“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Friday, February 18, 2011

sengatan berbisa fitnah


Bismillahirrahmanirrahi..


Alhamdulillah..sedikit perkongsian buat antum sekalian..



Kisah Fitnah Saiditina Aisyah radhiallah,

Hadis dibawah ini, yg diriwayat oleh Imam Muslim rahimahullah didalam kitabnya, Sahih Muslim amat menyentuh hati ana. Cuba hayati perasaan Ummul Mukminin ini ketika ia diusia remaja. Ingin ana berkogsi bersama mereka yg sudi singgah diblog ana...

Hadis Saidatina 
Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya:

Apabila Rasulullah s.a.w ingin musafir, baginda biasanya mengadakan undian di kalangan isteri-isterinya. Sesiapa yang bernasib baik dialah yang akan keluar bersama Rasulullah s.a.w.

Saidatina Aisyah berkata Rasulullah s.a.w membuat undian di kalangan kami untuk memilih siapakah yang akan turut serta ke medan perang. Tanpa diduga undi akulah yang berjaya. Lalu aku keluar bersama Rasulullah s.a.w. Peristiwa ini berlaku selepas turunnya ayat hijab. Aku dibawa dalam Haudaj (sebuah bilik kecil untuk perempuan yang diletakkan di atas unta). Bilik inilah aku ditempatkan selama berada di sana.

Setelah Rasulullah s.a.w selesai berperang, kami terus pulang. Kami berhenti rehat buat seketika di suatu tempat yang berhampiran dengan Madinah. Sebaik sahaja tiba waktu malam kami diminta supaya meneruskan perjalanan. Pada waktu yang sama aku bangkit dan berjalan jauh dari pasukan tentera. Apabila selesai membuang air besar aku kembali ke tempat kelengkapan perjalanan. Ketika aku menyentuh dadaku mencari kalung, ternyata kalungku yang diperbuat dari manik Zafar (berasal dari Zafar, Yaman) hilang.

Aku kembali lagi ke tempat tadi mencari kalungku sehingga aku ditinggalkan dalam keadaan tersebut. Sementara itu beberapa orang lelaki yang ditugaskan membawaku mengangkat Haudaj ke atas unta yang aku tunggangi kemudian terus pulang. Pada sangkaan mereka aku berada di dalamnya. Saidatina Aisyah berkata: Wanita pada waktu itu semuanya ringan-ringan, tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu gemuk kerana mereka hanya memakan sedikit makanan menyebabkan para sahabat tidak terasa berat ketika membawa serta mengangkat Haudaj. Apatah lagi aku pada waktu itu seorang gadis. 

Mereka membangkitkan unta dan terus berjalan. Sebaik sahaja mereka bertolak aku bertemu kalung yang kehilangan tadi. Aku pergi ke tempat perhentian mereka semasa berperang, namun tidak seorang pun yang ada di sana. Lalu aku kembali ke tempat perhentianku dengan harapan mereka sedar kehilanganku dan kembali mencariku. Ketika berada di tempatku, aku terasa mengantuk dan terus tertidur. Kebetulan Safuan bin Al-Muattal As-Sulami Az-Zakwani telah ditinggalkan oleh pasukan tentera supaya berangkat pada awal malam sehinggalah dia sampai ke tempatku pada pagi tersebut.

Dalam kesamaran dia terlihat seorang manusia sedang tidur. Dia menghampiriku dan didapati aku yang tidur di situ. Dia mengenaliku kerana pernah melihat aku sebelum hijab diwajibkan kepadaku. Aku tersedar oleh ucapannyaإِنَّا لِلَّهِ وَ إِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ketika dia mengetahui bahawa aku tidur di situ. Aku segera menutup wajahku dengan kain tudung. Demi Allah! Dia tidak bercakap dengan aku dan aku juga tidak mendengar kata-katanya walaupun sepatah selain ucapannya إِنَّا لِلَّهِ وَ إِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَsehinggalah dia meminta aku menunggang untanya. Tanpa membuang masa aku terima pelawaannya dan terus naik dengan berpijak di tangannya, lalu beredar dalam keadaan dia menarik unta sehinggalah kami berjaya mendapatkan pasukan tentera yang sedang berhenti rehat kerana panas terik.

