“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella
Showing posts with label CORETAN QALB. Show all posts
Showing posts with label CORETAN QALB. Show all posts

Sunday, June 16, 2013

PuiSi Tak BerLagu

Bismillah

Alhamdulillah. Allah masih menganugerahkan diriku nafas untuk terus menghirup kesegaran udaraNya. Walaupun kadang-kadang Allah turunkan udara yang kurang enak.. Sakit.. menusuk hati, jantung dan paru-paru. Jentikan Tarbiyyah dariNya. Kerana ujian, ia sering meragut resah, gelisah dan lemas tanpa kesegaran udaraNya ( kembali kepada Allah ). Selawat dan salam keatas junjungan Rasulullah s.a.w, sahabat-sahabat baginda serta ahlul Bait.

Puisi adalah bahasa hati, lantunan jiwa.. tatkala ana sunyi, melayan perasaan. ana akan melakar puisi-puisi sebagai luahan hati. Adakala, sedih maka sedihlah puisi itu. bahasanya seperti meminta simpati, bergenangkan air mata puisi.
Puisi yang paling ana suka ialah berkaitan dengan diri, tazkiyatun Nafs dan juga puisi Cinta. Puisi cinta itu ana akan bingkiskan untuk sahabat. Sahabat yang amat ana sayangi. Sahabat yang sudah menjadi sebahagai dari kecintaan ana.

Puisi ana adalah puisi tak berlagu, mengenangkan rasa yang sedang menemani hati. Rindu. rindu dan rindu. tanpa melodi, tanpa penyanyi, malah alat muzik. Hanya lirik melukut kaku. dipentas usang yang sunyi. tiada penonton, tiada suara.

Ibarat hilang dari jiwa, rama-rama ana juga hilang seperti puisi tak berlagu. Bisu. perginya tanpa khabar. perginya tanpa berita.
Maaf sahabat-sahabat. misiku ingin mencari dirinya. Bukan bermakna ana meninggalkan kalian. Ana hanya ingin mencari sesuatu yang hilang. Ingatlah diriku masih ada dihadapan. menanti kata. menanti cahaya. mengharap sokongan. supaya kalian membantu diriku untuk mencari rama-rama yang hilang. Ana mengharap kalian masih sudi untuk merindui diriku. masih lagi ingin menebar cinta padaku. Allah~

Mengenangkan sahabat. mengenangkan cinta hati, namun kekuatan cinta itu seperti lemah seketika, Allah. Rindunya ana pada kalian. Hanya mampu menyalahkan diri, adakah silapku yang kurang memahami,?? Tapi.. bagaimana pula hatiku, mengapa kalian pula sukar untuk memahami diri ini. Bukan niatku untuk mengguris hatimu. kerana tidak rela air mata ini jatuh dihadapan kalian, diriku hanya mampu lari dari kenyataan. Air mata bukan mahar cinta kita. Biarkan diriku sahaja yang menikmatinya. berselindung dari yang nyata.



Bonda!!, Adinda.. Maafkan diri ini. ada masanya, rama-rama itu pergi. meninggalkan diri ini. membantu diriku, untuk mencari persoalan yang sedang menghiris sebuku hati. perginya hanya ingin melerai kepedihan. Sekarang, diriku mengambil keputusan untuk mengembalikan dirinya, zalimnya diriku membiarkan dirinya pergi sendiri. sedang ana mencari, gelisah..mungkin dirinya sesat dalam mencari jalan pulang.

Sesalan yang bermula, dalam membiaskan cahaya, ana tersilap cara. dalam memilih kata, hati ana terbahagi dua.

Bonda!! Adinda.. mungkin kalian masih belum masak mengenal diri ini. bagaimanaku menangangi segala permasalahan. pada mulanya berat untukku berkongsi tidak mahu kalian terbeban, apatah lagi sekarang kita masih dalam medan perang. dewan exam sentiasa menunggu pejuang-pejuang hadir bertempur. Dikala ini, kita diuji pula dengan dengan ujian lain, kerana diriku. bukan dirimu. Maaf Bonda, adinda. kerana puisiku adalah puisi yang tidak berlagu. tiada suara penatian yang tak sudah. kerana dirimu adalah melodi dan rentak yang bakal melunakkan puisiku.

Seperti yang dijangka, perkongsianku tidak terbela. keranaku, kesakitan memindah kapada kalian. malah bertambah. ketakutan yang ku fikirkan telah menghantui. Kerana itu, ku mengelak untuk berkongsi. Diam disaat dirimu mengaju pertanyaan.

"Abaikan" Kataku. Menahan air mata. Ego. Ana berlalu meninggalkan mereka. Maaf Bonda, adinda. sukar untuk meluah rasa. Ini sudah menjadi tekaan yang benar, peristiwa menyakitkan itu akan 'tetap' terjadi. dan sememangnya terjadi. Walaupun masalah itu diwasilahkan kepada Bonda untuk membantu anakanda kembali. Namun, bagiku percuma. bukan desakan yang ku pinta. tetapi kata-kata semangat dan nasihat darimu... dari kalian.

"HANYA MEMERLUKAN MASA". ingin saja ku bisikkan kata ini kepadamu. tetapi terburunya kalian ingin menyelesaikan masalahku. Benar,, kalian belum mengerti. Maaf.. kita masih belum cukup untuk mengetahui tentang masing-masing.

Namun, Mungkin korbanku percuma, kerana tiada hasil menghilang resah hati kalian. kerana resahku. Kalian tertanggung. keresahan bertambah kerana kedegilanku. Maaf Bonda, adinda. Keresahan itu sudah ku buang jauh-jauh. melemparkan ia dicuram. melemparkannya ke laut. supaya ia tidak kembali. Tetapi, terbit resah lain hadir menemani, resah memikirkan dirimu. Amarahmu masih belum terpadam. kerana sikapku.
Adinda tetap datang untuk membantu, namun dia juga tidak mampu menafsir amarahmu kepada ku.

Hari-hariku hanya mampu berfikir tentangmu.. Lelah dengan kesilapan diri..

Menjadi persoalan.. Adakah lelahku terbela?? hanya mampu bertahan dan bersabar menyimpan rahsia yang sebenar.

