillahirrahmanirrahim....”
Maka tamatlah riwayat hidupnya..
“Setiap yang hidup akan menemui mati”
Dan ayam terakhir diteruskan perjuangan oleh ukht Fatin..
      Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya” (Surah al-An’aam, ayat 118).



SEMBELIHAN DAN SAINS  
  
         Fakta saintifik yang menarik yang telah ana perolehi melalui hasil pencarian peribadi..fakta ini membuktikan bagi setiap penyembelihan, darah haiwan itu perlu dialir keluar. Ini kerana darah adalah medium terbaik bagi mikro organisma membiak. Bahagian ‘spinal cord’ hendaklah dielakkan daripada terpotong ketika sembelihan dilakukan kerana ia akan menyekat aliran darah keluar akibat daripada saluran darah terganggu kesan daripada jantung haiwan terhenti secara tiba-tiba.
        Dr Zakir Naik, seorang doktor dan pendakwah Islam antarabangsa menyenaraikan kepentingan serta kebaikan penyembelihan mengikut hukum syarak. Kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik dan bersih.Ini kerana darah yang menjadi punca pembiakan kuman, bakteria dan toksin yang akan menyebabkan beberapa penyakit dikeluarkan sejurus selepas proses penyembelihan. Selain itu, daging sembelihan kekal segar dalam satu tempoh yang lama.
   Kalau sahabat-sahabat nak tahu,sebenarnya Kaedah penyembelihan Islam juga tidak menyebabkan kesakitan kepada haiwan itu. Ini kerana saluran darah serta saraf yang menghubungkan ke otak yang boleh menyebabkan rasa sakit terputus. Maka keadaan di mana haiwan bertindak balas secara tiba-tiba dalam keadaan agresif bukan kerana kesakitan, tetapi kesan tindak balas otot yang berlaku apabila darah mengalir keluar.
         Menurut Profesor Schultz dan rakannya Dr Hazim dari Universiti Hanover, Jerman, membuktikan melalui eksperimen dengan menggunakan alatan saintifik seperti Electroencephalograph (EEG) dan Electrocardiogram (ECG) menunjukkan kaedah sembelihan Islam adalah terbaik. Tiga saat pertama selepas kaedah sembelihan cara Islam dilakukan, EEG tidak menunjukkan sebarang perubahan graf. Ini menunjukkan haiwan itu tidak mengalami sebarang kesakitan secara tiba-tiba selepas penyembelihan. Kemudian, selepas tiga saat yang seterusnya, EEG merekodkan keadaan yang dinamakan sebagai ‘deep sleep’ di mana,haiwan mengalami keadaan tidak sedarkan diri kesan daripada darah yang mengalir keluar dari tubuh haiwan itu. Akhir sekali, EEG pada paras 0 menunjukkan tiada tanda-tanda kesakitan selepas enam saat eksperimen dilakukan. Kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik.
Hebat bukan??
      Seterusnya ia menunjukkan Islam amat mementingkan kebersihan serta kesihatan. Pemilihan pemakanan yang halal penting dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di tahap yang memuaskan agar memperoleh tenaga yang secukupnya untuk beribadat. Oleh itu, Muslim perlu menilai dan meneliti sumber pemakanannya agar datang dari sumber yang halal bukan meragukan



     MAKAN!!!!!!!!

          Setelah semua siap disembelih,encik-encik ayam tadi dibawa ke kedai berhampiran untuk dimasak.Resepi pilihan ,pada asalnya nasi ayam.tiba-tiba bertukar resepi jadi nasi tomato dimana silapnya ana pun tak tahu,itu tak penting yang penting ia dinikmat bersama..tak sabar nak nikmati hasil sembelihan sendiri.
Encik ayam lambat lagi nak masak..
Lapar...
Sabarlah menunggu...
Kul 6.45 akhirnya
bersiap untuk menjamu selera...
alhamdulillah
Alhamdulillah..nikmat makan bersama dibawah pohon manggis..bersuasanakan keindahan lukisan alam ciptaan Allah...

Wallahua’lam