“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella
Showing posts with label HATI. Show all posts
Showing posts with label HATI. Show all posts

Tuesday, October 29, 2013

~ 4 Cara Menghidupkan HATI dengan Al-Quran ~

Bismillah..

Entry yang amat menarik untuk dikongsikan bersama para pembaca sekalian.. walau sekadar kopi pasta dari seorang kenalan. Ia amat bermakna untuk dijadikan sebagai panduan dalam menjaga hati. :)

HATI yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri.
Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.
Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyu...k, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.
Hati yang dihidupkan dengan al quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.
Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud:
“Sesungguhnya Al Qur'an ini membimbing ke jalan yang lurus (benar).” (Surah al-Isra’, ayat 9)
Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud:
“Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan Al Qur'an kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?” (Surah Taha, ayat 1-4)
  
SYARAT UNTUK MENGHIDUPKAN HATI
Maka untuk menghidupkan hati dengan Al Qur'an, kita memerlukan beberapa syarat:
PERTAMA, Al Qur'an hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh). Allah berfirman bermaksud:
“Sesungguhnya membaca Al Qur'an pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat.” (Surah al-Isra’, ayat 78).
KEDUA, membaca Al Qr'an dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:
“Tidakkah mereka merenungi (tadabur) Al Qur'an itu?” (Surah Muhammad, ayat 24)
Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam Al Qur'an.
Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh Al Qur'an itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembacanya kemudian ia menghidupkannya.
Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.
KETIGA, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran Al Qur'an sebelum membaca atau mendengarnya.

Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui Al Qur'an.
KEEMPAT, merealisasikan kehambaan (‘ubudiyyah) diri sewaktu membaca Al Qur'an.
Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran Al Qur'an yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.
Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.
Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam Al Qur'an adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.
Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).
Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Perkara ini dijelaskan dalam hadis bermaksud:

“Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.
“Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.

sekadar peringatan.
“Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan.” (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)

wallahua'lam.


Sunday, January 23, 2011

CINTA AKH & UKHT..SATU PERANGKAP..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.






seperti mana post ana sebelum ni..post kali ni pun ada kaitan jugak dengan HATI kita...kadang-kadang terlepas pandang oleh kalangan AKH & UKHT ni..
SMS merah jambu..
Pernah dengar tak??
nak tahu apa itu SMS merah jambu...
ayuh kita koreksi diri




contoh SMS MERAH JAMBU..:




"Tetap istiqomah Ukhti..Selamat Berjuang. Semoga Allah sentiasa bersamamu."
    Sender : Akhi +6013xxxxxxx


Senyum timbul dari wajahnya. Seperti ada kehangatan menjalar di dada yang membuatkan degupan jantungnya bertambah cepat. Akal sihatnya bertanya-tanya, "Kenapa dengan aku ni?" Namun segera disangkalnya, "Tak ada apa-apalah! Aku cuma gembira sebab ada rakan seperjuangan yang mendoakan."

Dia segera mengunci pintu bilik dan berlalu ke arah motorsikalnya, ada dauroh. Dia berlari sambil membawa sekeping rasa bahagia membaca sms tadi yang sebahagian besarnya bukan kerana isinya, tetapi kerana nama pengirimnya.


    "Ana tengah mengisi halaqoh ni. Doakan agar mad'u-mad'u ini semakin meningkat kefahamannya."
    Sender : Akhi +6013xxxxxxx



"Kenapa dia cerita pada aku?" Nada protes bergema di benaknya. Tetapi di suatu tempat, entah di mana, terasa bagaikan ada hembusan lembut angin lalu. Tidak semena-mena dirinya merasa bangga kerana menjadi wanita terpilih menerima SMS tersebut.

Pagi itu telefon bimbit kesayangannya berbunyi,


"Allah pasti membantu mereka yang memperjuangkan agama-Nya. Ukhti, jawab exam betul-betul! Ma'a At-Taufiq Wa An-Najah Fi Al-Imtihan!"

Hatinya melonjak-lonjak bahagia. "Mesti aku dapat jawab dengan mantap hari ni!" Dibacanya SMS dengan berbunga-bunga. Tetapi pengirimnya...

Sender : Ukhti +6013xxxxxxx


Senyumannya memudar. Tarikan nafas panjang. Kecewa. Bukan dari dia. Telefon bimbit berbunyi lagi.

    "Semoga Allah membantu hamba-hambanya yang sentiasa memperjuangkan agama-Nya. Selamat Maju Jaya Dalam Peperiksaan."
    Sender : Ikhwah +6013xxxxxxx


Dia! Sinaran mentari pagi itu kelihatan seperti warna spektrum yang indah memancar. Senyumannya mengambang lagi. Hatinya bagai bunga-bunga yang mengambang di musim semi. Mekar dan indah.