Maafkan anakanda Bonda.. Maafkan kekanda adinda :'(

Bonda.. Ku menunggu dirimu membiaskan cintamu.. Adinda.. Tunggu kepulanganku.. membawa kembali rama-rama yang hilang, terima kasih atas doamu agar bertemu rama-rama yang dihias dengan kecantikan ketaqwaan dan keayuan iman.Tidakku nafikan rindu yang mengalung diriku pada kalian sudah memberat bahuku. Semalam kita bersama.. semalam juga kita diuji..Ku tahu ada yang terkilan dihatimu Bonda. Bisikkan pada hati, apakah erti cinta kita... :'(

Terima kasih atas segalanya... segala-galanya... segala-galanya...Ku titipkan doa buat kalian dalam setiap baris kata dikalung doaku..

:: Bonda Srikandi Islami.. Adinda Nur Syuhadiah ::



Rumah Sewa Yang Gemilang
11.44 pm
16/6/2013




Friday, February 10, 2012

Tidak Akan ku Melangkah Pergi

Tidak akan ku melangkah pergi …
sebelum destinasi itu ku jejak berdiri . Dengan teguh, akanku pasakkan panji kegemilangan, megah berkibar di puncak perjuangan…

mengunci tapak dari mengudur kebelakang.. agar ia sentiasa melangkah ke hadapan
TIdak akanku melangkah pergi ….
sebelum kuintai kotor semalam.. melekat kemas dicelahan bekas-bekas yang retak.. akan ku hapuskan dgn daya dan air mata,agar ianya tidak lagi berakar pilu sehingga menutupi ruang – ruang kebahagiaan ..

 Tidak akan ku melangkah pergi,…
sebelum ku gilapkan dahulu cahaya itu, sehingga ianya bergemerlapan menyinari bejana alam, agar tidak lagi dicemari oleh hati-hati hitam yng menyirnakan sebuah pengharapan...

Ya ..tidak akan ku melangkah pergi …
sebelum ku cantas dahulu mimpi2 yg bertandang.. yg hanya menjanjikan busuknya nikmat keduniaan.. menfitnahkn harumnya kuntuman kenyataan..

Akan ku melangkah pergi.. 
bila menggenggam sejuta misi kehidupan.. bila menggapai abadi harapan.. bila matlamat disandarkan pertolongan.. bila Yang Esa meredhai kesetiaan..

~ nukilan rabak si pengemis~
11/2/2012
3.4o am
kolej kediaman ungku aziz


Sunday, October 30, 2011

KeMbaLI bICaRa

Bismillahirramanirrahim..
Indahnya pagi,dhuha menyambut..
Alhamdulillah.. rupaya diriku masih bernafas.. masih sempat untuk untuk mengangkat kandung taubat.. ^^


sudah lama jemari ini tak menari-nari dipentas keyboard beralunkan melodi harmoni suasana sepi..


sepi seketika..


Lesu tanpa khabar Iman...


Entry sebelum ni pun sekadar kopipes dari laman saudara2 ana.. 
manakan tidak,hari-hari yang bertamu hanya membekalkan masa 24 jam sahaja.. 
kerja masih bertimbun..
benarlah kata-kata syeikh Hassan Al-Banna,kerja melebihi masa yang ada.. 
xpa sekurang-kurangnya sahabat2 maya masih terisi walaupun hasil orang lain..
ilmu bukan milik mutlak kita ^^.. 
jadi ilmu yang ada dan diperolehi disebarkan bersama..^^
sabda Rasulullah s.a.w
"sampaikanlah dariku walau satu ayat"



RASA KURANG..


jika dilihat dan diteliti.. blog ana masih ada yang kurang.. 
misi menjadikan blog yang dititis tinta-tinta yang 'pelbagai' corak. Namun masih bisu dengan khabar-khabar luar.. 
Tatapan Hati..
perluas skop berdakwah.....

teringin nak menyentuh berkaitan dengan isu semasa..

cuba tuk melontar pendapat dan idea..
lebih2 lagi isu berkaitan nasional yang terlalu signifikan untuk kita peduli..


agak cacat jika bergelar mahasisiwa tapi x cakna terhadap negara sendiri...
kuasa suara mahasiswa..^^ kuasa lidah mencantas bibir2 korupsi..


insyaAllah.. 


Nantikan...~ 

Thursday, June 23, 2011

KENANGAN BOLA TIN


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat sekalian..diharapkan sentiasa sihat hendaknya dalam pelukan maghfirah Tuhan..

Suka ingin ana kongsikan bersama antum secangkir pengalaman cilik ana dahulu..



Entah kenapa,tiba-tiba fikiran ana kembali mengunjungi kembali zaman silam..seperti pita rakaman yang di ulang siar,bermain-main difikiran..membuatkan ana tersenyum keseorangan..setiap orang ada zaman indah tersendiri,lebih-lebih lagi zaman kanak-kanak yang banyak bagi impak..bila berkumpul denagn keluarga sambil bercerita..hilai dan deraian gelak ketawa tak lekang..zaman ‘suci’,tanpa rakaman dosa..waktu indah jadi kanak-kanak,sememangnya manis..waktu nilah banyak ana terokai pelbagai pengalaman indah bersama geng kampung..

(Uji tahap imaginasi dan juga ingatan..^^)

Alangkah indah sekiranya zaman itu kembali untuk kali ke 2, ke 3 dan seterusnya mengikut kehendak..tapi mana mungkin masa lalu bisa diputar kembali..
manakan tidak rasa rindu mencengkam,kerana zaman itu adalah zaman ‘kain putih’,manakan sama dengan zaman remaja dan dewasa yang penuh pelbagai coretan dan contengan pelbagai warna dan lakaran..bercampur warna..yang indah ada yang kelam pun ada..tapi masa tidak boleh diputar kembali..hanya kenangan yang menggamit memori..terlakar bibit-bibit manis ukhwah..tak kira lelaki perempuan..umur pun tak semua sebaya.. apa yang penting masa tu enjoy puas2..
Masa tu macam-macam kenangan kami coretkan,.main bola tin,main sorok-sorok,main getah,main masak-masak,ten ten,kejar-kejar,teman abang mancing ikan,panjat pokok..macam-macam lagi lah,banyak sangat kalau nak senarai habis..
Tapi yang paling jadi kenangan ialah bila main bola tin..

