pernikahan akan menjadi lebih indah sekira maharnya adalah iman |
subhanallah,setelah selesai membacanya..jiwaku tersentak...menimbulkan rasa kagum kepadanya..
dia beruntung kerana segala telah dipersiapkan...dia tenang pada hari tersebut..
timbul pelbagai persoalan dalam benakku tentang hari sebenar pernikahan ana pula...
"agaknya bilakah hari pernikahan ana??"
"adakah ana akan ditunangkan dahulu atau bakal menghadapinya secara tiba-tiba..?"
"sedar tidak sedar sudah diarak keliling kampung"
"bagaimana pula dengan malam pertama.....?
subhanallah
jiwa ku menjerit terseksa..air mata mengalir laju...itulah lemahnya manusia...hanya dengan airmata dapat ku luahkan...
tapi ana tak mampu untuk mengubah ketentuan...
ana pejamkan mata... air jernih masih membasahi pipi...
lemahnya ana...kerana persiapan masih belum dibuat...
persiapan fizikal dan mahupun mental...
ana harus berlapang dada dan terus berusaha untuk terus berlapang dada kerana 'dia' PASTI hadir dalam hidup ana...
ya 'dia' calon pilihan ALLAH untuk ana......
'dia' telah ditetapkan untuk ana..walaupun tak punya rupa,tapi 'dia'lah yang membimbing ana untuk terus mendekatkan diri kepada Allah...tarbiyyahnya amat terkesan dihati ini...
ana harap semua sahabat-sahabat ana hadir dihari walimah tersebut..
tapi tarikhnya menjadi kerahsiaan Allah..
mungkin cepat..mungkin juga lambat...
mungkin bahagia bagi ana,mungkin juga sebaliknya...
ana masih ter fikir...
bisakah ana akan tenang pada hari tersebut...???
hanya pada ALLAH ana tempat ana bergantung harapan...menerima apa jua yang telah ditetapkan
ana berharap sendu pada tahajjud di setiap malam tidak sia-sia..sayup hati ini merintih padaNya...
"ya Allah semoga dihari pernikahanku kelak menjadi i'brah kepada semua sahabat-sahabat...kerana ia bisa mengajar setiap jiwa kerdil yang maha jahil...agar mereka mengerti tentang tujuan hidup ini,agar mereka sedar dunia ini hanya persinggahan...jangan biarkan mereka menghijabkan Islam dengan kejahilan mereka...ku harap pada hari pernikahanku nanti tidak mengecewakan mana-mana hati yang memburu cintaMu kerana ku tak mampu untuk memberi mereka cinta sejati...cukuplah hadirnya 'dia' membimbingku ke jalanMu ya Allah..'dia'lah yang mengajarku untuk bagaiman cara untuk memburu cintamu...Ya Allah,Engkau satukanlah hati hati-hati kami dalam majlis yang Engkau redhai..ya Allah Kau maha Mengetahui apa tidak diketahui oleh makhlukmu.."
sahabat si 'dia' yang ana maksudkan adalah KEMATIAN..pemutus segala nikmat dunia...
KEMATIAN yang bakal dirasai setiap jiwa yang HIDUP
MALAM PERTAMA di alam barzakh kelak menggetarkan setiap jiwa-jiwa ....sentiasalah kita berwaspada
ya benar,watak insyirah yang ana baca itu telah bertunang dengan KEMATIAN
dan dia selamat dilangsungkan dengan penuh ketenangan ,dihadiri sahabat-sahabat tersayang,walaupun tanpa dijemput...
...............................................................................................................................................................
1/10/2010
hehe
nak edit ckit..alhamdulillah..
ana da jumpa link tuk kisah yang ana baca tu...
klik kat sini ~insyirah~
selamat membaca...
sebelom tu sediakan sekotak tisu @ baldi kosong
wat tadah air mata..
n jgan lupa jadikan ia i'brah yang berguna untuk kita..
~kullu nafsin zaiqatul maut~
wallahua'lam
2 comments:
slmm perjuangan, moga artikel ini dapat menginsafkan kte semu... orang yang beruntung ialah orang yang selalu mengingati mati...
ya Allah..seandainya pertunangan bersama barzakh itu...segembira pertunangan bersama kekasih...masyaAllah....
betapa beruntungnya insan bertuah itu...
InsyaAllah...kita akn menghadapi hari pertunangan itu dengan tenang..dengan iringan doa anak2 yg soleh-solehah...(insyaAllah..)
dan juga insan2 lain yg menyayangi...amin...semoga doa mereka sentiasa bersama kita setiap masa..amiin..
Post a Comment