Biasa dengar?


sememangnya kena batang hidung sendiri kan??


argh..betul2 tertusuk..
Cerita di atas adalah corat-coret gerak hati seorang aktivis dakwah di negeri atas angin yang boleh jadi negeri yang sangat dekat dengan kita. Gerak hati yang mungkin pernah bersemayam di dada kebanyakan daripada kita juga. Mungkin ada yang sedang tertawa kecil atau tersenyum-senyum dan berbisik perlahan, "Macam cerita aku je ni," saat membacanya. (^_^)

Penggunaan kata akhi dan ukhti tadi bolehlah diubah kepada sahabat atau sahabiah, mana-mana kata yang biasa diguna dalam kehidupan seharian pembaca. Boleh juga pengirimnya adalah perempuan dan penerimanya adalah lelaki. Pokoknya ia SMS yang dihantar kepada lawan jenis.

Mari cermati bahagian akhir daripada cerita tadi. Kalimat SMS keduanya hampir sama, yang isinya mengucapkan dan mendoakan agar berjaya dalam peperiksaan. SMS yang sama tetapi menghasilkan perasaan yang amat jauh berbeza. Kerana baginya yang lebih utama itu siapa yang mengirimnya, bukan apa yang dikatanya.

Namun sebenarnya, apakah Allah itu membezakan doa antara lelaki dan perempuan? Mengapa menjadi bahagia saat dia yang berlawanan jantina yang mendoakan?

Perkara inilah yang perlu kita cermati dan lihat dari kaca mata yang benar. Terkadang kita tidak perasan dan membiarkan diri kita hanyut dalam alam luar sedar. Dengan berbekalkan alasan bahawa, "Itu hanya sebuah SMS,” atau “Alah, email je.”

ingat ni adalah 1 Perangkap




Sedarlah, bahawa itulah perangkap syaitan. Ia menguji kita dengan menggunakan fitrah insani yang telah lama berada dalam jiwa. Fitrah ketertarikan terhadap lawan jenis.

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).
[Q.S. Ali ‘Imran, 3:14]

Apalah gunanya kita jadi bersemangat dan semakin kuat, lantaran sumber semangat dan kekuatan itu adalah sesuatu yang tidak jelas? Malah kemungkinan ia hanyalah jelas-jelas sebuah dosa. Kerana hati berbunga-bunga, menikmati sorotan nafsu di dalam jiwa. Jadilah zina hati yang membuahkan dosa.

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”
[Sahih Muslim, hadis ke 2282]

Nak SMS jugak..? 


ish3 degil betol..

Wahai hati, apabila engkau menginginkan SMS-SMS seperti itu, maka tanyakanlah kepada hatimu. “Apa yang aku inginkan sebenarnya? Penghargaan daripada dia atau Dia?” Lalu beristighfarlah. Sungguh, kita semua mengetahui bahawa diri kita lemah. Maka kuatkanlah dengan zikrullah.

Wahai hati, apabila tanganmu gatal untuk menaip email-email yang berkemungkinan mengundang musim bunga dalam jiwa mereka, maka pertanyakan kepada dirimu, “Bukankah masih ramai ikhwah-ikhwahku yang memerlukan kata nasihat dan pemangkin semangat?”
Lalu hantarlah SMS tersebut kepada mereka. Layarkanlah email penguat semangat kepada teman-teman seperjuangan tercinta. Itu jauh lebih diredhai-Nya, insya-Allah.

jangan risau Saat Itu Pasti Tiba 

Ada saatnya. Akan ada saatnya nanti telefon bimbit kita akan berdering dengan masuknya SMS-SMS romantis. SMS-SMS yang walaupun hurufnya hitam semua, tetapi tetap ber’aura’kan merah jambu. Untuk seseorang dan dari seseorang yang telah dihalalkan untuk berbagi hidup dan segala kata cinta yang ada di dalam kamus-kamus cinta. Cinta yang bermuara kepada pencipta-Nya. Cinta dalam Cinta.

Bersabarlah untuk saat indah itu.


“Salam. Abang nak mengisi dauroh ni. Kat depan ni ada lautan bidadari bertudung labuh. Tapi tak ada secantik bidadariku di istana Baiti Jannati. Tunggu abang balik ye.”


“Salam. Jaga hati ye. Nanti saya masak sedap-sedap untuk abang.”


Ya, hanya untuk dia akan ditaip semua SMS itu. The Pinkest Short Message Services. SMS-SMS paling merah jambu!




hehe..
untuk perkongsian dari sumber asal



terpana tika mana hati yang menilai lembaran susunan kalimah-kalimah pedas ini..

peringatan buat  ana juga sahabat di luar sana..

WALLAHUA'LAM..

Friday, January 21, 2011

khabar hati

   Assalamulaikum w.b.t


Alhamdulillah,panculan kalam syukur masih teguh meniti dibibir insan yang sentiasa mendamba cintaNya..juga RedhaNya...hidup yang selamat,harmoni dan damai dalam nikmat Islam..juga nikmat Iman...


                      
khabar apakah hati kita hari ini...??
sihatkah atau sakit..hati yang sihat,sentiasa subur dikebun jiwa muslim yang punya suasana Ad-Deen yang harmoni..akan membuahkan pohon-pohon ketaqwaan...akan rasa sangat manisnya buah iman..subhanallah..


hrmm..jom koreksi diri..


iman siapa yang sakit...sila angkat tangan..