BANG!!!..LARI…!!!!!!!!
LAGI BANYAK LAGI BEST..

Berterabur  tin susu krimmer manis pelbagai jenama yang disusun berbentuk pyramid dihentam pukulan bola..riuh suara budak –budak bertempiaran lari..
Ada sebahgian mereka menjerit,tanda arahan supaya ,melarikan diri..
Sebahagian lagi,menjerit arahan untuk kejar sebahagian yang budak-budak tadi..bola dipas untuk mengejar dan me’matikan’ pihak lawan..
Yang dikejar berusaha untuk membina kembali pyramid yang hancur..
Tercirit-cirit dihambat musuh yang emebawa bola..
Yang kena bola dah kira mati..

“lari..lari..hahaha”

“susun..susun”

“pas bola kokni..”

“jago-jago..jange we demo ni susun..hahaha”

macam-macam arahan dikeluarkan..

Itulah perkatan yang lazim didengari semasa ‘berperang’ diantara dua pihak..yang mengejar berusaha untuk menyekat kemaraan ‘musuh’ kembali ketapak binaan yang hancur.. Helai tawa memecah tak kira suasana ..pagi,tengah hari,petang..(malam off)

TEMBAK..JANGAN TAK TEMBAK..
Untuk pengetahuan antum inilah permainan lazim kami geng kampung yang selalu dimainkan pada waktu lapang…Bola tin @ di kenali bola kopi oleh masyarakat kampung adalah permainan paling popular pada zaman ana,dan juga dikampung ana di kawasan pedalaman jeli..bantai main ni paling best..Pengalaman yang paling ana tak boleh lupa semasa zaman dulu-dulu..tak kira hujan ke,panas ker..tetap berjuang dimedan permainan. Kami ada 2 medan permainan. Kawasan jiran ana yang jadi ‘mangsa’,Alhamdulillah pemilik rumah  tak kisah budak-budak main dikawasan diorang,lagipun tempat tu selalu jadi tumpuan budak-budak macam kami untuk bermain..green light dah menyala kami apa lagi..medan ke 2 ialah halaman rumah ana sendiri,..rumput jadi mangsa..dah tak berani nak tumbuh. Asyik kena lenyek je dengan kaki –kaki ‘askar’ yang sedang bertempur.

Nak main permainan ni kena kuat stamina untuk lari masa dikejar dan mengejar,daya focus yang kuat untuk shoot sasaran,daya lontaran yang pelbagai gaya untuk ‘mati’kan musuh mahupun strike pyramid tadi,..tapi yang paling penting semangat kerjasama. Sebab kita akan bergerak kerja dalam 2 team.Team A dan team B..sekiranya tean A yang jaga pyramid team B yang ‘jalan’ atau yang akan hancurkan pyramid tu. Kira 2 pihak yang dalam keadaan kondisi berperang ..selagi semua binaan tu tak runtuh 100% selagi tu lah diorang kena baling sehingga habis giliran. Bila dah complete runtuh apa lagi..lariii!!!!!..
Team A yang jaga tadi akan mengepung musuh mereka team B untuk menyekat kemaraan ke tapak binaan tadi. Team B dihalang daripada mereka membina pyramid mereka. Jadi team A bertungkus lumus menembakkan musuh dengan bola..bola tu satu ja, tapi ibarat ‘peluru’.. nak tembak kena pandai pas-pas ‘peluru’ tu dengan sahabat lain untuk menembak musuh yang dikepung.
“pekong!!!”
Bub!!
Adoila!!,pedih bila kena ‘peluru’ tajam..kena se’bam’ kat muka..bukan main perit..(siap mung pahni)..
Dah ibarat mejahidah berperang dimedan jihad..^^ macam2 ragam ada..berguling-gulung,terlompat-lompat,menyorok disebalik busut..tak ubah macam jundatullah sedang bertempur..
Bila tiba giliran team A plak jadi musuh,(saat balas dendam kena se’bam ‘ kat muka).Team B plak yang akan jaga bola dan begitulah seterusnya dan brehenti seketika bila masuk waktu solat,pastu sambung balik sehinggalah permainan tamat bila nak maghrib. Kadang-kadang tak sedar azan maghrib berkumandang..
Adik-beradik ana semua tak lepaskan peluang main bersama, dari abang long sampailah adik bongsu (masa tu adik-bradik masih 5 orang)..masa nilah nak kukuh ukhuwah adik -bradik..tapi Adat main..masa main pun bukan semua seronok,ada jugak masa kami gaduh. Tak puas hati ngan pihak lawan,macam-macamlah..main ngelat pun banyak,mana tak gaduh.. masakan lidah lagi tergigit,inikan pulak adik bradik dan satu geng..^^

Ala gaduh kami kejap je..gaduh lama-lama tak boleh,gian nak main.

 Selain itu,Golongan dewasa ambil kesempatan menjadi penonton..mereka juga terhibur bila melihat telatah kami seronok bermain. Tontonan mereka kami abaikan,bukannya bertiket pun..malah ada sesetengah mereka yang semgat lebih menyokong kami..(kebanyakan ibu bapa yang jadi penonton,jadi sokong team anak sendiri lah)

Kami main tak kenal masa. Pantang cuti sekolah. Lepas sekolah pun kami main. Campak beg,makan,solat, ajak geng main..selalunya tak perlu ajak pergi rumah,kebanyakan mereka sukarela datang membawa diri . Macam tahu-tahu time tu time kami main..jadual main diatur tanpa dirancang.
 PENGALAMAN MANIS
SEMANIS SUSU PEKAT F&N
Selalunya Yang joint bukan  budak kecik macam ana je (masa tu dalam umur 9-10 tahun),malah yang peringkat remaja taraf abang ana yang masa tu dah tingkatan pun turut main. Tak kira kecik besar,semua bantai main skali. Geng kami tak kenal jantina mahupun umur. Dulu kami semua tak kenal apa tu malu..apatah lagi ikhtilat dan batas pergaulan lelaki dan perempuan,semua campur aduk..tapi dulu tak macam sekarang.

