“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Thursday, September 30, 2010

MAHALNYA HARGA HUMAIRA' MU

Duhai Muslimah, ingatlah wajahmu itu bukan utk tontonan umum..KERANA

Perempuan cantik itu Tidak memandang dan tidak dipandang 

disini ada sedikat perkongsian buat muslimah diluar sana
hayatilah sebaik-baiknya...

Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang soleh.

p/s:=)
 just perkongsian dan terguran secara berhikmah
buat semua...
konklusinyer....pikir sendiri...hehehe


.........muslimah...padamu ada al-asrar yang menjadi idaman mujahid...
tersingkap al-asrar pada wajahmu dimukaddimahkan secebis
makrifat..jagalah humaira' pada wajahmu.
jagalah nur syuhudiah di qalbumu...
jagalah akhlak nubuwah pada perilakumu.
moga kita menjadi maratussolehah...
yang mana sentiasa menjaga hati untuk ILAHI

~peace in ISLAM~   =)


Wednesday, September 29, 2010

~ AsHaB Fi IsLaM ~




Assalamualiakum w.b.t
ingin ana kongsikan 
wadah ini khas  buat sesiapa yang masih tercari-cari  ashab fillah yang  dapat mendokong kita untuk turut serta dalam perjuangan suci...

 ‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
·     Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
·     Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
·     Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
·     Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
·     Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
·     Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
·     Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
·     Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
·     Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
·     Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
·     Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
·     Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
·     Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
·     Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
·     Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
·     Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
·     Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
·     Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
·     Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redhaNYA
waallahua'lam........

Wednesday, September 22, 2010

PaBiLa Hati Ku BeRkaTA

Assalamualaikum w.b.t
 salam tautan rabitah buat sahabat-sahabat yang tersayang

ramadhan telah berlalu,tirai syawal terbuka luas sejak 14 hari yang lalu
rasanya masih belum terlambat untuk ana mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN sekiranya ada kekhilafan..
tapi sedarkah kita EIDUL MUBARAK HANYA UNTUK yang FAIZIN..tapi FAIZIN kah kita..

tepuk dada tanya iman..

subhanallah
susah benar untuk ana melelapkan mata sejak akhir-akhir ni..
entahlah kenapa..
mungkin ini ujian dari padaNya yang mana memberi peluang kepada ana di saat  masa yang masih tersisa ini agar sentiasa mengingatinya ...

lemahnya jiwa si pengemis ini bila berhadapan dengan ujianNya..inilah sandiwara dunia,kadang-kadang kita hanyut jauh dari Allah..kita terlalu ikutkan nafsu yang sentiasa mahukan kepuasan..tapi yang penting sekali kita harus sedar..selalulah bermuhasabah diri,walaupun sejauh mana hubungan kita dengan Allah...
setelah menghadapi pelbagai ujian ketika di bulan Ramadhan jiwa terusik dengan tarbiyyah dariNYA..

Ramadhan!!!

terasa hiba bila memikirkan ramadhan yang lalu,kerana terbiyyahnya amat terkesan dihati,entah jumpa atau tidak ramadhan untuk ana akan datang..jiwa ini terlalu rindu pada rahmatnya..ingin sekaliku menjadi hamba yang di cintaiNya,ingin sekali ku putarkan semula masa yang telah berlalu..mengembalikan saat-saat manis ketika menagih cinta Allah di ketika itu....manisnya saat itu.
..tapi entah kenapa selepas melabuhnya tirai ramadhan semakin hari si pengemis ini makin jauh dari suluhanNya..
"ya Allah aku terlalu rindu pada dakapan maghfirahMu.."
terasa sebak bila memikirkan dosa-dosa yang sentiasa menjadi makanan jiwa..

aku hanya mengemis cintaMu Ya Allah...

masih segar diingatanku dengan
firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
 “Wahai tuhan kami,sesusungguhnya kami mendengar(seruan)yang menyeru kepada iman(iaitu) berimanlah kamu kepada Tuhan mu maka kami pun beriman.wahai Tuhan kami,ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskan kesalahan-kesalahan(dosa) kami,dan matikanlah kami bersama orang-orang yang banyak berbakti(pada agama Islam)-193:surah Ali Imran” 


 Ya Allah,semoga di setiap titisan air mata yang jatuh ke bumiMu ini ,biarlah hanya diriMU yang mengetahui,kerana diriMu sahaja yang mampu menyembuh luka yang tercalar di jiwa ku dan pemberi bahagia kepada hati dan naluri ini..ujianMu yang yang datang kerana tanda kasihMu kepada ku...terimalah taubatku...

wa'allahu a'lam...