Celakalah penuduhku dan orang yang tetap dengan keangkuhannya iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul. Setelah sampai di Madinah, aku jatuh sakit di Madinah selama sebulan setelah ku kembali. Sementara itu orang ramai sedang menyebarkan fitnah daripada pereka cerita bohong tetapi aku sendiri tidak mengetahuinya. Aku mula resah setelah Rasulullah s.a.w kelihatan berubah malah aku tidak lagi merasakan kelembutan Rasulullah s.a.w yang biasanya aku rasakan ketika aku sakit. Rasulullah s.a.w cuma masuk mengucapkan salam kemudian bertanya: Bagaimana keadaanmu? Suasana ini menyebabkan aku semakin gelisah kerana bagiku, aku tidak melakukan keburukan.

Setelah penyakitku beransur sembuh, aku keluar bersama Ummu Mistah ke tempat buang air besar. Ianya adalah tempat yang biasa kami kunjungi untuk membuang air besar dan kami hanya keluar pada waktu malam. Keadaan ini berterusan sehinggalah kami membina tandas berhampiran dengan rumah kami. Kamilah orang arab yang pertama membina tandas untuk bersuci. Akhirnya kami merasa terganggu dengan tandas tersebut yang di bina berhampiran dengan rumah kami.

Suatu hari aku keluar bersama Ummu Mistah binti Abu Ruhmi bin Al-Muttalib bin Abdul Manaf. Ibunya adalahputeri Sakhrin bin Amir ibu saudara Abu Bakar As-Siddiq r.a, anaknya bernama Mistah bin Usaasah bin Abbad bin Al-Muttalib. Setelah kami selesai buang air besar aku berjumpa dengan anak perempuan Abu Ruhmiberhampiran rumahku. Tiba-tiba Ummu Mistah terpijak pakaiannya lalu melatah sambil berkata: Celaka Mistah!Aku berkata kepadanya: Apakah engkau mencela seorang lelaki yang syahid dalam peperangan Badar. Dia menjawab: Wahai Saidatina Aisyah: Tidakkah engkau mendengar apa yang dia katakan? Aku menjawab: Tidak, apakah yang dia katakan? Lantas Ummu Mistah menceritakan kepada aku tuduhan pembuat cerita bohong.

Mendengar cerita itu, sakitku bertambah kuat. Setelah sampai di rumah Rasulullah s.a.w masuk menjengukku. Baginda mengucapkan salam kemudian bertanya: Bagaimana keadaanmu? Aku menjawab: Apakah engkau izinkan aku berjumpa dua orang tuaku? Pada saat itu aku ingin kepastian tentang berita tersebut dari dua orang tuaku. Selepas mendapat keizinan daripada Rasulullah s.a.w, aku segera pulang ke rumah orang tuaku. Sebaik sahaja sampai di sana, aku bertanya ibuku: Mak, apakah cerita yang disebarkan oleh orang ramai mengenai diriku? Ibuku menjawab: Wahai anakku! Tabahkanlah hatimu! Demi Allah berapa orang sahaja wanita cantik berada di samping suami yang menyayanginya dan mempunyai beberapa orang madu tidak difitnahkan, bahkan ramai yang dilontarkan fitnah terhadapnya. Aku berkata: Maha suci Allah s.w.t! Apakah sampai begitu sekali orang ramai memfitnah ku?

Aku terus menangis pada malam tersebut dan tidak lagi mampu menahan air mata. Aku tidak dapat tidur sehingga pada pagi keesokannya, aku masih lagi dalam keadaan demikian. Setelah beberapa ketika Rasulullah s.a.w memanggil Ali bin Abi Talib dan Usamah bin Zaiduntuk membincangkan perceraian dengan isterinya. Ketika itu wahyu tidak diturunkan. Usamah bin Zaidmemberi pertimbangan kepada Rasulullah s.a.w tentang penjagaan Allah terhadap isteri baginda dan kemesraan Nabi terhadap mereka sambil berkata: Wahai Rasulullah! Mereka adalah keluargamu. Kami cuma mengetahui apa yang baik. Manakala Ali bin Abi Talib pula berkata: Allah tidak menyulitkan kamu malah wanita selain daripadanya masih ramai.