Paling ana tak boleh lupa adalah masa main bulan puasa (ramadhan),memang cari penat..tapi yang ajaib,adalah kami langsung tak penat..mahupun dahaga sekalipun..kami main sampai nak bukak puasa,.Allahu akbar ..memang dasyat masa tu..tenaga si kecil sememangnya datang dari Allah.seronok punya pasal letih pun dah tak ingat.

Bila difikir kembali,permainan ini ibarat 2 negara yang berperang merebut kawasan . satu team pertahankan Negara diorang satau team lagi nak rampas negara tersebut,sebagai matlamat meluaskan jajahan dan pyramid yang dibina kembali setelah diruntuhkan pyramid tadi oleh pihak lawan,dan musuh membina kembali tugu,sebagai lambang kekuasaan. Permainan ni mengajar kami erti bersatu dalam mempertahankan dan membina Negara dan  serta mengembalikan keamanan..semua team main peranan dalam mempertahankan kawasan sendiri,tiada siapa yang boleh berpeluk tubuh dan mementingkan diri sendiri melepas tangan..
Tapi dulu kami hanya pandai main..tak fikir pun kerahsiaan hikmah disebalik semua ibrah tu..
Benarlah pengalaman mematangkan usia dan pemikiran..bila dah besar ni baru terfikir rahsia disebalik pahatan memori masa silam.

SEGALANYA BERUBAH.

Tapi sekarang jauh bezanya,Bila nak bandingkan budak kampung zaman dulu dengan zaman sekariang memang jauh bezanya..
Kalau dulu main bola tin yang jadi kegilaan budak-budak kampung,tapi sekarang,PSP,VIDEO GAME , ibarat telah membunuh 'kejam' permainan tradisional zaman dahulu..terus hilang di hanyut zaman ..bagai tidak adil.

Walaupun sekarang kampung ana masih riuh dengan suara budak-budak main bola sepak,tapi tak sama dengan riuh main bola tin..kerana bola sepak,sememangnya tak boleh berpisah dengan kaum adam,jadi yang mainnya budak-budak lelaki..jadi,kemana pula kaum cilik hawa..??

Tapi itu tak penting,yang penting asalkan akhlak dan sahsiah tidak berubah dari acuan sebenar terbentuknya generasi ulul Al-Bab.

Tapi rata-rata apa yang terjadi sekarang ialah bezanya tahap pemikiran..
Pemikiran budak umur 7 tahun zaman dulu tak sama dengan pemikiran budak 7 tahun zaman melenium ni..perkembangan pemikiran mereka selari dengan majunya teknologi terkini..apa tidaknya,dunia sudah tiada sempadan,bila-bila sahaja boleh rentasi tanpa sekatan,tidak hairanlah mereka cepat matang diusia hingusan.
Tapi padah bila tiada guideline dari ibubapa,.lebih-lebih lagi guide line dari sumber 
warisan ..AL-Quran dan Sunnah..

kesan dari kemajuan,akhlak anak-anak punah..permaianan alam maya seolah realiti bagi kanak-kanak zaman sekarang. ada juga aplikasikan apa yang mereka main  dalam video game di kehidupan sekarang.. sampaikan ada yang terpengaruh dengan aksi-aksi ganas watak dalam tersebut.. 


Selain itu,ada juga pernah suatu ketika ana terbaca dari keratan akhbar,yang mana diusia belum matang,mereka  sudah terjebak dengan seks bebas..sumbang mahram,jenayah dan macam-macam lagi.... 

Allahu akbar,dimana silapnya ?? pihak mana perlu ditunding jari..??

Adakah Ibubapa yang tidak mengisi ruang hati anak dengan ilmu agama??

Adakah salah penjaga yang mengabaikan amanah menjaga anak-anak??

Adakah salah guru yang tak pandai mengajar??

Adakah salah kerajaan yang tidak ambil cakna dengan mengharamkan 
penggunaan internet secara meluas??

Atau salah kita sendiri yang tidak menegur???

Sama-sama kita fikirkan..peringatan buat diri dan juga sahabat..
Wallahua’lam..








Saturday, May 21, 2011

BINGKISAN BULAN MEI..

ASSALAMUALAIKUM WBT..


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


Bila bicara tentang bulan mei..kita pasti teringat akan hari-hari yang teristimewa..teristimewa buat semua pekerja-pekerja,kerana mereka diberi pelepasan untuk bercuti pada 1 mei..teristimewa buat kaum ibu,kerana mereka akan dirai oleh anak2 yang kian membesar didepan mata dengan ucapan serta segala penghargaan oleh anak2..tak terlafaz,hanya dapat diterjemahkan dengan kasih sayang yang terpancar disebalik rona cinta seorang anak kepada ibu yang tersayang..bukan itu sahaja,ia juga istimewa buat warga pendidik..kerana hari itu segala penat lelah mereka dihargai anak murid..


HARI PEKERJA..


bila kalendar diselak disebalik bulan April,terteralah pula bulan mei,yang semestinya bulan baru yang bermula dengan angka 1..1mei..semua pekerja di seluruh pelosok negeri gembira bahagia.hari yang dinanti2 kan oleh warga pekerja..kerana mereka akan manfaatkan dengan cermat walaupn sehari cuma..ada yang bersama keluarga..ada yang bersama2 sahabat..melancong..ziarah menziarahi..relax untuk sepanjang hari..dan ada juga yang mengambil peluang untuk bersahaja dirumah tanpa melakukan apa2..
tapi..
teringat akan si ayah dan mama ana..hari pekerja tidak bermakna bagi mereka..yang mereka tahu kerja.kerja ..dan terus bekerja..ayah pekerja swasta sebagai pengawal keselamatan kat sekolah rendah..mama penoreh getah membanting tulang menolong ayah mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga..tiada rehat..bila ayah keja siang,mama ana sorang shaja yang menoreh getah datuk ana seluas 6 ekar..memang melawan fitrah wanita yang lembut tapi x beerti lemah..kalau kerja malam,siangnya ayah akan tolong mama menoreh skali,kadang2 hanya nmenebas semak sahaja untuk melancarkan pergerakan semasa menoreh,..
cuti?..
ada..time hujan,mama akan berhenti menoreh..ayah akan sambung buat rumah kami yang terbengkalai..cuti ayah hanya 1 hari dalam 2 minggu..ayah akan isikan 1 hari tu dengan macam kerja..urus lembu2 kat kandang..memukat ikan..tapi x selalu..tapi itulah yang selalu mereka buat..apa pun pekerjaan mereka itu tak penting bagi ana..walaupon bukan seorang pekerja bank,menteri,usahawan bukanlah kayu ukur untuk kita nilai tahap keberkatan rezeki pemberian Allah..asalkan rezeki halal yang mereka suapkan kepada kami anak beranak..