Tuesday, September 21, 2010

~PeRniKaHan Ana~



pernikahan akan menjadi lebih indah sekira maharnya adalah iman
...Di keheningan malam ini membuat ana terfikir ana sendirian bertemankan rasa gelisah menguasai jiwa..hatiku tergerak untuk  membaca  satu kisah hidup tentang  Insyirah..dan pernikahannya .....kisah ni ana pun lupa  copy paste kat mane ntah.

subhanallah,setelah selesai membacanya..jiwaku tersentak...menimbulkan rasa kagum kepadanya..
dia beruntung kerana segala telah dipersiapkan...dia tenang pada hari tersebut..

timbul pelbagai persoalan dalam benakku tentang hari sebenar pernikahan ana pula...

"agaknya bilakah hari pernikahan ana??"
"adakah ana akan ditunangkan dahulu atau bakal menghadapinya secara tiba-tiba..?"
"sedar tidak sedar sudah diarak keliling kampung"

"bagaimana pula dengan malam pertama.....?
subhanallah
jiwa ku menjerit terseksa..air mata mengalir laju...itulah lemahnya manusia...hanya dengan airmata dapat ku luahkan...
tapi ana tak mampu untuk mengubah ketentuan...

ana pejamkan mata... air jernih masih membasahi pipi...
lemahnya ana...kerana persiapan masih belum dibuat...
persiapan fizikal dan mahupun mental...

ana harus berlapang dada dan terus berusaha untuk terus berlapang dada kerana 'dia' PASTI hadir dalam hidup ana...
ya 'dia' calon pilihan ALLAH untuk ana......
'dia'  telah ditetapkan untuk ana..walaupun tak punya rupa,tapi 'dia'lah yang membimbing ana untuk terus mendekatkan diri kepada Allah...tarbiyyahnya amat terkesan dihati ini...

ana harap semua sahabat-sahabat ana hadir dihari walimah tersebut..
tapi tarikhnya menjadi kerahsiaan Allah..
mungkin cepat..mungkin juga lambat...

 mungkin bahagia bagi ana,mungkin juga sebaliknya...
ana masih ter fikir...
bisakah ana akan tenang pada hari tersebut...???
hanya pada ALLAH ana tempat ana bergantung harapan...menerima apa jua yang telah ditetapkan

ana berharap sendu pada tahajjud di setiap malam tidak sia-sia..sayup hati ini merintih padaNya...

"ya Allah semoga dihari pernikahanku kelak menjadi i'brah kepada semua sahabat-sahabat...kerana ia bisa mengajar setiap jiwa kerdil yang maha jahil...agar mereka mengerti tentang tujuan hidup ini,agar mereka sedar dunia ini hanya persinggahan...jangan biarkan mereka menghijabkan Islam dengan kejahilan mereka...ku harap pada hari pernikahanku nanti tidak mengecewakan mana-mana hati yang memburu cintaMu kerana ku tak mampu untuk memberi mereka cinta sejati...cukuplah hadirnya 'dia' membimbingku ke jalanMu ya Allah..'dia'lah yang mengajarku untuk bagaiman cara untuk memburu cintamu...Ya Allah,Engkau satukanlah hati hati-hati kami dalam majlis yang Engkau redhai..ya Allah Kau maha Mengetahui  apa tidak diketahui oleh makhlukmu.."

sahabat si 'dia' yang ana maksudkan adalah KEMATIAN..pemutus segala nikmat dunia...
KEMATIAN yang bakal dirasai setiap jiwa yang HIDUP
MALAM PERTAMA di alam barzakh kelak menggetarkan setiap jiwa-jiwa ....sentiasalah kita berwaspada


ya benar,watak insyirah yang ana baca itu telah bertunang dengan KEMATIAN
dan dia selamat dilangsungkan dengan penuh ketenangan ,dihadiri sahabat-sahabat tersayang,walaupun tanpa dijemput...
...............................................................................................................................................................

1/10/2010

hehe
nak edit ckit..alhamdulillah..
ana da jumpa link tuk kisah yang ana baca tu...
klik kat sini  ~insyirah~
selamat membaca...
sebelom tu sediakan sekotak tisu @ baldi kosong
wat tadah air mata..
n jgan lupa jadikan ia i'brah yang berguna untuk kita..


