“Bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam,jangan sesekali berniat meloloskan diri.sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan Rabithah perjuangan.walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba..derita kita adlah derita ummat terdahulu..penat kita hari ini untuk generasi akan datang.perjuangan harus diteruskan..beramal kerana Allah…”

topbella

Thursday, December 4, 2014

Gamit Memori

Assalamualaikum wbt

Bismillah

Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad.

Juma'ah yang barakah, entah kenapa hari ini serasa sayu sekali. Mengenangkan pada diri, sahabat2, guru, dan juga keluarga. Dalam kesayuan itu terdetik untuk 'trowback' peristiwa-peristiwa penting dalam lembaran sejarah kehidupan. Kadang tersenyum sendiri, kadang sebak menahan duka.

Barangkali kerana sesi pengajian yang semakin tersisa. Allahu, dalam kesibukan yang genting menyiapkan Final Year Project, hanya berbaki 2 minggu  sahaja lagi menamatkan sesi pengajian sebagai pelajar Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. terlalu banyak kenangan-kenangan yang mengusik jiwa. Allahu.

Inilah roda kehidupan, setiap pertemuan akan menghadapi juga waktu-waktu tangis perpisahan. sukar. namun, itulah yang harus kita lalui sepanjang kehidupan. Masing-masing akan berkeluarga menjadi isteri/suami, berkerja membanting tulang, berbakti kepada kedua-ibu bapa, dan pelbagai perancangan yang diatur sebagai persiapan diri diluar daerah Mahasiswa kelak. Mencorak masa depan yang lebih jauh untuk meraih rahmat Allah yang Maha Luas.Tanggungjawab, lebih besar menanti dilapangan hidup.

Sahabat-sahabat, akan ku kenang sebagai penggerak dakwah yang bernilai cinta. Moga kita masih dalam kesatuan hati yang nilainya tidak akan jatuh dan menjadi cahaya yang tidak akan pernah padam. Berharap.

Allahumma.
Semoga kalian berbahagia dengan kehidupan sebagai rakyat marhaen yang dikeliling hutang.. Hua hahaha (gelak jahat ).




Saturday, November 1, 2014

MENGENAL YANG DICARI


Duhai pencari…
Tanyakan pada hati…
Apa yang sebenarnya kau cari,tanyakan juga pada diri,
Dimana carianmu itu tersembunyi.
Walau belum ditemu, masih lagi mencari
Walau jauh berbatu,masih lagi mendaki
Buatmu duhai pencari
Yakinlah pada apa yang kau cari
Sandarkan citamu pada daya
Labuhkan layarmu pada cinta
Apa yang kau cari itu,pasti akan kau jumpa
Yang tidak kelihatan itu tak semestinya sedang bersembunyi..
Yang tidak kelihatan itu,tak semestinya menanti..
Kerana mencari yang tidak nampak itulah sebenarnya pencarian..
Mencari yang nampak itu sebenarnya hanyalah ujian..
Selangkah dirimu mencari, seribu langkah sedanglah menghampiri…
Jangan berhenti pada helah dan dunia..
Kerana yang kau cari itu abadi..
Yang kau lihat itu adalah fana
Jangan kau gentar pada sunyi..
Kerana sunyi itu mengejarmu,rindu pada yang dicari..
Jangan kau peduli pada caci
Kerana caci itu menguatkan cintamu pada yang dicari..
Wahai pencari, teruskan mencari kerana yang dicari itu sedang menantimu
Dalam keadaan reda dan meredhai…


~Aku jatuh cinta pada yang dicari~

Wednesday, March 19, 2014

Seputeh Awan