SELAMAT HARI PEKERJA MAMA!..AYAH!


HARI IBU..
patut ke ada hari ibu?
bagi ana tiap2 hari adalah hari ibu..bukan 8 mei je..
lau kita tengok, time raya,hari ibu kemaafan yang selalu terzahir.."mintak maaf mama kalau kami ada buat cilap" tangan disambut,pipi dicium,pelukan dirangkul kemas..ana tak tahu kehidupan ibu orang lain macam mana..jadi hanya dapat menyelak kembali lembaran sejarah diri bersama ibu tercinta..
KARIMAH BINTI MOHD NOR..semulia namanya..seorang wanita tabah..sabar..mudah tersentuh..walaupun usia kian melonjat awal 40-an tapi wajahnya masih dikatakan seperti anak dara..wlaupun mama kuat kerja tapi tiada ukiran lemah disebalik wajahnya..pagi menoreh,petang ajar mengaji..kadang2 x sempat makan..mengajar mengaji secara percuma..tiada bayaran kecuali ganjaran besar dari Allah..insyaAllah..walaupon hanya mengajar susunan IQRA' ia tetap kalimah yang tertulis dalam AL-Quran walaupun satu huruf..Allahuakbar..


mama kuat..kuat menghadapi karenah kami sepanjang proses menjadi seorang 'manusia'..itulah tugas seorang ibu,yang sanggup menumpangkan ana dalam rahimnya..pernah suatu ketika..masa tu ana sekolah rendah..kecik lagi..kehidupan kamu 10 tahun dulu perit..semasa zaman kemelesetan ekonomi..siapa yang tidak terkena tempias..hidup kami susah..tapi masih ada lagi yang lebih susah daripada kami..
                                .............................


tong beras dibuka ..hanya sebutir dua yang yang masih tersisa..bukak dompet hanya habuk yang menggantikan kedudukan wang bersama syiling 30 sen..terasa berat..nasi di dingin dijamah ayah bersama kicap sebelum keluar menoreh getah..tiada lauk untuk menyedapkan nafsu perut..itupun dah jadi penyelera..mama tidak menitiskan air mata didepan kami..mungkin dibelakang kami..tapi ana tahu semua tu..sebelum kesekolah ana saksikan semuanya..mama tak mengeluh..cuma wajah muramnya sahaja yang  terlakar..walaupun ana masih kecil masa tu,tapi ana mengerti kesusahan mereka,ana muram sahaja disekolah,sahabat ana menjadi tempat luahan..itu sekejap je..bila balik rumah ana tengok barang dapur dah ada..kami bleh makan nasi seperti biasa walaupun hanya berlaukkan ala kadar..itu sudah cukup..tapi darimana mama dapat duit tu?? 
nak kata kutip buku getah..masih belum tiba masanya..masakan ana tidak diajak bersama..rupa-rupanya mama menggadai loket emas!!!..sampai begitukah pengorbanan mama pada kami 6 orang adik beradik...
ana tanya mama kenapa..apakan daya mama kesempitan..pertanyaan anaknya dijawab ringkas.."kita takder duit nak"


masih terbayang2..segar diingatan..bila lihat tangan mama,seakan tangan yang seorang lelaki..kasar..keras..tidak selembut tangan ibu2 yang lain..tapi rupa tangan bukan ukuran untuk mengatakan kelembutan seseorang..manakan tidak..tangan mama sudah banyak kali menumpahkan darah..lukanya menegerikan akibat terkena pisau toreh,sudu getah..tapi,mama tak ke klinik..hanya mengubat sendiri luka2nya,taknak menyusahkan sesiapa..itulah luka yang terzahir..tapi luka dalamnya entah siapa yang tahu..hanya Allah sahaja tempat dia mengadu..bila siang melabuhkan tirai,malam menjelma sakinahnya..insan lain enak dibuai mimpi..mama ngan ayah masih mengintai rezeki,keluar menyuluh ke untuk mencari suapan nasi tambahan buat kami..apa yang berlaku kat sana kami juga tidak tahu..babi hutan sentiasa mengintai..pernah suatu ketika..daerah kami gempar dengan kehadihan sang belang..jiran kampung sebelah sudah menjadi mangsa tamparan sang belang..Alhamdulillah selamat..nyawanya masih panjang untuk terus mengabdiakan diri pada Allah..tapi mama ngan ayah masih meneruskan perjuangan di medan menoreh getah walaupun hal itu sudah terbukti amat merbahaya menggerunkan..tapi sekejap sahaja..kerana saudara mara menegah mereka untuk terus menoreh..bila hal itu kian reda..mareka meruskan mencari rezeki..


Bila bertahun berlalu..Alhamdulillah,rezeki kami semakin bertambah..ayah dari kerja menoreh kepada pengawal keselamatan..mama tetap menoreh,cuma bila kerja siang sahaja ayah turut menolong mama..harga getah kian melambung tinggi..rumah juga kian berubah..dibesarkan sedikit..itupun buat sendiri..tak pernah upah orang..sekarang rumah masih dalam proses pengubah suaian..dari dulu sampai sekarang entah bila siap wallahua'alam..kami tak kisah asal ada tempat kami menumpang teduh..


dari itu..kami mampu untuk berbelanja lebih..bila tiba hari ibu..ana akan pastikan ada hadiah yang bakal diberikan walaupun tak semahal 'setitik air susu..tapi kami sebagai anak2nya hanya ingin mama tahu yang kami tidak pernah lupakan pengorbananya..bila anak2 berjauhan siang malam mama berdoa..agar kami sentiasa dalam keadaan sejahtera..kami tak pernah terpisah..tapi bila anak2 sudah besar panjang adlah yang akan berjauhan..mama redha anak2 pergi mencari kehidupan..tarbiah hakiki..kali pertama berjauhan dengan abang long dan angah..berhari2 mama menangis..termasuk ngan sebelum abang  pergi..agak lama juga..begitu  juga dengan pemergian ana menyambung perjuang sebagai musafir muda yang dahagakan ilmu..wlaupun dekat mama tetap merasakan perpisahan sementara kami walaupun ana belajar di negeri yang sama..tiap malam mama tahajud,solat hajat supaya kami selamat..terima kasih mama..