    
         ~kullu nafsin zaiqatul maut~

           wallahua'lam

Thursday, September 2, 2010

SeOrAnG GaDiS ItU....

Seorang gadis itu 
yang lembut fitrah tercipta,
 
halus kulit, manis tuturnya,
 
lentur hati ... telus wajahnya,
 
setelus rasa membisik di jiwa,
 
di matanya cahaya, dalamnya ada air,
 
sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka,
 
ceritera hidupnya ...
 

seorang gadis itu ...
 
hatinya penuh manja,
 
penuh kasih sayang semuanya,
 
cinta untuk diberi ... kasih untuk dirasa ...
 
namun manjanya bukan untuk semua,
 
bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat,
 
bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong ,
 
pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta,
 
lembutnya bukan lemah,
 
tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...
 

seorang gadis itu ...
 
teman yang setia,
 
buat Adam dialah Hawa,
 
tetap di sini ... dari indahnya jannah,
 
hatta ke medan dunia,
 
hingga kembali mengecap nikmatNy
a ...
 

seorang gadis itu ...
 
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya,
 
tabah & tenang sikapnya, teman ar-Rasul,
 
pengubat duka & laranya ... bijaksana ia,
 
menyimpan ílmu, si teman bicara,
 
dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah,
 
dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
 

seorang gadis itu ... 

 bisa setabah Maryam, 
meski dicaci meski dikeji,
 
itu hanya cerca manusia,
 
namun sucinya ALLah memuji ...
 
seperti Fatimah kudusnya,
 
meniti hidup seadanya,
 
puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda,
 
suaminya si panglima agama,
 
di belakangnya dialah pelita,
 
cahaya penerang segenap rumahnya,
 
ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah,
 
dengan dua tangan tegar melindung khalifah,
 meski akhirnya bermandi darah, 
meski akhirnya khalifah rebah,
 
syahid menyahut panggilan Allah .
 

seorang gadis itu ...
 
perlu ada yang membela,
 
agar ia terdidik jiwa,
 
agar ia terpelihara ... dengan cinta Rabbnya,
 
dengan rindu Rasulnya ... dengan yakin Deennya,
 
dengan teguh áqidahnya,
 
dengan utuh cinta yang terutama, Allah dan juga RasulNya,
 
dalam ketaatan penuh setia .
 
pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...
 

seorang gadis itu ...
 
melenturnya perlu kasih sayang,
 
membentuknya perlu kebijaksanaan,
 
kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan,
 
tanpa jemu & tanpa bosan,
 
memimpin tangan, menunjuk jalan ...
 

seorang gadis itu ...
 
yang hidup di alaf ini,
 
gadis akhir zaman,
 
era hidup perlu berdikari ...
 
dirinya terancam dek fitnah,
 sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, 
tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya,
 
kerana dihambur ucapkata nista,
 
hanya kerana dunia memperdaya ...  
 

kerana seorang gadis itu,
 
yang hidup di zaman ini ...
 
perlu teguh kakinya,
 
mantap iman mengunci jiwanya,
 
dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah,
 
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
 dalam perjuangan menggapai cinta, 
nikmat hakiki seorang hamba,
 
dari Allah yang menciptakan,
 
dari Allah yang mengurniakan,
 
seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!
 

seorang gadis itu ...
 
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, da'ieyah & mujahidah,
 
pejuang ummah ... anak ummi & ayah,
 
muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu,
 
membentuk anak-anak ummah,
 
rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...
 

seorang gadis itu ...
 moga akan pulang, 
dalam cinta & dalam sayang,
 
redha dalam keredhaan,
 
Tuhan yang menentukan ...
 

seorang gadis itu dalam kebahagiaan!
 
Moga ar-Rahman melindungi,
 
merahmati dan merestui,
 
perjalanan seorang gadis itu ...
 
menuju cintaNYA yang ABADI!  
 
amin...


p/s: =) buat muslimah yang disayangi....
bersyukurlah kita kerana dilahirkan kedunia ini sebagai perhiasan dunia..sesungguhnya seindah-indah hiasan adalah wanita solehah...
semoga kita adalah diantara muslimah yang diangkat darjatnya sebagaimana Allah  meninggkat darjat para wanita solehah ketika zaman Rasulullah s.a.w...

Waallahua'lam