“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Thursday, December 15, 2011

MaHaSIsWa VS AuKU

Assalamualaikum wbt..

AUKU..


Perkataan yang sebati dengan hidup mahasiswa..

tetapi sejauh mana mahasiswa betul-betul hadam apa yang tersurat dan tersirat di sebalik kaliamah 'AUKU' ni.

ana terpanggil untuk turut sama turun ke medan perbincangan AUKU. (Hak Kita Untuk Bersuara) setelah kes yang melibatkan 15 Mahasiswa yang ditahan pihak polis di KL sentral semalam untuk menuntut kebebasan akademik melalui Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS).(sahabat-sahabat seperjuangan ana diantaranya. )

Mengikut pemerhatian dan kajian ana, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971). merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya.

 Namun AUKU kemudian dipinda pada tahun 1975 dan 1995. Mengikut maklumat, matlamat utama pindaan tersebut, yang mana kekal sehingga kini ialah menghalang penglibatan pelajar  atau mahasiswa dengan parti politik dan kesatuan sekerja dan juga  juga menghalang penggabungan antara badan-badan pelajar.

dimana hak orang-orang berintelek??

jika ditanya kepada mahasisiwa,kita akan dapati bermacam-macam persepsi dan reaksi mereka terhadap AUKU. Tapi, ayuh kita fikirkan semula...setkan 1 soalan diminda ..kenapa mahasiswa tidak boleh terlibat dengan politik?? sedangkan politik lah yg merupakan isu terbesar di sebalik AUKU. kononnya, mahasiswa harus tumpukan pada pengajian, tak perlu lagi terlibat dengan politik. belum masanya lagi. eh..eh betulkah begitu?


apa salahnya mahasiswa terlibat dengan politik? kalau kita lihat, rata-rata mahasiswa malaysia berumur dalam lingkungan 18 tahun ke 27 tahun dan keatas. Seorang warganegara Malaysia, ada hak mengundi mana-mana parti politik di usia 21 tahun. Ikut logik akal, dan pemikiran mudahnya, wajarkah mahasiswa disekat daripada terlibat dengan politik?.pelik bukan...walhal mereka ada hak untuk mengundi di kala PRU tiba. tidakkah melanggar hak kebebasan begitu?


sesungguhnya, mereka tidak nampakkah, apa effect penglibatan mahasiswa dengan politik??
penglibatan inilah yang menjadikan mahasiswa lebih berfikiran terbuka, lebih kritis dan kreatif dalam berfikir, lebih berjiwa besar, lebih cakna dan prihatin terhadap masa depan Malaysia tercinta, justeru memikirkan idea-idea bernas dan bersifat revolusi demi kebaikan negara pada masa hadapan. Malah, keterlibatan dengan politik juga, melatih golongan mahasiswa menjadi seorang yang multitasker, pandai mengurus masa dan hidupnya dengan lebih efektif apabila perlu menyelitkan perkara-perkara 'baru' dalam rutin harian mereka sebagai mahasiswa.

sedarkah mahasiswa akan perkara ini???

selama ini, persepsi anda terhadap "mahasiswa dan politik"...bagaimanakah?
masih fikir bahawa kita tak patut lagi menyibukkan diri dengan politik??
masih fikir, bila anda hanya tumpu dan tumpu pada pengajian, anda jadi mahasiswa berjaya, mahasiswa ideal, mahasiswa hebat??

mahasiswa hebat adalah mahasiswa yang berjiwa besar.^^

Friday, December 2, 2011

iMaN sEmUt Vs ImAn MaNusIa.











         vs
















Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".



Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!



IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.


Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.