Jika engkau bertanyakan pembantu rumah pun, tentu dia akan memberikan keterangan yang betul. Saidatina Aisyah berkata: Lantas Rasulullah s.a.w memanggilBarirah (pembantu rumah) dan bertanya: Wahai Barirah!Apakah engkau pernah melihat sesuatu yang meragukan tentang Aisyah? Barirah menjawab: Demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran. Sekiranya aku melihat sesuatu padanya, nescaya aku tidak akan menyembunyikannya. Dia tidak lebih dari seorang gadis muda yang sering tertidur di samping adunan roti keluarganya sehinggalah binatang ternakan seperti ayam dan burung datang memakannya.

Saidatina Aisyah berkata: Kemudian Rasulullah s.a.w berdiri di atas mimbar meminta pertolongan untuk membersihkan segala fitnah yang dilontarkan olehAbdullah bin Ubai bin Salul. Saidatina Aisyah berkata lagi: Rasulullah s.a.w bersabda semasa berkhutbah: Wahai kaum Muslimin! Siapakah yang ingin menolongku dari orang yang sanggup melukai hati keluargaku? Demi Allah! Apa yang aku ketahui hanyalah kebaikan. Beberapa orang telah menyebut tentang seorang lelaki yang aku ketahui bahawa dia seorang yang baik. Dia tidak pernah masuk berjumpa isteriku kecuali bersamaku. Lalu Saad bin Muaz Al-Ansariy bangun berkata: Aku yang akan menolongmu daripada orang itu wahai Rasulullah. Jika dia daripada golongan Aus aku akan memenggal lehernya dan sekiranya dia dari kalangan saudara kami daripada golongan Khazraj, perintahkanlah aku nescaya aku akan melaksanakan segala perintahmu itu.

Saidatina Aisyah berkata: Mendengar kata-kata tersebut lantas Saad bin Ubadah bangun. Dia adalah penghulu golongan Khazraj, seorang yang soleh tetapi kadang-kadang dia cepat radang kerana bongkak. Dia menjawab kepada Saad bin Muaz: Engkau bohong! Demi Allah engkau tidak dapat membunuhnya dan tidak mampu untuk membunuhnya! Lalu Usaid bin Hudair sepupu Saad bin Muaz bangun menjawab kepada Saad bin Ubadah:Engkau bohong! Demi Allah, kami akan membunuhnya. Engkau seorang munafik yang membela orang-orang munafik. Maka terjadilah pertengkaran hebat antara golongan Aus dan Khazraj, sehingga mereka hampir membunuh antara satu sama lain.

Rasulullah s.a.w masih tetap berdiri di atas mimbar. Rasulullah s.a.w tidak henti-henti menenangkan mereka sehinggalah mereka terdiam kerana melihat Rasulullah s.a.w diam. Saidatina Aisyah berkata: Melihat keadaan itu aku menangis sepanjang hari. Air mataku tidak berhenti mengalir dan aku tidak dapat tidur sehinggalah pada malam berikutnya. Dua ibu bapaku menganggap tangisanku itu boleh membawa kepada terbelahnya jantungku. Ketika ibu bapaku menunggu aku, seorang perempuan Ansar datang meminta izin menemuiku. Setelah aku mengizinkannya, dia terus masuk lalu duduk sambil menangis.

Saidatina Aisyah berkata: Ketika itu Rasulullah s.a.w masuk memberi salam, lalu duduk bersama aku. Saidatina Aisyah berkata: Baginda tidak pernah berbuat demikian sejak berlakunya fitnah terhadapku sebulan yang lalu. Wahyu juga tidak diturunkan kepada baginda mengenai keadaanku. Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w mengucapkan Dua Kalimah Syahadah ketika duduk kemudian bersabda: Wahai Aisyah! Aku ketahui berbagai cerita telah diperkatakan tentang dirimu. Jika engkau memang tidak bersalah, Allah pasti tidak akan menyalahkan kamu. Tetapi seandainya engkau bersalah, pohonlah keampunan daripada Allah dan bertaubatlah kepada-Nya kerana sesungguhnya apabila seorang hamba mengaku berdosa, kemudian bertaubat nescaya Allah pasti akan menerima taubatnya.

