Assalamualaikum wbt..
AUKU..
Perkataan yang sebati dengan hidup mahasiswa..
tetapi sejauh mana mahasiswa betul-betul hadam apa yang tersurat dan tersirat di sebalik kaliamah 'AUKU' ni.
ana terpanggil untuk turut sama turun ke medan perbincangan AUKU. (Hak Kita Untuk Bersuara) setelah kes yang melibatkan 15 Mahasiswa yang ditahan pihak polis di KL sentral semalam untuk menuntut kebebasan akademik melalui Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS).(sahabat-sahabat seperjuangan ana diantaranya. )
Mengikut pemerhatian dan kajian ana, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971). merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya.
Namun AUKU kemudian dipinda pada tahun 1975 dan 1995. Mengikut maklumat, matlamat utama pindaan tersebut, yang mana kekal sehingga kini ialah menghalang penglibatan pelajar atau mahasiswa dengan parti politik dan kesatuan sekerja dan juga juga menghalang penggabungan antara badan-badan pelajar.
dimana hak orang-orang berintelek??
jika ditanya kepada mahasisiwa,kita akan dapati bermacam-macam persepsi dan reaksi mereka terhadap AUKU. Tapi, ayuh kita fikirkan semula...setkan 1 soalan diminda ..kenapa mahasiswa tidak boleh terlibat dengan politik?? sedangkan politik lah yg merupakan isu terbesar di sebalik AUKU. kononnya, mahasiswa harus tumpukan pada pengajian, tak perlu lagi terlibat dengan politik. belum masanya lagi. eh..eh betulkah begitu?
apa salahnya mahasiswa terlibat dengan politik? kalau kita lihat, rata-rata mahasiswa malaysia berumur dalam lingkungan 18 tahun ke 27 tahun dan keatas. Seorang warganegara Malaysia, ada hak mengundi mana-mana parti politik di usia 21 tahun. Ikut logik akal, dan pemikiran mudahnya, wajarkah mahasiswa disekat daripada terlibat dengan politik?.pelik bukan...walhal mereka ada hak untuk mengundi di kala PRU tiba. tidakkah melanggar hak kebebasan begitu?
sesungguhnya, mereka tidak nampakkah, apa effect penglibatan mahasiswa dengan politik??
penglibatan inilah yang menjadikan mahasiswa lebih berfikiran terbuka, lebih kritis dan kreatif dalam berfikir, lebih berjiwa besar, lebih cakna dan prihatin terhadap masa depan Malaysia tercinta, justeru memikirkan idea-idea bernas dan bersifat revolusi demi kebaikan negara pada masa hadapan. Malah, keterlibatan dengan politik juga, melatih golongan mahasiswa menjadi seorang yang multitasker, pandai mengurus masa dan hidupnya dengan lebih efektif apabila perlu menyelitkan perkara-perkara 'baru' dalam rutin harian mereka sebagai mahasiswa.
sedarkah mahasiswa akan perkara ini???
selama ini, persepsi anda terhadap "mahasiswa dan politik"...bagaimanakah?
masih fikir bahawa kita tak patut lagi menyibukkan diri dengan politik??
masih fikir, bila anda hanya tumpu dan tumpu pada pengajian, anda jadi mahasiswa berjaya, mahasiswa ideal, mahasiswa hebat??
mahasiswa hebat adalah mahasiswa yang berjiwa besar.^^
No comments:
Post a Comment