bila rindu,ana ubat kerinduan mama dengan kepulangan ana..mula2 skali seminggu..bila dah ok skit ada 3 kali seminggu..ade jugak sebulan..bukan apa..ana mahu mama terbiasa bila berjauhan kerana lepas ni ana akan terpisah lagi jauh..maafkan saya mama..


bila bersama mama segala keserabutan hilang..bila lihat wajah mama,tenang..indahnya bersama mama..paling indah tatkali mencium pipi,merangkul tubuhnya setip kali solat jemaah juga bila ana keluar kalau nak kemana2..rasa pelik akan menyelubungi..seperti bersalah..seperti pemergian tidak diredhai..


tiada hari ibu buat mu mama..kerana setiap hari adalah hari buatmu..kuntuman senyummu adalah jambangan yang terindah menghias ruang hatiku..kamu intan permataku..bak yakut dan marjan menyinari hidupku..wahai mentarI dhuha ku..terima kasih kerana sudi menjadi mamaku..sudi mengorbankan seluruh hidupmu demi atas nama cinta sucimu..


yakut dan marjanku..
HARI GURU.

bingkisan buat guru2 tercinta..guru2 sekolah kebangsaan Legeh..guru Maahad AsSabirin Ayer Lanas..pensyrah ustaz dan ustazah AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI..juga yang teristimewa guru ana yang tidak lelah mengajar ana mengenal kehidupan sejak dari kecil hingga sekarang iaitu MAMA n AYAH ana...asif a'la kulli hal..kullu am wa antum bikahir..uhibbukum daiaman abadan..ila liqa' fi raudhatul jannah insyaAllah..


istimewa buat mu..




GURU OH GURU


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu KELANTAN
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979








click to create your own


wallaua'lam

Thursday, February 17, 2011

HARI-HARI TERAKHIR

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahuakbar..subhanallah..walhamdulillah..

sendu tangisku..
hati seakan-akan dirobek keras tika membaca satu sms dari sahabat..

"hari ini hari terakhir kita semua belajar di apium nilam puri..tiada lagi masa untuk kita ulang alik ke bilik kuliah..kesedihan untuk meninggalkan Apium Nilam Puri semakin terasa..persoalan timbul di fikiran..Adakah telah aku jalankan amanah yang diberi oleh Allah untuk diri ini aku laksanakan..amanah sebagai seorang penuntut ilmu,,apa yang aku dapat selama 2 tahun aku belajar disini..Allahuakbar..cepatnya masa berlalu..moga-moga Ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan disisi Allah s.w.t dan akan memberi manfaat pada orang lain..InsyaAllah,sama2 muhasabah diri.." 10.33 pm

seNdu SeOrang PeNgeMis




setiap pertemuan pasti ada perpisahan..mereka akan rasa kepahitan perpisahan apabila tikat tautan rabithah kami selama 2 tahun..ada yang setahun..
itu tak penting..selama mana kita bersahabat..kita tetap sahabat..
janji!!!
air mata ingin melonjak-lonjak keluar dari kelopak mutiara..

sudah mengalir tika jamuan perpisahan bekas majmuah 5 09/10..
hari-hari bermakna bagi kami tika bersama sahabat bekas majmuah,hari yang tak dapat kami lupakan..indah..
kami bertukar-tukar hadiah..tukar-tukar pesanan..tukar-tukar kenangan bersama..
sedih tika menyampaikan pesanan..lebih-lebih lagi saat itu diiringi alunan lagu nasyid persahabatan..itu membuatkan ana lagi sedih..
ana cuba tahan..tapi tak mampu..ana terlalu sensitif bab2 berpisah..ana takut..takut dilupakan sahabat..
mungkin diri ini tak akan dikenali lagi..
lebih-lebih lagi semua sibuk dengan aktiviti masing-masing..
apakan tidak lepas alam rumah tangga..
jauhnya ana pergi..

setiap bait kata diambil..disematkan dalam hati..kuncikan..

kuliah terakhir bersama pensyarah..
menjadi titik tolak kenangan diabadi..
segala pesanan..

kuliah bulughul maram bersama Timbalan Pengarah..
Dr Mohidden..
pesanannya kami sematkan dan disimpan sebaik mungkin untuk bekalan..

bertapa rindunya ana kepada mereka kelak..ustazah wan rohani,ustaz azrien,ustaz Hazrul,T.saiful Nazirah,Ustazah Thuraya,ustazah Syarifah,Ustazah Syukriah..


banyak khibrah ana coret bersama mereka..
lebih-lebih lagi DEBAT..


khibrah debat kali kedua selepas sem 3 dahulu..
masa sem 3 tak serius sangat..
sem 4 agak serius kerana ala-ala pertandingan..Alhamdulillah,berkat usaha..menang untuk kali pertama semasa lawan ngan majmuah 1..sebelum tu??
tak menang lagi..rezeki baru tiba..
sama-sama kerah tenaga bangkitkan nama majmuah 3

jamuan akhir majmuah 3 semester 4..

ana sedikit tak puas hati..kawasan BLOk AL-GHAZALI menjadi kawasan santapan (kantin)
apakan daya..majoriti setuju..
tapi tidak bagi ana..akur demi sahabat..
ana ibarakan tempat itu seperti gua yang penuh dengan makhluk berbisa..
bisa menerkam mangsanya pada bila-bila masa sahaja..dan sentiasa diperhatikan..
ana tak selesa..
tapi kuatkan jua hati ini..
jaga kelakuan..adabku sebagai mahasiswi Islam..

tapi ana sedikit gembira apabila bersama sahabat..
bermesra..kongsi cerita..kongsi pendapat..kongsi ilmu tika menunggu makanan siap untuk disantap..makan bersuap..untuk menambahkan lagi perasa kasih sayang diantara kami tanda kemesraan..
Alhamdulillah..indahnya saat itu walaupon hanya sebentar cuma..


adapun sahabat yang akan berangkat ke terengganu esok..untuk meneruskan rehlah mahabbah mereka..ana trak ikut..
dilarang keluarga ana..
lagipun berat bagi ana..kerana sedikit pincang dalam proses pengembaraan kesana..
ana tak suka..
muslimat dan muslimin dalam satu kenderaan..mungkin mereka terpaksa..
ana tak sanggup melihat mereka begitu..
hanya doa ana yang dapat mengiringi pengembaraan mereka..
mencari ketenangan agaknya sebelum menempuhi imtihan tak lama lagi..


jaga diri sahabat ku..
jaga hati tika disana nanti..