Saidatina Aisyah berkata: Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w selesai bersabda, aku bertambah sedih sehingga tidak terasa air mataku menitis. Aku berkata kepada ayahku: Jelaskanlah kepada Rasulullah s.a.w mengenai apa yang baginda katakan. Ayahku menjawab: Demi Allah! Aku tidak tahu apa yang harus dijelaskan kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian aku berkata kepada ibuku: Jelaskanlah kepada Rasulullah s.a.w. Ibuku juga menjawab: Demi Allah! Aku tidak tahu apa yang harus dijelaskan kepada Rasulullah s.a.w. Lalu aku berkata: Aku adalah seorang gadis muda. Aku tidak banyak membaca Al-Quran. Demi Allah! Aku tahu bahawa kalian telah mendengar semuanya itu sehingga tetap bersemadi di hati kalian, malah kalian mempercayainya. Jika aku katakan kepada kalian bahawa aku tidak bersalah, Allahlah yang mengetahui bahawa aku tidak bersalah, tetapi kalian tetap tidak mempercayaiku. Begitu juga sekiranya aku mengakui melakukan kesalahan, Allahlah yang mengetahui bahawa aku tidak bersalah dan kalian tentu akan mempercayaiku. Demi Allah, aku tidak mempunyai contoh yang tepat untuk aku dan kalian kecuali kata-kata yang disebut oleh ayah Nabi Yusuf a.s:  فَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ  Yang bermaksud: Kalau begitu bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongan mengenai apa yang kamu katakan itu.

Saidatina Aisyah berkata: Kemudian aku beredar lalu berbaring di tempat tidurku. Saidatina Aisyah berkata: Demi Allah! Pada saat itu aku yakin diriku tidak bersalah dan Allah akan menunjukkan bahawa aku tidak bersalah. Tetapi Demi Allah! Aku tidak menyangka bahawa wahyu akan diturunkan tentang permasalahanku kerana persoalanku adalah terlalu remeh untuk difirmankan oleh Allah s.w.t. Namun begitu aku mengharapkan agar Rasulullah s.a.w melihat dalam mimpinya bahawa Allah s.w.t membersihkan aku dari fitnah itu. Saidatina Aisyah berkata: Demi Allah! Rasulullah s.a.w tidak beredar dari tempat duduk baginda dan tidak ada seorangpun di kalangan keluarga kami keluar. Apabila Allah s.w.t menurunkan wahyu kepada Nabi-Nya, baginda kelihatan berubah. Baginda duduk membongkok sambil berpeluh bagaikan mutiara pada musim sejuk kerana beratnya menerima firman Allah s.w.t yang diturunkan kepada baginda.

Saidatina Aisyah berkata: Setelah itu Rasulullah s.a.w terus ketawa. Ucapan pertama baginda selepas menerima wahyu tersebut ialah sabdanya: Bergembiralah, wahaiAisyah! Sesungguhnya Allah s.w.t telah membersihkan kamu! Lalu ibuku berkata kepadaku: Bangunlah berjumpa Rasulullah s.a.w. Aku menjawab: Demi Allah! Aku tidak akan bangun berjumpa baginda. Aku hanya akan memuji kepada Allah s.w.t kerana Dialah yang menurunkan ayat Al-Quran menyatakan kebersihanku. Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat  إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ  Yang bermaksud: (Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu) sebanyak sepuluh ayat. Allah s.w.t menurunkan ayat-ayat tersebut yang menyatakan kebersihanku.

Saidatina Aisyah berkata: Lalu Sayidina Abu Bakar orang yang selalu memberi nafkah kepada Mistah kerana dia adalah salah seorang daripada kaum keluarga Abu Bakar dan seorang miskin berkata: Demi Allah! Aku tidak akan memberikan nafkah kepadanya lagi selepas dia memfitnahkan Saidatina Aisyah r.a. Sebagai teguran terhadap tindakan itu Allah s.w.t menurunkan ayat وَلَا يَأْتَلِ أُولُوا الْفَضْلِ مِنْكُمْ وَالسَّعَةِ أَنْ يُؤْتُوا أُولِي الْقُرْبَى sehingga ayat أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ Yang bermaksud: Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya di antara kamu bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum keluarga sehinggalah kepada firman Allah s.w.t yang bermaksud: Tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu. Hibban bin Musa berkata:Abdullah bin Al-Mubarak menyebut: Inilah ayat yang paling aku harapkan dalam Kitab Allah. Abu Bakarberkata: Demi Allah! Memang aku inginkan keampunan Allah s.w.t. Lalu Abu Bakar kembali memberikan nafkah kepada Mistah sebagaimana biasa dan berkata: Aku tidak akan berhenti memberi nafkah kepadanya.

Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w pernah bertanya Zainab binti Jahsyin isteri Nabi s.a.w tentang masalahku: Apakah yang engkau ketahui atau apakah pendapatmu? Zainab menjawab: Wahai Rasulullah! Aku selalu menjaga pendengaran dan penglihatanku. Demi Allah! Apa yang aku ketahui hanyalah kebaikan. SaidatinaAisyah berkata: Dialah dari kalangan isteri-isteri Nabi s.a.w yang membanggakan aku. Allah s.w.t mengurniakan kepadanya sifat warak berbanding dengan saudara perempuannya iaitu Hamnah binti Jahsyin yang turut serta menyebarkan fitnah. Maka celakalah dia bersama orang-orang yang celaka!



p/s..peringatan buat diri dan juga sahabat..=)

Thursday, February 17, 2011

HARI-HARI TERAKHIR

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahuakbar..subhanallah..walhamdulillah..

sendu tangisku..
hati seakan-akan dirobek keras tika membaca satu sms dari sahabat..

"hari ini hari terakhir kita semua belajar di apium nilam puri..tiada lagi masa untuk kita ulang alik ke bilik kuliah..kesedihan untuk meninggalkan Apium Nilam Puri semakin terasa..persoalan timbul di fikiran..Adakah telah aku jalankan amanah yang diberi oleh Allah untuk diri ini aku laksanakan..amanah sebagai seorang penuntut ilmu,,apa yang aku dapat selama 2 tahun aku belajar disini..Allahuakbar..cepatnya masa berlalu..moga-moga Ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan disisi Allah s.w.t dan akan memberi manfaat pada orang lain..InsyaAllah,sama2 muhasabah diri.." 10.33 pm

seNdu SeOrang PeNgeMis




setiap pertemuan pasti ada perpisahan..mereka akan rasa kepahitan perpisahan apabila tikat tautan rabithah kami selama 2 tahun..ada yang setahun..
itu tak penting..selama mana kita bersahabat..kita tetap sahabat..
janji!!!
air mata ingin melonjak-lonjak keluar dari kelopak mutiara..

sudah mengalir tika jamuan perpisahan bekas majmuah 5 09/10..
hari-hari bermakna bagi kami tika bersama sahabat bekas majmuah,hari yang tak dapat kami lupakan..indah..
kami bertukar-tukar hadiah..tukar-tukar pesanan..tukar-tukar kenangan bersama..
sedih tika menyampaikan pesanan..lebih-lebih lagi saat itu diiringi alunan lagu nasyid persahabatan..itu membuatkan ana lagi sedih..
ana cuba tahan..tapi tak mampu..ana terlalu sensitif bab2 berpisah..ana takut..takut dilupakan sahabat..
mungkin diri ini tak akan dikenali lagi..
lebih-lebih lagi semua sibuk dengan aktiviti masing-masing..
apakan tidak lepas alam rumah tangga..
jauhnya ana pergi..

setiap bait kata diambil..disematkan dalam hati..kuncikan..

kuliah terakhir bersama pensyarah..
menjadi titik tolak kenangan diabadi..
segala pesanan..

kuliah bulughul maram bersama Timbalan Pengarah..
Dr Mohidden..
pesanannya kami sematkan dan disimpan sebaik mungkin untuk bekalan..

bertapa rindunya ana kepada mereka kelak..ustazah wan rohani,ustaz azrien,ustaz Hazrul,T.saiful Nazirah,Ustazah Thuraya,ustazah Syarifah,Ustazah Syukriah..


banyak khibrah ana coret bersama mereka..
lebih-lebih lagi DEBAT..


