Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmnirrahim..
syukur kehadrat ilahi dengan limpahan kurnianNya tanpa henti setiap detik.. selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga baginda..
Fasa-fasa kesibukan sebagai hamba dhaif di bumi Allah semakin jelas terasa. baik mahasiswa, mahupun rakyat Malaysia. kerana gelombang PRK dan PRU hampir menjengah tiba. Maka bermulalah pelbagai langkah bagi mempromosikan misi dan visi masing-masing bagi menuju segala matlamat yang diimpikan.
|
tetiba rama-rama ni singgah kat cini..^^ |
Hari-hari yang dibekalkan 24 jam oleh Allah kadang2 tidak mencukupi untuk menyelesaikan timbunan pelbagai kerja. begitulah realiti hidup dikampus. Amanah yang dipikul semakin memberat dipundak bahu. sentiasa dididik tentang pengurusan nikmat masa. Sepertimana kata imam Hassan Al-Banna , tanggungjawab melebihi masa yang ada. Namun kebanyakan dari kita tidak memahami konsep dan posisi masing-masing didunia ini. Akhirnya gagal memanfaatkan 24 jam yang dikurniakan setiap hari. Tidak hairanlah ianya berlalu tanpa keberkatan dan rahmat dari Allah swt. Semoga hari-hari kita tidak dihiasi dengan dosa dan maksiat. Wanauzubillah.
Medan mahasiswa ini semakin jelas mengajar ana tentang apa itu amanah. Jika sebelum ini hidup ana terlalu membuang begitu banyak masa, digunakan dengan hanya membuat perkara-perkara remeh dan memboringkan,tanpa mengetahui apa yang sepatutnya ana lakukan. Blur dengan hidup sendiri. Sekolah, hanya didoktrinkan tempat belajar dan buang. Maksudnya, ilmu yang yang diterokai hanya mengharapkan untuk dapat result yang cemerlang. Praktikal seperti langsung tidak ada. Namun, tidak dikampus. Amanah berkembang menjadi lebih besar. Rugilah bagi sesiapa yang tidak menunaikannya.
Tersedar dengan baiah dan mandat daripada Allah swt. Alhamdulillah, hidayah hanya untuk orang-orang yang dikehendakiNya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesiapa berjihad kerana Kami akan Kami tunjuki mereka jalan Kami.”
Hidup dikampus KL penuh cabaran dan dugaan. (Teringat akan biah di Nilam Puri, jauh sekali dengan waqi’ di KL). Banyak mengajar apa itu Amanah sebenar sebagai mahasiswa. Bukan hanya sekadar amanah dalam menuntut ilmu. Bagaimana pula amanah kita dengan ibu bapa,pensyarah,roommate,sahabat seperjuangan,kakak kepada adik-adik,ketua,persatuan,kampus,kampung,orang sekeliling,negeri malah amanah kepada Negara dan banyak lagi.
Apa pun disinilah cabaran sebenar yang membantu manusia dalam praktikal fiqh aulawiyat dan muazanat. Yang mana perlu diutamakan, yang mana perlu kemudian.
PILIHAN RAYA KAMPUS.
Kampus adalah platform dalam melahirkan pemimpin karismatik.
Tidak kiralah ia berada diposisi mana untuk memimpin kelak. Yang jelas, ia menyedarkan mahasiswa diamana sepatut mereka berada. Penyokong atau pendokong.
|
~keep on changing~ |
Majlis perwakilan mahasiswa (MPM) atau dikenali sebagai Majlis perwakilan pelajar (MPP) disetiap kampus wajib diisi dengan pemimpin-pemimpin berkarisma yang mana mencakupi segala karekter-karekter insan yang berkepimpinan dari semua sudut. merangkumi cara bekerja, personaliti, gaya interaksi sosial,ekspresi idea,akhlak yang baik dan tidak dilupakan juga kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab yang ditaklifkan. Mereka adalah ‘diatas’ yang mana berfungsi sebagai mata, telinga mahasiswa dalam menjaga kebajikan mereka dikampus sehinggalah ianya dibubar kembali.
Umumnya, wujud dua ketagori pro dalam bertanding. Pro Mahasiswa dan Pro aspirasi. Keduanya mempunyai identiti masing-masing. Berbeza dari pelbagai sudut. Penilaiannya bergantung kepada kita. Inilah wadah demokrasi yang terbaik, mahasiswa bebas memilih pemimpin ‘idaman’ masing-masing.
Kehangatan di UM semakin terasa, Ini bermakna pemimpin yang bakal menang semakin dekat untuk menerima tanggungjawab. Dan semakin berat amanah yang akan dipikul sebagai pemimpin di kampus.
Disinilah langkah awal mahasiswa dalam merebut ‘empayar’ sebagai tampuk pemerintahan di kampus. Setiap mahasiswa akan memilih pemimpin mereka yang benar-benar layak dan berkualiti. Mengikut penilaian masing-masing. Yang PENTING mestilah pemimpin yang betul-betul berkualiti bagi menerajui kepimpinan kelak dan melakukan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh mahasiswa dikampus.
kabinet MPMUM telah pun terbubar,dan Sepanjang tempoh ‘beku’ini Calon-calon disetiap ‘parti’ akan melakukan pelbagai persedian sebelum menjelangnya tarikh sebenar pilihan raya untuk menarik pengundi. Baik poster,vedio,blog,fb dan apa jua wadah untuk dipromosikan.
Jika sebelum ini ana tidak berpeluang merasai gelombang ini kerana bergelar mahasiswa asasi, insyaAllah bakal kali pertama merasai gelombang pilihan raya dikampus UM. Semoga pilihan kita adalah yang terbaik
Yang pasti, gelombang oren sudah bermula, ^^
~KEEP ON CHANGGING~
7.08 pm
23/2/2012
kolej kediaman ungku aziz