“Aku mencintai sahabatku dengan segenb jiwaku.Sahabat yang baik adalah seiring denganku dang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.Semakin ramai sahabat,semakin aku percaya diri.Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka.Jika aku dapat,aku ingin setia padanya”....(IMAN SHAFIE)

Tidak kira sekuntung bunga itu harum atau tidak,tumbuhnya tetap di tanah.Begitu juga bulan tidak kira apa bentuknya,tempatnya tetap di langit,dan begitu juga perhubungan kita tidak kira jauh atau dekat,jumpa atau tidak,tempatnya tetap di dalam hati,sesungguhnya nilai persahabatan itu lebih bermakna dari segalanya......”

ku akan selalu mengingatimu sahabat..suka duka tika kita besama mengharungi pelbagai mehnah hidup yang melanda..


sesungguhnya kita adalah saudara..


kerana mafhum dari firman Allah


"setiap muslim adalah saudara.."(alhujurat 10)


semoga ukhuwah kita mekar di pintu Jannah..insyaAllah..Amin






click to create your own

Monday, February 7, 2011

Sesalan Masa Lalu

            
 بسم الله الرحمن الرحيم




Alhamdulillah..kalimah ini masih mampu untuk diungkapkan bagi seorang hamba Allah yang lemah lagi dhaif ini,tak terdaya dengan kuasaNya yang maha hebat..Sedar akan hakikat diri..diri ini hanya mampu mengemis cinta kasihNya untuk mengisi kantung hati.

titisan jernih mutiara tanda keinsafan keluar dari kelopak seorang perindu Syurga,perindu syahid fillah,perindu Al-Jannatul Naim.
hati yang lompong diketuk oleh satu bisikan..
layakkah kamu..?? 
cuba cermin Iman kamu tu..tahap mana??
cukup ke bekalan nak masuk syurga..
jangan nak mimpi kalau dosa dah jadi makan ruji hati..
hari2 dapat dosa free...mintak ampun jarang sekali..layakkah???

 subhanallah,betul kata hati karat ana..layakkah ana untuk semua tu???
 tiba-tiba sahaja diri ini terpana, masih jauh rupanya ana dengan Allah,
sekelumit ujian yang diberikan seperti merasai menanggung segunung bebanan,berat, tidak mampu untuk menaggalas,hampir rebah menyembah kegagalan..terasa  berat.hanya air mata yang terlafaz ,tanda kekerdilan manusia yang tak punya apa.
ilmu?? sedikit cuma..
bagaimana pula masa depan Islam??
yang memerlukan pendokong yang tepu ujian..
taklifan digalas dengan penuh komitmen..
bukan seperti buih di lautan..
yang takut untuk ketengah lautan.takutkan badai ganas yang belum pasti menimpa kita..
suka mengandaikan negatif..

tidak akan ana  biarkan ini berlarutan,hati ini perlu dikikis karatnya.
masa lalu yang terbuang,akan menjadi pengajaran untuk bangkit pada masa depan
kreatiflah dalam mengolah suatu kesilapan menjadi supaya menjadi batu loncatan dalam menggunakan signifikasi masa depan sebagai wasilah penggerak rantaian Islam ..





MASA LALU MELAMBAI PERGI





dari alam ruh,ditiupkan kejasad dan dibentukkan seorang bayi comel yang cukup sifat..dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan tarbiyyah dari curahan ibu bapa tercinta..
hinggalah usia mematangkan akal dalam mengenal siapa diri..??
siapa pencipta diri ini..
langsung mencari identiti ..
siapa sebenarnya kita di bumi Allah..
sehingga sekarang..
sekelip mata ,rupa2 nya hidup ana sudah mencapai angka 20.terfikir..apa yang dah dilakukan sebelum tu.
kosong.remind balik.subhanallah,seakan2 baru tersedar dari mimpi ngeri.begitu ngeri kala hidup ana selama ini hanya sebagai manusia biasa..yang penuh kekurangan..

seribu satu sejarah dibentuk oleh peristiwa silam.
macam-macam bentuk dan warna..

Dimanakah masa lalu ana???
hilang tanpa jejak..
ingin sekali ku hiaskan masa lalu dengan perhiasan ibadah yang berkualiti,???
jangan mimipi untuk bertemu dengannya kembali,rajuk yang tak akan pulang selamanya.walau tangisan itu bertinta darah sekalipun,ia masih tetap dengan rajuknya.
bertapa rugiNya insan seperti ana.

oh..sudah basu unutuk disesalkan.Sedarlah yang sebenarnya ana masih  hidup pada hari ini dan bukannya masa lalu…
Jangan biarkan dirimu dihantui oleh peristiwa silam mawar ungu,jangan asyik dengan  memikirkan perkara atau peristiwa buruk yang telah berlaku.
Ini akan membuatkan dirmu terus berada dalam keadaan bersedih, gelisah dan tidak bermotivasi.
lemah,inu bukan pe..ribadi mu..
ya..ana mesti kuat
Lupakan sahaja kesilapan lalu itu, kerana ianya tidak akan membawa ana kemana-mana pun sekiranya  masih membiarkan emosi dan fikiran masih dikuasai oleh perasaan bersalah.
Allahu akbar..
lepaskan..jangan dibawa masa silam 


hadirnya ujian,
tak datang sekali seumur hidup..malah sentiasa mengejar kita.setiap hari,jam,minit dan saat.imbasan lakaran peristiwa lalu,menyedarkan kembali hakikat sebenar,masa itu berlalu terlalu pantas.kerdipan mata juga kalah  dengan  kepantasan waktu.ia sentiasa di depan.jauh meninggalkan.tak kenal erti "tunggu" "kejap" "sebentar" walaupun sesaat,melainkan jam antum rosak.
masa..
sentiasa kedepan tidak mempedulikan ana dibelakang,bersama khayalan dunia yang tak mampu memberikan kebahagiaan abadi,.