khibrah debat kali kedua selepas sem 3 dahulu..
masa sem 3 tak serius sangat..
sem 4 agak serius kerana ala-ala pertandingan..Alhamdulillah,berkat usaha..menang untuk kali pertama semasa lawan ngan majmuah 1..sebelum tu??
tak menang lagi..rezeki baru tiba..
sama-sama kerah tenaga bangkitkan nama majmuah 3

jamuan akhir majmuah 3 semester 4..

ana sedikit tak puas hati..kawasan BLOk AL-GHAZALI menjadi kawasan santapan (kantin)
apakan daya..majoriti setuju..
tapi tidak bagi ana..akur demi sahabat..
ana ibarakan tempat itu seperti gua yang penuh dengan makhluk berbisa..
bisa menerkam mangsanya pada bila-bila masa sahaja..dan sentiasa diperhatikan..
ana tak selesa..
tapi kuatkan jua hati ini..
jaga kelakuan..adabku sebagai mahasiswi Islam..

tapi ana sedikit gembira apabila bersama sahabat..
bermesra..kongsi cerita..kongsi pendapat..kongsi ilmu tika menunggu makanan siap untuk disantap..makan bersuap..untuk menambahkan lagi perasa kasih sayang diantara kami tanda kemesraan..
Alhamdulillah..indahnya saat itu walaupon hanya sebentar cuma..


adapun sahabat yang akan berangkat ke terengganu esok..untuk meneruskan rehlah mahabbah mereka..ana trak ikut..
dilarang keluarga ana..
lagipun berat bagi ana..kerana sedikit pincang dalam proses pengembaraan kesana..
ana tak suka..
muslimat dan muslimin dalam satu kenderaan..mungkin mereka terpaksa..
ana tak sanggup melihat mereka begitu..
hanya doa ana yang dapat mengiringi pengembaraan mereka..
mencari ketenangan agaknya sebelum menempuhi imtihan tak lama lagi..


jaga diri sahabat ku..
jaga hati tika disana nanti..


“Aku mencintai sahabatku dengan segenb jiwaku.Sahabat yang baik adalah seiring denganku dang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.Semakin ramai sahabat,semakin aku percaya diri.Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka.Jika aku dapat,aku ingin setia padanya”....(IMAN SHAFIE)

Tidak kira sekuntung bunga itu harum atau tidak,tumbuhnya tetap di tanah.Begitu juga bulan tidak kira apa bentuknya,tempatnya tetap di langit,dan begitu juga perhubungan kita tidak kira jauh atau dekat,jumpa atau tidak,tempatnya tetap di dalam hati,sesungguhnya nilai persahabatan itu lebih bermakna dari segalanya......”

ku akan selalu mengingatimu sahabat..suka duka tika kita besama mengharungi pelbagai mehnah hidup yang melanda..


sesungguhnya kita adalah saudara..


kerana mafhum dari firman Allah


"setiap muslim adalah saudara.."(alhujurat 10)


semoga ukhuwah kita mekar di pintu Jannah..insyaAllah..Amin






click to create your own

Asif JidDaN..aNa Tak MampU

                                           BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

kalimah berkat..semoga ia sentisa menjadi halwa telinga kita..tak kira dimana..tak kira masa..
salam rindu kepada Baginda Rasulullah s.a.w..dan ahli keluarganya..para sahabat juga tabi' dan tabi'en ..
layakkah salam ku dijawab??


sendu hati seorang pengemis..
ingin mengungkapkan satu kata..


maaf!!!
asif jiddan..
ana tak mampu..tak mampu untuk menjaga hati ana..
ana dah langgar janji ana..janji pada diri sendiri..
ingin kembali mentajdidkan niat..


Astaghfirullahala'zim3x..


mungkin antum semua pelikkan..
maaf pasai ape..
tiba2 je mintak maaf..
huh..
salah ana..


bermulalah satu cerita..