"saya"
"aku "
"ana"
"kawe"
"kamik"


wah ramainya...cepat-cepat jumpa doktor ya..doktor yang Maha Agung...


semua jenis ubat Dia bleh bagi...kalau dah kronik mintalah dibedah..tukar yang baru..
lebih-lebih lagi Hati...tempat yang paling bermaruah dalam diri manusia..disitulah toksin-toksin dosa maksiat banyak terkumpul yang menyebabkan timbul pelbagai penyakit hati..


masalah iman..puncanya HATI..hati yang tak sihat..kata yang senang penyakit hati..


"penyakit hati yang macammana tu...??


"melibatkan yang batin..bukan yang zahir..


"ha..tak fahamlah..macammana plak tu??


"kita selalu dengar..barah,hipetitis b,sakit kuning..tu yang zahir..
yang batin plak melibat dalaman..jauh dari sudut hati..
contohnya:hasad dengki,cemburu,dendam,benci.."


"oooo..kalau perasaan sayang..rindu..macammana plak ya..??


"ia juga boleh termasuk dalam penyakit hati sekiranya bukan pada tempatnya..


"contoh??


"rindu pada kekasih..yang bukan mahram..contoh lebih dekat..pasangan couple..sampai makan tak lalu..mandi tak basah..tidur tak lena..erm,sebabnya..rindu pada kekasih..masyaAllah.."


"ooo..faham2..haha..susahnya nak jaga hati kan??



Benarlah apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW: “ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.

Nikmat yang paling berharga dikurniakan kepada manusia ialah nikmat hati, yang merupakan raja segala gerak-geri dan tingkah-laku yang dipertontonkan oleh manusia. Hati yang diciptakan Allah semulia-mulia kejadian, di situlah akal manusia, di situlah buruk, baik, sihat, lemah manusia, di situlah segala-galanya.




"alamak macammana ni...penyakit ni bahaya tak??"


"bahaya..memang bahaya..cepat cari ubat.."


"ubat..ape ubatnya???


UBATILAH HATIMU


       Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.



           Al-Quran yang diturunkan kepada kita melalui insan agung SAW merupakan mukjizat yang tidak ada tolak bandingnya, bahkan ia juga sebagai ubat bagi mengubati hati yang berpenyakit. Dengan kita melazimi membacanya dan mentadabbur apa yang terkandung di dalamnya, akan memperolehi ketenangan hati yang akan menyebabkan hati sentiasa tidak lalai mengingati Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “ketahuilah, dengan mengingati Allah itu, hati akan tenang”.

kata kuncinya senang..INGAT ALLAH..



        Begitu juga dengan mengosongkan perut dari terlalu kenyang akan mengubati segala penyakit yang tersemat dihati kerana dengannya hati akan beroleh kerehatan dan meringankan untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT serta menjauhkan dari segala penyakit yang memudaratkan. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Barangsiapa yang sedikit makannya, sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya. Barangsiapa yang banyak makannya, maka sakitlah perutnya dan keraslah hatinya”.

       ha..sebaba tulah kita di fardhukan tuk berpuasa di bulan Ramadhan..sekain daripada menambahkan amalan..lubuk pahala..disitu juga kita menjaga kesihatan..hati sihat tubuh pun sihat..

Sabda Rasulullah SAW lagi: “ janganlah kamu matikan hati kamu dengan membanyakan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh-tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati ”.

        Seterusnya, diantara ubat bagi mengubati hati ialah dengan sentiasa bagun malam beribadat kepada Allah SWT kerana dengannya akan menjauhkan diri kita dari tipu daya syaitan dan menjauhkan dari melakukan dosa serta mendapat keredhaan dari Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa mengingati ummatnya: “ hendaklah kamu bangun malam ( beribadat ) walaupun hanya mengerjakan satu rakaat sembahyang ”.

arghh..yang nilah selalu kita skip..

sah hati ada masalah

           Oleh itu, bagi memastikan hati kita dalam keadaan sentiasa bersih dari segala penyakit, hendaklah kita melazimi dengan membanyakan beribadat kepada Allah disepertiga malam kerana waktu itulah Allah SWT turun ke langit dunia bagi melihat siapa diantara hambanya yang berjaga malam, beribadat kepadanya.

konsep ibadah ni luas..jangan cuba2 nak sempitkan..

         Begitu juga, hati akan terubat dari segala penyakit dengan sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh. Ini akan menyebabkan sedikit sebanyak akan terikut dengan tingkah laku, perbuatan dan percakapan mereka yang sentiasa mengingati Allah SWT. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: “ Berkata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, wahai anakku, sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama ( orang-orang yang soleh ) dan dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah SWT akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat ”.


wallahua'lam...