firman Allah s.w.t dalam kitab sucinya:

  " demi masa,sesungguhnya manusia berada dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran" (surah al-asr)"
 "
benarlah juga kata2 imam Ghazali rahimahu Allah:

benda yang paling dekat dengan kita adalah mati,
benda yang paling jauh adalah masa lalu.
benda yang paling ringan adalah meninggalkan solat.benda yang paling tajam adalah lidah.
benda yang paling berat adalah amanah

mutiara kata pula berbisik:

'yang paling jauh bukanlah bintang,bukan jua bulan,tapi masa lalu yang tak akan kembali..semalam mengukir kenangan..hargailah apa yang Tuhan izinkan kau MILIKI hari ini.yang manis jadikan azimat,yang pahit jadikan penawar..dalam senyum,dalam tangisan,pasti tersembunyi buat kita Rahmat..'

pepatah arab juga ada mengatakan

'masa ibarat pedang.sekiranya kita tidak memotong,maka dia akan memotong kita'

pelik bukan,masa lalu punya khibrah tersendiri,punya hikmah yang terselit.bagi ana itulah 'guru' yang mengajar kita agar tidak melakukan kesilapan kali ke 2.Kalaulah masa tu benar-benar pedang pada zahirnya dah lama ana mati katak kerana mensia-siakan masa lalu.tiada ana tiada wujudlah blog ni..
yang pergi biarkan pergi kerana masih ada hari esok untuk kita mencalit secebis memori..


MAHALNYA MASA MUDA

 sabda baginda Rasulullah s.a.w:






Tidak bergeser kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai ia dipertanyakan tentang 4 perkara; tentang usianya untuk apa dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan, tentang hartanya dari mana didapat dan untuk apa dinafkahkan, dan tentang ilmunya untuk apa diamalkan.
[Riwayat al-Baihaqi dan selainnya dari Mu'adz bin Jabal radhiallahu Anhu]


mahalnya harga masa muda.(sekarang) kan?? adakalanya berlalu begitu sahaja.tubuh masih kuat untuk melakukan suatu kerja tanpa kuasa orang lain.bangga.sehinggakan luapa siapa diri kita sebenar.jasad yang di pinjam setiap hati dilambai kubur.tetapi masih tepu dengan segala peringatan,
kerasnya hati,mahu sahaja dihentak supaya berderai segala zhulumat dosa yang membeku keras di hati
Ramai syabab kini yang masih tenggelam dalam keasyikan hari-hari masa muda yang mati dan  beku;

sekiranya kita tahu hakikat sebenar,jasad ini hanya dipinjamkan oleh Allah untuk mengabdikan diri kepadaNya,tapi adakah koreksi balik,adakah dengan punya badan yang sihat, masa yang begitu lapang, digunakan untuk menambahkan amalan,untuk berjihad menegakkan Islam,untuk membantu orang yang zalim dan dizalim?? 
cuba intai hati kita bocor tak..
baru sahaja titisan iman ingin mengalir masuk,tiba-tiba keluar dicelah-delah retakan hati


..tapi entah apa yang dilakukan oleh kita dimasa lalu ya,
ibadah yang selama ini dilakukan..
solat,puasa,zakat,haji (bagi yang termampu)
amalan2 sunat, 
entah diterima atau tidak olehNya.sebelah kirikah atau kanan segala amalan kita di catat.






Pernah tak antum dengar kata2 ni

 "orang kata muda hanya sekali..so kita enjoy..

suka benar ikut kata orang

bukan berdasarkan sumber yang sahih

huh..seperti sudah menjadi pegangan anak muda masa kini,

kenapa??

takut akhirat kelak tak bleh enjoy kah..??

sedangkan disana menanti ganjaran yang lebih besar daripada Allah untuk kita bersuka ria.

mereka membutakan mata dan ,memekakan telinga,dan semua pancaindera anugerah Allah 'dihijab' untuk meneriman kebenaran.

jauh dari rahmatNya..

Jadi pemuda-pemudi sekalian, dimanakah akan kamu pergunakan masa muda mu dalam kehidupan ini? Adakah kelak kamu tidak akan berganjak ke mana-mana kerana masa mudamu telah hilang ditelan al-hawa’ ?
masih digelumangai penyakit al-wahn..


MUDA DAN TUA
Kesusahan atau kesakitan masa muda mahupun tika tua,menjadi kafarah dosa-dosa selama penanggung bersabar menempuh ujian.Diberikan ujian pada masa muda ialah kurnia yang sangat dan lebih berharga berbanding diberikan ujian pada masa tua. Masa muda lazimnya adalah awal usia,penuh dengan detik-detik indah. Jadi, rentang masa baki kehidupan selepas itu lazimnya lebih lama. Beruntunglah kalau di awal usia sudah banyak bermuhasabah dan menginsafi diri serta memperbaikkan diri untuk lebih mendekati yang Maha Esa .Rentang masa yang lama selepas itu dipenuhi kebaikan mudah-mudahan ,InsyaAllah. Pada masa muda, fizikal kita masih kuat untuk menghadapi ujian berbanding masa tua. Pada masa muda juga, badan masih kuat untuk beramal ibadat. Andai diberikan ujian pada masa tua pun masih dikira untung kerana setidak-tidaknya masih diberi peluang oleh Allah walaupun dikira pada hujung usia emas.
Ayuh Syabab fillah terimalah ujian Allah yang diberikan baik pada masa muda atau tua dengan redha. Anggaplah ia sebagai kurniaan yang sangat berharga dan sebagai peluang untuk kita manfaatkan sebelum Dia menjemput kita menemuinya di Alam Baqo’ kelak.
p/s:'peringatan buat diri dan juga sahabat'...=)
WALLAHUA'LAM