FACEBOOK!!
satu laman sosial yang tak asing lagi bagi umat manusia zaman ini..
satu laman sosial yang dahulunya jelek bagi ana..
menyampah..kalau ada orang tanya enti ada fb tak..??
terus ana gelengkan kepala..
tak..
kenapa??
lagha..
itulah yang menjadi alasan ana setiap kali ada yang bertanya soalan yang sama..
suatu hari..
ana terbaca entry seorang sahabat..tentang hikamah..dakwah melalui fb..katanya setiap yang buruk ade hikmahnya..


ana cuba untuk belajar untuk berdakwah melalui fb..
elak daripada perkara melaghakan..kata biarlah mutiara..
untuk peringtan diri dan juga sahabat..


sebelum dikenali..dan sememangnya tak mahu dikenali..ana wat nama yang tak pernah mereka kenali..hatta sahabat baik ana sendiri x tahu ana ada fb..
bukan niat untuk berahsia..tapi malu..
takut diri tak kuat..
ana nak belajar..blajar tegur sahabat..blajar apa itu dakwah..
lama kelamaan ramai yang tahu ana ada fb
sememngnya sukar bagi ana..
lebih-lebih lagi ada yang cuba nak jadi kawan..muslimin..terfikir..patutkah..
mungkin dia boleh ambil sesuatu ibrah daripada setiap apa yng ana postkan..
mulu-mula ana abaikan..kemudian ana cuba kuatkan diri..


tapi tak kekal lama..ana tak kuat macam sahabat lain..
ana takut..
takutkan fitnah..
fitnah hati..


ana cuba bertahan..
tak boleh..


ELAK FITNAH


kemudian ana ambil keputusan..remove friends..
semua skali sahabat muslimin..
asif jiddan..
ana takut fitnah..



           Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain..
dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah...
Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan,
      Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’
 Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
       

kebanyakan semua orang tahu termasuk mereka..
ana tak banyak cakap dengan mereka..
kata-kata yang keluar hanya yang perlu..


masa sem 1 & 2..majmuah 5 dulu..
mereka nampak ana ,macam anti muslimin..
tak..bukan begitu..mereka silap..
lebih-lebih lagi ketika satu kelas bersama mentor yang mana kami bangkitkan persoalan tentang persetujuan muslimat untuk naik ke pentas..
mas'ul tanya..sape yang setuju sape yang tak setuju..


ana pantas mengangkat tangan tanda tak setuju..


pusing ke belakang,tengok kanan,tengok kiri,
baru peran..hanya ana sorang je yang angkat tangan..


alamak..menggelabah ana saat mas'ul tanya kenapa tak setuju..
ana keluarkan hujjah ana..


apa yang ana bangkitkan,apa yang ana pertahankan adalah elak dari fitnah..
ramai yang setuju muslimat naik atas pentas untuk menyampaikan sesuatu..


jelas..ana tak suka melainkan semua penonton adalah muslimat..
sememangnya sejak dulu..sudah menjadi biah disini muslimat tak dibenarkan naik pentas..
ana tak setuju!!!!!!
muslimat tak semuanya boleh jaga kelakuan mereka atas pentas..
muslimin tak semuanya boleh jaga hati tika muslimat naik kepentas..
lebih-lebih lagi bila diiringi sorak sorai dari muslimin..
ana tak suka!!!!!!!!!


ana pernah khitabah kat depan dewan..Alhamdulillah.bukan atas pentas..tapi bawah pentas..ana tak suka kedudukan ana lebih tinggi dari penonton muslimin..
malu boleh ana elakkan tapi..fitnah..
susah..


begitu juga sem 3 & 4..tika bersama majmuah 3..
ramai juga dikalangan kepimpinan..


ana juga tak banyak cakap..
suara ana hanya keluar masa hisshah..
sesi pembelajaran..hanya soalan,pembetangan,pendapat sahaja diutarakan kepada muhadhir dan muhadhirah..asatatizah dan ustazat..




maaf sekiranya lari dari tajuk..


sememangnya facebook adalah kain dakwah tercorak luas..
tapi ana tak suka di tag digambar ana..terpampang gambar muslimat yang pelbagai aksi..
bertudung labuh..berjubah..tertutup aurat..
tapi aksi..itu juga aurat sahabat..


         Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah.begitu juga aib kita sahabat..rela antum semua bocorkan aib sahabat sendiri..
         seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima 
dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah


Ya Allah sedarkanlah mereka...ku merayu ya Allah..


tolonglah..siapalah ana untuk nasihati mu sahabat..
takkan ana nak biarkan aib ana dimamah pandangan ajnabi..


huh..sahabiah sendiri sukar untuk ana tegur..inikan pula sahabat muslimin..
ana lemah sahabat..ana lemah lagi..


maaf sangat..ini untuk kemashlahatan kita sahabat..untuk masa depan hati kita..masa depan Islam kita juga..


p/s:peringatan buat diri dan juga sahabat..









Tuesday, February 15, 2011

nama yang tersurat..

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah wasyukurillah..rahmat Allah sekalian alam..masih dinikmati seluruh makhluknya..tak kita yang beriman mahu pun tidak..Allhuakbar..Dirimu amat Pemurah lagi Maha mengasihani..
salam junjungan rindu  keatas nabi kita Muhammad s.a.w..salam maulud disampaikan untuknya..
semoga ia membalas selawatku..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..




tanggal 12 rabiul awwal 1432..


mauludnya disambut sekalian alam..sejak dilahirkan
pelbagai peristiwa-peristiwa pelik telah berlaku saat utusan Allah itu dilahirkan..


ana ingin kongsikan serba sedikit apa yang ana telah baca dalam satu laman web..
untuk prkongsian bersama..


Keajaiban dunia sempena kelahiran Rasulullah s.a.w....................



"Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.

2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.

3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap. Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata `Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.Lalu membelah dada baginda dan mengeluar kan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir"



...........................................................................
Muhammad..
Nama yang tak asing lagi di dunia ini..


pembuka segala pintu kebenaran..
cahaya yang dibawanya menutup segala kegelapan kejahilan manusia..
subhanallah dirimu diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia..


akhlak yang dahulunya melebihi dari binatang
bahkan lebih daripada itu..
sanggup menanam anak sendiri..
merendahkan martabat kaum wanita..
zina dan arak menjadi satu kemestian..


tidak disangka-sangka..
ia berlaku pada zaman ini..
zaman kita sahabat...


ya zaman kita sahabat..
sedarlah..
kita ummat akhir zaman
maka tiada ummat lain yang hidup selepas kita..


dimana rasa cinta kita terhadap Nabi kita sendiri sahabat.. dimana????
sunnahnya sudah ditinggalkan kebelakang..
qudwah kita..bukan kali baginda..
lihatlah zaman skarang..
yang rambut terpacak dijadikan qudwah..
yang tak cukup kain kita jadikan qudwah..
yang melalak-lalak atas pentas kita jadikan qudwah..


(maaf skiranya ia agak kasar)


itulah dunia sekarang..
nasib agama kita sekarang..
dipermain-mainkan oleh penganut sendiri..dimana sensitiviti kalian sahabat..
mungkin baginda sudah kering air mata melihat cara hidup kita sebenar..setiap hari baginda menangis..
setiap masa..
kita lupakan apa yang telah dia bawakan khas ungtuk kita..


Ya Allah..berdosanya diriku...


benarlah..


'Islam datang secara dagang dan pergi juga secara dagang...'




Ya Allah..ampunilah hambaMu ini..ampunilah dosa kedua ibu bapaku..sahabat2 ku..guru-guruku..jangan kau hijabkan hatiku dengan hitam pekat dosa ya Allah..sucikanlah hati karatku ini..ku tak sanggup untuk melangkah masuk ke neraka duniamu ini ya Allah..semuanya duri bagiku..
menyakitkan..terlalu menyakitkan..selalu menusuk ketangkai hati..penuh tipu daya..
Ya Allah,jauhilah kami segala bala bencana mu diduniamu ini..bencana fitnah yangb besar Ya Allah.. 
azab mu didunia ini sangat pedih..bagaimanakah akan ku hadapi azab siksa neraka mu kelak..
amanah yang ditinggalkan Rasulullah masih belum tertunai..menjadi rantai perjuangannya masih belum cukup sempurna..
Astaghfirullahala'zim..3x


tidak layak bagiku untuk menatap wajah suci mu Ya Rasulullah..ku selalu melupakan apa yang disampaikanmu..sunnahmu selalu ku lupa.kan


kalimah rindu..
adakah ia benar dari lubuk hatiku,,,









wallahua'lam..